Rate

BAB 3

Romance Completed 526

“Suci, awak nak balik ke?” soal aku kepada Suci yang sedang mengemas.
“Ya. Tetapi, saya hendak ke Bukit Bintang. Ada hal,”
Terasa aku kerana ditolak begitu. Terasa sakit. Pantas, aku mencapai topi keledar dan menaiki motor Suzuki kesayangan aku.
Aku malas hendak menoleh ke belakang melihat reaksinya. Nyata, mungkin dia berkecil hati dengan sikap aku.

Tiga hari aku tidak datang bekerja. Aku mula terasa badan aku lenguh-lenguh. Tidak larat rasanya mahu bekerja lagi. Angkat barang-barang berat. Lap sana lap sini. Kalau mama dengan papa tahu, memang habis aku. Tetapi, hari ini aku gagahkan juga ke kafe itu. Aku mahu lihat wajah Suci. Tetapi, aku disambut oleh suasana hambar. Abang Yusuf menyambut kedatangan aku dengan wajah yang cuka. Yazie yang terkenal kerana keceriaannya juga begitu. Pengurus memanggil aku. Aku jadi takut. Mungkin ke kerana tiga hari aku tidak datang bekerja.
“Ismael , saya nak cakap sesuatu dengan awak,”
“Apa dia?” soal aku. Aku mula gelabah.
“Awak tahu tak, Suci dah berhenti kerja?”
Aku terkejut kerana aku tidak tahu langsung soal itu. Suci memang tidak cakap apa-apa. Ah, kenapa Suci berhenti?
“Semua sebab saya ke? Kalau saya ada buat salah apa-apa dan menyebabkan dia berhenti, saya minta maaf,”
Pengurus geleng.
“Bukan. Bukan pasal itu,”
“Habis?”
“Dia cakap, dia mahu fokus pada pelajaran dia. Lagipun, awak pun tahu. Bidang dia itu bukan senang. Mama dia pun baru sampai dari Italy. Dia cakap penyakit yang dideritai mama dia itu semakin kritikal. Mama dia mahu habiskan sisa hidup dengan dia. Saya harap awak faham,”
“Jadi….,”
“Saya mahu awak kerja terus di sini. Kami lihat, awak dengan Suci ada sedikit persamaan. Cara awak berdua berfikir seakan-akan sama. Suci biasa menyumbang banyak idea untuk kafe ini. Sebab itu, Cik Diana sangat sayang pada dia sungguhpun dia baru setahun bekerja di sini,”
Harapan yang tinggi. Mungkin ke ada hikmah di sebalik semua kejadian ini? Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Walaupun coklat panas yang pekat itu bukan di depan mata aku, tetapi harumannya seakan segar di minda aku.
Lima tahun kemudian…….
Segalanya macam mimpi. Sudah lima tahun aku tidak bertemu Suci. Tetapi, ingatannya pada aku tidak pernah padam. Antara percaya atau tidak, aku kini menjadi pemilik sebuah kafe terkenal di Kuala Lumpur. Aku namakannya Ha” Ci Café. Gabungan nama aku dan Suci. Hehehe… sengaja aku buat singkatan begitu supaya orang tidak perasaan.Kafe aku bukan sahaja mendapat tempat di hati orang Melayu bahkan di mata pelancong asing, mereka memuji keenakkan coklat panas aku.
Cioccolato Caldo. Aku cuba hasilkannya. Tetapi, tetap tidak menjadi. Tidak pernah terfikir di hati aku mahu jadikannya sebagai salah satu menu di sini. Semalam, mama ada telefon.
“Kamu ini, semakin lama semakin berjaya. Kafe pun makin maju. Takkanlah tak ada yang berkenan di hati?”
Saat ini wajah Suci terbayang-bayang.
“Ismael ikut mamalah,”
“Eh,mana boleh main ikut-ikut,”
“Alah, mama sahajalah yang pilihkan,”
“Tak mahu tengok ke gambarnya? Mama ini, dah ada pilihan untuk kamu. Betul ke kamu setuju. Minggu depan mama boleh aturkan apa-apa yang patut,”
“Ismael ikut sahajalah,”
Begitulah dialog aku dengan mama. Aku memang tidak ada kuasa untuk menolak apa-apa. Soal jodoh. Suci masih lagi segar di mata aku. Tetapi, aku sudah berhenti berharap. Aku redha siapa sahaja pilihan mama. Jika benar seperti yang diatur, minggu depan aku bakal tunang orang.

“Assalamualaikum,” aku memberikan salam. Salam aku dijawab oleh kekasih hati yang kini sedang berisi sejak enam bulan lalu. Terasa bangga kerana memiliki isteri yang cantik jelita. Rambutnya yang panjang mengurai itu bak sutera dan bibirnya pun merah bak delima.
“Abang baru balik?” soalnya manja dan lembut. Aku dipimpin ke sofa. Sejak dia mengandung, aku lihat sifat manjanya lain sedikit.
“Awak okay ke? Mana Liza? Kan abang cakap, tak boleh tinggalkan awak seorang diri,”
“Alah, sikit je “tu. Abang, orang ada satu permintaan,”
“Apa dia?” soal aku hairan.
“Cioccolato Caldo. Orang teringin sangat nak minum itu,”
“Tapi, Suci sendiri pun pandai buatkan?” aku menyoal.
“Tak nak. Nak dari tangan abang sendiri,”
Aku menggeleng. Aku masuk ke dapur. Aku cuba bancuh apa-apa yang patut. Saat ini, aku tersenyum simpul. Tersenyum tanda bahagia. Tidak pernah aku menyangka, Suci yang aku idamkan selama ini, jadi isteri aku. Pilihan mama nampaknya pilihan aku juga. Sejak berkahwin, kami banyak berkongsi idea tentang kafe. Semasa berbulan madu di Italy dulu, kami berdua banyak membuat kajian tentang setiap kafe yang kami kunjungi.
“Dah siap ke bang?” soal Suci dari ruang tamu. Aku membawakan cawan berisi coklat panas itu ke arahnya. Dia menghirupnya kemudian mengenyit mata padaku. Terasa satu kepuasan.
“Sedap, kan?” soalnya tatkala selepas aku menghirupnya.
“Menjadi juga,” aku bersyukur.
“Lepas ini, bolehlah buat lagi,” Suci berkata. Aku ketawa sahaja. Setelah bertahun, buat pertama kalinya pada hari ini aku berjaya menghasilkannya. Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Seperti mana haruman Cioccolato Caldo itu, seperti itulah semerbak kasih aku pada seorang wanita bernama Suci Murni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience