Perbalahan antara Remy dan Datin Lyn berlarutan sehinggakan Remy pengsan dan tidak sedarkan diri. Selepas pemeriksaan Doktor peribadinya mengesahkan Remy menghidap barah otak. Segala urusannya diurus oleh Datin Lyn. Datin Lyn menyekat kad kredit untuk perbelanjaan Ziana. Ziana hilang arah bukan mengenangkan Remy sakit tapi mengenangkan upahnya setiap bulan dan lain-lain peruntukan. Ziana pergi lagi berjumpa dengan Mimi. Ziana meminta Mimi perkenalkan dirinya pada Sugar Daddy yang lain. Dia ingin keluarkan dirinya dari masalah ini. Mimi telah berjaya dapatkan Sugar Daddy kesayangannya tu. “Padan muka Si Datin Sally bulat tu, siapa suruh tak berhias cantik-cantik macam I ni. Lepas tu asyik cakap I nak rampas suaminya. I rampaslah betul-betul suami dia tu”, kata Mimi sambil tersenyum licik. Sugar Daddy Mimi namanya Zack. Zack telah menceraikan isterinya Datin Sally dan kini Mimi dah bergelar Datin.
BERSAMBUNG
Share this novel