Bab 5

Romance Completed 13562

Sebaik sahaja tiba di rumah, Aqisha bergegas meminta diri membersihkan diri. Kemarahan dihatinya masih tersisa terhadap lelaki yg melanggarnya di pasar dan crazy driver tadi. 30 minit kemudian, Aqisha siap membersihkan diri. Seketika, dia teringatkan Comel, kucing kesayangannya. Pasti Comel kelaparan kerana sekarang waktu makan tengaharinya.

"Mana comel ni?"

Aqisha mencari keberadaan Comel. Arghhhhh! Nanti pandai-pandai la dia pulang kalau lapar. Bisik hatinya.

Aqisha kemudiannya turun mendapatkan Puan Maisarah yang berada di dapur. Dia menjenguk Puan Maisarah yang sedang menyiang ikan. Hanyir, sudah pasti.

"haii.. tengok aje? Taknak tolong mama ke?"

"hihihi Qish tak reti la mama menyiang ikan ni. Lagipun Qish takboleh tengok darah. Qish tolong siapkan bahan yang lain eh?"

"yela. Tolong bersihkan sotong dan hiris kecik-kecik untuk mama. Sediakan tepung untuk celup sotong tu nanti. Qish tolong goreng, boleh? Tu kan makanan favourite Qish."

"baik bos. Laksanakan. Hehehe. Eh jap mama. Bukan ke mama tak bawak wallet tadi? Qish belikan ikan je tadi kan? Mana datangnya sotong ni, ma?

"oh ye. Tadi ada seorang lelaki muda yang bayarkan. Mama lupa nak minta duit dari Qish tadi masa Qish nak angkat call kawan Qish. Bila dah timbang sotong and disarungkan dalam plastik, mama baru teringat mama tak bawak wallet. Mama gelabah la nak cari Qish. Nasib baik, ada yang baik hati tolong bayarkan. Baik budak tu Qish. Suka mama dengan dia. Cuma tu lah mama tak sempat berkenalan dengan dia. Nak cepat katanya."

"ouhhh. Yeke? Nasib baik dia tolong tadi. Kalau tak, masaklah Qish dikerjakan singa brutal ni tapi cute macam Qish. Hihi"

"hah mengada. Cepat siapkan. Papa kejap lagi singgah la tu makan tengahari kat rumah. Asyik bercakap dengan Qish, keja mama ni tak siap. Tak pasal-pasal papa kamu jadi singa jantan brutal nanti."

Kami tergelak bersama. Mama ni kadang-kadang tak menyakat yang lagi seorang tak sah. Pasal tu kot Encik Kamal terpikat sebab Puan Maisarah pandai buat lawak gentle. Eh? Lawak ke? Haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience