Bab 4

Humor Completed 28838

(Day 2)

"DHIA BANGUN SUBUH!"

"UZUR LAH!"

'Good morning KL!' hati Dhia amat bahagia. Dia memandang sekeliling bilik hotelnya. Radiah dan Rafidah sudah tiada di bilik itu. Dia tahu, mereka sudah pun keluar untuk bersarapan di hotel. Dhia merengus. Tidak puas hati kerana sering ditinggalkan. Dhia pun mandi dan bersiap-siap untuk turun dan sarapan. Dia melangkah ke arah lift. Kerana perangainya yang tidak sabar, dia terus menyondol masuk ke dalam perut lift. Kerana dia menunduk, kepalanya terlanggar dinding lift.

"Aduh." Rungut Dhia sambil menggosok kepalanya.

"Awak memang suka langgar orang?" suara garau yang tiba-tiba itu membuat Dhia terkejut. Dia mendengus kecil memandang lelaki yang berdiri di hujung lift. Dia memandang sekeliling. 'Nasib baik mamat godzlilla ni aje yang ada.'

"Tak tahu beri salam ke?" tanya Dhia sinis.

"Assalamuai'laikum, awak ni memang suka langgar orang?" jawab Iqbal.

"Awak tahu tak, sekarang ni, saya nampak awak besar kecik besar kecik aja tau. Saya tangan kang." Marah Dhia. Dia bengang kerana pagi-pagi lagi sudah ada orang yang menyakitkan hatinya. Iqbal ketawa riang. Pintu lift terbuka. Sepasang suami isteri berbangsa Arab memasukki perut lift. Mereka melemparkan senyuman kepada Dhia dan Iqbal.

"Good morning." Tegur Iqbal.

"Good morning." Si suami menyahut. Si isteri hanya tersenyum.

Lift berhenti di tingkat dua. Dhia melangkah keluar. Sebelum dia dapat sepenuhnya keluar, lengannya dicapai Iqbal.

"Lady, don't forget tonight's dinner. See ya." Pesan Iqbal sambil mengenyitkan mata. Dhia berlalu sambil membuat muka meluat.

--

"Sayang, sikitnya you makan," tegur Hafizul.

Rafidah tersenyum sambil membalas, "Takut baju pengantin tak muatlah sayang."

Hafizul tersenyum geli hati, dia memandang badan Rafidah yang kerimping.

"Apa yang you cakap ni? Badan you dah cukup slim dah. Kurus lagi sikit dah tak cute sayangku."

"Eww. Meluatnya Dhia dengar," sampuk Dhia yang baru tiba dengan makanannya. Rafidah menjeling tajam. Dhia tersengih sahaja.

"Alah Dhia, tak mahulah cemburu. Kalau nak manja-manja macam abang dengan kak Rafidah kamu ni, cepat-cepatlah cari pasangan," cadang Hafizul.

Dhia mengerutkan mukanya tanda tidak setuju, "Tak pa lah Abang Zul. Kalau manja sangat macam kucing, kirim salam lah. Geli! Memeram bulu roma Dhia."

"Habis tuh lelaki semalam?" tanya Zaiful pula yang sedari tadi senyap.

"Lelaki mana pula ni Dhia?" tanya Raudah. Kesemua yang berada di meja makan memandang Dhia. Zaiful tersenyum sambil menyambung suapannya. Dia tahu, pasti sekarang wajah Dhia sudah kemerah-merahan.

"Mana ada! Saja je Abang Zaiful ni sembarang aja. Lelaki mana?" nafi Dhia. Namun dia tahu, penafiannya pasti tidak dipercayai. Dhia menjeling tajam ke arah Zaiful. Selepas itu baru dia sedar bahawa Radiah tidak ada bersama mereka.

"Mana kak Radiah?"

--

Radiah memandang skrin telefonnya. Pesanan ringkas yang baru dia terima menjerut tangkai hatinya. "Hariq," nama itu sekali lagi disebutnya.

Radiah, you mesti tak nak Zaiful tahu yang I contact you kan?

Kalau gitu, datanglah. Sekejap aja.

Radiah mengeluh sambil mengalas beg tangannya.

--

"Entah. Masa kakak keluar, dia dah tak ada. Entahlah mana si Radiah tuh pergi. Kesian dia," kata Rafidah sambil melirik ke arah Zaiful. Kelihatan Zaiful bersahaja menikmati sarapannya. Dia kelihatan tidak risau melihat kekasihnya hilang tanpa pesanan.

Dhia memandang Zaiful. Dia sedar perubahan muka kekasih sepupunya selepas mendengar kata-kata Rafidah walaupun telah cuba diselindunginya. Dhia kasihan dengan pasangan itu.

"I don't want to hear it! You lied! You said you're on a business trip, but here you are, on hiding from us!" jeritan wanita yang berpakaian seksi itu menarik perhatian Dhia dan semua yang berada di situ. Jelas sekali wanita itu sedang memarahi lelaki di hadapannya. Dhia ingin tahu sangat siapa lelaki itu namun sayang, lelaki itu membelakanginya.

"No! Don't try to ask me to shut up! I want you to go back now! With me! You are coming with me!" marah wanita itu lagi.

"Come with me!" sergahan lelaki itu membuat Dhia tertarik. Walaupun baru berbual dengan lelaki itu selama dua kali, dia kenal suara garau itu.

Pandangan mata Dhia mengekori langkah Iqbal dan wanita seksi itu. Dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.

--

Iqbal merengus geram. Dia memandang Wani yang berada di hadapannya. Marahnya bukan kepalang lagi. Sebentar tadi, selepas berbual dengan Dhia, dia turun ke kaunter kerana dimaklumkan ada tetamu. Dia dikhabarkan bahawa tetamu itu sedang menunggu di restaurant hotel. Apabila dia Nampak sahaja wajah Wani, wajahnya berubah muram.

"Kenapa you cari I sampai sini?" tanya Iqbal dengan dingin. Raut wajah pan asia Wani kelihatan benggang.

"I tanya, kenapa you cari I sampai sini?" tanya Iqbal sekali lagi.

"Iqbal, you fikir I tunggul? You lari. You said you are on a business trip."

"Yes Wani. I am. I bukan model macam you yang kerja freelance. I've got to work. So I nak you balik. Jangan ganggu I dekat sini," arah Iqbal.

"No! I don't want to hear it! You lied! You said you are on a business trip! But here you are, hiding from us!" teriak Wani. Teriakan itu menaikkan darah Iqbal.

'Eh perempuan ni, jerit-jerit macam ni tempat dia pula!'

"Wani! Quiet. Janganb menjerit tak tentu pasal." Marah Iqbal dengan suara yang masih boleh dia kawal.

"No! Don't try to ask me to shut up! I want you to go back now! With me! You are coming with me!" bangkang Wani. Nada suaranya semakin meningkat. Iqbal tahu, lagi lama dia berada di sini, makin kuat pekikan Wani. Sudahlah ramai yang dapat menyaksikan drama percuma.

"Come with me!" arah Iqbal sambil menarik tangan Wani. Dia segera berlalu.

Sampai sahaja di kawasan luar lobi hotel itu, pandangan Iqbal beralih ke pemandu Wani.

"Kim, bring her home." arah Iqbal kepada pemadu peribadi Wani itu. Kim teragak-agak untuk mengangguk. Matanya melirik ke arah majikan mudanya. Dia gentar dengan angin Wani yang tidak menentu.

"Iqbal, jangan arah I macam you Daddy I! If I'm leaving, I'm leaving with you!" tegas Wani.

"What is wrong with you?! Why can't you leave me alone?!" berang Iqbal.

"Sebab I sayangkan you!" kata Wani.

"No! Tak! You tak sayangkan I dan I tak sayangkan you! We are only paired at alasan bisnes. Thats all. Dan I rasa you tahu yang I tak akan kahwin dengan perempuan yang I tak cinta! Tolonglah faham." Bangkang Iqbal.

"See, I know you are running away from me. From our wedding. You lied! Saying that you have a business trip to auntie. You think you can run away from me? Its not happening!" marah Wani.

"There is no wedding! There will be no wedding. There is no me, us, love and wedding! NOTHING! Dan I tahu you sedar itu. I tak akan bernikah dengan wanita macam you. Tolonglah pergi dari hidup I. Ada banyak lagi lelaki yang hendakkan you!" marah Iqbal.

"Tapi I tak nak yang lain. I nak you."

"Fine, I'll leave for now. But just so you I'm gonna make sure you are married to me. And by then, you will be deeply in love with me!" Wani memberi amaran sambil berlalu.

--

"Hi Faiz. Awak busy ke?" tegur Dhia. Faiz tersentak.

"Tak sangat. Saya baru habis kerja ni. Kenapa?" tanya Faiz kembali. Dia menghabiskan lipatan terakhir tuala mandian lalu letak ke dalam laci. Dia kembali menghadap Dhia yang setia berdiri di hadapannya.

"Awak boleh temankan saya keluar jalan-jalan kat KL? Saya nak bersiar-siar di sini tapi tak tahu mana nak pergi."

"Boleh juga. Tetapi awak kena tunggu lagi satu jam. Saya harus kerja di lobi sebentar." Jawab Faiz.

"Faiz, awak sebenarnya kerja apa?"

"Macam-macam kerja saya buat. Lifeguard, receptionist, bell boy pun saya buat." Jawab Faiz. Kening Dhia terangkat.

"Father tiri saya suruh yang experience semua itu jadi saya tahu setiap aspek hotel ini. Senanglah untuk saya tolong kendalikan hotel ini nanti dengan abang tiri saya." Terang Faiz. Walaupun tidak ditanya, Dhia hanya mengangguk faham.

"Awak datang sini dengan siapa sebenarnya? Seorang?"

"Saya datang dengan sepupu-sepupu saya dan pasangan mereka. Tapi masing-masing jalan dengan pasangan mereka, tinggallah saya seorang."

"Awak tak ada pasangan?"

"Awak nak jadi pasangan saya?"

Wajah Faiz berubah merah mendengar kata-kata Dhia. 'Ish muka ni. Time gini jugalah kau nak merah. Minah ni pun satu, berbual ikut sedap mulut aja. Kang jadi betul nanti baru tahu. Nak ke dia dengan aku?'

"Muka awak merahnya! Comel!" tegur Dhia. semakin merah wajah Faiz.

Dengan segera dia menukar topik perbualan mereka. "Awak tak kisah ke berbual dengan orang yang awak tak kenal?"

"Sometimes, a stranger makes you comfortable." Kata Dhia dengan tiba-tiba. Faiz mengerut dahi meminta penjelasan.

"Abang saya pernah kata, the best thing of being kat tempat asing adalah orang tak kenal kita, orang tak tahu cerita kita. Kita jadi sama dengan orang lain. Kosong-kosong."

"Awak ada cerita yang awak nak sembunyikah?" tanya Faiz. Perasaan ingin tahu semakin menjadi-jadi sejak dia berkenalan dengan wanita ini.

"Mungkin."

Senyap antara mereka. Dhia merenung kolam renang itu.

--

Radiah melangkah perlahan-lahan ke arah kedai kopi Starbucks. Sudah dua jam dia berdebat untuk datang ataupun tidak. Dia keliru.

Hariq, Lelaki pertama yang membuat hatinya berbunga-bunga. Namun tidak lagi. Hatinya sakit mengenangkan perbuatan lelaki itu.

"Radiah, terima kasih sayang." Tegur Hariq yang sudah berdiri dihadapannya meja.

"I dah muncul depan you, apa yang you nak?" tanya Radiah dengan dingin.

Hariq tersenyum. "Sudi juga puteri ais ini berbual dengan I?"

Radiah membuangkan pandangnya ke luar restoran. Dia seperti cacing kepanasan. Hatinya yang sakit, ngilu. Seperti ditoreh. Kalau ikutkan hatinya yang panas sudah ditikam-tikam lelaki dihadapannya itu.

"You tahu kenapa I datangkan? Sebab I tak nak Zaiful tahu. Now you tell me why? Kenapa you nak jumpa I? I don't have all day." Kata Radiah dengan keras.

Hariq tersenyum pahit. "Sayang sangat you dengan Zaiful. I wished I was him."

"It's too late."

"True love is never too late."

"You are not my true love."

"Says who?"

"Me. You. Allah."

"Don't be too sure."

"Don't joke with me."

"I love you still."

"Shut up."

"I want to be with you."

"Shut up!"

"Give me a chance!"

"Shut up! Diam! You tak faham?!"

"Why won't you gve me a chance?!"

"Because you blew it! If you loved me, you wouldn't cheat on me! If you were my true love, I would not have caught you in bed with another woman!" marah Radiah. suaranya bergetar. Jari-jemarinya sudah mengigil-gigil. Kemarahan Radiah sudah kemuncak. Airmatanya akan menitis bila-bila masa.

"Kalau you nak jumpa I for a chance, let me tell you once and for all, you blew it big time! I have stopped loving you from the moment I left your house. You tak layak terima cinta I! Puas hati you?!" Marah Radiah sambil bereda. Empangan airmatanya akan tumpah bila-bila masa. Dia tidak mahu lelaki itu melihatnya menangis. Sudah banyak airmatanya habis kerana lelaki itu. Cukuplah.

--

Radiah menangis teresak-teresak di dalam tandas. Keluar sahaja dari restoran itu, airmatanya laju sahaja turun tanpa mampu ditahan. Luka lamanya kembali berdarah. Hatinya pedih. Begitu payah untuk melupakan cinta pertamanya. Cinta yang telah dicurangi. Memori malam itu bermain di kotak fikirannya.

"Sayang," panggil Radiah sambil masuk ke rumah Hariq. Kunci pendua yang Hariq berikan padanya disimpan di dalam kocek. Radiah meletakkan kek dan hadiah yang dibeli di atas kaunter dapur. Hari ini merupakan hari ulang tahun Hariq. Dia ingin membuat kejutan kepada Hariq. Cadangnya mahu telefon Hariq sebelum masuk rumah namun panggilnya tidak dijawab. Radiah mula melangkah ke bilik kerja Hariq. 'Tak ada orang. Mana dia?'

Radiah melangkah ke bilik tidur Hariq. Alangkah terkejutnya melihat Hariq bersama seorang wanita di atas katil tanpa seurat benang pun. Hadiah yang berada di tangannya jatuh. Kehadiran Radiah membuat Hariq rasa amat terkejut. Dia cuba untuk menahan Radiah dari melangkah pergi. Pelbagai alasan yang diberi. Tetapi dia tahu, tiada yang dapat memasang kembali sekeping hati Radiah yang sudah retak.

Radiah tidak dapat mendengar apa-apa. Fikiran yang bercelaru. Yang dia mahu hanya pulang dan tidak melihat Hariq lagi buat selama-lamanya.

Radiah menangis teresak-teresak lagi. Kenangan itu membuat dia sukar mempercayai lelaki. Zaiful adalah jejaka yang hadir tatkala dia telah berputus asa dengan cinta.Tetapi lelaki itu berjaya menebusi tembok yang dibina dan terus mengapai tangkai hatinya. Namun, satu yang Radiah tidak mampu beri. Seratus-peratus hatinya pada Zaiful.

--

Hariq duduk membatu. Hatinya kacau. Melihat reaksi Radiah membuat dia puas. Akhirnya wanita itu beremosi apabila berhadapannya. Dia puas kerana akhirnya dia dapat melihat Radiah marah. Kerana selepas kejadian itu, sebulan Radiah menyepi. Selepas itu, dia haya bertemu Radiah sekali, tatkala Radiah membuat keputusan untuk putuskan hubungan mereka. Dia masih ingat kata-kata Radiah.

"I rasa lebih baik kita berpisah. I sudah tidak ada sekemulit perasaan cinta pun dengan you. Dan I rasa it's the same for you." Waktu itu, wajah Radiah tidak beremosi.

Hariq terasa amat bersalah. Dia tahu dia telah membuka kembali luka di hati Radiah yang tidak boleh sembuh. Hatinya rindu akan Radiah. Wanita itu sentiasa berada di mindanya.

'Radiah, hanya namamu yang meniti dibibirku. Hanya wajahmu yang berlegar difikiranku. Dan hanya cintamu yang berada dihatiku. Radiah, I menyesal. I minta maaf. I nak kita kembali. I sayang dengan you.' Luahan jujur itu telah berkali-kali diulang. Dia mahu katakan itu pada Radiah, namun akhirnya kata-kata angkuh juga yang keluar dari mulutnya dan ia terus kembali menghancurkan hati wanita itu.

--

"Abang, jom kita pergi Times Square. Jomlah. Shopping..." pujuk Raudah. Fandi tersengih sambil mengangguk.

"Adik, kau nak ikut tak?" tanya Raudah. Rafidah memandang pasangan itu.

"Tak payah. Menyampah adik tengok korang punya manja."

"Eh, cakap orang dia pun sama. Korang tuh, berkepit je 24 jam. Macam korang punya honeymoon pula. Meluat." Balas Raudah. Dia memerhatikan kemesraan Rafidah dan Hafizul. Silap-silap, orang ingatkan mereka dah nikah.

"Itulah. Abang pun risau. Kauorang ni bertunang. Janganlah rapat-rapat begitu. Boleh jadi fitnah. Kita di tanah Melayu. Jangan malukan diri sendiri. Harus hormat batas pergaulan antara masing-masing. Faham?" tidak sudah-sudah Fandi memberi nasihat.

Hafizul dan Rafidah hanya mengangguk faham.

"Ni nak pergi mana ni?" tanya Fandi lagi.

"Pantai."

--

Raudah memerhatikan anak kecil yang bersama ibunya. Anak kecil itu comel sungguh, dengan telatahnya.

"Anak saya baru masuk tiga tahun. Nakalnya tak henti. Active sangat." Ujar ibu kepada anak kecil itu. Raudah tersenyum.

"Comelnya. Siapa nama dia?"

"Nizam. Comel, ikut muka ayahnya." Jawab ibu itu lagi.

Raudhah terangguk-angguk.

"Nama saya Eja. Awak?" tanya Eja.

"Raudah."

"Sorang aja ke?"

"Dengan suami. Dia pergi tandas sekejap." Jawab Raudah.

Eja menangguk faham.

"Raudah memang suka budak-budak ke? Dah ada anak?"

"A'ah. Memang suka sangat, suami saya aja yang tak suka sangat. Menyusahkan katanya." Jawab Raudah.

"Inshaa Allah murah rezeki untuk dapat anak. Anak ni anugerah Allah. Memanglah sukar nak jaga mereka, tapi kebahagiaan yang kita rasakan masa tuh, memang tiada tolak bandingnya." Nasihat Eja.

"Raudahku," panggil Fandi.

"Eja, saya pergi dulu ya. Bye Nizam, salam auntie. Inshaa Allah kita jumpa lagi." Kata Raudah.

"Raudah, beritahulah dia. Inshaa Allah, dia tak marah." Ujar Eja tiba-tiba.

Raudah terkedu.

"Sayang, awak berbual dengan siapa tuh?" tanya Fandi.

"Baru kenal. Anak dia comel bang. Kalaulah anak kita comel gitu," ujar Raudah. Fendi berubah riak.

"Sayang, we've talked about this kan? Not now. Abang belum bersedia untuk dapat baby."

Raudah mengangguk lemah. Matanya memerhatikan kedai bayi. Hatinya melonjak-lonjak mahu ke sana namun dia tahu, Fandi pasti tidak setuju.

"Sayang, nanti lepas kita balik holiday, Abang akan kembali sibuk dengan bisnes tau sayang. Mesti abang akan rindu Raudahku." Ujar Fandi memecahkan sunyi antara mereka.

"Dah tuh, Abang tak nak Raudah ada teman ke?" tanya Raudah. Fandi memandang isteri tercintanya, "Awak nak maid?"

Raudah memasamkan muka. "Ada pula. Buat apa nak maid sedangkan Raudah sendiri tak bekerja."

"Habis tuh, sayang nak siapa teman?" tanya Fandi, kemudian dia menyambung, "Awak nak anak?"

Raudhah menghentikan langkahnya.

"Siti Raudah betul nak anak? Boleh, tapikan abang dah cakap, bukan sekarang. Kita belum ready. Abang belum ready lagi nak ada orang di antara kita." Bantah Fandi.

"Abang yang belum ready. Anak itu akan lebih mengeratkan hubungan kita suami-isteri bang."

"Raudah, bisnes abang baru nak maju. I don't want those kinds of distractions." ujar Fandi.

"Kalau kita ada anak, abang tak perlu susah-susah jaga. Biar Raudah yang jaga. Bayi tuh tak akan distract abang."

"Siti Raudah kenapa degil?" tanya Fandi. Dia sudah semakin hilang sabar dengan kerenah isterinya. "Sudahlah bang, Raudah nak ke tandas. Tunggu sekejap."

--

Raudah berdiri di hadapan cermin tandas. Hatinya kecewa mendengar kata-kata Fendi.

'Tak fahamkah abang yang anak itu adalah tanda cinta kita?'

Pintu salah satu tandas yang terbuka menarik perhatian Raudah. Alangkah terperanjatnya Raudhah melihat Radiah keluar dari cubical itu dengan mata yang merah and sembam. "Radiah!" panggil Raudah.

Radiah memandang Raudah. Dengan segera dia memeluk kakaknya itu. Dan sekali lagi airmatanya gugur.

"Kenapa ni? What's wrong? Kenapa nangis sayang? Why? Apa Radiah buat kat sini?" tanya Raudah bertubi-tubi.

"Hariq, Hariq..." itu sahaja yang diulang Radiah. Nama itu sudah cukup untuk membuat Raudah rasa risau.

--

Rafidah berjalan menyusuri pantai bersama Hafizul. Hafizul asyik tersenyum senang sahaja.

"You," Panggil Rafidah.

Hafizul memandang Rafidah.

"Kenapa you pilih I?" tanya Rafidah.

Hafizul memandang Rafidah dengan pelik. "Kenapa you tanya macam itu?"

"Yelah. Kita kenal masa kat uni, that time you ingat tak, youkan hearthrobe of the school. Semua perempuan nak dekat you. Tapi kenapa,dalam banyak-banyak perempuan, you pilih I?" tanya Rafidah.

Hafizul tergelak kecil. Dia teringat kembali zaman universitinya. Tidak boleh disangkal, dia memang rebutan perempuan. Ramai bergaduh untuk mendapat perhatiannya. Dan Hafizul juga merupakan seorang kaki perempuan. Sering bertukar pasangan namun tidak ada satu yang meninggalkan kesan di dalam hatinya. Tapi, seperti novel-novel cinta yang dia tidak gemari, Hafizul berubah perangai apabila terpandang Siti Rafidah. Waktu itu, hatinya sudah terpaut. Dia menyimpan impian untuk memilik wanita itu. Namun, seperti kisah cinta lain, begitu payah untuk menawan hati gadis ayu itu.

"I ingat. Masa tuh kita last year kat uni. I terpandang you masa you tengah nyanyi dengan group CCA you. I terpaut dengan suara you. Macam bidadari." Ujar Hafizul. Rafidah tergelak.

"Mengada. Puji lebih."

"You ingat tak, hari yang akhirnya kita couple lepas lima bulan I ngurat you?" tanya Hafizul.

Sekali lagi Rafidah tergelak malu. Mahu tidak malu? Tidak mungkin dia dapat melupakan perasaannya ketika itu.

Waktu itu, Hafizul datang ke kelasnya dengan kakinya yang terseliuh. Dia sanggup ganggu kelas Rafidah semata-mata untuk berkata, "Rafidah, siang malam I tak boleh tidur sebab ingatkan mata you yang berkaca apabila memandang I. Siang malam I berharap I dapat meluahkan rasa cinta I pada you. Rafidah, I tahu I bukan lelaki yang baik. Tapi untuk you, I sanggup tinggalkan semua tuh. Tapi I perlukan bantuan you. I ikhlas melamar cinta I pada you. I serahkan seluruh hati I pada you. Dan hanya pada you I akan setia. Will you accept me?" Rafidah ingat lagi betapa malunya dia. Memang waktu itu hatinya berbunga riang namun dia tetap anak gadis yang kenal erti malu.

"Prof, I will not leave this class without getting an answer," kata Hafizul.

"Well Rafidah, I guess I don't have a choice. Please say yes to him so that the rest can carry on studying," pinta professor Rafidah.

Dan ketika itu, Rafidah menghadiahkan anggukkan.

"Ingat. Tak mungkin I lupa. Sejak hari tuh, I lead my life happily with you by my side." Ujar Rafidah.

"Ooops. Maaf." Pinta Rafidah sebaik sahaja dia sedar yang dia telah melanggar seseorang. "Baik-baik sayang," nasihat Hafizul

"Maaf ya cik...," kata-kata Hafizul terhenti tatkala melihat wanita yang telah Rafidah melanggar. Wanita itu memandang wajah Nashruddin sambil tersenyum.

"What a small world we live in!" ujar wanita itu pula. Rafidah sudah terpinga-pinga.

"Oh my god, is that you Linda?" tanya Hafizul. Wanita itu terus mengangguk. "Zul?"

Hafizul mengangguk pantas. "Sayang," panggil Rafidah.

Hafizul yang masih tersengih senang mengalihkan pandangannya pada Rafidah.

"You, this is my bestfriend from U, Linda."

"Hi," sapa Linda. Rafidah mengangguk sambil tersenyum.

"And Lin, this is Rafidah, my..."

"Tunang." Sambung Rafidah pantas. Entah mengapa hatinya bagai ditiup badai cemburu. Dia memerhatikan wanita yang bernama Linda itu. Hatinya menjadi kurang senang.

"Oh, kau dah tunang? Tak jemput pun," kata Linda sekadar berbahasa basi.

"Macam mana aku nak jemput, you left few months after we grad remember? Lepas tuh, tak ada pun ingat nak contact aku." Rajuk Hafizul yang sengaja dibuat-buat. Linda tertawa senang. Rafidah yang melihat dua sahabat itu mula cemburu lalu dia pun memanggil Hafizul, "Sayang, jomlah balik hotel. I dah penat ni."

"Lin, aku contact kau tau nanti. Kasi phone number. We have a lot of catching up to do."

--

"You ni kenapa? Asyik tersenyum aja. Teringatkan perempuan tadi ke?" tanya Rafidah. Walaupun dia cuba untuk tidak menampakkan cemburunya, ia tetap kelihatan. Namun, kerana kegembiraan Hafizul dia tidak perasan.

"Linda tuh, bestfriend I. Rahsia I semua dalam poket dia. Kita rapat sangat. Tapi sejak I dating dengan you, dia selalu jauhkan diri." Kata Hafizul. Kening Rafidah terangkat sedikit. "Kenapa?"

"Entah."

"Cemburu kot?"

"Apa pula cemburu? Dia kat bestfriend I? Buat apa nak cemburu?"

"You sure ke dia anggap you macam bestfriend? I tengok dia macam suka you aja."

"Merepeklah you ni. Cemburulah tuh. Dahlah, jom kita balik hotel. Tadi you yang penat sangat." Ajak Hafizul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience