bab 6

Other Completed 2433

abang tan melayangkan tubuhnya keatas katil dan menutup muka dengan bantal.tak lama kelihatannya bahunya terhingguk2 perlahan. ya dia menangis! dah lama rasanya dia tak menangis.. pelik,angin apa yang merasuknya hari ni?

seketika dia bangun terduduk dan seka pipi dengan kasar.kemudian sebuah kotak kecil dibawah katil ditarik keluar dan diletak dihadapannya. nafas ditarik dalam2 sebelum tangan membuka kotak berkenaan..

sekeping gambar lama diambil dan ditatap sayu.perlahan2 air matanya kembali menitis dan semakin lama semakin rancak pula bahunya terhingguk.

" mak.." panggilnya teresak2.dia benar2 rindukan ibunya saat ini.dia mengharapkan kehadiran wanita itu kesisinya sekarang .dia mahu wanita itu membelai rambutnya dan menenangkannya.tapi semua tu tak mungkin berlaku.

" mak..intan rindu mak.." esaknya sambil jari mengusap wajah ibunya yang sedang tersenyum.

" intan nak mak.."

" kenapa mak tinggalkan intan sorang2? kenapa tak bawa intan dengan mak? intan dah takde sape2 mak.." rintihnya sedih.

selama ini dia pura2 kuat untuk mengaburi mata orang mengenai kesedihan hidupnya.dia tidak mahu orang berkawan kerana simpati kepadanya.dia tidak mahu kelihatan begitu menyedihkan di mata sesiapa. dia berubah juga kerana itu..

" mak.." panggilnya lagi. mata dipejam dan dia menghamburkan semua tangis yang dipendam sejak sekian lamanya.teruk sekali esakannya. dadanya benar2 sakit dan pedih dek perasaan itu.dia kesunyian.dia tidak punya sesiapa disisi untuk berkongsi rasa sakit itu.semua ditanggung sendiri.

tak lama dia terlelap dek keletihan dengan tangan tak melepaskan foto arwah ibunya.sisa air mata juga tidak dikesat dan dibiar begitu sahaja.

keadaanya jelas menunjukkan bagaimana perasaan yang sedang dilaluinya sekarang. dia benar2 ' sakit'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience