Bab 5

Romance Series 1301

" AIRRA macam mana sekarang? Maaflah, saya tak sempat nak ziarah dia. Kerja berlambak sgt. Persatuan itu ,persatuan ini. Semuanya memerlukan saya" tukas Datin Hamidah di hujung talian. Sejak anak perempuan kpd kawan baiknya itu dimasukkan ke hospital, sekalipun dia tak pernah menjenguk. Bukan kerana taknak, tapi tuntutan kerja memaksa dia sehingga tiada masa utk diri sendiri. Dia pun ingin sgt ketemu dgn gadis yg dipanggil Airra itu. Setahu dia, kali pertama mereka bertemu, adalah dua tahun yg lepas. Itupun menjadi kali terakhir kerana kesibukannya menguruskan perniagaan menyebabkan mereka tiada peluang utk bersua muka lagi.
" Alhamdulillah Datin. Dia sihat dan in Shaa Allah beransur pulih. Lagipun, sakit-sakit ni kdg-kdg makan masa jugak utk sembuh. Takpelah Datin. Nanti kalau ada masa, Datin mainlah ke mari. Lama sgt rasanya kita tak berjumpa kan Datin?" sahut Puan Zahara pula. Sempat dia melambaikan tangan ke arah Airra yg sibuk mencuci kereta bersama Akief.
" Ye. In Shaa Allah. Nanti ada masa, saya pegi sana. Kita borak-borak. Manalah tahu, boleh borak-borak pasal anak-anak kita. Boleh jugak... haaa awak faham-fahamlah" Seloroh Datin Hamidah diiringi gelak kecilnya. Teringat akan anak terunanya yg satu itu. Umur sudah menjangkau 34 tahun, namun masih tiada tanda-tanda hendak beristeri. Risau pula kalau-kalau anak bongsunya itu terlajak bujang. Haihhhh! Simpang malaikat 44!
Puan Zahara tergelak sama sambil matanya tak lepas-lepas memerhatikan gelagat anak-anaknya di luar rumah.
" Hmmm, besarlah harapan saya andai orang di sana nak berbesankan saya" tambah Datin Hamidah lagi apabila tiada sebarang jawapan dr Puan Zahara.
" In Shaa Allah Datin. Lagipun, saya ni tak beranilah nak buat sebarang keputusan. Kena rujuk tuan punya badan sendiri. Kalau ya kata dia, ya lah kata kami. Kalau tak kata dia, terpaksalah jugak kami menurut"
" Okey, takpe. Nanti pandai-pandailah kita. Lagipun, saya ni jenis tak memilih menantu. Asalkan dia baik, sejuk mata memandang, sejuklah hati ni nak menerima"
" Ye Datin. In Shaa Allah" Setelah puas berbual, Puan Zahara mematikan panggilan. Salah satu sikap Datin Hamidah yg sgt dia kagumi apabila wanita itu tdk pernah sombong dan bongkak dgn kekayaan yg dimilikinya. Dan atas dasar itulah persahabatan mereka kekal hingga sekarang. Terlalu banyak budi dan ihsan yg telah ditaburkan kpd keluarga mereka sehingga dia sudah tdk punya cara utk membalasnya.
Apabila teringatkan kembali rancangan Datin Hamidah sebentar tadi, hatinya jadi ragu-ragu. Bukan pd Datin tetapi pada Airra. Mahukah anaknya itu menerima pinangan Datin Hamidah? Dan dia, bersediakah dia utk menghampakan permintaan kawan baiknya itu sementelah wanita itu sgt beria-ria?

" UMI. Happy semacam je? Ada apa-apa ke ni?" Datin Hamidah didekati anaknya lalu tangan itu digapai dan dibawa ke bibir.
" Raf ni. Takkan umi tak boleh happy? Tak boleh senyum? Nak kena mintak izin jugak ke utk happy-happy ni?" tukas Datin Hamidah.
Ashraf tergelak kecil. Tubuh yg penat dilemparkan ke sofa berdekatan. Sedari semalam, dia tak habis-habis on call sampaikan hendak tidur pun tidak sempat. Sekejap saja matanya sudah terkatup rapat.
Datin Hamidah mengatur langkah utk mendekati Ashraf. Digoyang sedikit badan Ashraf yg sudah mengeras.
" Raf. Umi ada benda nak cakap ni"
Sunyi. Tiada sahutan dari sang anak. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas siling yg berpusing sedari tadi.
" Raffffffffff!" Datin Hamidah menjerit kecil. Bukan dia tdk tahu taktik anaknya itu yg hanya pura-pura tidur. Digoyangkan lagi tubuh Ashraf sehinggakan anaknya itu terpaksa membuka matanya.
" Apa dia umi?" Dalam keterpaksaan, dia bangkit lalu duduk di sebelah umi. Mahu tdk mahu, dia harus juga melayan karenah uminya yg satu ini.
" Umi kan..." Datin Hamidah berjeda. Sedari tadi tidak habis-habis dia mengukir senyum sehingga Ashraf bingung sendiri.
" Umi tadi baru je lepas habis borak dgn kawan umi. Kita org berbual-bual, tanya pasal diri dan keluarga"
Ashraf buat muka seposen. Sudah diagak topik apa yg akan keluar dr mulut uminya itu. Dia sudah lali, sudah terbiasa. Namun dilayankan saja kerana tdk mahu uminya berkecil hati.
" Kalau Raf nak tahukan, kawan umi tu ada anak perempuan. Orangnya cantik, manis. Eeeee macam sepadan je dgn doktor umi ni" Datin Hamidah sudah mencuit pipi anaknya.
" Umi.. Raf tak sedia lagilah umi. Lagipun, I'm a busy man. Nak berkeluarga pun kena fikir 4 5 kali. Mampu ke nanti isteri Raf faham kerjaya Raf? Nanti kalau tak faham, bergaduh. Lepas tu ,bercerai. Lepas tu, buat malu keluarga. Haaa siapa yg dpt malu? Umi dgn abah jugak kan?" Hujah yg sering kali digunakan utk mematahkan bicara si umi. Dan setiap kali itu jugak uminya akan kalah tanpa bersuara.
" Nope! This time, I won't let you decide. Dah banyak kali umi dgn abah bagi chance, tapi Raf tak pernah guna. Kali ni, umi stick dgn decision umi. You have to get married by this time! Either its your choice or mine!" Bicara Datin yg kedengaran serius itu menggetarkan sedikit hati lelakinya. Sahlah, kali ini umi tdk dpt dikalahkan. Umi kalau sudah marah, jgn haraplah dpt ditenangkan dgn apa jua cara.
" Besides, benda mcm ni boleh settle kan? Sbb tu umi ajak kenal-kenal dulu. Dari perkenalan tu lah, kita tahu orangnya macam mana kan? Raf tu dah semakin tua tahu tak? Bukannya makin muda hari ke hari. Kali ni keputusan umi muktamad! Raf akan kahwin jugak dgn pilihan umi unless you have your own choice! Then we'll settle!"
Datin Hamidah mengangkat punggung lalu meninggalkan Ashraf yg terpukul bingung di situ. My own choice? Biar betulll. Kawan perempuan pun takde, inikan pulak calon isteri!!! Arghhhhh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience