“mampus aku kalau ayah tengok muka kau bertampal-tampal ni… aku nak jawab apa doh? Aduh.. aku ni memang gagal jadi seorang abang yang protective betul la!” omel Anas sendirian di sebelah Aileen yang hanya memaparkan riak selamba itu dan membuatkan Anas berasa bengang dengan reaksinya. “hoi, budak mentah! Kau apesal chill je aku tengokk?! Kau yang bertampal-tampal tapi aku pulak yang cuak lain macam! Haduhhh nak jawab apa sia kat ayah!!!!!” sambung Anas lagi lalu menghentak-hentakkan kaki dengan kuat terhadap lantai di bus stop yang disediakan oleh pihak sekolahnya itu.
Aileen menjeling Anas yang tak ubah seperti kanak-kanak kehilangan gula-gula itu. “laa chill la Nas, pepandai la aku kelentong ayah.. kau chill je…”
Pantas Anas memandang Aileen. “weh! Kau tahu tak dosa tau main kelentong-kelentong ni?! Nanti periksa tak berkat la sakai! Aku nak insaf dah ni…. Astaghfirullah al azim…..” Anas beristighfar dengan kuat.
Aileen mencebik. “poyo.. alaaaa sekali je! Okay camni la, bila ayah tanya nanti kau kata je… aaa kata apa ya? Hah! Kau cakap je aku main bola tampar pastu bola langgar muka aku! Hahhh boleh ni boleh! Kau cakap camtu je tau.. aku taknak la benda jadi besar…”
“hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.”
“Nas, aku tak buat lawak la gila…”
“memang kau tak buat lawak pun tapi idea kau tu semua SAMPAH! KAU TAHU SAMPAH TU APA?! KAU JANGAN MEREPEK BOLEH TAK?! WEI TENOK HARINI HARI ISNIN LA TANG MANA PULAK DATANG BAJU SUKAN!” tengking Anas kepada Aileen yang sudah pun menepuk dahi itu.
“halamak… aku lupa pulak harini hari Isnin… hmmmm hah!! Kau kata jelah camni, aku terpijak kain sendiri pastu terjatuh tu yang bibir berdarah pastu kena tampal tu… amacam? Nice tak idea aku?”
Anas mencebik. “hmm yang ni boleh kot guna…. Okay la okay…”
“oh nice!!!"
"Aileen…"
Aileen terdengar seseorang memanggil namanya. Pantas dia dan Anas berpaling ke arah gerangan suara itu. Aileen terkedu kerana Ayai yang memanggil namanya.
“Asal, Yai?”
Pantas Aileen memaling ke arahh Anas yang bersuara dingin itu. Abang mana tak marah kan kalau adik kena bantai dengan girlfriend kawan baik sendiri. Ayai berhenti betul-betul di hadapan Aileen dan Anas. Matanya tepat memandang ke arah bibir Aileen yang telah ditampal plaster tersebut. Aileen menjadi segan.
“err, kenapa pandang macam tu…?”
"awak okay?" tanya Ayai dengan nada prihatin dan membuatkan Aileen mahu meletup di situ juga. Belum sempat Aileen ingin menjawab pertanyaan Ayai, Anas terlebih dahulu menyampuk sambil menarik bahu Aileen dan menunjang pipinya yang dibaluti plaster itu.
"ni? Ni okay?! Ayai sebelum aku sound awek kau tu, baik kau advise dia tau. Yang dia tampar ni… adik aku, kau faham tak apa maksud ‘adik’? kalau orang yang si Zaida tu cari pasal tu bukan adik aku takpe, sumpah aku tak kisah tau, tapi ni… ni dia cari pasal dengan ADIK aku, kau tahu tak? So, better kau jaga bebaik ah awek kau tu… dah Aileen, jom… ayah dah sampai.." pantas Anas menarik lengan Aileen lalu berjalan keluar dari pagar sekolah yang memisahkan antara jalan dan bus stop itu.
“Weh, Nas! Sorry ah….”
Aileen sempat mendengar apa yang dikatakan oleh Ayai itu tetapi hampa kerana Anas hanya mengendahkan Ayai. Okay, Nampak macam Anas bengang.
***
“Leen…”
Pantas Aileen menyembunyikan plaster di mukanya itu. “ya, yah?”
“muka kau tu kenapa, hah?”
Aileen mengetap bibir lalu Anas yang duduk di sebelah tempat pemandu dipandang. Bagaikan mengerti, Anas terus membantu adik kembarnya, Aileen.
“tadi dia jatuh la,yah… kain panjang sangat sampai terpijak…” bohong Anas lalu dia mengeluh. Tipu sunat hurmmmm.
“yeke?”
“yaa, yah! Betul! Leen, betul-betul jatuh tadi!”
“hmmmm…”
Kedua-dua mereka menelan air liur kelat.
“pasni suruh ibu kau beli kain yang pendek sikit…”
Serentak Anas dan Aileen menarik nafas lega.
***
Fokus Aileen terganggu kerana terdengar beberapa suara di luar biliknya. Aileen bangkit dari meja belajarnya dan berjalan ke arah pintu lalu telinga ditekupkan di pintu biliknya.
“Aileen cemana Nas? Dah okay ke belum bibir dia?”
Aileen mengamati suara yang menanyakan perihal dirinya itu. Oh! Nazeem!
“hmm teruk gak ah, makin bengkak aku tengok bibir dia tu.”
Suara Anas.
“kalau makin teruk, suruh ah mak long bawak gi Klinik.”
Suara Iwal.
“dah bawak dah tadi, doktor tu suruh sapu cream yang dia bagi tu secara konsisten.”
Aku tersenyum nipis. ‘Sayang jugak eh budak berdua tu dengan aku.’ Desis hati Aileen sebelum dia kembali berjalan ke arahh meja belajarnya untuk menyambung kerja sekolah pemberian gurunya tadi.
***
Ting!!
Aileen tersentak lalu dia berhenti daripada menulis dan mengambil telefon pintar yang diletakkan di dalam laci meja belajarnya. Skrin telefonnya yang bernyala direnung, rupanya mesej Whatsapp group daripada ibunya yang mengatakan bahawa makan malam sudah terhidang untuk dijamu. Aileen berasa bersalah pula kerana tidak turun untuk ke dapur dan turut membanting tulang membantu ibunya memasak makanan malam. Aileen mengeluh lalu dia membalas mesej ibunya.
Aileen
ibu sorry sebab tak turun tolong…. ?
Ibu
Takpela, Leen.. kan ada makcik Siti ni hah yang tolong ibu, dah. Cepat turun, makan! Nanti sejuk tak sedap pulak
Aileen
hmm, alright ibu!!
My Twin’s Anas
cantek ah! Jap au ibu, kejap lagi, Anas, Iwal dengan Nazeem turun eh? Ada projek sikit ni kikiki
Ibu
hah yelah.. tapi jangan lambat sangat, karang dah sejuk tak sedap pulak..
Ayah
cepat la turun anak-anak oii! Ayah dah lapar ni
Aileen
okay2 Aileen turun sekarang!
Pantas Aileen meletakkan telefonnya di atas meja lantas dia berlari ke arahh penyangkut khas untuk koleksi shawl miliknya lalu shawl berwarna maroon dicapai dan dililit cantik menutupi rambut dan lehernya. Aileen tersenyum puas lalu dia berjalan ke arahh pintu biliknya, nasib baik dia memakai baju lengan panjang dan tidak perlulah dia menukar baju.
***
“mak long dah siap masak?! Alaaaaaaa weh jom makan dulu!! Aku lapar niii!” teriak Iwal kepada Anas yang masih lagi sibuk mencari lagu untuk projek mereka.
“shhh! Bising la kau! Aku nak cari lagu ni.. kau sabar jap,”
Iwal memejamkan mata lalu membayangkan kari ayam air tangan mak longnya, Puan Faridah. Iwal menelan air liurnya. Bapak sedap! “weh podol! Aku takleh tahan! Gerak lu!” pantas Iwal bangkit dari katil sepupunya, Anas lalu berlari ke arahh pintu.
“Zeem!!! Jangan kasi Iwal keluar!”
“roger!”
Pantas Nazeem menangkap Iwal dari membuka pintu.
“TAK!! Kasi aku makann! Aku nak kari ayam!! Aku bau sedap… aku lapar…..”
“kita takkan keluar selagi aku tak dapat lagu yang best!”
Tiba-tiba Iwal menendang Nazeem lalu dia berjalan ke arahh Anas yang menghadap laptop itu dengan wajah kelaparan lantas laptop Anas dirampas oleh Iwal. Anas terkejut dengan perbuatan Iwal lalu ingin melenting tetapi niatnya dimatikan kerana wajah Iwal betul-betul membunuh jiwa raga. Fuh.
“kau.. nak buat pe.. wal?”
Iwal hanya mengendahkan soalan Anas dan meneruskan pencarian lagu untuk projek mereka itu. Serentak Anas dan Nazeem melihat skrin laptop milik Anas tersebut dengan wajah tertanya-tanya.
“Selfie Le Le Re…?”
“kejadah? Natang apa tu? Best ke?”
Pantas Iwal menjeling Nazeem yang disebelahnya itu. “kau tak pernah tengok ke movie Hindustan yang.. jap.. aku lupa tajuk la doh… jap, jap kasi aku search… hmmmmm, hah! Movie Bajrangi Bhaijaan! Salman Khan berlakon tu!” ujar Iwal panjang lebar.
“best ke lagu dia?”
Iwal menjeling Anas. Ni lagi sorang. “weh, podol! Kau dengan Nazeem sama je! Aku dah cakap tadi kan? Best la bangang! Cari lagu done! Jom gerak makann!” pantas Iwal menyerahkan kembali laptop kepada Anas.
Nazeem dan Anas merenung skrin laptop yang memaparkan video lagu ‘Selfie Le Le Re’ dengan pandangan was-was. Biar betul budak si Iwal ni.
“nanti-nanti la kita dengar, jom la makan..”
“alright, jom ah makan.”
***
“mana pulak budak bertiga ni?”
Aileen perasan ibunya memandangnya meminta jawapan, pantas Aileen mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“mak long!”
“opocot!! Eh kau!”
Iwal tergelak kecil kerana ibu saudaranya melatah.
“esh! Bang Cik! Terkejut Mak long!”
“sorry, mak long… bang Cik lapar sangat la…”
“hah meh! Jom makan! Sini duduk sebelah aku..” pantas Aileen menepuk-nepuk kerusi kosong disebelahnya itu.
Iwal tersengih lalu dia berjalan ke arahh Aileen lalu melabuhkan punggung disebelahnya. “wahhh kari ayam!! Ewah mak long ni cam tahu-tahu je kan lauk kegemaran bang cik..” Iwal tersengih kepada ibu Aileen.
“mestilah tahu! Dah-dah, hah Aileen.. sendukkan nasi untuk bang cik tu…”
Aileen menganggukkan kepala. “eh, kau nak banyak ke sikit?”
“of course banyakkk!!!”
“alright!” pantas Aileen menyendukkan nasi dengan banyak untuk Iwal sebelum tiba-tiba ada dua pinggan terapung disuakan kepadanya. Aileen mengangkat wajahnya lalu membuat wajah pasrah. Rupanya Anas dan Nazeem yang menghulurkan pinggan kepadanya sambil tersengih. Entah macam mana, tiba-tiba sudah ada di bawah. Tak dengar langsung derap tapak kaki mereka. Aileen hanya menurutkan saja budak berdua ini.
“kau nak banyak ke sikit, Nas?”
“ala cam biasa la..”
“okay..” jawab Aileen lalu menyendukkan nasi untuk Anas. “nah.”
“thanks, adik tershayang!!”
Aileen membuat wajah geli sebelum memandang Nazeem. “hmm, nak sikit ke banyak?”
“banyak.”
Aileen menganggukkan kepalanya lalu mengambil pinggan Nazeem lantas menyendukkan nasi dengan banyak.
“eh!”
Pantas Aileen memandang Nazeem. “kenapa?”
“tak jadi, nak sikit je..”
Aileen mengeluh lalu dia meluakkan sedikit nasi daripada pinggan Nazeem. “ni cukup?”
Nazeem tersenyum. “cukup, cukup! Nanti ingat tau, kuantiti nasi yang aku makan banyak ni je.. jangan lupa..” ujar Nazeem perlahan kepada Aileen.
Aileen membuat muka pelik lalu dia melihat Nazeem yang duduk disebelah Anas situ. “apahal aku nak kena ingat berapa banyak kuantiti nasi yang dia makan ni? Ergh.. annoying..” omel Aileen sendirian.
“eh, Leen… buat apa lagi tercegat kat situ? Engkau ni memang suka jadi pak pacak ke?”
Aileen memuncungkan bibirnya. “yelah… datang la ni…”
“uncle, uncle.. pembetulan.. bukan pak pacak la uncle tapi minah pacak,” seloroh Nazeem dan membuatkan mereka semua ketawa besar terutamanya Anas. Cis takguna betul.
“minah pacak pun okay gak!”
Aileen menjeling Iwal yang disebelahnya itu. Memang dah lama hidup betul sepupunya sorang ni. Pantas Aileen menyiku Iwal dan membuatkan Iwal mengaduh sakit. Aileen tersenyum bangga di dalam hati. Padan muka!
“kenapa, bang cik?”
Iwal memandang Aileen. “err takde pape la, mak long..”
Aileen membuat muka kepada Iwal sebelum matanya memandang Nazeem yang sememangnya memandang dirinya sedari tadi. Aileen mencebik lalu menjeling Nazeem. Ergh! Semua annoying!
Share this novel