BAB 18

Romance Completed 497

“ Hari hujan lah.”

“ Payung kan ada? Kau jangan nak jadi pemalas!”

Azalea buat muka. Diri sendiri yang semua benda nak arah orang tu rajin sangat lah? Edina ni kadang-kadang macam tak faham maksud ‘pemalas’. Bukannya kadang-kadang, memang tak faham langsung kut.

“ Cepatlah. Kat depan sana kan ada kedai kek? Kau beli kek coklat.” gesa Edina lagi. Dia bukannya nak sangat makan kek sebenarnya, cuma suka menyusahkan hidup Azalea. Bosan duduk rumah ni. Lagi seronok kalau buli Azalea. Walaupun dia tahu Azalea tidak sihat. Dia dengar Azalea asyik batuk-batuk dan suara gadis itu juga lain mungkin disebabkan selsema.

“ Tak naklah.”

“ Kau tau tak, duit Eyrik hilang. Dia tuduh kau curi. Aku pun rasa kau yang ambik. Kan? Kau curi duit Eyrik untuk beli baju Roxy semua tu kan? Baju pink tu pun kau beli pakai duit curi tu kan?”

“ Eh tak ada lah! Mana ada aku curi!”

“ Alaaa kau jangan nak tipulah. Eyrik malas nak besarkan hal ni. Kalau dia bagitau papa, teruklah kau kena belasah, Azalea.” Edina cuba menakut-nakutkan Azalea. Padahal cerita duit hilang tu rekaan semata-mata.

“ Sumpah aku tak curi!”

Edina mencemik. “ Kalau kau tak nak aku bagitau papa pasal ni, kau pergi beli kek sekarang.”

“ Hujan lebat lah!” Azalea masih berdegil. Hujan lebat gila kat luar sana, kalau pakai payung pun masih tetap basah kuyup.

“ Okay fine.” Edina mengeluarkan telefon bimbit untuk menelefon papanya.

“ Yalah yalah! Aku pergi!”

“ Ten minutes!”

Azalea melangkah laju meninggalkan Edina yang siap bagi masa untuk dia menyelesaikan tugas.

Payung dicapai sebaik sahaja dia keluar dari rumah. Hujan yang lebat itu diredahi jua dengan rasa marah, geram, sedih bercampur baur.

Dia tak takut kena belasah, cuma kalau boleh dia nak elakkan dari terus dipukul. Lebih-lebih lagi oleh papa. Eyrik dan Edina dia tidak kisah sangat tapi kalau papa... sakitnya luar dan dalam. Sakitnya meninggalkan kesan yang lebih lama dari biasa. Segala pukulan papa bukan sahaja menyakiti tubuhnya, tetapi juga hatinya. Hatinya yang remuk bila tangan lelaki yang bergelar bapa kandungnya itu memukul tubuhnya, kaki itu menerajangnya.

Dia tidak tahu sampai bila dia harus bertahan. Sudah 20 tahun. Belum pernah sekalipun dia dilayan dengan baik oleh keluarganya. Dia masih kecil ketika ibu kandungnya meninggal dunia. Ibunya merupakan isteri kedua papa. Tapi Eyrik dan Edina kuat mengatakan yang dia adalah anak perempuan simpanan. Anak haram. Sebab itulah dia dibenci. Bukan sahaja dibenci keluarga tiri, tapi juga dibenci oleh papanya sendiri.

Itulah hidupnya.

Syairi & Azalea

Terus tegak duduk Syairi bila terpandangkan Azalea yang melangkah keluar dari rumah. Dia sudah menjadi pemerhati setia banglo mewah itu sejak dua hari yang lepas. Selepas kejadian hari tu, dia langsung tidak berjumpa dengan Azalea. Gadis itu tidak lagi pergi ke taman permainan dan Oui. Azalea seolah-olah mengelak dari berjumpa dengannya. Kerana itulah Syairi bertekad untuk mengintip di depan rumah Azalea.

Syairi hanya melihat Azalea yang melangkah laju dengan payung yang dipegang kuat ditangan. Belum jauh Azalea berjalan meninggalkan rumah, Syairi nampak payung yang dipegang Azalea terbang disebabkan angin kuat. Dan Azalea langsung tidak cuba untuk mengambil semula payung tersebut. Hanya terus melangkah.

Hampir sahaja kaki Syairi menekan pedal minyak, tapi pantas dia menahan dirinya. Azalea tidak boleh tahu dia mengintip pergerakan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience