22 : Tak Berubah

Drama Series 5510

         TARIKH pada skrin telefon ditatap. Bibirnya tersenyum tawar.

Banyak perkara sudah terjadi selama cuti sekolah kali ini. Dan sekarang tinggal lagi tiga hari sebelum sesi persekolahan kembali dibuka.

Kejadian tersesat dalam hutan Senda Loka. Namun kejadian tersebut memberi banyak dampak dan pengajaran.

Dampak baiknya adalah hubungan antara Ayu dan Aniq semakin membaik. Sikap Aniq juga nampak agak berubah serta banyak diam. Mungkin dia baru sedar yang dia memikul banyak tanggungjawab. Dan sekarang tambah, menjaga Delima yang nak ikut ke bandar.

Yah, tak lupa hubungannya dengan Bella semakin ke arah positif. Tapi sikap nakal Aniq yang suka mengusik itu tetap ada.

Hubungan beradik antara Bella dan Rafael juga makin erat dan lebih terbuka. Banyak perkara terjadi. Sedar tak sedar mereka sudah perlu pulang ke bandar.

Semua pakaian miliknya dilipat lalu disumbat kedalam bagasi. Rambut panjangnya diikat rendah.

Beg ditarik keluar lalu diletak di ruang tamu.

Puan Salina yang sedang menonton televisyen menoleh ke arahnya. "Bas pukul 9 kan?"

Bella ingin mendekat, namun dibatalkan niat kerana ada Delima di situ yang sedang mengikat rambut Mariam. Nampaknya gadis itu mudah bergaul disebabkan sikapnya yang ramah dan kebudakkan.

"Ha'a, umi. Ayu ada WhatsApp dia kata baru je sampai." balas Bella sambil menatap mesej yang dihantar temannya itu.

Puan Salina senyum saja. "Bagus lah kalau macam tu. Ini kira umi kena hantar along, Bella dengan Delima sajalah kan?"

Bella senyum tipis menutupi rasa. "Nampaknya macam tu lah."

Ayu punya pasal la ni! Kalut nak pergi awal katanya perlu siapkan bilik untuk pelajar baru yang baru masuk. Disebabkan Ayu terlebih rajin, dia tawarkan diri menjadi sukarelawan dalam urusan kebersihan dan OSIS.

Niatnya nak duduk disebelah Ayu tapi dah jadi begini. Terpaksalah dia satu bas dengan dua musuhnya itu. Tak la musuh sangat. Dia sudah pilih kerusi yang keseorangan. Harap-haraplah disebelahnya bukan Aniq ataupun Delima.

Tak sengaja pandangan Bella dan Delima bertentang. Dia buang muka, Delima pula menjeling.

Bella menyimpan senyum sinis. Tak buang lagi rupanya sombong tu. Desisnya dalam hati.

9:13 malam, Stesen Bas.

Kelihatan ramai manusia yang sedang berada diluar bas. Penuh sabar para penumpang masuk dan mengambil tempat masing-masing.

Melangkah masuk saja dalam bas dua tingkat itu, tubuhnya terus sejuk. Nampaknya dia perlu tutup aircond. Kerana dia bukanlah jenis yang suka dingin.

Bella menghenyak punggung dikerusi sebelah kerusi tepi tingkap. Sling bag diletak atas paha. Telefon dikeluarkan.

Ah... leganya. Bukan orang yang dia tak suka disebelahnya.

Bella lirik dengan ekor mata penumpang disisinya.

Lelaki? Sedang tidur. Mukanya ditutup menggunakan topi cap putih membuatkan wajahnya tak kelihatan. Tetapi dilihat dari tinggi tubuhnya merasa agak familiar. Siapa ya?

"Lama kita tak jumpa, ya. Tak sangka ada bidadari sebelah saya."

Sepantas kilat Bella menoleh kepada penumpang di sebelahnya.

Eh?

Bercakap dengan aku ke?

Tak! Tak! Yang penting sekrang, kenapa suaranya aku rasa kenal. Bella sudah tak sedap hati. Jangan-jangan...

Luthfi menjatuhkan cap lalu membetul duduk agar lebih selesa. Terlepas tawa kecil melihat gadis disisinya membatu macam nampak hantu. Kaca mata bulat dibetulkan.

Melihat gadis itu masih tak bergerak serupa patung. Luthfi khawatir.

"Kenapa ni? Terkejut sangat ni sampai tak bergerak. Demam ke?" tanpa sedar tangannya naik menyentuh dahi gadis itu. Takutnya demam ke apa. Tapi tak panas.

Tersedar didunia nyata. Bella menepis tangan itu dari menyentuhnya.

"Tak. Aku okay." balasnya perlahan kemudian pusing kedepan semula.

Dia tak nyaman!

Kenapa lelaki ni juga disebelahnya?!

Tolong sesiapa tukar tempat denganya sekarang juga!

Luthfi yang perasan raut tak selesa itu. Senyum tawar.

"Bella marahkan saya lagi?"

Bella mengetap bibir. S*al! Suara garau tapi penuh kelembutan itu sangat mengganggu!

Melihat gadis itu masih membisu tak hiraukannya. Senyum Luthfi memudar.

"Maafkan saya. Saya tahu Bella sakit hati dengan sikap saya. Tapi rasanya awak salah faham. Awak belum dengar penjelasan saya lagi dan-"

"Hah... sudah la, Luth. Benda dah lepas. Lagipun kita bukan bercinta. Jadi kau tak perlu rasa bersalah." celah Bella tanpa sebaris senyum. Aku dah move on la! Tak perlu jelaskan apa-apa lagi!

Hening. Setelah mengatakan itu Luthfi terdiam lalu menunduk. Beberapa minit mereka berdiam diri. Bas mula bergerak. Sempat Bella ter eye contac dengan Aniq yang berada tak jauh darinya.

Akan tetapi, melihat pemuda itu membisu bersama wajah sedih membuatkan Bella serba salah.

"Saya dengar Bella dengan Aniq bercinta. Betul ke?" soal Luthfi memecah sunyi diantara mereka.

Bella buang muka. "Ha'a." balasnya acuh tak acuh.

Luthfi tertawa kecil. Tapi entah kenapa terdengar sinis ditelinga Bella.

"Asal pula kau tiba-tiba gelak?" tanya Bella tak senang.

"Pelik dan tak sangka. Bukan ke dulu awak berdua pantang berjumpa. Bergaduh saja kerja. Macam mana tak pelik." kata Luthfi tenang bersama senyumnya.

Dulu senyum itu mungkin membuatnya malu dan cair. Tapi sekarang, menjengkelkan!

Tertawa sinis Bella terlepas. "Tak ada yang pelik. Kau sendiri? Friendly dengan semua perempuan. Rupanya dah bertunang. Kau lagi pelik. Jaga saja tunang kau. Tak perlu persoalkan hubungan aku dengan Aniq."

Terdengar keluhan berat dari Luthfi.

Bella tersentak apabila kedua bahunya dipegang lalu dipusing menghadap lelaki itu. Tak habis lagi ke dia ni?!

Aku sikit-sikit boleh la. Tapi ini dah lebih! Karang tak sempat sampai bandar, aku letak kat enjin bas.

"Tak perlu sentuh, Luth. Cakap saja kalau kau tak puas hati lagi. Kau nak apa? Duduk sebelah kau sekarang ni pun aku terseksa!" ujarnya perlahan namun keras. Tak mahu menimbulkan kekacauan tika bus sedang bergerak.

"Bella, saya... terpaksa."

Bella terpana melihat seraut wajah penuh kesedihan dan penyesalan itu. Tak pernah dia lihat sisi lemah Luthfi yang satu ini. Ini pertama kali.

Tangan lelaki itu yang berada atas bahunya ditepis menjauh. Bella benar-benar kebingungan.

"Terpaksa? Apa maksud kau?"

"Sebenarnya selama ni-"

"La! Tukar tempat dengan aku."

Serentak Bella angkat wajah melihat Aniq berdiri disisi belakangnya.

"Ada apa?" tanya Bella bingung.

"Aku nak borak dengan Luth. Ambil barang kau, duduk kat sebelah Muaz."  jawap Aniq tanpa segaris senyum. Tak lepas matanya memandang Luthfi.

Meskipun tertanya-tanya, Bella bangun juga lalu berjalan hati-hati sampai ke tempat kerusi kosong. Ada Muaz disebelah.

Bella duduk sambil memeluk sling bagnya.

Hah! Situasi macam apa ini?!

Tali bagnya digenggam erat seperti tak mahu lepas. Ada apa ini?

Dia tertanya-tanya apa lanjutan dari bicara Luthfi. Dia juga penasaran perbualan bagaimana antara Aniq dan Luthfi kerana melihat riak dingin Aniq sebentar tadi. Pertama kali membuatnya tak berani bantah. Satu lagi, dia malas nak timbulkan kebisingan. Sedangkan penumpang yang lain elok saja diam.

"Air?"

Tersentak kali keberapa Bella tatkala ditegur secara tiba tiba oleh Muaz disebelah. Huluran air mineral disambut.

"Thanks." penutup botol dibuka lalu diteguk seperti gaya orang haus tak jumpa air seminggu.

Air yang tinggal separuh diselit pada tempatnya. Bella menyandar melepas lelah. Hah! Dia penasaran.

Kacau betul Aniq! Tapi dia bersyukur juga. Berada jauh dari para lelaki itu barulah dia dapat bernafas dengan lega.

Muaz yang sedang termenung melihat keluar tingkap dilirik dengan ekor mata.

Sedikit canggung. Kerana dia tak pernah berbual berduaan dengan lelaki pendiam itu.

"Tanya saja. Kau pandang aku sejam pun tak dapat jawapan." Muaz bersuara bersahaja.

Bella garu kepala yang tak gatal. Lelaki ni ada tiga mata ke?

"Dia nampak kau tak selesa. Sebab tu dia minta tukar tempat. Kalau kau tertanya diorang tengah bercakap pasal apa. Itu aku tak tahu." sambung Muaz lagi.

Terkedu sejenak Bella. Aniq nampak? Dia perhatikan aku ke?

Muaz melirik gadis itu yang lebih rendah darinya. Pipi berkulit putih kemerahan itu merona. Terharu dengan tindakan Aniq la tu.

"Hmm... menarik." desis Muaz perlahan. Cukup hanya pendengarannya saja. Hujung bibirnya naik senyum.

********

Keesokannya...

8:50 am.

Turun saja dari bas. Semua berpusu keluar.

Bagasi dan barangan kecilnya dibawa melalui laluan menuju ke arah bangunan asrama. Bella tak endahkan Delima yang membontotinya dari belakang. Ceh! Tak malu ikut orang!

"Be-Bella. Tunggu dulu!"

Langkahnya terhenti mendadak tatkala jalannya dihalang oleh Delima.

"Apa?" dinginnya bertanya. Namun bagaimanapun juga dia perlu peduli kerana gadis itu pertama kali datang ke sini.

Delima garu pipi yang tak gatal. Tersengih malu-malu kucing.

"Saya memang kata nak ikut. Tapi saya tak boleh belajar macam awak semua. Sebab saya tak pernah sekolah. Ka-Kampung saya tak ada sekolah. Erk- jadi..." terluah juga ucapan Delima yang kelihatan resah sendiri.

Bella kembali menyeret bagasi dan sambung melangkah. Kalut Delima ikutnya dari belakang.

"Aku tahu. Mari bincang dalam bilik." kata Bella membuahkan senyum Delima.

********

Aspura... dalam masa yang sama.

Melihat Aniq mengambil barangan mandi. Muaz menegur.

"Oi pergi mana?"

Aniq pandang kain pelikat yang dipakainya tika ini. "Pergi gali kubur. Apa punya soalan. Mandi lah!"

"Sabar-sabar. Saja nak test kau. Weh Niq!" Muaz pandang sekeliling bilik. Kebetulan mereka berdua saja dalam bilik ketika ini.

"Apa lagi kau ni? Daripada kau duk tahan aku, baik kau pergi mandi juga."

Muaz terjun dari katil dua tingkat tersebut.

"Borak apa dengan Luth semalam? Share la. Kata kawan." soal Muaz tanpa basa basi.

Berubah air muka Aniq. "Dia kata kalau aku tak datang. Dia hampir confess dah semalam."

Muaz pandang tak percaya. "Biar betul? Si Luth tu sukakan Bella? Habis tunang dia nak campak mana?"

"Entah la. Banyak benda aku kena pikir. Tapi untuk perkara ni aku tak perlu risau. Bella harga diri dia sama naik dengan ego. Dia takkan kutip balik kalau dah buang sesuatu. Sama juga perasaan dia pada Luth. Tapi itu dulu kan. Sekarang dia milik aku." bersahaja Aniq berkata.

"Apa yang buat kau yakin sangat ni, Niq?" soal Muaz penasaran melihat temannya itu berkata tanpa sebarang keraguan.

"Sekalipun kalau Bella bukan dengan aku. Tapi dia takkan pergi kepada Luth. Si Luth tu... tak berani batalkan pertunangan dia dengan Orked."

Muaz telan liur kesat. Tuala dicapai. Kedua sahabat itu keluar dari bilik menuju ke kamar mandi.

Jangan sampai korang berdua bermusuh disebabkan seorang perempuan sudah. Desis Muaz dalam hati. Merasa risau kerana dilihat dari situasi sekarang. Persahabatan Aniq dan Luthfi mula goyah.

*********

Aspuri...

Suasana tak terlalu tegang berkat mulut murai Ifah yang banyak bertanya kepada Delima.

Pantang nampak orang baru. Macam-macam soalan ditanya.

"Kalau awak tak nak belajar. Awak nak buat apa. Bukan apa, sebab saya kena minta kebenaran dengan Sir Amar dulu." tanya Ayu. Sehabis baik berlembut takut teman barunya itu terasa.

Delima terlihat resah. Sepertinya dia sendiri belum memutuskan untuk buat apa. Niat asalnya adalah mendekati Aniq. Tapi kalau asrama begini kan jarang bertembung. Bagaimana ini? Dia tak habis fikir.

"Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu." sugul wajah Delima pamerkan.

Bella yang dari tadi pasang telinga sempat memberi jelingan. Ceh acah innocent! Boleh pulak cakap baik-baik. Dengan aku je agaknya keluar tanduk setan dia tu.

"Aha aku tahu! Apa kata Delima kerja di dewan makan je. Jadi akak kantin la mudah cerita. Erk! Ta-Tapi aku tak bermaksud buruk. Kan kalau kerja Delima boleh gantikan pekerja yang sebelum ni. Dapat gaji. Dan tak silap ada sediakan bilik untuk pekerja." serba salah sebenarnya semasa Ifah mengutarakan cadangan ini kerna melihat ketiga temannya tercengang.

Kerja? Kerja kan maknanya jadi orang suruhan? Hah?! Seumur hidup tak pernah aku sentuh apa-apa kerja! Ngamuk Delima sekadar dalam hati.

Terlihat Ayu sedang berfikir-fikir. Lalu pandang kepada Delima. "Boleh juga cadangan tu. Delima boleh la dapat pengalaman baru. Mesti ramai yang nak berkawan dengan awak."

"Ah Haha. Macam tu ya. Hm, dapat pengalaman. Dalam masa yang sama dapat kawan. Wah! Seronok juga. Tapi rasanya Delima kena fikirkan dulu." ujar Delima tertawa manis menutupi amukkan dari dalam.

Pergi m*ti dengan kawan! Atau apa-apa lah. Yang aku nak Aniq! Faham tak, Aniq! Jeritnya dalam hati.

Ayu dan Ifah teruja dan senang apabila pendapat mereka diterima baik.

"Baiklah awak fikirkan dulu masak-masak. Kami tak boleh paksa. Lagipun ini, ini first time awak datang kan. Mesti awak nak happy-happy dulu." kata Ayu sambil memegang kedua tangan gadis berambut ikal itu.

Bella yang dari tadi buat toya merasa perlu mencelah. Urgh! Dia tak tahan melihat kepalsuan senyum Delima.

Sambil memegang smartphone Bella berkata selamba. "Nak fikirkan apa lagi. Dah cukup baik dah dari kau kerja cuci jamban." (tak bermaksud nak hina mana2 pihak. mohon maaf. hanya jadikan contoh agar ayt bella tajam~_~)

"Tapi... saya tak biasa." Delima makin ragu-ragu.

"Aku dengar Si Aniq tu suka ponteng kat dewan makan. Selalu juga nampak dia lepak kat situ. Dalam sehari ada la sepuluh kali." ujar Bella bersahaja. Sengaja ingin memancing gadis itu.

Tak semenanya terus bersemangat Delima yang tadi lesu. "Kalau macam tu bila saya mula kerja di dewan makan tu? Esok pun boleh!"

Ayu dan Ifah pandang tak percaya. Lalu pandang penuh kagum kepada Bella. Cayya lah Bella punya hasutan!

"Petang ni kau ikut aku. Kita pergi jumpa Kak Hayati. Aku dah bagitahu sebenarnya pasal kau. Dan dia cakap, dia pun tak kisah. Asalkan kau rajin kerja. Dapat la tolong dia apa yang patut." bersemangat Ifah berkata. Entah apa yang mereka gembira sangat. Takkan la mereka sedang halau Delima secara halus. Hahaha!

Tapi rasanya perbalahan berlaku antara Bella dan Delima saja. Dua orang lagi tu nampak benar-benar suka pada Delima.

Bella menyembunyi tawa kecil. Tubuh tinggi lampainya yang sedang berbaring mengadap ke tingkap yang sedang terbuka luas.

Mesti Si Aniq Anoq tu tengah serabut sekarang ni. Mana tak serabutnya? Kena jaga budak kecil yang tergilakan dia sampai sanggup ikut sampai ke sini. Tertawa jahat Bella dalam hati.

Puas hati kerana lelaki itu turut merasa tekanan yang sama pernah dia hadapi. Kau hadap la Aniq!

Tapi, tak dinafikan juga. Rasa simpati ikut terselit kerna melihat sikap Aniq lebih pendiam dan berubah. Sepertinya dia sudah terbiasa dengan Aniq yang annoying! Hingga rasa pelik pula setiap kali lelaki itu perlakukannya dengan baik.

********

Beberapa hari kemudian...

Sekeping sandwich telur digigit. Pandangannya terhala ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berbual ramah dengan Delima.

Seperti dugaannya. Gadis itu akan kurang mengejar Aniq jika sibuk bekerja. Tambahan pula, semenjak Delima bekerja. Makin ramai pula pelajar lelaki yang datang ke dewan makan. Selalunya makan didalam kelas atau belakang bangunan. Kerana katanya leceh la apa.

Tapi sekarang? Hampeh!

Pantang jumpa perempuan cantik. Tak dinafikan Delima memiliki paras rupa yang comel dan menawan. Sikapnya juga ramah dan manis.

"Weh comel gila pekerja baru! Tipe ideal aku tu! Rasanya kalau aku minta nombor, dia kasi tak?"

"Tak. Menyerah saja."

"Tck! Kejam punya kawan."

Telinganya menangkap perbualan dua pelajar lelaki yang kebetulan lalu didepannya.

Bella kembali mengadap makanannya didepan mata. Tapi dia tak kisah. Sepertinya dengan sibuknya Delima, sekurangnya akan ringankan beban Aniq.

"Aniq kena berterima kasih kat aku." gumamnya perlahan bersama kunyahan sandwich.

"Kenapa, Bella?" tanya Luthfi tepat didepannya.

Bella senyum ala kadar. "Tak ada lah."

Dan lagi satu...

Ada apa ini?!

Belakangan ini Luthfi sering mendekatinya! Menyertainya makan!

Ada apa dengan sikap aneh itu? Kenapa tiba-tiba saja nak dekat dengan aku? Dia ada maksud tertentu ke? Atau sekadar nak berkawan semula?

Buatnya keliru saja.

"Erm, Luth. Aku nak cakap sikit. Tapi kau jangan ambil hati ya." Bella bersuara mengusir canggung diantara mereka.

"Aku tahu kau pun sedar yang dulu aku pernah simpan hati pada kau walaupun sekejap. Lepas tahu kau dah bertunang. Sejujurnya aku rasa dikhianat dan b**oh sebab mudah letak harapan. Tapi bila fikir balik. Semua tu cuma cinta monyet sesaat. Jadi aku move on buang jauh-jauh marah sebab aku tak nak bermusuh dengan kau."

Melihat pemuda itu membisu bagai memberi ruang untuknya meluah. Bella sambung lagi. Nafas ditarik nafas sebelum dilepas tenang.

"Serius aku cakap. Kau tak perlu rasa bersalah ataupun try hard nak buat aku lembut hati semula. Sebab aku dah lama maafkan kau. Jadi... sebagai orang yang dah bertunang, rasanya kau tak perlu rapat dengan mana-mana perempuan. Jaga hati tunang kau baik-baik. Aku pun tak nak rapat sangat dengan yang dah berpunya."

Serba salah Bella jadinya apabila melihat Luthfi masih membisu bersama seraut wajah penuh penyesalannya.

"Jangan salah faham. Aku tak bermaksud nak sindir kau. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa." kata Bella.

"Bella. Saya... Hah. Tak ada apa. Maaf dan terima kasih awak dah jujur. Awak sememangnya perempuan yang baik hati. Untung Aniq dapat awak." ucap Luthfi bersama sebaris senyum pahit.

"Kita boleh berkawan balik kan?"

"Kalau sekadar kawan. Aku tak kisah." jawap Bella ringkas.

"Terima kasih sekali lagi."

Bella balas dengan anggukkan sekali. Entah mengapa, dia melihat lelaki ini bagai berat ingin katakan sesuatu. Ada yang disembunyikan disebalik senyum pahit itu. Tapi dia bersyukur. Sekurangnya bicaranya ditanggapi dengan positif.

Luthfi kerling jam yang melekat pada tangan. Berubah air mukanya.

"Haih, macam mana boleh lupa. Maaf Bella. Saya kena pergi. Lupa ada perjumpaan dengan SU. Saya pergi dulu." Luthfi bingkas berdiri dengan tergesa-gesa.

"Oh, tak apalah. Lain kali boleh borak lagi." tukas Bella bersahaja.

Pergi saja Luthfi meninggalkannya sendirian di situ membuatnya dapat bernafas bebas. Keluhan halus terbit dari bibirnya.

Ada apa ni?

Keringat mula terbit didahi. Aura jahat apa ini?

Bella masih tak tenang meskipun mulut masih mengunyah. Dari tadi dia dapat rasa dirinya dipandang tajam.

"Fuh..."

Tegak bulu romanya apabila telinganya ditiup dari belakang. Mujur tak berdiri bulu hidung akibat terlampau terperanjat.

Wajah menoleh kesebelah tatkala merasa ada seseorang pengganggu yang baru muncul.

Hah. Benar tekaannya.

Bella buat muka pasrah apabila pipinya yang penuh roti itu menjadi sasaran cubitan.

Tangan itu ditepis geram. "Pedihlah! Nak mati ke?"

Kali ini bahunya pula menjadi mangsa sandaran kepala lelaki itu.

"Leceh la kau. Asal dengan aku je garang. Dengan orang lain boleh pula baik-baik. Pilih kasih!" rungut Aniq bersama muka monyok.

Bella mengetap bibir. Kali ini dia biarkan pundakkan menjadi sandaran. Wajahnya sedikit merona.

"Kau tak malu ke orang tengok kita sekarang ni Aniq? Sejak bila kau pandai bermanja pula ni? Bangun la dulu!" kerasnya berbisik. Menahan malu.

Rasa nak tekup saja muka dalam longkang. Malu mat adik-adik junior tengah tengok!

"Gila, agak-agak la nak bermesra pun. Kat sekolah pun jadi."

"Ini kalau president nampak. Tak ke haru."

"Padan la muka. Biar kena denda. Nak bercinta pun tak kenal tempat."

Pedih telinganya menangkap bisikkan dari pelajar yang memandang mereka lain macam.

"Malas lah. Sejak bila pula aku kisah dengan mulut orang." tukas Aniq masih menyandar manja.

Darahnya yang normal semakin mendidih. Bella berdecit halus. Menyesal aku puji kau dah berubah! Aku tarik balik. Kau memang tak berubah Aniq Mikael!

Malahan semakin gila!

Terpinga-pinga Aniq ikut berdiri kerana tangannya ditarik. Dia mengikuti langkah gadis itu yang berjalan keluar dari dewan.

"Mana kau nak bawa aku ni?" sempat Aniq melirik tangannya yang ditarik. Wah! Sejuk tangan Bella.

"Ikut sajalah. Kau tanya sekali lagi, kita putus." ancam Bella tampak marah. Kaki melangkah luas, mujur dapat diikut pemuda itu.

"Ah, tak tak. Hehe. Jangan marah." sengih Aniq mendapat jelingan maut.

Tiba sahaja dibelakang bangunan lama yang sepi. Kebetulan hanya mereka berdua tika ini. Laluan belakang ini sememangnya jarang dilalui orang.

Pegangan tangan Bella lepaskan. Aniq bersandar pada dinding. Bella pula mencekak pinggang sambil mengurut pelipis. Lagak mak tiri yang bersedia nak naik angin.

"Rasanya banyak benda yang kita tak sempat bincang. Sekarang masa sesuai. Memandangkan kejap lagi tak ada kelas." Bella memulai permulaan bicara.

Dan dengan selamba badak Aniq keluarkan lolipop lalu menyumbat kedalam mulut.

"Aniq Mikael!"

"Ah Hehe. Sabar sabar. Marah-marah nanti cepat tua."

########

Note : ini baru permulaan. masih banyak konflik yang menanti dua orang remaja ini ><

Kdg kalau Eyka slow update, disebabkan kesihatan yg tak berapa baik. Huhu. Sakit tak tunggu tua atau muda. saya akan usahakan untuk fast up.

Apa apapun kepada pembaca tersayang, nantikan next chap yg seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience