11.Anisa

Crime Series 1643

***7.15pm***Aku sampai ke flat mentari, stok barang aku suruh azam simpan di rumah dia ja. Aku berjalan perlahan menuju ke lif, terhuyung hayang. Sejak beberapa minggu ni aku sering sakit kepala, seakan ada sesuatu yang mencucuk kepalaku.

**tinggg, pintu lif terbuka***

“Eh alang, baru balik ke, “? tanya Anisa sambil memegang telekung di tangannya.

“ Ha nisa, aah baru balik ni ha, ni pun nak pergi rumah makjah ambil ika, nisa nak ke surau ye“? tanya ku walaupun aku tahu memang die hendak ke surau(Anisa, sebaya denganku dan merupakan anak tok imam surau kami) Ramai yang minat dengan dia, perwatakannya yang lembut, senyuman yang manis, rata-rata lelaki yang masih bujang di flat semua nak try dia, pernah juga aku memasang angan-angan hendak mengorat dia, tapi angan2 je lah, hahaha“ fikirku dalam hati.

“Aah, jumlah kita ke surau sekali,” balas anisa..

“ Eh takpelah, lain kali ya,biarlah dulu surau tu dipenuhkan dengan pakcik2 yang ada, alang solat sorang je” dengan spontan aku pertanyaan ika tu(ah sudah, benda doh aku jawab macam tu)

“Hmm baiklah,nisa pergi dulu ye, assalamualaikum” balas nisa dan berlalu pergi meninggalkanku yang didalam keadaan serba salah.

***pintu lif ditutup lalu menuju ke tingkat 4,..

“Adik, alang dah balik"kata ku seusai aku membuka pintu rumah..

“ heee alang, eh kata 3 hari lang, ni tak sampai 2 hari dah balik” tanya ika sambil membawa bag ku masuk ke dalam bilik.

“Saja balik awal, risaukan ika je, tadi alang ada terserempak dengan anisa anak tok imam tu, makin lawa lah dia dik.” jawabku lalu duduk melepaskan lelah yang ada.

“Itulah, kak nisa tu makin lawa, ika suruh alang masuk meminang dulu alang taknak, kalau tak, ada dah ika akak ipar, hehehe” jawab ika sambil tersenyum manis memandangku..

“Hmm yelah tu, dik, alang ni bukan ada apa pun dik, belajar pun takat tingkatan 3 je, mana maunya nisa dengan alang,. Misal kata dia mahu pun, saksi siapa? tanya ku pada ika.

“La apa susah, kita cari lah abang kita berdua tu lang,.. ehhhh abang kamal kirim salam pada alang, dia balik petang tadi, ada panggilan dari sekolah tempat dia mengajar” balas ika laju menukar soalan, ika tahu aku cukup tak suka bila dia sebut tentang mereka berdua tu.

“Hmm ok, alang nak masuk bilik nak tidur dulu ya" balasku pendek lalu menuju ke bilik..

**Didalam bilik aku keluarkan daun untuk membuat balutan baru. pening di kepala ku mula datang(takkan lah sebab benda ni buat kepala aku sakit, benda sedap kot, ahhh takda mood aku, baik aku tidur esok cari azam).....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience