DIA 29

Romance Completed 131781

Dari semalam Ernie datang, sampailah ke hari ni dia masih di rumah Hazzar. Dah kenapa tak balik-balik lagi. Takde rumah ke ape.

Hanis duduk seorang diri di meja dapur sambil matanya tertumpu pada skrin telefonnya. Entah apa yang Hazzar dengan Ernie buat dekat ruang tamu tu. Perlahan-lahan Hanis bangun. Kakinya melangkah ke depan pintu masuk dapur.

Kepalanya disenget sedikit untuk mengintai dua manusia tersebut. Mulutnya terbuka luas, mata membulat besar, dahi berkerut geram.

"Ernie... Atas riba abang!?" Ujarnya geram.

Dia kembali menyembunyikan diri dan bersandar pada dinding. Muka tak percaya masih terpapar jelas di wajah.

"Hanis!!" Jerit Hazzar lantang.

Terperanjat Hanis. Dia menoleh ke arah cermin di sebelahnya, mengatur sedikit pakaiannya dan wajahnya supaya tidak kelihatan seperti tadi. Hazzar menjerit namanya lagi apabila Hanis tidak muncul-muncul dihadapannya.

Segera Hanis mengatur langkahnya menuju ke arah Ernie dan Hazzar. Dia cuba kawal perasaan apabila melihat tangan Ernie sedang melilit leher Hazzar dan tangan Hazzar pula berada di atas peha melepak Ernie. Sakit mata! Sakit otak! Mental!

Hanis menarik rambut perang Ernie lalu membawanya keluar dari rumah. Hazzar pula asyik menghalang Hanis dari meneruskannya niatnya.

"Hey perempuan! FYI, aku ni bukan pembantu rumah boyfriend kau ni. Aku isteri dia yang sah!" Ujar Hanis.

Ernie melihat Hazzar dengan wajah terkejut. Hazzar merengus kecil. Kali ini kepala Hanis dicengkam kuat lalu ditampar kuat. Hanis terjatuh.

"FYI, kau bukan isteri aku. Aku tak cintakan kau dan takkan sesekali cintakan kau! Ni yang kau panggil perempuan inilah yang akan jadi isteri aku yang sah! Yang akan aku cinta!" Lantang sahaja suara Hazzar menengking Hanis.

Mata Hanis terkaku memandang wajah Hazzar.

"Hanis? Hanis? Hanis!?" Jerit Hazzar.

Hanis bagaikan berada didalam khayalan atau, memang sedang berkhayal. Hanis mengangkat kening.

"Kau dah kenape?" Soal Hazzar hairan.

"Ke--kenape ape?" Soal Hanis balik.

"Muka kau sekejap berkerut, sekejap macam nak nangis. Kau dah kenape? Gila ke? Meroyan?" Hanis menggeleng laju.

"Encik Hazzar... Ada apa panggil saya?"

Maklumlah dah dilabel 'pembantu rumah' terpaksalah panggil encik.

"Aku dengan Ernie nak keluar. Lauk yang kau masak tu, kau makan sorang. Kalau tak habis, buang. Faham?" Ujarnya seolah-olah dia majikan terhadap Hanis.

Laju Hanis mengangguk kepala.

"Sayang... U nak I angkat U ke dalam kereta ke?" Soal Hazzar dengan nada manja.

"Kalau U nak, I okay jerr..." Balas Ernie.

Hanis memandang ke tempat lain. Dia sendiri tak pernah bermanja dengan suaminya sendiri. Hanis mengatur langkah menuju ke dapur. Tubuhnya di sandarkan pada dinding.

"Hanis... Depan mata buat maksiat macam mana... Macam mana aku boleh tahan dengan semua ni. Entah-entah balik nanti terus dua-dua terperap dalam bilik. Eeee!" Bebel Hanis.

"Hoi perempuan." Terjah Hazzar.

Hanis menoleh laju. Harap-harap dia tak dengar apa yang dia bebelkan tadi.

"Kau... Jangan keluar rumah. Nanti jiran aku hairan ada perempuan dalam rumah aku. Faham!" Ujarnya keras.

Hanis mengangguk bagaikan hamba. Hazzar menjeling tajam ke arah Hanis sebelum meninggalkannya. Hanis mengeluh lalu terduduk.

"Siapa isteri dia sebenarnya ni? Aku ke Ernie. Ahh... Betul cakap kak Zu, Ernie sorang je yang dapat cairkan abang. Dan... Ernie sorang je yang boleh masuk dalam hati dia. Aku? Macam mengemis kasih sayang dia." Ujar Hanis perlahan.

---

Tengah hari berubah malam, Hazzar masih belum balik ke rumah. Mana entah dia pergi dengan si Ernie tu. Hanis mengerling jam di dinding, sudah pukul 11. Matanya sudah layu.

Perlahan-lahan ia tertutup rapat. Hanis tertidur di sofa dan hanya bertemankan kusyen dan penghawa dingin.

Tok tok tok!

Tok tok tok!

Tok tok tok!

"Woi! Bukaklah! Kau nak suruh aku tidur dekat luar ke Hanis!?" Jerit Hazzar dari luar pintu.

Hanis bangun. Matanya masih berat, entah berapa banyak syaitan yang bergayut dengan bulu matanya. Hanis bangun perlahan-lahan. Selendangnya masih terpakai elok di kepala.

Kunci diputar banyak kali baru terbuka. Pintu di buka. Hazzar berdiri lemah sambil kepalanya tertunduk. Perlahan-lahan kepala diangkat memandang wajah Hanis.

Tangan Hazzar mencekik leher Hanis lalu ditolaknya Hanis sehingga ke dinding.

"Kenape kau lambat buka hahh!? Kau ingat ni rumah kau ke! Kalau aku suruh buka, buka jelah! Kau tengah buat ape? Layan jantan lain!?" Soalnya marah.

"Ma.Na.A.Da.Ha.Nis.Tengah.Tidur.Tadi."  Balas Hanis tersekat-sekat akibat dicekik.

Tangan Hanis memukul-mukul dada bidang Hazzar. Mukanya sudah sedikit pucat. Dengan sepenuh tenaga, Hanis menolak tangan Hazzar lalu berlari ke biliknya. Hazzar sekadar terpaku. Telapak tangannya diletakkan pada dinding.

Hanis mengunci pintu biliknya. Tangannya naik memegang lehernya yang baru dicekik oleh Hazzar tadi. Dia cuba mengawal nafasnya.

"Sabar Hanis sabar... Itu suami kau Hanis." Ujar Hanis untuk menenangkan hati sendiri.

Dari dalam bilik, Hanis boleh mendengar bunyi tapak kaki Hazzar yang sedang berjalan menuju ke biliknya. Pintu dihempas kuat.

Perlahan-lahan Hanis membuka pintu untuk mengintai. Dia sudah masuk bilik. Tiba-tiba dia baru teringat sesuatu.

"Telefon aku masih dekat bawah lagi." Ujarnya kemudian mengatur langkah menuruni tangga.

Hanis melihat sekeliling sebelum mengambil telefonnya di atas meja. Tiba-tiba dia merasa ada seseorang di luar rumah. Hanis menoleh ke arah dapur, pintu terbuka? Dia menuju ke arah pintu terbuka tersebut dan melangkah ke luar.

"Kenapa pintu ni terbuka pula?" Soalnya hairan.

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan tubuh Hanis bergetar sedikit. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.

'Jangan ingat kau boleh bahagia dengan suami kau. Kau dah rampas Hazzar dari aku! Aku akan pastikan dia benci kau, babah kau benci kau dan semua orang benci kau!'

Hanis mengerutkan dahi. Siape pula ni? Hanis melihat sekeliling. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu tapi, pada pandangannya tiada apa-apa yang mencurigakan.

'Kalau kau sebarkan mesej ni, aku akan pastikan kau takkan sempat jumpa babah kau... Sama macam mana aku buat dekat mama kau.'

Hanis menekup mulutnya. Siapa ni? Jari Hanis mula menaip.

'Kau ni siapa?'

Send!

Tiada balasan. Rasanya dia hanya menghantar dan tidak membalas.

"Rampas Hazzar?" Soal Hanis hairan. Hati Hanis berdebar-debar. Kedengaran bunyi tapak kaki mendekatinya.

Tiba-tiba ada tangan menepuk bahu Hanis. Laju Hanis menoleh ke belakang. Hanis menjerit kecil apabila melihat Hazzar dibelakangnya.

"Kau buat apa dekat luar? Kan aku dah cakap dekat kau jangan keluar. Kenapa kau degil sangat ni?" Ujarnya dingin.

"Takde tadi pintu terbuka. Jadi Hanis nak tutup. Hanis masuk dulu." Hanis cuba mengelak dari Hazzar.

Apabila Hanis melangkah Hazzar menarik belakang bajunya. Langkah Hanis terhenti.

"Bagi fon kau..." Ujarnya.

Hanis menggengam kuat telefonnya.

"Bagi!" Segera Hanis pusing dan menghulurkan telefonnya kemudian berlari anak masuk ke dalam.

Share this novel

Nur Fatiha Mohamed Nordin
2020-06-21 17:14:02 

Sambungan?


NovelPlus Premium

The best ads free experience