"Tuan tak kerja ke hari ini?"
Danish Harith tarik senyum.Dia hanya berpakaian kasual sahaja.Danish Harith hanya mengenakan T-shirt putih berlengan pendek dipadankan dengan jeans denim berwarna biru.
"Saya cuti hari ni.Mak Jah nak keluar pergi beli kuih ke?"
"A'ah tuan.Mak Jah nak beli barang sikit tu yang nak ke sana."
"Saya ikut Mak Jah.Jomlah.Kita gerak sekarang."
Mak Jah terkejut dengan tingkah majikannya itu.Namun diturutkan sahaja.Pak Mat mengambil tempat di tempat pemandu,Mak Jah pula duduk di sebelah Pak Mat,manakala Danish Harith duduk di tempat duduk belakang penumpang.Kereta mereka terus bergerak membelah jalan menuju ke destinasi di mana misi Danish Harith akan bermula.
Meja dilap lalu bekas yang berisi kuih disusun.Nia Nisrina meletakkan kerusi berhampiran dengannya.Tok Mah yang masih berdiri di sisinya dipimpin ke kerusi.Perlahan-lahan punggung Tok Mah dilabuhkan di atas kerusi.Selesai sahaja Nia Nisrina berkemas,kelihatan beberapa orang pelanggan sudah menunggu untuk membeli.Nia Nisrina melayan pelanggan-pelanggannya dengan penuh sopan.Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan.Ramai juga pelanggan yang membeli kuihnya hari ini.
"Nia,duduk rehat.Minum air ni."
Sebotol air mineral dihulur.Nia Nisrina menyambutnya lalu air botol itu diteguk membasahkan tekak yang kian kering.
"Banyak lagi ke Nia kuih yang tinggal?"
Matanya menjengah bekas kuih di hadapannya.
"Dah tak banyak,nek.Kejap lagi kita dah boleh balik."
Tok Mah hanya tersenyum mendengar jawapan cucunya.
"Assalamualaikum,Tok Mah,Nia."
Mata mereka beralih pada empunya suara.
"Waalaikumsalam.Ooh...Jah rupanya.Ingatkan tak datang hari ni."
"Ish,mana boleh tak datang.Kalau tak makan kuih Nia ni tak boleh buat kerja saya."Seloroh Mak Jah.
Nia Nisrina hanya tersenyum mendengar gurauan Mak Jah.
"Maaflah Mak Jah.Kuih ni sahaja yang tinggal.Yang lain dah habis."Bicara Nia Nisrina lembut.
Wajah Nia Nisrina dipandang sayu.Sejuk rasa hati Mak Jah tatkala memandang wajah polos gadis di hadapannya ini.
"Tak apalah Nia.Ni pun boleh.Nia bungkuskanlah semua.Lagi pun dah tak banyak yang tinggal.Majikan Mak Jah gemar benar makan kuih yang Nia buat tau.Tu yang dia selalu minta Mak Jah beli."
Nia Nisrina tersenyum malu.Dari jauh sepasang mata ralit memandang si gadis yang disebutkan oleh pembantu rumahnya.
"Cantik!"Desis hati Danish Harith.
Mak Jah mengatur langkah ke arah kereta.Senyumnya tidak lekang dari bibir.
"Tuan,tulah Nia dengan neneknya.Nasib baik kita cepat.Kuih dia banyak yang dah habis."
"Karipap ada tak Jah?Harap-harap adalah."Pak Mat mencelah.
"Ada tapi tinggal dua biji je, bang.Jomlah kita gerak pergi ke pasar.Takut tutup pula."
Kereta terus bergerak meninggalkan Nia Nisrina dan Tok Mah.Senyuman sinis terukir di bibir Danish Harith.
Bekas-bekas kuih yang kosong disusun di dalam bonet kereta Perodua Viva,pemberian arwah suaminya.Walaupun hanya kereta second hand namun Nia Nisrina sangat menghargainya.Dengan kereta inilah dia mudah bergerak ke sana dan ke mari.
Tok Mah dipimpin dan dibawa masuk ke dalam kereta.Lalu Nia Nisrina memandu keretanya pulang ke rumah.
Nombor telefon seseorang didail.Selang beberapa deringan,terdengar balasan suara garau di hujung talian.
"Hello,aku nak kau buat sesuatu untuk aku."Ujar Danish Harith sambil menarik senyum.Dia pantas menyuarakan perancangannya pada lelaki yang berada di talian.
"Baik,tuan.Tuan jangan risau."Balas lelaki itu.
Jawapan yang diberi membuat Danish Harith berlapang dada.Talian dimatikan.
"Soon you will be mine sweety!" Terbayang wajah polos si gadis di ruang matanya.Senyuman itu betul-betul menyesakkan dadanya.
Pintu bilik dibuka.Susuk tubuh anak terunanya didekati.Punggungnya dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan anaknya.
"So,any news my son?"
Danish Harith memandang wajah bapanya dengan pandangan kosong.Bibirnya berdecit halus.
"Tak lama lagi je papa.Tak lama lagi papa akan dapat menantu seperti yang papa mahukan."Danish Harith tarik senyum.
"Wah,papa macam tak percaya!Where did you find that girl,younger man?Papa harap bukan dekat tempat yang bukan-bukan."Duga Tan Sri Hayyat.
"Takkanlah anak papa ni nak cari isteri kat tempat macam tu,pa."
"Manalah tahu.Kamu tu berduit.Tak salah kalau papa syak kamu bayar perempuan ntah mana-mana untuk jadi isteri kamu.Whose know?"
Danish Harith tersenyum sumbing.Tak diduga pemikiran bapanya seteruk itu.
"Takkanlah Danish nak perempuan yang bukan-bukan lahirkan zuriat untuk Danish.Agak-agaklah papa ni.Papa kenal Danish macam manakan.Cuma ada satu sahaja masalah.Tapi kalau papa ok ia tak akan jadi masalah lagi."
Kening Tan Sri Hayyat bertaut.Cuba menghadam kata-kata anaknya itu.
"Papa tak faham.Apa yang Danish nak sampaikan sebenarnya?"
"Well,dia bukan anak dara tapi janda.Is it okay to you?"
Tan Sri Hayyat gelak besar.Tidak tahulah jenaka apa yang direka menyebabkan bapanya ketawa sebegitu.
"Pa,tak lawak pun.Why are you laughing like that?"Danish Harith sudah berwajah dingin.
"Sorry...Sorry.Papa bukan sengaja pun nak ketawakan kamu.Dah tak ada anak dara lagi ke dekat Malaysia ni sampai janda pun kamu nak sebat."
"Pa,I think you should meet her first before you judge her.Jangan sampai papa yang ternganga pula bila dah jumpa dia nanti."
Tan Sri Hayyat menyandarkan batang tubuhnya.Keluhan berat dilepaskan.
"Ok,papa nak jumpa dia dulu.After that,baru papa bagi kata putus.Boleh?"
"Ok,Danish setuju.Papa jangan risau Danish yakin papa dapat terima dia jadi menantu papa."
Tan Sri Hayyat hanya mengangguk.
"Beri Danish masa untuk tetapkan masa pertemuan papa dengan dia."
"Ok,papa beri Danish masa sampai minggu depan sahaja.Kalau tak,papa akan carikan Danish calon isteri.Sebab papa rasa kalau tunggu Danish,alamatnya syarikat kita tu akan berpindah ke tangan orang lain.So,deal?"
Tan Sri Hayyat menyuakan tangannya.Danish Harith memandang tepat ke arah ayahnya.Lalu tangan ayahnya disambut.
"Okay,deal.Dia adalah pilihan terbaik Danish.Just wait and see."
"Baiklah,kita tunggu dan lihat.Oh,ya.Sebelum papa terlupa,papa sebenarnya datang ke rumah kamu bukan nak tanya pasal calon menantu papa tu.Tapi dah alang-alang jumpa kamu,tu yang papa tanya.Tapi perkara sebenar yang papa nak bincang ni berkaitan projek kita dekat Port Dickson tu.Macam mana?Any progress? "
Danish Harith berdiri lalu langkahnya diatur ke meja kerjanya.Laci mejanya dibuka.Sebuah fail berwarna biru diambil dan diberikan kepada bapanya.
"Ni fail pasal projek tu.So far 50 percent already done.Another 50 percent will be done soon.Papa jangan risau semuanya under control."
Mata Tan Sri Hayyat menyelak satu persatu laporan yang berada di tangannya.Dia meneliti semua laporan-laporan itu.Lalu fail itu ditutup dan diletakkan di atas meja.
"Good job son!Tak sia-sia papa serahkan jawatan papa kepada kamu.Papa nak kamu monitor projek tu.The project will give multiple profits to us.Jadi Danish jangan ambil mudah projek ini.Faham?"
Danish hanya mengangguk.
"Faham,pa.Papa jangan risau.Danish tak akan kecewakan papa."
Bahu anaknya ditepuk.
"Oklah,papa gerak balik dulu.Kalau ada apa-apa jangan lupa beritahu papa."
"Ok,pa.Hati-hati."
Danish Harith hanya melihat bapanya keluar dari bilik.Punggungnya dilabuhkan semula di atas sofa.Kepalanya di sandarkan.Kedua tangannya diangkat menutup dahi.Lalu matanya dipejamkan,sambil akalnya mula merencana sesuatu supaya rancangannya berjaya.
Share this novel