Dengan sekelip mata Fariz Mikael sudah bergelar suami kepada wanita yang tidak dikenali iaitu Ayriz Elyna. Perasaannya saat itu sukar digambarkan, sedih, lega, marah menjadi satu. Impiannya untuk berkahwin sudah pun tercapai namun bukan dengan orang dia sayangi apabila gadis itu membuat keputusan untuk tidak menghadiri hari pernikahan mereka.
Kedengaran pintu bilik dibuka, tidak perlu bertanya Fariz sudah tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan “isteri express” nya.
“Assalammualaikum.” lembut Ayriz memberi salam. Lain pula nada Fariz apabila menjawab salam itu mendatar.
Ayriz membuat muka selambanya dan terus menuju ke meja solek. Melihat meja itu sudah pasti meja itu baru sahaja diletakkan disitu.
“Kau ni tak ada perasaan ke?” berang juga melihat wajah isterinya seperti tiada apa yang berlaku.
“Apa yang awak nak bising sangat ni? Dah kahwinkan? Satu lagi, saya bukan kawan awak nak beraku aku.” tenang sahaja dia melayan lelaki yang tidak dikenali itu yang sudah pun bergelar suaminya atas keputusan gilanya tadi.
“Eh kau…..” Fariz terdiam apabila melihat wajah Ayriz yang mula tegang memandangnya.
“Lagi sekali saya cakap, saya bukan kawan awak. Daripada awak nak bising bising, sini tolong saya buka peniti dekat tudung ni… boleh husband?” Terkaku Fariz ketika itu melihat perangai selamba isterinya. Dia berdehem sebelum perlahan lahan menuju ke arah isterinya. Ayriz tersenyum dan menghadap ke cermin semula.
“Awak bukak slow slow tau. Saya pun tak tahu berapa dorang cucuk kat atas kepala saya ni.” bebel Ayriz seorang diri. Fariz masih lagi kaku dibelakang Ayriz. Ayriz yang melihat suaminya hanya berdiri dibelakangnya mengerutkan dahi.
“Aik tak akan suruh cabutkan jarum peniti awak dah tersyok dekat saya? Hah encik husband?” usik Ayriz tersenyum mengusik.
Jantung Fariz seakan mahu keluar ketika itu apabila melihat senyuman isterinya. Sekali lagi dia berdehem sebelum perlahan lahan dia membuka peniti di atas kepalanya.
“Bang betul ke apa yang kita buat ni?” entah mengapa puan Ariani berasa susah hati apabila anak perempuan berkahwin dengan cara begitu.
“Anak awak yang buat keputusan ni Ani. Tak ada siapa yang paksa dia.”
“Ye saya tahu. Tapi anak kawan abang tu boleh ke kita percaya dia boleh jaga anak kita?”
“Insya allah, kita doa baik baik. Lagi pon saya kenal keluarga Razak tu. Orangnya baik, saya yakin dia dah beri didikan yang baik dekat anak anak dia.”
“Harap harap macam tu lah.” Puan Ariani tahu suaminya mahu dia berasa sedikit tenang namun hatinya tetap berasa susah hati. Entah apa yang merasuk anak perempuannya itu untuk berkahwin.
“Alamak, aku mana ada bawak baju, macam mana aku boleh selamba mandi ni. Tak akan aku nak minta baju dia pula? Nanti mak ayah mertua cakap apa pula kan. Hah minta adik dia. Tapi macam mana nak minta tolong, tak akan nak keluar macam ni. Arh minta tolong dia lah…Husband! Husband! Awak ada tak?”
‘Adu apa lagi dia ni nak.’
“Husband!”
“Apadia! Jerit jerit tak malu ke?”
“Saya nak minta tolong ni. Awak pinjamkan baju adik awak boleh? Saya lupa saya tak ada baju.”
“Dah tahu tak ada baju pergi mandi buat apa. Menyusahkan betul.”
“Tak baik tau husband cakap macam tu. Saya minta tolong tu je. Kalau saya pakai baju awak kang, mama papa awak pandang pelik pula.”
“Yelah, yelah. Tunggu kejap.”
Fariz terus menuju ke bilik adiknya. Selang beberapa saat pintu dibuka apabila diketuk.
“Eh pengantin baru… nak apa ni ketuk pintu adik. Nak tidur sini ke? Oh no.”
“Ish tak payah merepek. Dik pinjamkan abang sehelai dua baju, Ayriz nak pinjam. “ mahu tidak mahu, terpaksa juga Fariz menebalkan mukanya.
“Wahh gentlemannya minta kan baju untuk isteri.” lagi suka adiknya mengusik Fariz. Merah muka Fariz menahan malu.
“Cepatlah, sejuk pula budak tu dalam bilik air.”
“Okay… okay kejap.” sempat Hanees tertawa melihat wajah merah abangnya.
Kebiasaannya Fariz tidak banyak bercakap dengan ahli keuarganya. Dia lebih minat mendiamkan diri dan bersuara jika perlu.
“Eh ni baju, bukaklah pintu.”
“Kejap. Meh baju tu.” Ayriz hanya menghulurkan tangannya. Fariz terpersona seketika melihat kulit gebu isterinya.
“Putihnya.” kata Fariz perlahan.
“Husband cepatlah! Saya sejuk ni.” tersentak Fariz daripada lamunannya lalu terus menghulurkan pakaian itu.
Selang beberapa minit, Ayriz keluar daripada bilik air. Dia melihat suaminya berada di katil sedang membelek telefonnya.
“Dekat bawah, sedara mara awak ada lagi ke?”
“Hm.” hanya itu yang keluar daripada mulut suaminya.
“Jom turun.”
“Buat apa?”
“Lah tak akan nak duduk dalam bilik je. Nanti apa sedara mara awak cakap.”
“Diaorang tak akan cakap apa, ak…. saya dah biasa macam ni.”
“Ala tak boleh lah macam tu. Jomlah kita turun.” pujuk Ayriz. Tidak sedap pula hati kalau hanya duduk di dalam bilik. Namun melihat Fariz seakan tidak bergerak daripada posisinya, Ayriz pon terus bergerak di muka pintu.
“Nak pergi mana?”
“Turunlah… dah awak tak nak turun, saya turun sorang.” jawab Ayriz sambil membuka pintu. Fariz mengeluh perlahan dan terus bangun. Ayriz tersenyum apabila rancangannya berjaya untuk membuat Fariz turun bersamanya. Gilalah kalau dia ingin turun berseorangan. Sudahlah dia tidak mengenal sesiapa.
haii im back
Share this novel
Bila nak update?