CHAPTER 12 DKM

Action Series 21357

Harini adalah hari Hana Dahlia perlu pulang ke Subang demi tugasnya.Dia akan duduk di Subang selama dua minggu.Dia juga hanya hadir untuk bagi sesi latihan sahaja.Selepas dia menghantar notis berhenti kerja.Ketuanya meminta dia hadir untuk sesi latihan dan habiskan Misi besar yang bakal mereka semua tempuh bersama termasuk Luth Hanief.

"Sayang okay ?." soal Luth Hanief yang dari tadi melihat isterinya hanya menekur ke beg bagasi yang berisi segala pakaiannya itu.

Saat mengangkat wajah , terkejut Luth Hanief apabila melihat wajah isterinya Hana Dahlia basah dengan airmata.Entah bila dia menangis dalam diam !

"Sayang... ." seru Luth Hanief romantis.Dia mendekati isterinya Hana dahlia dan memeluk tubuh isterinya kejap.Tangisan wanita itu pecah.

"Kenapa ni sayang ?." soal Luth Hanief lemah.Dia menyeka airmata isterinya yang mengalir deras itu.

"Sa...sayang taknak balik Subang." ucap Hana Dahlia dalam esakannya.

"Kenapa ?." soal Luth Hanief lembut.

"Sayang taknak." ucap Hana Dahlia dalam tangisnya lagi.Dia memeluk kejap tubuh suaminya Luth Hanief.

"Sayang... ." pujuk Luth Hanief.

"Ini tugas.Kita buat untuk negara , bunga abang ni kan orang yang kuat.Sayang kuat.Sayang abang tak ?." soal Luth Hanief romantis.

"Sayang... ." ujar Hana Dahlia dalam tangisnya.Tubuh isterinya ditolak sedikit untuk melihat wajah ayu itu.Luth Hanief tersenyum manis.

"Kalau sayang abang , sayang pergi ya.Sekejap saja.Lagi dua minggu balik sini.Tinggal dengan abang.Okay ?." pujuk Luth Hanief bersungguh-sungguh.

"Nanti bukan sayang tak jumpa abang lansung pun.Boleh call dan video call." ujar Luth Hanief mesra.Dia melapkan airmata isterinya dengan hujung baju yang dipakainya.

"Pergi ya bunga.Bawa sekali cinta kita terbang di atas udara." ucap Luth Hanief romantis kepada isterinya Hana Dahlia.

"Abang jaga diri juga di sini.Jangan penat sangat kerja.Jangan tidur lambat." pesan Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"I love you flower !" ucap Luth Hanief dengan nada romantis.Dia mengecup dahi isterinya itu.Bibirnya terbenam sejenak di dahi luas Hana Dahlia.

Dari dahi turun ke pangkal hidung dan terus membenamkan bibirnya di bibir munggil Hana Dahlia.Terpejam rapat mata Hana Dahlia saat dikucup suaminya Luth Hanief.Mereka khayal dari dunia realiti seketika.

"A...abang." panggil Hana Dahlia dengan nada tersekat-sekat apabila nafasnya semakin hilang.

"Sorry." ucap Luth Hanief mendatar.Dia mengesat bibirnya.Dia merenung seketika anak mata isterinya Hana Dahlia.

"Abang pun berat nak lepaskan sayang.Tapi kita ada misi.Ingat.Semua ni kita buat demi negara tercinta , bunga.Sebelum fikir tentang abang , fikir tentang rakyat yang mengharapkan jagaan penuh keselamatan dari kita.Lagi-lagi sayang.Sebab sayang tentera." ucap Luth Hanief menasihati isterinya Hana Dahlia.Wanita itu menekur beg yang penuh berisi pakaian itu.

"Takda suami nak lepaskan isteri dengan rela.Tapi abang terpaksa relakan demi negara." ucap Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Dua minggu , bukan sekejap untuk kita.Kenapa kita rasa macam tu ? Sebab kita dah mula ada perasaan antara satu sama lain.Perasaan yang sukar hendak dilepaskan." ucap Luth Hanief lagi.

"Pergilah sayang.Abang redha.Abang doakan misi kita ni berjaya." ucap Luth Hanief romantis.

"Selamat maju jaya , Kapten Hana Dahlia.Semoga allah melindungi awak." ucap Luth Hanief lagi.Hana Dahlia tertunduk malu.Pangkatnya diseru oleh Luth Hanief.Mereka tertawa seketika.

"Abang , I love you so much." ucap Hana Dahlia pula.Dahi suaminya Luth Hanief dikecup lembut.Dia memeluk tubuh lelaki itu kejap.Sukar hendak melepaskan.Sakit sangat rasanya perasaan yang dirasainya itu. 

Dua jam Hana Dahlia sudah berangkat ke Subang.Dia melihat jam ditangannya.Teringat dia akan pesanannya terhadap isterinya itu.

FLASHBACK

"Drive carefully , don't drive fast , if i know you will be punished ." ucap Luth Hanief keras kepada isterinya. 

"If i want to take it fast too ?." soal Hana Dahlia mencabar.Luth Hanief tersenyum sinis.

"You will receive a punishment that will make you regret for the rest of your life !."  ucap Luth Hanief dengan mendatar.Menelan liur kesat Hana Dahlia dibuatnya.

"Jangan berani bawa kereta laju.Abang tahu bunga pakai NISSAN GTR SKYLINE tapi itu bukan tiket untuk bunga bawa laju.Jangan bagi alasan sebab dia tak boleh bawa perlahan.Sekurangnya , drive on limit." ucap Luth Hanief tegas.Dia tidak pernah setegas ini terhadap isterinya Hana Dahlia.

"Yalah... ." ujar Hana Dahlia lemah.

"Don't lie to me , I can check you on CCTV highway plus ! I will do !." ujar Luth Hanief lagi.

"Abang ni garanglah." rungut Hana Dahlia manja.Dia tertunduk di hadapan badan suaminya Luth Hanief itu.

"Ya abang garang.Tapi sebab abang sayang.Kalau abang tak sayang.Abang tak cakap semua ni." ujar Luth Hanief kepada isterinya dengan serius.Bukan dia tidak tahu Hana Dahlia ni.Degil dalam diam !

"Jom abang hantar sampai ke kereta." ujar Luth Hanief kepada isterinya.Mereka jalan beriringan menuju ke kenderaan.Luth Hanief menyimpan bagasi yang berisi baju isterinya ke dalam bonet kereta.

"Abang , nak salam." pinta Hana Dahlia lembut.Luth Hanief menghulurkan tangannya.Hana Dahlia mengecup lembut tangan suaminya.

"Jaga diri sayang , abang sayangkan isteri abang ni sangat.Jaga hati dan nyawa sayang untuk abang ya." ucap Luth Hanief kepada isterinya dengan nada romantis.Hana Dahlia menekur lantai.Wajahnya memerah menahan malu.Ubun Hana Dahlia dikecup lembut.Kepala isterinya diusap manja.Hana Dahlia tersenyum melihat suaminya.Lelaki ini benar buat dia jatuh cinta.

"Abang tunggu sayang balik okay." ujar Hana Dahlia mesra kepada suaminya Luth Hanief.Dia cuba menceriakan suasana.Dia menahan sebak di dada.

"Abang tunggu , bunga !" ucap Luth Hanief romantis.

"Assalammualaikum Mr.SPRM !" ucap Hana Dahlia nakal.Luth Hanief tersenyum mendengar usikan isterinya itu.

"Waalaikummusalam Flower !." balas Luth Hanief pula.Kenderaan meluncur keluar dari kawasan rumah dan hilang dari pandangan Luth Hanief.Airmatanya mengalir.Sakit melepaskan isterinya yang sangat dia cintai.

END OF FLASHBACK

"Hanief , termenung jauh kamu ? Fikir apa ? Ada masalah ke ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Takda apalah abah , fikirkan Dahlia saja." ujar Luth Hanief mesra.

"Boleh Hanief tanya sesuatu ?." soal Luth Hanief meminta izin bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Tanyalah , kamu nak tanya apa ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin mesra.

"Abah taknak cari ibu ke ? Mana dia pergi hampir tiga minggu ni ? Itu kan isteri abah ?." soal Luth Hanief kepada bapanya.

"Abah pun tak dapat kesan dia sebenarnya Hanief.Abah dah cuba guna cable polis tapi siapa pun tak jumpa dia.Mana dia pergi abah pun tak tahu." jelas Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Habis apa macam tak kisah jer ? Tak nampak abah bersungguh nak cari ibu." ujar Luth Hanief kepada bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Hati abah masih sakit dengan apa yang jadi.Abah gagal , Hanief." ucap Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya dengan nada lemah dan kecewa.Amat kecewa dengan dirinya. 

Hakim dan Adam pada hari ini bekerja separuh hari saja.Mereka mendapat panggilan daripada sahabat mereka Luth Hanief yang meminta mereka datang ke kediamannya pada jam petang selepas habis waktu bekerja.Tepat jam tiga petang mereka sudah berada di kediaman Luth Hanief.Hanya dia sahaja di rumah.Mereka sedang berbincang tentang kehilangan Puan Suraya Hani yang tidak dapat dikesan.

"Hilang ?." soal Hakim pelik.Luth Hanief mengangguk perlahan.

"Kena telan lah kot.Banyak sangat buat dosa." ujar Hakim selamba kepada Luth Hanief.

"Kau ingat ni kisah tanggang ke ?." soal Adam kepada Hakim.Tidak pernah serius mereka berdua ini.

"Kalau tanggang sebab dia derhaka dengan mak dia , yang ini tanggung.Sebab dia banyak buat dosa dengan orang.Jadi , tanggunglah segala dosa kau." ujar Hakim selamba.

"Sudahlah ! Tak kelakar lah.Tolong aku selesaikan masalah." ujar Luth Hanief yang mula naik berang dengan dua orang sahabatnya itu.

"Elehh , macam masalah kau !  Masalah bapak kau , kau pula yang selesaikan." ujar Hakim selamba kepada sahabatnya Luth Hanief itu.

"Aku sayang bapak aku.Aku tolong bersebab." ujar Luth Hanief lemah dan sayu.Dia menung kembali memikirkan jalan penyelesaian.

"Berapa lama dah dia hilang ?." soal Adam kepada Luth Hanief.

"Tiga minggu.Hampir lah." ujar Luth Hanief kepada sahabatnya Adam.

"Siapa yang bersama dengan dia kali terakhir ?." soal Adam lagi.

"Takda sesiapa.Abah aku balik kerja dia dah takda di rumah." ujar Luth Hanief kepada sahabatnya Adam.Dia mengusap wajahnya kasar.Sakit kepalanya memikirkan masalah yang mendatang.

"Siapa lagi yang tahu masalah ni ?." soal Hakim.

"Aku sorang saja.Itupun sebab aku tanya.Baru abah aku cerita.Kalau tak dia diam saja." jelas Luth Hanief kepada sahabatnya itu.

"Dia takda mencari ke ? Tak risau ? Itu kan isteri dia ?." soal Adam dan Hakim bertalu.

"Tak." jawab Luth Hanief ringkas.

"Kenapa ?." soal Hakim pelik.

"Sebab dia masih marah dengan isteri dia tentang apa yang jadi.Dia berbelah bahagi.Rasa risau dan marah." ujar Luth Hanief kepada Adam.Manakala , Hakim hanya menekur meja kopi di hadapannya.

"Haih , susah juga macam ni." ujar Adam kepada sahabatnya Luth Hanief.

"Entahlah , aku pun tak tahu nak kata apa." ujar Luth Hanief sayu.

"Kita cuba guna cara sulit.Nanti aku akan kumpulkan maklumat.Kita usaha dengan cara itu.Mana tahu berjaya !" jelas Hakim kepada Luth Hanief.

"Isteri kau mana ? Senyap  saja dari tadi ?." soal Adam mesra.

"Dia dah balik Subang.Ada latihan pertempuran.Dia dipilih jadi ketua yang akan ketuai F-18 Super Hornet." jelas Luth Hanief kepada Adam dengan nada sayu.

"Membujang balik lah kau ni kiranya ?." usik Hakim selamba.Dia tertawa melihat Luth Hanief yang merenung tajam ke arahnya.Sungguh tak makan saman !

"Tapi , kau dengan dia okay tak ?." soal Adam kepada Luth Hanief.

"Biasa saja.Takda apa yang istimewa pun.Biasalah asam garam rumahtangga." ujar Luth Hanief membohong.Dia tidak mahu bercerita kebahagiaan rumahtangganya pada orang luar.Biarlah dia saja yang tahu.

"Nanti ada rezeki , allah berilah anak." ucap Adam lembut dan tersenyum.

"Yang korang berdua ni bila nak jadi bapak ?." soal Luth Hanief selamba kepada dua sahabatnya itu.

"Belum ada rezeki lagi." ujar Adam kepada sahabatnya Luth Hanief.

"Kau Hakim ?." soal Luth Hanief kepada lelaki yang sedang asyik memakan kudapan yang disediakan itu.

"Aku ? Aku pun dah memeningkan kepala Hazira , inikan pula nak ada anak.Takut lama-lama meninggal bini aku." ujarnya selamba sambil mengunyah.

HAHAHA ! Tawa mereka letus.Ada sahaja jawapan si Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience