Danial bermimpi akan abangnya. Dia melihat Adam ditangkap dan dipukul oleh seseorang. Danial geram dan menjerit " Lepaskan Adam tak guna! Jangan pukul abang aku!" Danial mengertak. Danial bangun segera dari tidurnya dan terasa sakit pada bahunya. "Argh" Danial mengerang sakit. Dia memandang sekeliling dan terkejut melihat keadaan sekeliling. Dia kini sedang tetbaring di atas sebuah sofa dan sekeliling dipenuhi dengan perabot baru yang lengkap dengan tag harga. "Eh, aku dalam kedai mana ni? ". Danial keliru dan dapat menganggak dia mungkin berada di dalam sebuah kedai perabot. Danial melihat bahunya telah berbalut dengan bandage dan diselimuti.
Dia bangun dan berjalan ke pintu keluar dari kedai itu. Kini dia berada di satu kedai di dalam sebuah kompleks membeli belah. Danial melihat ke kiri dan kanan. Terdapat beberapa kedai baju dan kedai- kedai lain yang lampu masih terpasang seolah-olah menunggu pembeli untuk masuk. Namun hairan kerana kesemua kedai kosong. Dia memandang ke bawah kerana dia berada di tingkat satu. Adam pergi pula ke eskelator di kiri lorong. Dia menjumpai papan direktori yang tidak digital dan melihat dia sekarang berada di bahagian barangan ruang tamu. "Hei dah sedar?" sapa seorang remaja kepada Danial dari bawah. Will memanggil Danial supaya turun. Lalu Danial mengikuti Will ke bahagian utama pusat membeli belah di mana terletaknnya barangan makanan kering dan basah. Terdapat sepuluh orang dewasa dan empat kanak-kanak sedang menjamu selera di meja kayu style camping. Danial menelan air liurnya kerana baru sedar dia agak kelaparan. John (doktor) pergi ke arah Danial dan membelek budak itu. Setelah berpuas hati John menarik Danial untuk duduk sekali makan bersama-sama. Danial kekok apabila semua memandangnya. Harry menyapa, "Hai, selamat petang. Kamu sudah sedar. Marilah makan sekali. Saya ketua di sini dan kamu panggil sahaja saya Harry. Will anak saya yang jemput kamu tadi. Nanti kita berkenalan. Makan dulu." Danial duduk dan membaca doa makan. "Eh" lelaki tampan di sebelah Danial hairan. " Ouh, saya Islam. Saya kacukan eropah dan asia walaupun rupa saya seperti orang eropah saya Islam." Danial memaklumkan. Mereka yang lain mengangguk faham dan sambung makan.
Selesai makan Danial terus beredar ke bahagian pintu masuk utama pusat membeli belah itu dan mundar mandir memandang ke luar pintu kaca yang terkunci di sebalik pagar besi. Will yang melihat keresahan budak itu menegurnya. "Hei, kamu ok ke?" . Danial memandang Will yang lebih tua dari abangnya. "Boleh benarkan saya keluar dari sini? Kalau boleh saya nak minta izin untuk sedikit bekal dan senjata tidak kisah pistol atau pisau. Saya nak balik ke tempat abang saya berada. Jauh ke dari sini tempat saya terakhir dijumpai? Saya tak boleh biarkan abang saya keseorangan. Saya nak selamatkan abang saya." Danial meluahkan kerisauanya. "Umm... Nanti abang cuba pujuk Harry untuk tolong kamu. Pergi rehat dahulu. Kamu tu baru nak pulih dan lebih baik simpan tenaga untuk cari abang kamu." Will memberi cadangan. "Maaf tapi kamu yakin abang kamu selamat?" Will bertanya. " Yeah, sangat yakin! Saya dan abang pandai guna senjata seperti senapang dan pistol sebab atuk kami latih di London ketika cuti sekolah. Sebab kami bertuah terjumpa senjata tersebut. Jadi saya pasti Adam selamat. Dia selalu sertai kem sekolah. Dia ada tempat selamat untuk berlindung,jika tak di hotel mungkin di stesen minyak yang berdekatan. Tolong bantu saya. Dia satu-satunya abang yang saya ada. Danial berkata sambil matanya sudah bergenang dengan air mata. Will menepuk bahu Danial yang tidak cedera, "Sudah, jangan risau mereka akan bantu. Lagipun abang kamu pandai menembak boleh bantu kumpulan ini. Susah nak jumpa sesiapa yang selamat sekarang. Kamu lelaki jangan menangis. Kena kuat." Will memujuk. "Tapi saya budak lagi." Danial mengesat air matanya. "Aish budak ni!" Will mengeluh. "Dah jom pergi jumpa doktor John untuk makan ubat kamu.
Selepas meminum ubat berbentuk cecair, John meneliti Danial dengan kekeliruan. Dia telah mendengar cerita bahawa budak itu datang ke Kyres untuk dibedah. Namun semasa pertama kali melihat Danial dan memeriksa badannya tiada langsung kesan jahitan atau luka sebarang pembedahan yang berlaku. Tambahan pula, jika dibedah seseorang sepatutnya tidak selincah seperti Danial kerana dia tidak kelihatan sakit atau lelah akibat kesan selepas pembedahan.
Will membawa Danial berjumpa ahli kumpulan seorang demi seorang. Dia memberitahu lelaki bernama John itu adalah doktor di sebuah klinik swasta. "Ok mungkin kamu tak dapat ingat semua kumpulan di sini jadi saya akan beritahu. Saya Will anak kepada ketua kami iaitu Harry dan Julie . Kamu pasti lihat semasa makan tadi ada lelaki yang paling tua. Dia ialah Smith seorang veteran tentera, lelaki tampan di sebelahnnya itu seorang artis vlog iaitu David. Sepasang suami isteri yang merupakan staff pusat membeli belah ini Nadia dan Chen berserta tiga anak-anak lelaki mereka. Dua wanita iaitu nurse yang bekerja dengan John. Kawan saya seorang lagi Bennet dan adik perempuannya yang sebaya kamu iaitu Mia. Kita juga ada kembar iaitu Jack dan Jill, mereka berdua dari universiti Kyres." Will menerangkan sambil duduk di sofa manakala Danial mendengar dengan teliti.
Harry dan Julie datang duduk bersama mereka. " Kamu boleh berlindung di sini asalkan kamu dapat membantu kumpulan. Jika kami perlu bantuan kamu perlu turuti. " Harry memberitahu. "Harry, boleh ke suruh sesiapa cari abang kepada Danial ni? Saya rasa budak tu selamat sebab kita dah tangkap geng Harden dan budak itu mungkin berlindung di hotel atau di stesen minyak berdekatan. Kita boleh isi minyak di situ sambil cari budak tersebut. Saya dengar dari Danial, mereka berdua pandai menggunakan senjata seperti senapang dan pistol sebab dilatih oleh atuk mereka di London. Jika kita dapat abangnya, boleh membantu kita mencari bekalan makanan kelak sementara makanan di dalam sini tidak habis lagi." Will memaklumkan. "Harry saya rasa itu cadangan yang bagus. Tidak salah kita buat. " Julie menyokong cadangan anaknya itu. Harry tidak berfikir yang budak seperti Danial dan Adam mampu membantu banyak namun melihat kesungguhan dari Will yang jarang memberi perhatian akan sesuatu perkara merasa bagus juga jika dia bersetuju. "Ok, baiklah. Kita akan suruh Jack dan Jill pergi cari abang kamu mungkin nama dia Adam. Mereka akan naik jip yang lengkap dengan mesin gun. Kamu tak perlu ikut berehat dulu pulihkan luka di bahu. Kita akan berhubung menggunakan walkie talkie dengan kembar apabila mereka di sana nanti." Harry memaklumkan. Danial tersenyum puas.
"Bagaimana pusat membeli belah ini selamat dari zombi ni?" Danial pelik melihat keadaan sekeliling mall yang kemas. "Ouh, sebab mall ni sebenarnya dalam proses pembaikian dan ditutup dengan kaca anti peluru sebab terdapat satu kedai di sini kepunyaan seorang lelaki dari Dubai. Kedai dia jual barang kemas mungkin dia risau jadi dia memasang pagar anti peluru ni ke semua pintu masuk dan tingkap yang berhubung dengan luar. Jadi semasa dibaiki mall ni selamat sebab kejadian zombi ni tak sampai seminggu dan kita bertuah kerana masih terdapat bekalan air dan elektrik. Mungkin dia terlampau kaya. Tapi bahaya juga sebab sini dijana oleh reakter nuklear tapi saya dengar dari berita yang tempat itu dikawal ketat oleh kerajaan mungkin selamat. Namun kerajaan tetap gagal kawal wabak zombi ni. Hampir lapan puluh populasi telah jadi zombi.
Mereka tidak sempat ambik tindakan kerana zombi ini sangat cepat merebak. Masih ada yang terselamat dari zombi ini dengan berlindung di kawasan yang selamat. Terdapat juga banyak kem yang melindungi orang awam namun mereka hanya melindungi orang kenamaan sahaja atau mereka yang penting. Disebabkan itu ramai orang awam berlindung sendiri. Sistem komunikasi terputus dan kerajaan sekat semua laluan keluar Kyres. Jadi kita semua memang terbengkalai di sini. Itu yang paling kami tak puas hati. Mereka nak tunggu semua penduduk di pulau ni jadi zombi semuanya baru puas agaknya. Harry geram sambil mengetuk meja di situ memeranjatkan Danial yang khusyuk mendengar informasi yang banyak itu. Kebetulan rumah kami berdekatan sekitar kawasan mall dan kami semua berlindung di dalam dengan bantuan Chen dan Nadia. Mereka yang lain telah menjadi zombi dan kami dapat berlindung hasil kekuatan kalis peluru. Jarang dapat kehadiaran orang yang terselamat ke sini seperti geng yang culik kamu dan kanak-kanak lain itu. Mereka anggota kumpulan ni tapi disebabkan tamak mereka lari, bawa semua bekalan yang disimpan dan sempat culik kanak-kanak di sini untuk dijual." Julie menerangkan. "Jadi kami fikir takkan terima sesiapa dengan mudah jika mereka nak sertai kumpulan ini. Kamu tak apa sebab kamu masih budak kecil dan memang memerlukan perlindungan." Harry memberitahu.
Share this novel