CHAP 18

Romance Series 74213

" I miss you too, Candy." terbangun Anya dari katilnya, dia bermimpi Bahr lagi. Bahr yang selalu ada untuknya. Bahr yang akan merisaukan dirinya apabila dia tidak makan, Bahr yang sentiasa memberikan dia hadiah jikalau dia merajuk, Bahr yang akan selalu memberitahu dirinya akan pergi ke mana, dua minggu sebelum.. dan dia lebih memberitahu dirinya berbanding Mummynya sendiri.

Anya melihat telefon, jam 2 pagi. Mungkin sekarang.. Becky yang menjaga Bahr atau Mummy dan Mamanya, dan syukur juga daripada peristiwa, mereka sudah mulai menerima Sherry. Sherry juga sering berada di sana membantu mereka sekiranya Sherry tidak berkerja.

Telefon berbunyi, "hello Becky, kenapa?" soal Anya. "Becky??!! Becky, betul ke syukur Ya Allah. Betul ke ni Becky?" soal Anya sambil menangis, mengucapkan syukur yang tiada penghujungnya. Bahr sudah sedar. Bahr sedar. Dia seakan tidak sabar ingin ke hospital. Dia mengemas beg tangannya dan terus mengambil kunci keretanya.
***
Anya menunggu di luar pintu hospital. Teragak-agak ingin masuk, masih teringat persahabatan mereka hanyalah disebabkan balas budi Becky, "kau tak sepatutnya ada dekat sini Anya.. Bahr dah sedar tu kira bersyukur daa.." kata Anya sambil tersenyum, baru sahaja dia ingin melangkah pergi. Pintu terbuka dari luar. "Anya..." sahut Becky kemudian memeluk Anya. "Kenapa ni Becky?" soal Anya, pelik melihatkan dia menangis.

"Bahr... Bahr hilang ingatan Anya." tangis Becky di bahu Anya. Tergamam Anya, "dia tak ingat kau?" soal Anya. "Abang Bahr ingat, dia ingat sebab aku keluarga dia. Tapi, dia tak ingat kau.. dia tak ingat Sherry, yang dia ingat.. dia baru habis belajar di Paris, Anya." tangis Becky lagi. Anya senyum paksa. "Ada hikmah dia tak ingat, aku bersyukur dia dah sedar. Takpe, secara perlahan dia akan dapat terima semua." kata Anya.

"Jom, aku kenalkan kau sebagai partner in crime dia, Anya. Jom.." Becky menarik tangan Anya, dia mahu Bahr tahu Anya sanggup buat apa sahaja sebelum Bahr memutuskan perhubungan sahabat mereka. "Jangan Becky, lebih baik jangan... ingat, persahabatan kami hanya dusta semata. Mungkin, lebih baik macam ni. Okay?"pujuk Anya. Becky sudah menangis hiba. "Anggap je semua tak pernah berlaku, Aku dan Bahr bukan lagi partner in crime." pujuk Anya.
***
Mahu dekat tiga bulan selepas kejadian Bahr sedar, kini Anya mampu tersenyum kembali, ceria seperti dahulu.. walaupun terdetik hatinya merindui Bahr. Tapi, dia tahu siapa lagi Anya di mata Bahr sekiranya Bahr tidak mengingatinya.

"Woii.. mengkhayal!" tegur Becky, dia lebih ceria daripada dulu. "Takdelah.. Ni Zahin bila sampai Malaysia?" soal Becky. "Esok katanya.." kata Anya. "Aku gembira tengok kau bahagia dengan Zahin." kata Becky. "Ya.. syukurlah. Mungkin aku cuba buka hati aku untuk terima dia sebagai suami aku." kata Anya.

Becky hanya terdiam, "kenapa aku mendoakan sebaliknya Anya.. Aku nak sangat kau dengan Abang Bahr... aku nak sangat kau dengan Abang Bahr ada sesuatu.." kata Becky. Anya sudah tersenyum, "Becky... dia dah bahagia dengan Sherry, jangan cakap macam tu." pujuk Anya. "Kalau lah masa boleh diundur kembali.." kata Becky, "jangan Becky, dah memang itu takdirnya." kata Anya.

Becky terus memeluk Anya. "Aku sayang kau, Anya.. Sayang sangat." peluk Becky sambil menangis. Kenapa perkara ini yang terjadi kepada mereka berdua. "Dah lah, tak nak nangis. Tak sempat kita nak siapkan rekaan kita ni." kata Anya.

"Oh ye Anya.. nasib aku ingat, mak aku nak buat kenduri kesyukuran sikit. Malam ni jom bantu Mama, Mama tu dah rindu sangat dengan kau." kata Becky. "A ah, ye kan. Lama tak jumpa Mama. Okay, malam ni aku pergi." kata Anya.
***
Anya membantu di dapur, kenapa hatinya seakan tidak tenteram. Dan, kenapa dia bersetuju untuk pergi ke sini. Pergi ke sini membawa maksud dia akan berjumpa dengan Bahr. Bersediakah dia? Tidak.. Namun, Anya mengingatkan dirinya bahawa dirinya bukan lagi partner in crime Bahr. Dan, mereka tidak akan ada lagi hubungan istimewa. Dia masih orang asing bagi Bahr.

"Anya..." panggil Mamanya. "Ya Ma.." sahut Anya. "Boleh tak tolong angkat lauk ni pergi luar.. yalah, selepas mereka habis je bacaan doa, terus makan dekat luar. Boleh kan? Tolong mama susun tau." kata Mamanya. "Baik Ma. Anya angkat ye." kata Anya. "Terima kasih sayang.." kata Mamanya.
***
Sedang Anya menyusun lauk pauk di luar. Tiba-tiba seakan ada kelibat seseorang datang merapat. "Wahh.. banyak nya lauk-pauk." kata suara lelaki. Terhenti Anya mendengar suara ini. Suara ini! Suara sahabatnya, suara yang dia rindukan.

"Ini semua Aunty ke yang masak. Mesti sedap ni. Err, ada lagi ke nak diangkat?" soal Bahr kepada perempuan yang sedang menyusun lauk. Namun, dia pelik kenapa perempuan ini tidak menoleh belakang, seakan kejung dia. "Hello.. bik, oh bibik.. saya tanya ni ada lagi ke lauk-pauk yang nak diangkat?" soal Bahr.

Anya mengumpul sekuat tenang untuk bertentang mata dengan sahabatnya. "Takde daa.." kata Anya terus merenung Bahr. "Ya Allah, aku rindu Bahr.. Rindu sangat." kata Anya, masih seperti dulu. Masih ramah, masih tampan, dan sihat. Dia tidak tahu kalau Bahr masih dengan perangai kasanovanya, tapi.. mendengarkan cerita Becky, seakan Bahr sudah berubah. Hatinya hanya pada satu orang, iaitu Sherry

"Awak Bibik ke? Tak pernah nampak pun.. Aunty ambil orang gaji baharu ke?" soal Bahr, ramah. "Boleh tahan cantik orang gaji baharu Aunty ni, tapi.. kenapa macam familiar wajah dia ni?" bisik hati Bahr. "Taklah, saya kawan Becky. Kawan sekerja dia.." terang Anya.

"Oh.. bos butik tu. Siapa nama awak, Anya.. Anya kan?" soal Bahr. Anya hanya tersenyum. "Oh.. okay, tolong jagakan ye adik sepupu saya tu. Dia memang macam tu orangnya, saya paling sayangkan dia." kata Bahr.

"Abang Bahr!" sahut Becky. Dan terkejut Becky melihat Bahr dengan Anya. "Abang dah ingat?" soal Becky, tinggi suaranya seakan teruja. "Ingat apa?" soal Bahr. Anya hanya menggelengkan kepala memberi isyarat kepada Becky. "Takdelah.. apa Abang buat dekat sini?" soal Becky.

"Nak tengok lauk-pauk lah.. Terserempak dengan Anya, bos butik. Abang ingatkan bibik Aunty." sengih Bahr. "Mana Sherry, abang ada ajak ke?" soal Becky. "Nanti Sherry datang. Abang rindu sangat dengan Candy abang tu tau. I miss my Candy." kata Bahr. Tersentak tangkai hati Anya. Bahr memanggil Sherry dengan panggilannya dahulu.

"Candy.." bisik Anya. "Apa dia Anya?" soal Becky. "Takde.. jomlah masuk. Sebentar lagi tetamu nak makan." ajak Anya. "Candy.. panggilan aku bila Bahr panggil aku dulu.. Ya Allah.." tangis Anya dalam hati apabila melihat Bahr yang berada di hadapan dengan Becky.

"Glad to see you again, my partner in crime." kata Anya dalam hati sambil menahan tangis. "Anyway, Becky.. Abang nak tanya.." terhenti langkah mereka bertiga.

"Abang pernah jumpa Anya ke sebelum ni? Sebab suara dan wajah dia macam familiar lah.." tanya Bahr. Anya dan Becky berpandangan sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience