" ap - apa tuu " apabila matanya ditoleh ke kanan, dia terkedu. Terlihat satu tubuh terkulai lemah di atas tanah. Gaya tubuh itu seperti terduduk ketika berdiri. Nampak seperti seorang lelaki.Hatinya teragak agak sama ada ingin membantu gerangan tersebut atau hanya membiarkannya. Dia takut dan panic. Dia dongak ke langit, salji semakin tebal menutupi tanah. Ini bukanlah pertunjuk yang baik. Sekiranya, tubuh tersebut masih bernyawa dia boleh mati kesejukan. Tefonnya dibuka ,perkara pertama yang diperiksa ialah suhu. Suhu sangat rendah dan salji semakin tebal menutupi jalan. Dia menghembus nafas kasar, ujian apa pula yang menimpa malam - malam begini. Adakah itu mayat ataupun hanya tubuh seorang manusia yang rebah dan tidak sedarkan diri ? Hatinya tertanya - tanya.
Dia melangkah ke hadapan, bibirnya laju berzikir meminta diberi kekuatan.
Lantas, dia cuba untuk mengejutkan lelaki tersebut. Tangannya naik cuba untuk menepuk lengan lelaki itu.
" sir, sir can you hear me? " panggil ainul perlahan. Baru sahaja dia ingin mengalihkan tangannya, lelaki itu menarik semula tangan ainul. ainul yang tadinya berdiri terduduk menghadap lelaki tersebut. Mata kedua dua mereka lama menatap sesama sendiri. Kemudian, ainul tersedar lantas dia beristighfar. Tangannya diturunkan dan kepalanya ditundukkan ke bawah. Mujurlah, dia memakai sarung tangan serta baju sejuk yang tebal tidaklah sia sia saja mendapat dosa.
" awak orang malaysia? " tanya lelaki itu perlahan
ainul menelan air liur perit sebelum membalas
" ye, saya orang malaysia."
segera, ainul memakaikan lelaki itu sehelai baju sejuk. Dia bersyukur dia ada membawa baju sejuk lebih ketika dalam perjalanan ke perpustakaan ini tadi. Tidak perlulah dia mengorbankan baju sejuknya untuk lelaki ini.
" Boleh awak bangun sendiri?" soal ainul. Dalam hatinya berdoa agar lelaki ini mampu bangun sendiri. Dia tidak rela memapah seseorang yang tidak dikenalinya apalagi seorang ajnabi.
lelaki itu cuba bangun tapi dia tidak mampu. Ainul tiada pilihan dia terpaksa memapah lelaki itu. Dengan kudratnya yang tak seberapa dia boleh dikatakan merana juga semasa memapah lelaki itu. Lebih lebih lagi apabila lelaki itu betul betul tidak bertenaga dan lemah.
Dia memapah lelaki itu ke sebuah stesen bas.
" Awak tunggu sini kejap, saya pergi beli air " arah ainul. Lelaki itu mengangguk lemah. Dengan segera ainul berlari ke kedai bersebelahan stesen bas itu untuk membeli air.
lelaki itu hanya merenung ainul sehingga dia hilang dari pandangan mata kemudian dia mengeluh kecil.
please support novel ni dengan cara komen, rate and donate coins. Thank you semua >.<
Share this novel