BAB 12

Adventure Completed 1114

“Tody, berapakah jarak musuh yang berada di sebelah kanan dengan kita? Newt, adakah kita mempunyai bom yang dapat menghancurkan satu kawasan sekaligus. Jangan risau, askar kita hanyalah robot,” kataku.

“Kita dan aset kita berada dalam lingkungan yang selamat jika ingin menggunakan bom yang berjarak 3000 km,” kata Tody.

“Askar kita di sebelah kanan semakin berkurangan, jadi adakah kita akan menggunakan bom?” tanya Newt. Tiba-tiba satu lagi mesej terpapar di tepi skrin komputerku mengatakan bahawa kita harus melakukannya cepat kerana bilangan ahli musuh juga berkurang dan kebetulan para musuh yang sedang mendatang masih lagi jauh. Aku segera melihat ke skrin gergasi itu lalu mendepakan tanganku untuk zoom keluar. Ya, ahli musuh berkurangan.

“Newt, keluarkan 500 buah askar dan cuba untuk membawa mereka ke sebelah kanan tanpa mereka sedari. Petra, bersiap sedia untuk menggunakan The Soldier. Tody, berapakah jarak musuh yang sedang mendekat dan bilangan mereka?” tanyaku.” Jarak mereka dianggarkan 50 ribu km dan bilangan mereka dianggarkan sebannyak 10 ribu,” kata Tody. Semua terkejut. ’10 ribu,’ getusku. ‘Walaupun bilangan askarku masih banyak namun jikalau setiap kali musuh yang datang berjumlah 10 ribu, habislah,’ fikirku lagi.

“Baiklah, nampaknya mereka sudah terkepung. Bilangan bom yang kita ada hanya 100 buah,” kata Newt.

“Baiklah, Newt. Berapa besar luas pengepungan itu?” tanyaku.

“30 ribu km dan setiap satu bom hanya boleh mengebom seluas 500 km ,” balas Newt.

“Baiklah, siapkan 60 buah bom dan 1, 2,” belum sempat aku habis mengira, Petra mencelah.

“Adakah ini tindakan yang betul? Bom kita akan tinggal sedikit sahaja nanti,” kata Petra.

“Tolong percaya pada saya,” kataku tenang.

“Baiklah Newt, sekarang. Lakukannya,” kedengaran bunyi bom di merata tempat. Kejadian itu turut disaksikan oleh kami melalui skrin gergasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience