16 - Majlis perkahwinan

Romance Completed 45760

Langit cerah telah membenarkan seluruh penghuni bumi melakukan aktiviti masing-masing. Di sebuah pokok besar, dapat dilihat sepasang burung sedang berkicau dengan senang hati seolah-olah mendendangkan lagu untuk kedua pasangan mempelai pada hari itu. Majlis perkahwinan Atiqah dan Jayden berlangsung begitu meriah. Para tetamu masing-masing menikmati juadah mereka. Ada juga tetamu yang baru sampai.

Selain pasangan pengantin, ada juga yang menarik perhatian para tetamu. Hanis yang mengenakan dress berwarna merah jambu sedikit kembang dibahagian bawah seolah-olah seperti seorang puteri, di temani pula dengan Haiqal Jason si jejaka tampan itu. Mereka telah dianggap merpati dua sejoli oleh para tetamu

“Hanis, tak nak tambah makanan ke?” Tiba-tiba suara Datin Jumira memotong lamunan Hanis yang sedang melihat kedua mempelai di atas pelaminan itu. Gembira bercampur sedih dia saat itu. Gembira kerana ada lelaki baik yang sudi menjaga rakannya itu dan sedih kerana mereka harus berpisah.

Hanis menoleh ke arah Datin Jumira sambil tersenyum. “Taklah, Datin. Terima kasih. Hanis dah kenyang, banyak sangat tadi makan.” balasnya. Segan pula apabila bersembang dengan wanita itu. Ini kali pertama Hanis bersua muka dan bercakap dengan mama Jason. Kalau bukan disebabkan majikannya itu, mungkin hanya senyuman sahaja yang dilontarkan tanpa mengeluarkan sepatah kata.

“Baguslah kalau macam tu. Kalau Hanis nak makan lagi, minta je dengan Jason. Jangan malu-malu,” pesan Datin Jumira lembut. Hanis hanya terangguk-angguk sambil tersengih. “Jason, ajaklah Hanis berbual. Mama nak pergi meja sana, kawan mama panggil. Hanis, berborak dengan Jason ya,” kata Datin Jumira sebelum meninggalkan mereka berdua di meja tersebut.

Hanis kembali menjadi tidak tentu arah apabila menyedari beberapa pasang mata sering kali melihat ke arah mereka berdua. Rasa nak lari dari kenyataan itu. Tapi, kakinya seperi terikat, punggungnya juga terasa di gam yang menyebabkan dia tidak boleh berbuat apa-apa. Redha ajelah, Hanis. Kau bukan buat salah apa pun. Kau duduk je!

“Cantik kau hari ni...” Puji Jason setelah satu minit mereka berdiam diri. Meskipun dia memuji, riak wajahnya tetap saja terlihat dingin. Bahkan, dia tidak melihat walaupun sekilas ke arah Hanis saat memuji. Ini boleh dikategorikan sebagai ikhlas juga ke?

“Saya tahu. Tapi, Tuan ni biar betul? Tak demam ke? Bukan apa, tiba-tiba je puji saya. Sebelum ni tak pernah pula,” kata Hanis sambil menghadiahkan pandangan hairan kepada lelaki itu.

“Kau ni memang tak reti bersyukur kan? Orang puji tu cakaplah terima kasih, ini tidak. Sibuk tanya aku demam kenapa?” dingin nada itu menusuk gegendang telinga Hanis.

“Alaa... saya kan...” Hanis tidak menyambung ayatnya apabila tiga orang gadis menghampiri meja mereka.

“Hi, Jason. You sihat?” salah seorang dari mereka bertanya. Jason hanya menguntumkan senyuman tanpa membalas sepatah kata. Ketiga gadis itu sedang menahan malu apabila soalan dijawab dengan senyuman.

“Er... Hi, girl. I like your dress,” dia memuji Hanis.

“I like your make-up. Look natural tapi cantik. Sesuai dengan you,” sambung rakannya pula. Seorang rakannya lagi sekadar mengangguk setuju.

Hanis yang terpinga-pinga itu langsung mengukirkan senyuman. “Thank you very much. Korang bertiga pun cantik,” balas Hanis sedikit kekok.

“Thank you,” jawab mereka hampir serentak sebelum berlalu pergi.

“Diaorang puji kau cakap terima kasih. Dengan aku, bukan main banyak soalan bagai,” tiba-tiba suara Jason kembali berkumandang. Dahi Hanis sedikit berkerut.

“Maaflah, Tuan. Okaylah, terima kasih sebab puji saya. Tuan pun kacak, macam seorang putera raja.” balas Hanis dengan ikhlas.

“Kau perli aku ke?”

Laju Hanis menggelengkan kepala. “Mana ada saya perli. Saya nak tanya, kenapa tuan tak jawab soalan mereka tadi? Kasihan saya tengok, saya pun jadi malu bila soalan tak dijawab...” tanya Hanis walaupun dia tahu itu bukan urusannya. Tapi, untuk memperpanjangkan perbualan saja.

“Suka hati akulah nak jawab ke tidak. Lagipun, dia dah tengok aku duduk elok dekat sini, tanya sihat ke tidak kenapa?” bebel Jason panjang lebar. Hanis tersengih-sengih mendengar. “Tunggu kejap dekat sini, aku nak jawab call...” kata Jason lagi sebelum dia berlalu pergi. Hanis mengangguk sebagai balasan dan menghantar langkah lelaki itu dengan sebuah pandangan.

Hanis mengeluarkan telefon pintar miliknya untuk merakam suasana di majlis yang meriah itu untuk disimpan sebagai satu kenangan. Rasa rugi pula bila tidak merakam suasana tersebut walaupun ruang penyimpanan telefon miliknya hampir penuh. Mana tak penuhnya, dari suasana rakannya itu di solek lagi dia sudah merakam sana sini.

Dia mula merakam keadaan sekeliling. Senyuman tidak lekang dari bibirnya apabila melihat pasangan suami isteri dipelaminan itu melambai ke arahnya. Dia kembali duduk di tempat untuk melihat hasil rakamannya tadi. Pada masa yang sama, dua orang wanita mengambil tempat di meja tersebut. Perbuatan Hanis terhenti disitu. Dia menoleh ke arah kedua wanita silih berganti.

“Ibu...” Katanya apabila melihat kelibat puan Kartini di situ. Cepat-cepat dua menghulurkan tangan ingin menyalam wanita itu. Namun, hulurannya tidak disambut hanya dipandang kosong sahaja. Dia menarik balik tangannya lalu melontarkan senyuman.

“Tak payah nak tunjuk baik depan ibu, Hanis. Ibu jijik nak sentuh tangan kotor kau tu,” Bisik Neldia yang sudah menarik kerusi mendekat dengan Hanis. Inilah masa yang dia tunggu untuk mengenakan wanita itu.

“Nice dress. It's look like expensive price, right? Mana kau dapat duit? Kau guna duit lelaki tu ke?” Tanya puan Kartini begitu sinis. Bukan kata-kata sahaja yang sinis, riak wajah dan pandangan juga sama.

“Haih... ibu ni. Sudah tahu tanya lagi. Mestilah dia ambil peluang untuk dapatkan apa yang dia nak,” Sindir Neldia pula. Hanis tayang muka selamba meskipun hati sudah tergores akibat lidah tajam serupa pisau itu. “Kenapa kau diam Hanis? Kau nak kata aku ni mulut lancang lagi?”

“Janganlah cakap kuat-kuat, nanti semua orang tahu yang cik Neldia ni mulut lancang. Tak malu ke kalau orang lain tahu?” balas Hanis. Cemberut wajah Neldia saat itu.

“Kau dengar sini, Hanis. Aku tak pernah takut dengan kau pun. Tapi, disebabkan aku tak nak rosakkan majlis orang aku mengalah dengan kau.” bisik Neldia. Kedengaran nadanya menahan amukan petir di dalam diri. Hanis tersenyum lagi.

“Tenang, Cik Neldia. Saya tak nak timbulkan pergaduhan pun. Saya tak pandai gaduh-gaduh semua ni. Kalau boleh biarlah silaturahim kita erat tanpa ada rasa dengki. Kan elok tu,” Lembut ayat itu meniti dibibir Hanis.

“Kau ingat aku tak tahu permainan kau? Kau sebenarnya ada niat nak rebut kembali Aidil dari Neldia bukan? Kau nak balas dendam. Naluri aku tak pernah salah. Dengar, aku sendiri akan pijak kepala kau kalau benda tu terjadi nanti. So, fikir betul-betul...” Puan Kartini memberi amaran. Kembang mekar telinga Neldia mendengar ayat itu.

“Ibu, saya tak pernah ada niat macam tu. Kenapa nak cemas sangat? Tak mungkin saya rebut suami cik Neldia. Aidil tak cintakan saya pun. Saya pun ada rasa simpati juga dengan orang lain. Lagipula, saya dah jumpa lelaki yang lebih baik daripada anak ibu tu...” Selamba dia melantunkan setiap baris ayat tersebut. Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Puan Kartini dan Neldia.

Hanis membuang pandangan ke arah seorang bayi kecil yang didukung oleh ibunya. Tersenyum dia memandang gelagat bayi tersebut yang tidak reti duduk diam. “Comel je budak tu... Mesti seronok kalau ada anak sendiri,” perkataan itu tiba-tiba terpacul pada mulut Hanis. Hanis kembali memandang kedua wanita yang telah memandang dengan renungan tajam. Luntur senyuman Hanis serta merta.

Dengan wajah yang merah padam, Neldia meninggalkan puan Kartini dan Hanis disitu. Kata-kata yang meniti daripada mulut Hanis umpama melantur daripada pemahaman seorang Ria Neldia. Dia menganggap kata-kata wanita itu sebagai satu sindiran buatnya. Puan Kartini merengus kasar.

“Kau sengaja kan sakitkan hati menantu aku! Ikutkan hati memang aku nak pijak kepala kau sampai lenyek!” kata puan Kartini. Nadanya perlahan tetapi di tekan.

“Maksud ibu? Saya sakitkan hati Neldia? Bila?”

“Pandai kau berlakon... Mulai sekarang, jangan panggil aku ibu lagi. Kau bukan anak saudara aku, dasar mulut sampah!” terkilan Hanis dibuatnya. Hanis memandang sekeliling. Mujur tiada seorang yang mendengar kata-kata Puan Kartini sebentar tadi. Dia memandang kelibat wanita itu yang sudah jauh berjalan keluar dari kawasan tersebut.

Hanis turut meninggalkan meja itu, mencari tempat untuk bersendirian buat seketika. Dia berfikir cukup kuat untuk menghadapi ujian itu, namun dia salah. Hatinya masih selembut tisu seperti dahulu. Dia duduk bersandar di bawah pokok yang besar. Air mata tidak dapat bertahan lagi. Ia jatuh membasahi pipi gebu seorang Putri Hanis.

Secepat itukah dirinya tidak dianggap sebagai anak saudara kepada wanita itu? Dia keliru mencari salahnya sendiri. Dia menyeka air matanya apabila melihat Jason datang menghampiri. Macam mana lelaki tu boleh tahu keberadaan dirinya?

“Kau buat apa sendiri dekat sini?”

“Saja ambil angin,” jawab Hanis. Sesekali dia berdehem untuk mengawal nada suaranya.

“Ambil angin atau melepaskan kesedihan? Kau menangis, kan?” tanya Jason setelah merapatkan punggungnya di atas tanah yang berlapiskan rumput. Masing-masing tidak mempedulikan tentang pakaian mereka.

“Ya, saya melepaskan kesedihan.” jawab Hanis perlahan.

“Sedih sebab?”

Lama Hanis berdiam diri mencari alasan yang kukuh. Tak mungkin dia menceritakan tentang hal yang terjadi sebentar tadi. “Er, sedihlah sebab Atiqah dah kahwin. Sunyi saya tinggal seorang diri dekat flat tu,” balasnya.

“Parents kau mana? Tinggal dengan diaorang jelah,”

“Mak dan ayah saya dah lama tiada, Tuan. Kalau boleh ikut diaorang, dah lama saya tinggalkan dunia ni,” tak semena-mena dia menuturkan ayat itu. Jason terdiam. Rasa bersalah menyerang disanubari. Dia sama sekali tidak mengetahui tentang hal itu.

“Aku...”

“Chillah, Tuan. Saya tak terasa pun. Saya minta diri dulu. Nak pergi tengok Atiqah, mana tahu dia perlukan apa-apa..”

“Kau sure nak pergi dengan make-up macam tu?” tanya Jason ragu-ragu. Dahi Hanis berkerut.

“Kenapa dengan make-up saya?”

“Lunturlah. Tepi mata kau dah hitam... Aduh, sakitlah!” Jason mengadu kesakitan apabila satu pukulan diterima dibahagian lengannya.

“Apalah Tuan ni! Kenapa tak tegur dari awal? Ish...” dia berdecit geram sebelum berdiri dari tempat duduknya.

“Kau nak kemana pula?”

“Toilet!” balas Hanis yang semakin menjauh darinya. Jason tersenyum melihat telatah wanita itu. Seronok hatinya setiap kali berjaya membuat Hanis geram. Comel...

****

Jom letakkan sepatah dua kata di ruang komen. Terima kasih. happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience