BAB 1

Romance Completed 128053

Berkerut pelipis di wajah kacaknya apabila melihat begitu ramai tetamu menuju ke rumah besar itu dari cermin tingkap keretanya. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil mengerling sang mama yang duduk di sebelah.

"Kita datang lain hari je lah ma. Nampak ramai orang dekat dalam tu."

Puan Ayunda melepas keluh. Dia tak tahu pun jika hari ini rumah di depan matanya itu akan mengadakan majlis. Yelah, sebelum dia datang pun tanpa mengabari pada tuan rumah sendiri. Alang-alang dah sampai takkan nak berpatah balik. Lagipun, dia perlu berbincang dengan lelaki yang di gelar Tuan Raden itu untuk menangguhkan tempoh bayaran hutang suaminya.

"Kita masuk kejap..." pintu kereta di buka tanpa menunggu balasan Adrian Haydar.

Adrian Haydar mengeluh panjang. Langkah mamanya di buntuti dengan malas.

Di dalam satu bilik dalam rumah besar itu, nampak bersepah seluruh ruang dengan barang-barang yang baru saja nenjadi mangsa di lempar ke lantai. Berhamburan ke sana sini. Batang tubuh yang di baluti persalinan gaun pengantin terduduk di tengah-tengah ruang. Kedua-dua tangannya mencengkeram kuat hujung gaun.

Sakit hati. Marah. Geram. Kecewa. Perasaan itu bercampur aduk dalam hati. Manakan tidak, di saat tetamu sudah sampai, bakal pengantin lelaki tiba-tiba lesap tanpa sepatah kata di tinggalkan. Majlis pernikahan mereka yang seharusnya telah berlangsung 15 minit tadi terpaksa di tunda.

Bukan sekali dia melalui hal yang sama. Merasakan sakit yang sama. Malah semakin berganda rasa sakit dalam hati. Dua kali dia pernah putus tunang. Dan hari ini tiba-tiba lelaki yang berjanji akan menjadi pendamping hidup matinya menghilangkan diri.

Sakit! Sungguh, perasaan yang di rasakannya ketika ini sungguh sakit sekali.

Derap langkah kasut yang menapak masuk tak langsung membuat kepalanya menoleh. Dia tahu siapa yang datang menghampiri.

"Shea..." lembut sebaris nama itu di panggil.

Terluka hatinya sebagai seorang ayah melihat keadaan satu-satunya anak perempuan tunggalnya bersama arwah isteri tercinta di lukai buat ketiga kalinya. Sampainya hati lelaki yang mempermainkan perasaan anaknya. Sebagai ayah, dia tak tega melihat jika hari ini anak perempuannya sekali lagi menjadi cemuhan mulut orang sekeliling.

Kata mereka, Shea perempuan malang. Perempuan yang tak pernah bernasib baik. Tapi dia tahu alasan apa anaknya sering menerima nasib yang sama. Sebab yang terlalu perit untuk di ceritakan dan di ingatkan semula.

Melihat Shea tak berkutik, pelan langkahnya di anjak keluar dari ruangan itu. Nafas berat mengiringi langkah kakinya. Dari depan, seorang lelaki yang telah lama bekerja dengannya melangkah dengan cepat seraya membisikkan sesuatu.

Tubuh tegap lelaki yang mendahului di hadapan di ekori tanpa suara oleh dua beranak itu. Seorang lelaki berdiri menyilangkan tangan ke belakang menunggu kehadiran mereka.

Puan Ayunda lantas menyuarakan tujuannya datang tanpa mengabari terlebih dahulu pada empunya badan dari jarak tiga langkah di belakang tubuh itu. Serba salah, dia tidak tahu pun jika hari ini hari pernikahan anak perempuan lelaki itu.

Tuan Raden memalingkan tubuh menghadap pada suara di belakangnya. Pandangannya langsung tertunak pada lelaki berketinggian 180cm memiliki tubuh 'tough' di belakang wanita di depannya.

"Anak saya..." faham akan pandangan seperti sedang tertanya-tanya itu, lantas Puan Ayunda bersuara.

Terbesit sesuatu di dalam benak Tuan Gonzales ketika ini. Sesuatu yang tak pernah terlintas akan dia lakukan demi anak perempuannya. Namun, keadaan sekarang sarat memaksa. Jika majlis di batalkan, bagaimana dengan air muka Shea. Dia tak mahu anaknya di sakiti dengan kata-kata orang. Cukuplah sebelum ini hal yang sama pernah terjadi di tambahkan lagi sekeping hati anaknya sedang terluka parah.

"Macam ni..." wanita di depannya di pandang lama. "Hutang suami awak saya kira lunas jika hari ini anak lelaki awak sanggup jadi suami anak saya." tegas dan kedengaran muktamad keputusan drastiknya sehingga membuatkan Puan Ayunda terngadah.

Tertanya-tanya wanita itu ke mana pergi pengantin lelaki yang sebenar jika lelaki itu meminta Adrian Haydar menjadi suami instant pada anak perempuannya.

Adrian Haydar tak usah cakap. Paling terkejut dan tak menyangka sama sekali apa yang barusan telinganya dengar.

Tuan Raden tak ada masa lagi mahu berkias. Terus terang dia mengatakan keputusan yang di buat tanpa pengetahuan Shea. Terdesak! Dia perlukan penganti pengantin lelaki dalam masa yang cukup singkat ini.

Adrian Haydar langsung menarik tangan mamanya keluar dari ruangan itu. Kepalanya di geleng. Tanda dia tak bersetuju dengan permintaan seperti mengambil kesempatan ke atas keadaan mereka itu tadi.

Sang mama tertunduk ke bawah. Ikutkan, masih banyak hutang suaminya pada lelaki tadi. Entah bila mahu habis pun dia tak tahu. Dalam keadaan bisness cafe yang di buka agak merosot menyukarkan lagi waktunya membayar hutang-hutang yang ada. Tambahan lagi anak bongsunya masih bersekolah dan memerlukan belanja lebih. Suaminya pula sedang terlantar di katil hospital, koma setelah di langgar lari 5 bulan lalu. Sedar, situasi mereka semakin sulit.

Puan Ayunda angkat wajah yang agak lama menunduk sebentaran tadi. Matanya menjamah cincin di jari manis Adrian Haydar. Cincin tunang anaknya bersama gadis seumuran dengannya tersarung utuh di jari itu.

Tuan Raden dapat melihat ketegangan di wajah kedua beranak yang sedang berunding tidak jauh dari tempatnya berdiri. Terlebih lagi bila wajah kacak itu mula di saluti emosi.

Tersandar belakang tubuh Adrian Haydar bila mendengar kata-kata mamanya. Sama sekali tak dia sangka! Wajahnya di raup lama. Sesak rasa dada bila Puan Ayunda sendiri memohon agar dia bersetuju menjadi suami terjun pada perempuan yang tak langsung dia kenali.

Tak percaya! Itu lah yang Adrian Haydar rasakan saat ini bila mama sendiri termakan dengan tawaran lelaki tadi. Rahangnya di ketap keras. Menahan bengang yang mula mendidih dalam diri.

"Ma..." kepala di geleng lemah. Memohon pengertian dari sang mama.

Puan Ayunda mengapai tangan anaknya. Di genggam lama. "Ad... Mama minta maaf. Mama tak pernah meminta pada Ad. Tapi hari ni tolong ya... Mama merayu."

Sepantas itu juga Adrian Haydar menarik tangannya yang masih di genggam. Kepalanya di gelengkan terus.

"Pasal hutang papa, Ad akan tolong mama. Tu mama jangan risau. Selama ni pun kita sama-sama settlekan hutang papa. Please ma... Please, jangan minta Ad buat kerja gila. Ad dah ada tunang ma. Mama sedar tak apa mama minta Ad buat!" melenting nadanya yang tertahankan sejak tadi.

Tergamam Puan Ayunda. Baru kali ini Adrian Haydar meninggikan suara di depannya. Dia tahu lelaki itu sedang di sulut amarah. Dia masih waras ketika meminta Adrian Haydar bersetuju saja walaupun anaknya sudah bertunang dengan perempuan lain. Dia hanya ingin membebaskan beban di bahunya menjadi ringan walau sedikit cuma. Salahkah jika dia menjadi ibu egois dalam keadaan sekarang.

"Adik kamu macam mana Ad? Dengan keadaan kita macam ni mama tak mampu tunaikan impian adik kamu untuk sambung belajar nanti."

Adrian Haydar mencengkam kasar rambutnya ke belakang. Dia sayangkan satu-satunya adik perempuannya. Dia tahu seperti apa cita-cita adiknya nanti. Tambahan lagi adiknya merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Sayang jika usaha kerasnya hanya setakat separuh jalan hanya kerana keadaan diri mereka sedang memburuk.

Lama Adrian Haydar diam membisu. Begitupun Puan Ayunda. Tertunduk lemah menekur lantai.

"Arumi macam mana ma? Ad sayangkan Rumi. Ad tak sampai hati nak lukakan hati dia."

"Tak payah bagitau Arumi. Tuan Raden nampak tengah terdesak, tak salah kalau kita juga letak syarat. Mama tau Ad, mama tau Ad selama ni tak pernah abaikan keluarga kita. Tapi Ad... Nanti Ad pun akan kahwin, Ad perlukan simpanan untuk Ad sendiri. Sampai bila duit yang Ad kumpul habis cuma untuk bayar hutang papa?"

Lagi sekali Adrian Haydar di buat tak percaya dengan kata-kata mamanya.

"Sebab hutang papa mama sanggup gadaikan anak mama sendiri? Mama tak fikir perasaan Ad macam mana? Keadaan Ad? Ada mama fikir? Yes, Ad akan kahwin cuma dengan Arumi. Mama faham tak ma? Ad kecewa dengan mama! Ad kecewa ma!" lantang suaranya.

Tuan Raden sudah tak betah menunggu lama lagi. Dia hampiri dua beranak itu.

"Kita takda masa. Macam mana?" wajah wanita dan lelaki di depannya di pandang silih ganti.

Puan Ayunda pandang wajah tegang Adrian Haydar. Merayu dengan tatapan sangat mengharap.

Adrian Haydar menggeleng. Tubuhnya di palingkan ingin segera beredar. Dia tak mahu peduli dengan keinginan mamanya. Tak ingin dia menurut! Lebih baik dia segera pergi.

"Ad!" terkocoh-kocoh langkah Puan Ayunda mengejar dari belakang. Lengan Adrian Haydar sempat di tangkap namun pantas di tangkis kasar sehingga menyebabkan tubuh sang mama hilang pertimbangan lalu jatuh tergolek dari tangga.

"Ma!"

Suara Adrian Haydar mengamit pandangan tetamu yang setia menunggu dari tadi. Keadaan kecoh sekejap. Terdampar tubuh wanita lewat 40an itu di atas lantai. Dahinya berdarah akibat terhantuk pada permukaan lantai.

Bahu lelaki yang berdiri tegun di depannya di sentuh dari belakang setelah meminta pembantu rumah memapah tubuh Puan Ayunda ke dalam bilik tetamu sementara menunggu doktor keluarganya sampai.

Adrian Haydar menoleh pandang lelaki yang seumuran dengan papanya. Bezanya, lelaki depannya ini masih nampak segak dan berkarisma.

"Uncle masih tunggu kata putus kamu." sambungnya kemudian.

Terkepal tangan Adrian Haydar di samping tubuh. Dalam keadaan mamanya sekarang sempat lagi lelaki ini bertanyakan akan keputusannya.

"5 minit. Uncle tunggu 5 minit dari sekarang." lalu kakinya di heret pergi meninggalkan Adrian Haydar menimbangi keputusannya.

Di ulit perasaan bersalah pada mamanya membuatkan fikiran Adrian Haydar serabut! Itu belum lagi dengan masalah lainnya. Kepalanya serasa mahu pecah.

ADRIAN HAYDAR mendekati lelaki di depannya dengan langkah longlai. Wajahnya kusut.

"Saya dah bertunang. Lima bulan akan datang kami akan menikah." tangan yang terletak cincin pertunangannya di angkat.

Jalan yang ada sekarang adalah dengan berterus terang. Bersetuju untuk apa jika hatinya hanya untuk tunangannya.

Giliran Tuan Raden membuang nafas berat. "Kalau kamu setuju dengan tawaran uncle, kos belajar adik kamu nanti uncle tanggung sekali." tetap, dia masih tak mahu peduli sekalipun Adrian Haydar sudah mempunyai tunang.

Adrian Haydar tertawa sinis. Mentertawakan nasib sendiri.

"Sekarang, yang uncle nak kamu jadi suami anak uncle. Uncle perlukan status kamu sebagai suami pada Shea."

Pelipis di picit. Bermacam hal mereka pertikaikan dalam waktu yang semakin singkat. Tetap! Tuan Raden mendesak Adrian Haydar menikah dengan anaknya hari itu juga.

Nafas di tarik dalam-dalam. Baik! Kalau ini yang lelaki itu mahu. Yang mamanya mahukan. Dia akan bersetuju. Cuma satu, jangan salahkan dia jika nanti hubungan ini tak mungkin menemui bahagia di atas keputusan yang mereka ambil.

Adrian Haydar lelah! Lelah mempertahankan diri agar tidak terus di desak. Namun akhirnya dia tetap jatuh tersungkur. Tewas setelah memikirkan keadaan keluarganya. Dengan langkah cukup berat, dia melangkah ke satu bilik untuk menukar pakaiannya.

Siapa sangka jika datangnya tadi sebagai orang asing berakhir dengan menjadi sebagai menantu lelaki dalam rumah ini.

"Shit!"

Prang!

Kedengaran cermin dari dalam bilik air pecah di tumbuk kepalan tangannya. Darah berjejeran menitis dari buku limanya yang terluka.

SHEA sedari tadi menunduk tanpa mengangkat wajahnya langsung. Cincin yang tersemat di jari manisnya di tanggalkan lantas di baling ke dinding. Cincin nikah ini dia pilih bersama dengan lelaki pilihan hati namun lelaki lain pula yang menyarungkan di tangannya.

Tak puas hati. Shea geram dengan papanya. Buat keputusan ikut kepala sendiri. Tak bincang langsung dengannya. Fikir dia terdesak sangat nak berlaki ke? Kesal jadinya. Kalaupun majlis hari ini tak jadi dia dah tak kesah lagi! Dah alang-alang angannya musnah. Biarkan musnah sekali.

Tadi, sempat juga mereka bertengkar kecil. Shea membantah sekerasnya tapi papanya buat perangai ditaktor. Sama seperti Adrian Haydar, Shea juga terpaksa. Hah! Sebut tentang lelaki tu. Dua hal yang dia tahu tentang suami mengejutnya itu setakat ini. Tunangan orang dan juga usia Adrian Haydar terpaut 4 tahun muda darinya. Kalau berdekatan dah macam kakak dengan adik. Shea tak lah nampak tua walau umur dah menginjak angka 29. Tapi yang Adrian Haydar ni 'kiyowo' sangat! tahu.

Tiada dalam kamus hidup Shea mengencani lelaki muda bawah umurnya sebelum ini. Sadis! Hidupnya bertambah malang. Majlis mereka sebentar tadi juga bertukar menjadi majlis tertutup atas permintaan Adrian Haydar. Mahu tak mahu, Tuan Raden rela menebalkan muka pada tetamu meminta mereka bersurai. Demi Shea, asalkan anaknya menikah. Itu yang penting.

Bunyi keriut daun pintu yang di tolak dari luar membuat ekor mata Shea bergerak menjeling langkah sepasang kaki masuk ke dalam bilik.

Tanpa berkata apa-apa, Adrian Haydar berjalan melewati depan Shea lalu meletakkan cincin nikah mereka di atas meja solek gadis itu. Mulutnya di kunci sejak majlis mula tadi. Mereka tak langsung bertatapan mahupun menyuarakan pergelutan dalam hati masing-masing. Adrian Haydar diam sediam diamnya. Senyum juga tidak. Untuk apa dia tunjuk wajah manis jika seharusnya majlis hari ini bukan majlis atas keinginannya.

Pernikahan mereka hanya di ketahui beberapa orang terdekat. Adrian Haydar mendesak agar pernikahan mereka tidak sampai tersebar sehingga di ketahui tunangnya. Sebal, hatinya masih terasa sebal!

Selamba, dia tanggalkan tuxedo yang melengkapi tubuhnya sejak tadi. Kebetulan, ngam pula saiz pengantin lelaki dengan tubuhnya. Rahang di ketap naik panas hati. Jelingan tajamnya singgah pada wajah gadis yang dah menjadi isterinya. Bertambah kekesalan dalam diri bila tahu usia mereka tak ubah macam kakak dengan adik. Rengusannya di lepas.

Shea tolehkan kepala, pandang belakang tubuh yang bertelanjang dada di depannya itu. Di picing tajam matanya menjamah segenap inci tubuh tegap di depannya. Dejavu. Seperti seseorang. Seseorang yang ingin dia bunuh dengan tangannya sendiri selama ini andaikan dunia ini tak punya undang-undang. Seseorang yang telah menghancurkannya. Shea masih tak lupa bayangan tubuh itu ketika hari kejadian yang menimpa hidupnya menjadikannya seorang perempuan yang tidak bernilai apa-apa.

Ah! Benar, mungkin fikirannya sedang kacau. Sehingga kisah kelam itu terlakar semula di benak. Membayangkan yang tidak-tidak.

"Spesis orang macam you memang suka eh gunakan kelemahan orang lain bila terdesak perlukan laki?"

Sontak terdongak wajah Shea tak menyedari sejak bila Adrian Haydar sudah terpacak di depannya.

"I tak paksa you setuju." sedatar wajahnya dia membalas ejekan itu.

"Sebab papa you desak I!"

Shea tenung tajam Adrian Haydar. Fikir dia muda lelaki ini boleh kurang ajar dengannya? Fikir dia dah berpangkat 'suami' padanya, dia boleh buat seenaknya.

"You dan papa you takda hak nak larang hubungan I dengan tunang I. Semat dalam kepala you baik-baik." tegas dan lancar amaran di beri.

"I taknak kesah apa you buat dengan tunang you asalkan jangan depan mata I." sama tegas nadanya membalas.

"Bagus. Sepatutnya you sedar diri semua ni terjadi sebab you."

Shea bingkas berdiri. Saling merenung tajam.

"You pun sama. Terpaksa sebab tawaran papa I, kan?"

Diam. Hening ruang bilik.

"Kenapa you diam? Payah nak mengakui kebenaran?"

Mengepal tangan Adrian Haydar. Kakinya bergerak laju keluar dari bilik menghempas kuat daun pintu.

Masuk dalam kereta, keluarkan saja telefon berpuluh missed call dari cik tunang tak dia sedari sejak tadi memandangkan telefonnya dalam mod senyap. Sebelah tangan meraup wajah. Enjin kereta di hidupkan, memecut menemui Arumi. Pasti nanti tunangnya itu merajuk. Satu benda lagi perlu dia hadap pada hari yang sangat melelahkan otak dan jiwanya.

***

Kill My Husband dalam versi lock chapter. Yg lock chapter memang Dreamy slow update. Utk yg ni free reading je. Harap suka. Happy reading~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience