BAB 13 - TERBONGKAR !
“Korang berdua terperangkap di sini selama 9 tahun ke?” tanya Nur Halimah.
Anggukan kepala Mila menyebabkan mulut mereka terlopong.
“Kami tidak boleh keluar dari alam aneh. Jadi, kami buat rundingan dengan ‘king of guardian’. Jika ada yang mengantikan kami, adakah kami dapat kembali ke bumi semula? Mula-mula ‘dia’ enggan menerima cadangan kami kerana bimbang alam aneh akan diketahui oleh manusia. Namun, selepas yakin dengan kepercayaan yang kami beri, akhirnya ‘dia’ bersetuju. Oleh itu, kami dapat kembali ke bumi selepas korang berenam menjejakkan kaki di sini pada 5 tahun yang lepas,” panjang lebar cerita Mila.
Perasaan ketiga-tiga gadis mula bercampur aduk. Hendak marah, perkara sudah berlalu. Hendak gembira, tetapi sekejap sahaja kerana mereka tidak mempunyai ingatan tentang alam aneh selepas kembali ke bumi. Mereka keliru dengan perasaan mereka ketika itu.
“Korang marah ke sebab kami memilih korang tanpa meminta keizinan korang?” tanya Mila apabila suasana menjadi sunyi sepi.
“Kami tak marah, kak Mila. Lagipun, perkara ini sudah berlaku,” jawab Siti Syazanah sambil mengukir senyuman.
“Cuma, kenapa hilangkan ingatan kami? Korang risau kami beritahu pada orang lain ke pasal alam aneh ni?” ragu Shasya Edrina.
Mila menjawab dengan menganggukkan kepalanya.
“Maaf,” kesal Mila.
“Tak apalah, kak Mila. Kami faham kenapa kak Mila dan abang Shahril buat begitu. Yang penting sekarang, akak jaga diri akak dan kandungan akak baik-baik ye,” pesan Siti Syazanah sambil mengusap perut Mila.
Tersentak Shasya Edrina, Nur Halimah dan Mila.
“Kak Mila mengandung?!” serentak Shasya Edrina dan Nur Halimah.
“Macam mana Syaza tahu?” soal Mila.
“Jangan pandang rendah dengan doktor,” senyum Siti Syazanah.
“Suami akak tahu ke?”
Mila menggelengkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan Nur Halimah. Perutnya diusap dengan perlahan.
“Jangan risau, kak. Kami janji kami akan selamatkan alam ini dan kita semua akan kembali ke bumi dengan selamat,” serius Shasya Edrina.
Tersenyum mereka mendengar kata-kata semangat gadis itu.
Manakala, di luar rumah pokok.
“Huh huh huh,” tercunggap-cunggap Shahril.
Tangannya yang berdarah pada bahagian bahu ditekap dengan kuat.
“Mana kau nak menyorok lagi, hah?” suara yang gerun kedengaran berdekatan dengan tempat Shahril menyorok.
Ketika itu, dia sedang bersandar di sebuah pokok yang agak besar memuatkan dirinya untuk menyorok.
“Mana kau, manusia!” terhinjut bahu Shahril apabila pokok disebelahnya tumbang akibat ‘senjata’ yang dilibas oleh pemilik suara gerun itu.
Menyedari ‘makhluk’ gerun itu mula beredar, Shahril berlari ke kawasan semak. Terkejut dia apabila secara tiba-tiba badannya ditarik dari belakang.
‘Mila!’ jerit Shahril di dalam hatinya.
Dari jauh, Mila mula berada tidak sedap hati.
“Abang Shahril, ini kami. Raz, Akil dan Izan,” kata Ismail Razak dengan nada yang perlahan.
Shahril membuka matanya. Dia terduduk apabila melihat gerangan manusia di hadapannya. Kakinya terasa lemah. Sangkaannya, dia ditangkap oleh ‘makhluk gerun’ tersebut.
“Abang cedera ni. Mari, biar saya gendong abang,” pantas Nik Akhil duduk membelakangkan Shahril.
Dengan bantuan Ismail Razak dan Tengku Ehsan, Nik Akhil berjaya menggendong Shahril.
“Baguslah…akhirnya, korang sampai juga,” perlahan suara Shahril.
“Abang Shahril?” terkejut mereka apabila Shahril mula tidak sedarkan dirinya.
“Cepat bawa dia ke rumah pokok sekarang,” cemas Ismail Razak.
Pantas Nik Akhil berlari menuju ke rumah pokok meninggalkan rakan-rakannya di belakang.
“Izan, jangan bertindak bersendirian. Jom kita balik ke rumah pokok untuk bincang strategi seterusnya,” tegas Ismail Razak selepas melihat jejaka itu termenung jauh.
Tengku Ehsan mula sedar. Dia memandang Ismail Razak. Kemudian, mereka berdua berjalan pantas menuju ke rumah pokok.
“Syaza! Cepat rawat dia!” terkejut sang gadis apabila mendengar jeritan Nik Akhil.
Jejaka itu muncul dari lubang pokok secara tiba-tiba sambil mendukung Shahril. Dia membaringkan Shahril di atas lantai yang sudah dikemaskan.
“Abang!” menangis Mila apabila melihat suaminya berlumuran darah pada bahagian tangan kanan.
“Bawa bertenang, kak,” pujuk Nur Halimah.
Barulah mereka tahu bahawa Mila dan Shahril merupakan suami isteri.
“Ini air panas, Syaza,” pantas Shasya Edrina meletakkan sebesan air yang baru dijerangnya kepada ‘doktor’ itu.
“Terima kasih, Ed. Akil, tolong potong lengan baju dia,” akur Nik Akhil dengan arahan isterinya.
Mereka bersetuju untuk memanggil nama gelaran masing-masing supaya tidak terkeliru nanti. Siti Syazanah mencuci luka Shahril sebelum menjahit luka yang agak besar itu. Kemudian, dia membalut bahu Shahril dengan bantuan Nik Akhil.
“Fuh! Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. Cuma, dia perlukan rehat secukupnya memandangkan tangannya terluka. Jika dia terjaga sebab sakit, beri dia makan ubat tahan sakit ni,” kata Siti Syazanah.
Dia membuka sarung tangan getahnya sambil mengemas peralatan doktornya.
“Alhamdulillah,” lega yang lain.
“Terima kasih, semua,” ucap Mila.
“Sama-sama, kak. Dah menjadi tugas kami,” balas Siti Syazanah.
“Jadi, korang ada jumpa apa-apa ke?” soal Nur Halimah sambil memandang suaminya yang sedang berfikir sesuatu.
“Di luar sangat gelap. Pokok-pokok pula banyak yang reput dan tumbang. Yang paling teruknya, ‘penjaga’ di sini sudah hilang kawalan. Malah, mereka boleh bercakap!” cerita Ismail Razak berdasarkan pemerhatiannya.
Terkejut semua.
“Akitty dan Bbetty boleh bercakap? Bukan mereka tidak boleh bercakap ke?” pelik Shasya Edrina.
“Itu yang peliknya. Macam mana mereka boleh bercakap sedangkan selama ini mereka tidak boleh bercakap,” pening Ismail Razak.
“Sebenarnya, semua ‘penjaga’ di sini boleh bercakap. Cuma, ada yang tidak dibenarkan bercakap kerana suara mereka boleh menggerunkan orang lain. Ada juga yang muncul melalui penyamaran kerana wajah sebenar mereka boleh menakutkan orang lain. Jadi, saya harap kalian faham,” ujar Mila.
“Ooh,” faham yang lain.
“Izan, cuba beritahu kami apa yang difikirkan sejak tadi?” tegur Nur Halimah.
Dia berasa tidak puas hati apabila suaminya asyik mendiamkan diri sejak tadi.
Semua mata memandang Tengku Ehsan.
“Korang masih ingat tak kejadian 5 tahun yang lepas sewaktu kita berada di aras 3, musim bunga?” bersuara Tengku Ehsan.
“Musim bunga?” fikir mereka.
“Oh? Yang Raz dan Ima kena racun cendawan berbentuk hati, kan?” teringat Shasya Edrina.
“Ye. Dan saya yakin ‘penjaga’ di aras 1 ni terkena racun seperti cendawan tu di mana boleh menyebabkan mereka hilang kawalan,” luah Tengku Ehsan.
“Tapi, macam mana mereka boleh terkena racun cendawan tu sedangkan cendawan tu tumbuh di aras 3?” keliru Nik Akhil.
“Itu yang saya sedang fikirkan tadi. Macam mana mereka boleh terkena racun cendawan tu,”
Rambutnya diramas dengan kasar. Pening kepalanya memikirkan perkara yang tidak logik itu.
“Kalau mereka terkena racun cendawan tu, bermaksud, mereka akan pulih seperti sedia-kala jika mereka meghidu penawarnya, kan?” kata Siti Syazanah.
“Jadi, kita perlu ke aras 3 untuk mendapatkan penawarnya,” sambung Nik Akhil.
“Tapi, macam mana kita nak ke aras 3 tanpa ‘lif’?” tanya Nur Halimah apabila memandang dinding pokok yang pernah memunculkan cahaya berbentuk suis lif.
“Jangan risau. Ada cara lain untuk ke aras yang lain,” kata Mila.
Dia berdiri dan terus mendekati ruang lubang masuk pokok.
“Di lubang ni, pada belah kanan, ada satu butang. Bila korang tekan butang tu, nanti muncul satu laluan yang boleh bawa korang ke aras lain,” terang Mila.
“Jadi, kita boleh pulihkan alam ini selepas dapat penawarnya, kan?” ceria muka Shasya Edrina.
“Err…ada satu benda saya nak beritahu korang. Bukan aras ini sahaja yang mengalami masalah,”
Terasa pahit air liur yang ditelan mereka. Maksudnya, aras yang lain turut bermasalah seperti di aras ini? Mereka mula berasa gusar.
“Bertenang, semua! Yakin pada diri sendiri. InsyaAllah, kita mampu memulihkan alam ini seperti sedia kala,” bersemangat Ismail Razak.
Mendengar kata-kata itu, mereka mula bersemangat kembali. Mereka tidak keseorangan. Mereka masih mempunyai kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama dengan mereka.
“Baiklah. Mari kita naik ke aras 2,” kata Ismail Razak.
“Emm..Korang,” panggil Ima dengan lembut.
Semua mata memandang wajah Nur Halimah.
“Ima tak dapat ikut korang. Ima nak jaga kak Mila dan abang Shahril. Kak Mila sedang mengandung dan tak dapat nak jaga abang Shahril seorang diri. Jadi, Ima akan berundur diri kali ni,” terang Nur Halimah.
“Ima…,” sedih Shasya Edrina dan Siti Syazanah.
“Kalau Ima tak ikut, jadi, saya pun tak ikut. Ima sorang tak mampu nak uruskan abang Shahril,” senyum Tengku Ehsan sambil memaut bahu isterinya.
“Baiklah kalau korang sudah cakap macam tu. Kami serahkan aras 1 pada Izan dan Ima. Izan, tanggungjawab kau besar,” ujar Ismail Razak.
“Jangan risau, Raz. Saya bukan Izan 5 tahun yang lalu,” senget senyuman Tengku Ehsan.
Ya. Dia bukan Tengku Ehsan yang dulu. Dia sekarang sudah berubah menjadi lebih kuat dan lebih bijak untuk setiap tindakannya.
“Hati-hati, Ima,” pelukan diberikan oleh Siti Syazanah dan Shasya Edrina.
“Korang berdua pun hati-hati tau. Jangan risaukan kami di sini. Tumpukan perhatian pada misi kita kali ini,” pesan Nur Halimah.
“Baik, bos. Hahaha,” serentak mereka ketawa.
“Jaga diri ye, kak Mila,” senyum Siti Syazanah.
“Korang pun,” balas Mila.
Kemudian, kelibat mereka pun hilang.
Share this novel