Sembilan

Other Completed 44764

"Akak pergi mana?" Tanya Luthfi.

"Akak pergi tolong budak sebelah tu. Kesian dia jatuh masa nak pergi ketandas. Lepas tu jururawat tu marah dia pulak sebab terjatuh dan menyebabkan luka didahinya." Kata Layla panjang lebar.

"Sapa Mommy?" Tanya Sarah hairan.

"Akak kat bilik sebelah ni sayang. Dia baru sedar dari koma pagi tadi lepas sebulan terlena." Kata Layla pada anaknya.

"Kesiannya Mommy. Takde yang jaga Kakak tu ke?" Tanya Sarah.

"Mommy tak nampak sesiapa." Kata Layla lagi.

"Takpe Papa Luth mesti bolehnjaga akak tu." Kata Sarah.

"Sarah." Luthfi mula merasa tindak nyaman dengan renungan anak saudaranya.

"Betul juga." Layla juga menerima cadangan anaknya.

"Jangan nak buat gila." Akhirnya Luthfi meninggalkan bilik yang menempatkan anak saudaranya.

"Mommy dan anak sama-sama gila." Luthfi mengomel sendiri.

Namun kakinya terhenti jua diluar bilik Cinta. Dia menoleh melihat dari kaca pintu, Seorang gadis yang sedang berbaring dan badan hingga separuh wajahnya tertutup oleh selimut.

Tangannya tanpa sedar menolak pintu ward yang menempatkan Cinta, dan dikala itu juga lah dia menghidu haruman bunga manis yang tak pernah dibaunya dimana-mana membuatkan dadanya berombak kencang.

Namun akalnya mulai sedar lalu kembali menutup pintu bilik itu rapat.

Getaran didadanya membuatkan dia mngin sekali melihat wajah gadis itu.

"Haruman tu. Terlalu wangi dan.." Dia memegang dadanya yang terasa jantungnya berdegup kencang.

Dia meninggalkan Hospital dengan haruman yang masih tersisa dirongga hidungnya.

Keesokannya Di Pangkalan Tentera, Qarl menemui Thariq yang baru sahaja sampai.

"Aku nak cakap dengan kau." Kata Qarl.

"Cakaplah." Kata Thariq membalas.

"Jom sarapan." Qarl membawanya ke kantin untuk bersarapan.

Thariq yang melihat kejanggalan itu hanya mampu menuruti HyQarl menuju Cafe.

Setelah membuat pesanan, Qarl membetulkan duduknya dihadapan Thariq.

"Kau ni dah kenapa?" Tanya Thariq.

"Aku nak melamar adik kau Cinta Jasmin menjadi suri dalam hidup ku." Qarl berterus terang.

Melopong Thariq mendengar apa yang dilafazkan oleh Qarl sebentar tadi.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Tanya Thariq.

"Sebab aku sedarlah aku bagitahu kau. Aku taknak lepaskan dia lagi." Kata Qarl.

"But Why?" Thariq meminta penjelasan.

"It was you who saved me two years ago. And his blood is also flowing in my body now. I am happy to find the owner of this handkerchief. And one thing I know, the severed eyebrow reminds me of that girl." Kata Qarl panjang lebar.

"Aku tak nak bagi keputusan terburu-buru Qarl. Aku pun baru nak bermanja semula dengan mereka. Lagipula Cinta masih berumur 19 tahun. Masih tak tahu apa-apa." Kata Thariq.

"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin. Please aku taknak kehilangan dia lagi." Kata HyQarl.

"Kau jangan nak buat kahwin ni benda main-main Qarl. Sebabkan kaj berhutang nyawa dengan Cinta jadi kau nak bayar dengan mengikatnya menjadi hak mutlak kau." Kata Thariq.

"Aku janji akan memjaga dia dengan baik." Kata HyQarl meyakinkan Thariq.

"Family kau macam mana?" Tanya Thariq pula.

"Mereka akan setuju dengan pilihan aku." Kata HyQarl.

Walaupun pada hakikatnya ditentang keras oleh Kakak dan adiknya. Namun dia yakin Jodohnya telah sampai.

"Kau serahkan ni pada Cinta."Kata HyQarl.

"Apa ni?" Tanya Thariq.

"Tanda aku mengikat dia menjadi milik aku." Kata HyQarl.

Dia bangun dan meninggalkan Thariq yang terpaku melihat oesungguhannya dalam menjadikan Cinta Suri dalam hidupnya.

Zaril yang duduk tak jauh dari mereka mendengar dengan jelas semua yang mereka katakan.

Namun apakan dayanya. Mungkin betul jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah. Dan Jodohnya bukanlah Cinta Jasmin mungkin jodohnya masih jauh.

Begitu juga Thariq masih terkejut dengan apa yang dibuat oleh HyQarl. Sahabatnya yang dia tahu keturunan bukan seperitinya.

Dia sangat takut andai satu hari Cinta disakiti. Siapalah Cinta dibandingkan perempuan yang pernah menemuinya satu tika dulu yang dikenali dengan nama Puteri Shuhadah.

Petang itu, Hilal tidak dapat mengikutinya menemui Cinta kerana ada kelas tambahan hingga jam 7 malam.

"Apa ni?" Tanya Cinta apabila dia meletakkan kotak baldu bentuk bunga ditelapak tangan Cinta.

"HyQarl melamar Cinta dan itu cincin tanda dia mengikat Cinta." Kata Thariq berterus terang.

"Abang. Cinta rasa belum masanya untuk cinta fikirkan soal ni. Cinta baru sembuh dan Cinta juga nak kejar Cita-cita Cinta yang dah lama Cinta tangguh." Kata Cinta.

Thariq faham akan maksud adiknya. Namun jntuk memberikan semula cincin pada HyQarl takut jadi bahan pergaduhan dan masam muka.

"Cinta simpan je cincin tu. Abang hanya menyerahkan pada Cinta." Kata Thariq.

"Abang tolong sampaikan pada dia PERKAHWINAN NI BUKANNYA SAJA DIA JADI IMAM DAN CINTA MAKMUMNYA, TAPI SEBENARNYA BERJANJI ANTARA SATU SAMA LAIN JNTUK MENGHARUNGI SEMUANYA BERSAMA HINGGA SAMPAI SYURGA." Panjang Cinta memberitahu.

"Abang tahu. Love abang ni matang dari banyak gadis yang umur macam Love." Kata Thariq.

"Mungkin Cinta akan terima dia andai dia sanggup tunggu Cinta tiga tahun lagi." Kata Cinta.

"No. Qarl tak sanggup tunggu Cinta sampai 3 gahun kedepan lagi." HyQarl masuk dan .enapak kearah mereka.

"Qarl." Thariq terkejut melihat kemunculan HyQarl.

"Qarl tak mampu nak tunggu Cinta lagi. Sampai bila Qarl nak menanti." Kata HyQarl.

"Cinta tak cintakan Qarl." Cinta Jasmin berterus terang. Dia taknak salah memklih pasangan seperti yang terjadi pada ibunya.

"Tapi Qarl cintakan Cinta. Cinta Jasmin untuk Qarl seorang." Kata HyQarl.

Dari situ Cinta sudah melihat HyQarp jenis seorang yang memaksa. Hingga dia tak tahu jak cakap apa lagi.

"Aku taknak lengahkan hal ni. Aku akan menikahi Cinta jumaat ni." Kata HyQarl memberi kata putus.

"Kau dah gila ke Qarl. Kau ingat adik aku apa. Bahan uji kaji kau ke?" Tanya Thariq mulai mengawal amarah yang menggunung.

"Aku taknak kahwin selagi Abang Thariq tak Kahwin." Cinta memutuskan.

Mungkin dengan cara itu HyQarl akan berubah fikiran.

"Aku tak kisah atau aiu akan buat benda gila." Kata HyQarl memutuskan lalu beredar dari ruangan Cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience