16

Romance Completed 95763

"Rindu." Ujarnya pendek.

"Ha?" Anggun Dahlia yakin dia tidak salah dengar. Ah, lelaki itu terlalu berterus terang dalam menyuarakan hatinya. Tetapi memang betulkan caranya? Jika rindu harus diluah.

"Dengar tak?" Setelah beberapa saat mendiamkan diri, Ikram Benjamin bersuara kembali.

"De...dengar." Tiba-tiba jantungnya berdebar. Bukan dia tidak rindu pada lelaki itu. Tetapi...macam mana ya? Mulutnya berat nak mengungkap perkataan itu hatta sepatah perkataan yang mengandungi lima huruf. Ah, biarlah. Biar masa yang menentukan. Buat apa mahu difikir benda sekecil itu. Ada hal lain lagi yang boleh difikir selain dari R.I.N.D.U.

"Okeylah. Abang nak sambung buat kerja. Esok event abang dah nak mula. Mungkin malam nanti abang balik lewat." Jam tangan dikerling sekilas. Sudah 11.20 minit. Waktunya harus digunakan untuk kerja yang lain.

"Em...okey. I love you." Ayat itu meluncur tanpa sedar dari bibir Anggun Dahlia.

"Hm? A...apa dia? Abang tak berapa jelas." Bibirnya mula mengukir senyuman. Rasanya dia dengar dengan jelas tiga patah perkataan itu. I love you. Ya! Itulah perkataannya!

"Hah?? Err...aaa... okey bye!" Talian diputuskan tanpa pamitan. Orang dihujung sana mungkin sudah keras membeku. Manakala, Ikram Benjamin pula melekatkan dahinya pada cermin tingkap. Dia memandang ke lantai. Matanya dipejamkan. Bibir bawah digigit sambil tersengih.

"I...love you too, sayang abang." Kemudian, terdengar gelak kecil meniti di bibirnya. Cermin tingkap itu dicium dan dipeluk. Persis seperti orang yang tidak siuman. Cinta oh cinta!

-----
(MN Bodyguard Academy - 6 petang)

Lewat petang itu, dia masih lagi menghabiskan masanya digelanggang lawan. Akademi sudah lengang dari manusia yang bekerja disitu. Kakinya ligat menendang bantal tinju. Manik-manik peluh mula menghiasi dahinya. Nafasnya juga tercungap-cungap mengawal setiap pergerakan. Dia merebahkan badannya dilantai. Matanya memandang ke siling.

Bzz!

Telefonnya bergetar. Meena Nelson mencapai telefon yang berada disebelahnya. Tangannya menyeka peluh yang mengalir dileher.

Ikram.

Nama itu tertera pada skrin telefon. Bibirnya menarik senyum sinis.

"Hello. Aku ada di tempat biasa. Sebelum jam 7 mesti ada disini. Jangan buang masa aku."

Belum sempat manusia dihujung talian itu membuka bicara, dia terlebih dahulu mematikan talian. Keluhan dilepas berat.

Air mineral botol besar diteguk rakus. Ya. Dia bukan perempuan feminin. Nampak saja pemakaiannya setiap hari dengan dress. Tetapi penampilan tidak sama dengan personalitinya. Dia punya akademi bodyguard. Sudah bertahun dia berperang dengan perniagaan seperti itu. Itu minatnya. Dia dibuang dari keluarganya kerana minatnya menceburi bidang seperti lelaki.

Dia pernah melibatkan diri dalam bidang ketenteraan. Tetapi hanya tiga tahun saja. Kemudian, dia melanjutkan bidang tersebut di Brunei dan mendapat pentauliahan dari unit khas anggota tentera disana. Kalau tidak kerana dia memiliki pentauliahan itu, sudah tentu akademinya tidak akan wujud semegah hari ini. Hanya kerana dia seorang perempuan. Keluarganya? Entah, dia sendiri tidak tahu tentang perkhabaran mereka. Sedih bukan hidupnya?

"Ryu. Esok aku tak masuk pejabat. Tolong aku uruskan akademi. Kalau ada budak-budak baru masuk, hantar pada aku borang kelayakan diorang." Dia menoleh ke arah setiausahanya yang berdiri diluar gelanggang. Mike mengganguk faham.

Dia kemudiannya bangun menuruni gelanggang. Botol air tadi dibaling ke arah Ryu. Nasib baik dia cepat menangkap. Kalau tidak botol besar itu hinggap dimukanya.

-----
Usai mandi dan mengenakan make up dimuka, dia menyanggul rambung perangnya. Malam itu dia hanya mengenakan set hoodie putih. Dia menuju ke kafeteria yang terletak didalam akademi itu juga. Kelihatannya Ikram Benjamin sudah terpacak dikerusi makan. Dia menarik sengih.

"Hoi! Mana isteri kau? Kenapa tak bawa dia ke sini?" Lengan hoodie disinsing sehing ke siku. Dia terus masuk ke ruang dapur. Aktiviti pada malam itu adalah memasak untuk tetamunya. Atau kawan rapatnya ketika berada di akademi. Kuali putih dicapai. Api dapur gas dihidupkan.

"Dahlia ada dekat rumah. Aku balik kerja terus ke sini." Ikram Benjamin melangkah ke ruang dapur. Dia bertenggek diatas meja besi. Matanya memerhati ligat tangan Meena Nelson memotong sayur.

"Dia tak tahu kau ke sini." Dia menyimpul senyum sambil menggeleng kecil.

"Hmm, tak. Nantilah aku bagi tahu dia." Ikram Benjamin tersengih.

"Kak. Masak cepat sikit. Aku kebulur." Dia memeluk tubuh sambil hidungnya menghidu bau masakan perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience