BAB 4

Horror & Thriller Completed 13521

“Hoi! Boleh pulak kau tidur,” marahnya tetapi langsung tak ku endahkan. Aku betul-betul letih dan mengantuk ni.

Harriz menarik tanganku kasar, memaksaku bangun.

“Hish, yela yela! Kacau betul lah,” dengan malas aku melangkah ke dapur.
Aku cuma masak mee segera. Cepat, pantas dan mudah! Itu pun Harriz dah tambah sampai dua kali. Tu belum aku tunjuk skill sebenar aku lagi tu.
“Kau kerja esok?”

Aku mengangguk.

“Esok sebelum kau pergi kerja, masakkan untuk aku. Aku nak nasi lemak sambal sotong!” Arahnya sesuka hati.

Aku cuma diam. Tidak mengangguk tidak pula menggeleng. Tengoklah kalau esok aku rajin aku masak. Kalau tak aku beli je kat kedai nasi lemak lepastu letak dalam pinggan. Baru padan muka kau hidup-hidup dah kena tipu dengan isteri sendiri!

SELESAI sahaja sesi persekolahan, aku terus memandu ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Nak harapkan Harriz, memang tak lah! Kalau takde flight, kerjanya tengok tv memanjang. Mengalahkan perempuan!

Sedang aku memilih barangan dapur, aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sedang berjalan bersama seorang gadis. Bukan main mesra lagi. Tak mungkin aku salah orang. Mereka berdua menghampiriku.

“Sayang… Ni lah kawan I yang paling baik, Iffah Yasmin,” Harriz memperkenalkan aku kepada wanita yang sedang tersenyum itu. Kawan baik? Aku kawan baik kau?

Huluran tangan gadis itu ku sambut mesra dengan senyuman yang pura-pura. Tangan gadis itu ku genggam sekuat hati hingga berkerut wajahnya menahan kesakitan. Padan muka perempuan miang pengganggu rumah tangga orang!
Gadis bertudung biru itu melepaskan tangannya dari tanganku.

“Apa masalah kau?! Kenapa kasar sangat ni? Kalau patah tangan Athea ni macam mana? Boleh kau ganti? Tangan kau tu belum tentu layak tau nak ganti tangan Athea!” Herdik Harriz tiba-tiba apabila melihat gadis kesayangannya seperti sedang menahan kesakitan.

Berkaca mataku mendengar herdikan Harriz. Apalagi semua mata mula menjeling ke arah kami.

“It’s okay lah Bi. I tak sakit pun! Iffah, sorry okay. Mood Harriz tak berapa baik hari ni,” ujar gadis yang bernama Athea itu dengan nada memujuk.

“Saya mintak diri dulu,” pamitku laju lalu dengan pantas menolak troli menjauhi pasangan sejoli itu. Duhai hati, bertabahlah…

Aku menangis semahu-mahunya apabila tiba di rumah. Sampai hati Harriz buat aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa dia benci sangat dengan aku? Kenapa tak habis-habis dia nak sakitkan hati aku? Kalau dia marah aku sebab perkahwinan ni kenapa dia tak ceraikan aku?

Aku pantas meluru ke luar bilik saat mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.

“Ceraikan saya!” jeritku sebaik sahaja Harriz masuk ke dalam rumah.
Dia mengerutkan dahi.

“Apa masalah kau ni?”

Aku menumbuk dadanya yang bidang bertalu-talu, melepaskan rasa sakit yang terbuku di hatiku.

“Kenapa awak buat saya macam ni? Ceraikan saya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience