BAB 6 PART 2

Romance Series 8815

SEHINGGA PUKUL 6 petang, Misya belum balik lagi. Dia tidak pasti apa yang mengikat kakinya di dalam pejabat ini. Matanya tertumpu kepada pintu bilik pejabat Jawdan yang masih bertutup rapat.
Tadi, setelah dia menyelesaikan permohonan ISBN dan PDP dengan HR department, Misya menyemak portfolio Mr Han. Manalah tahu berguna untuk miting esok hari.
Fattah muncul pukul 4 petang, terus masuk ke bilik Jawdan. Selepas itu keluar dengan wajah separuh pucat. Apabila Kak Nour tanya, Fattah mengaku ada terkacau lukisan Jawdan dan pen tu jatuh. Dia ingatkan pen tu hilang fungsi sebab dia cuba buka berkali-kali tak dapat. Jadi dia pergi ke mall cari kedai yang ada jual jenama yang sama sebab bimbang Jawdan mengamuk. Beratus juga terbuang gara-gara pen sebatang milik Jawdan Raffiq.
“Sudahlah susah nak cari pen tu kat kedai. Mahal pula tu.”
“Bila masa you masuk bilik Tuan Jo?” soal Kak Nour.
“Sebelum Misya masuk lagi. You all tak perasan ke?”
Misya rasa lega pula mendengar pengakuan Fattah. Mujur memang bukan dari dirinya kejadian itu berlaku. Jika tidak, pasti orang lain ingat dia dalang kepada misteri hilangnya G-pen Jawdan. Paling teruk, dia dianggap pencuri di jabatan ini. Sudahlah baru masuk bekerja...
Apabila pintu bilik Jawdan terbuka, Misya menegakkan tubuh. Dia mengambil beg tangannya dan terus bangun dari duduk.
Mata Jawdan terarah ke wajahnya.
Bertembung.
Sesaat... Dua saat...
Jawdan melangkah terus menuju ke lif. Misya cepat-cepat mengekori Jawdan dari belakang.
“Kenapa tak balik lagi?” soal Jawdan tanpa memandang wajah Misya. Butang lif ditekan.
Misya masih senyap sehinggalah pintu lif terbuka. Dia masih mengekori Jawdan dari belakang. Jawdan memberi ruang untuk Misya berdiri di sebelahnya.
“Mr Han akan datang dalam pukul 10 pagi esok.”
“I dah baca nota you.” Ringkas saja ayat yang terbit dari bibir lelaki itu.
Misya menoleh ke sisi. Menatap tubuh Jawdan yang terlalu sempurna pada pandangan zahirnya.
Wajah lelaki itu menjadi santapan matanya. Tiada lagi urat-urat kecil yang timbul di dahi Jawdan. Riaknya tidak gembira, tidak sedih dan tidak marah. Malah Misya tidak mampu membaca fikiran Jawdan walaupun diamati berkali-kali. Entah apa emosi yang terkandung di dalam dada Jawdan Raffiq.
Misya masih terasa di dalam mimpi. Berhadapan dengan lelaki seperti Jawdan, terasa dirinya kecil sahaja.
“What do you want from me?” soal Jawdan tiba-tiba.
Misya terkebil-kebil. Soalan itu sempat menjentik hatinya. Dada Misya terasa berdebar.
Apa yang aku nak dari Jawdan?
Jeeyan...
Patutkah dia beritahu saja pada Jawdan yang dia mahu bertemu dengan Jeeyan?
“Nothing.” Misya menggigit bibir.
Jawdan melirik Misya dengan ekor mata. Gadis itu tunduk menatap lantai lif seolah-olah banyak perkara yang sedang mengganggu fikiran. Bukan dia tidak perasan Misya seolah-olah takut dengannya. Sejak kali pertama Misya memperkenalkan diri, sehingga saat ini, tidak pernah lagi dia melihat gadis itu tersenyum atau ketawa dengan ikhlas. Entah kenapa Jawdan teringin melihat senyuman Misya. Wajah sepolos Misya sepatutnya sedang menikmati usia muda. Seperti Jeeyan...
Jawdan menilik jam di tangan.
Dia sepatutnya sudah berada di rumah. Dia mengharap tidak mengganggu masa rehat bibik. Selalunya Mak Cik Liah akan pulang ke rumah pada pukul 7 malam. Kalau jalan jem, mungkin dia akan sampai pukul 7.30 malam.
Tadi pagi, dia terpaksa berkejar menghantar Jeeyan ke hospital gara-gara adiknya itu mencederakan diri. Sebab itu juga kerjanya ada yang tertangguh dan dia perlu menyelesaikan hari ini kerana esok pertemuannya dengan pelukis komik. Sekarang pun kerjanya belum siap lagi. Nanti akan dia sambung apabila Jeeyan tidur. Jeeyan perlukan perhatian. Hanya ketika Jeeyan tidur saja barulah dia boleh leka dengan kerja-kerjanya.
Apabila pintu lif terbuka, Jawdan segera menapak keluar dari perut lif.
Langkahnya berhenti sebentar. Dia menoleh ke belakang.
Misya yang baru keluar dari pintu lif segera mematikan langkah.
Sepasang mata coklat milik Jawdan bertembung dengan mata hitam pekatnya.
“Once again, do you have something to tell me?” Suara garau Jawdan menyapa pendengarannya.
Misya yang masih mendongak segera menggelengkan kepala. “Tak ada, tuan.”
“Jadi kenapa tak balik aje dari tadi?” soal Jawdan.
Misya menggigit bibir. Hatinya kian mendesak. Ni masanya Misya. Bagi tau dia yang kau nak jumpa Jeeyan. Beritahu aje yang kau kawan lama Jeeyan!
Tapi bibirnya masih beku tanpa mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun.
“Ehem. I’m asking.”
Misya semakin gugup apabila panahan mata Jawdan kian tajam menikam.
“Tadi risau tuan tak baca nota yang I tulis...”
Jawdan senyum segaris. Smirk. Alasan Misya langsung tidak logik. Di atas mejanya memang ada sticky note itu saja. Tiada kertas lain. Mana mungkin dia tidak membaca tulisan Misya.
“I know I am good looking but you don’t have to wait for me. Bila tak ada kerja, balik aje ikut masa orang lain balik.”
Misya terkesima.
Belum sempat dia membalas, lelaki itu telah melangkah meninggalkannya.
Misya terkebil-kebil seketika. Agaknya ramai gadis-gadis yang suka menanti Jawdan kerana rupa paras lelaki itu sehingga Jawdan silap faham tentang dirinya.
Dia pandang saja tubuh Jawdan yang menghilang dari sebalik pintu utama wisma. Mahu saja Misya katakan yang dia sudah mempunyai kekasih agar lelaki itu tidak menganggap dirinya stalker tak bergaji!

ig @rinsyachasiani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience