Bab 30

Romance Completed 207871

Malam tadi ntah pukul berapa terlena pun tidak tahu. Sedar-sedar alarm bunyi pukul enam pagi. Kalut Intan bangun mandi, solat subuh.

Panjang doanya, memohon semoga apa yang dilakukan ini adalah perkara yang terbaik dan dipermudahkan segalanya.

Tepat jam tujuh pagi terdengar bunyi pintu dibuka, Carlos bersama jurusolek. Segak Carlos berbaju melayu siap bersampin lagi.

"Morning Intan. Ni jurusolek yang akan siapkan Intan. Kak Nani" Carlos kenalkan dengan Kak Nani.

Cantik orangnya. Penuh kiri kanan tangan membawa peralatan solek. Nasib baik la aku ni bukan jenis yang suka solek beria sangat, kalau tak jenuh. Alat make up saja dah penuh beg.

"Di mana bilik soleknya?" tanya Kak Nani.

"Oh, jomlah ikut saya" kata Intan pada Kak Nani tapi mata mencari seseorang.

Kalau Carlos ada di sini, Caden datang dengan siapa pulak nanti.

Carlos seakan tahu apa yang Intan cari, pantas berkata.

"Tuan Caden ada di pejabat. Dekat jam lapan nanti baru Tuan Caden datang tukar pakaian" terang Carlos.

Intan hanya tersenyum dan mengangguk pada Carlos.

Awal dia datang.. Ingatkan ada di rumah lagi.

Lebih kurang jam tujuh lima puluh pagi Intan siap didandan cantik dengan tersarung baju kurung moden pearl white dan selendang yang dililit cantik.

Intan berdiri di hadapan cermin besar di dalam bilik tidur. Macam melihat orang lain di dalam cermin itu. Dah hilang rupa Intan sebelum ini.

Hm.. Kalau lah ayah dan mak dapat sertainya, alangkah bahagianya. Sayu hati Intan.

"Eh, kenapa pulak ni, akak make up tak cantik ke?" soal Kak Nani risau.

Kalut dia tilik wajah dan tubuh Intan, bimbang ada yang tidak kena.

"Tak lah. Cantik, cantik sangat sampai saya pun tak cam diri saya sendiri tadi" jawab Intan.

"Intan dah memang cantik, akak tak payah nak make up tebal-tebal, touch up sikit-sikit je" sambung Kak Nani lagi.

Tok tok tok

Kak Nani berjalan ke arah pintu.

"Dah siap ke?" soal Carlos pada Kak Nani.

"Dah, dah. Kejap akak panggil Intan" kata Kak Nani lalu berjalan menuju ke arah Intan yang sudahpun bersedia.

"Jom. Tuan Caden dah siap tu" ajak Kak Nani.

Intan mengangguk dan perlahan berjalan. Kasut sudah sedia tersarung di kaki. Pandai pulak beli kasut ngam-ngam saiz kaki Intan.

Sebaik Intan melangkah keluar dari bilik tidur, bukan sahaja Carlos yang berada di tepi pintu terkejut, Caden yang sedang membetulkan butang baju melayu terus terhenti tangannya.

Tegak mata memandang Intan tak berkelip. Cantiknya awak sayang..

Intan juga begitu. Terpaku memandang Caden yang memakai baju melayu lengkap bersampin dan songkok. Segaknya dia.. Walaupun masih ada kesan merah pada hidung. Kesian dia, dah kurang handsome.

"Er.. Rasanya patut gerak sekarang ni. Takut lewat" Kak Nani pecahkan suasana hening itu.

Malu Intan apabila menyedari Caden masih tidak lepaskan pandangannya dari Intan.

"Let's go" ajak Caden.

Kali ini Intan tidak menggunakan lift yang biasa digunakan untuk naik ke tingkat ini. Intan dan Kak Nani mengekori Caden dan Carlos menggunakan lift peribadinya.

Lift akan ke basement dan terus ke parking peribadi Caden. Patut la dia tak risau orang lain nampak sebab lift ni terlindung.

Lift ini juga mempunyai password. Apa passwordnya ye. Macam boleh agak je..

Sebaik pintu lift terbuka, Caden mendahuli, diikuti Intan, Kak Nani dan Carlos.

Senyap dan sunyi keadaan di dalam lift. Tidak lama pintu lift terbuka. Carlos laju melangkah keluar terlebih dahulu untuk unlock alarm kereta.

Carlos membukakan pintu penumpang belakang kanan untuk Caden manakala Kak Nani bukakan pintu penumpang belakang kanan untuk Intan.

Pantas Carlos dan Kak Nani masuk ke pemandu dan penumpang hadapan.

Carlos mulakan pemanduan dan keluar dari bangunan hotel. Intan yakin orang luar tak nampak dirinya kerena cermin kereta yang gelap.

"Are you okey?" soal Caden pada Intan yang senyap dari tadi.

"Ah, okey okey" jawab Intan gugup.

Caden hanya mengangguk.

Intan pula membuang pandang ke luar tingkap kereta. Panjang nafas ditarik. Gementar usah dikata. Sejuk-sejuk tangan.

Tidak berapa lama, kereta dipandu Carlos memasuki perkarangan Pejabat Agama Islam Kajang. Setelah kereta memasuki petak parking, Carlos matikan enjin dan keempat-empat mereka berjalan beriringan masuk ke pejabat itu.

Waktu itu Fahmi dan beberapa lelaki orang kepercayaan Caden sudah sedia berada di pejabat itu awal lagi.

+++

Intan bagai tidak percaya, dia kini sudah sah menjadi isteri kepada Caden.

Yang paling Intan tidak percaya, Caden telah menyerahkan dua keping cek, yang pertama mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit dan yang kedua bernilai lima puluh ribu sebagai hantarannya.

Intan tidak ingat langsung mengenai hantaran dan mas kahwin. Semasa Caden menyerahkannya di pejabat agama tadi baru Intan terfikir.

Intan hanya diam di sebelah Caden hinggalah mereka kembali ke hotel.

Kak Nani telah pun pulang manakala Carlos kembali ke pejabatnya. Caden dan Intan pula menuju ke bilik rehat Caden.

Sebaik pintu bilik rehat dibuka, Intan melangkah masuk diikuti Caden.

Kekok pula Intan rasa. Intan berdiri di tengah ruang tamu dan memandang ke arah Caden yang sedang melangkah ke arahnya.

"Awak nak minum apa-apa ke?" soal Intan yang masih lagi berbaju nikah. Cantik.. Nasib baik ada juga gambar kenangan semasa di pejabat agama.

Caden yang mendengar soalan Intan masih tidak menjawab sebaliknya berjalan semakin menghampiri Intan. Matanya dari tadi tidak berkalih dari wajah Intan.

"Er.. Kalau tak nak apa-apa, saya masuk salin pakaian dulu lah" laju Intan ingin melarikan diri tetapi Caden lagi pantas bertindak. Pinggang ramping Intan dirangkul dari belakang.

Terkejut Intan dengan tindakan Caden. Keras Intan berdiri tegak tidak bergerak.

"Where do you want to go" soal Caden yang rapat memeluk pinggang Intan dari belakang.

"Ha.. Sa.. Saya nak salin pakaian, tak selesa" jawab Intan dan cuba untuk lepaskan tangan Caden dari pinggangnya.

"Kenapa cepat sangat." bisik Caden di telinga kanan Intan.

Adui.. Main bisik-bisik la pulak..

"Nak salin baju la, nak makan. Nanti kalau tumpah kena baju dah kotor" jawab Intan kalut.

"Bukan nak lari dari saya?" tanya Caden lagi. Tangannya mengusap lembut pinggang Intan. Lalu tubuh itu dipusingkan menghadapnya.

"My dear.. Kenapa pucat muka ni? Saya tak makan orang la" usik Caden.

Tangan kiri Caden masih berada di pinggang manakala tangan kanan sudah naik mengusap lembut pipi Intan. Matanya pula melekap pandang pada bibir merah isteri yang baru dinikahinya itu. Ingin saja bibir itu dijamah. Pasti manis macam tuannya..

Intan waktu itu sudah tidak tentu arah. Sudah.. dia nak buat apa ni.

Caden semakin menunduk dan semakin hampir bibir mereka bertemu. Tanpa dapat bertahan lagi, bibir Caden lembut menindih bibir Intan.

Bulat mata Intan terkejut tetapi setelah menerima urutan lembut bibir Caden di bibirnya, terpejam mata menikmati rasa yang baru baginya itu.

Sebaik bibir itu dilepaskan. Terus Intan tertunduk, malu dengan apa yang berlaku tadi. Pantas pelukan Caden dileraikan dan berjalan laju masuk ke bilik tidur.

Tercetus ketawa kecil dari Caden.

Intan yang duduk dibirai katil menutup muka. Ah.. Malunya..

Dah, jangan nak seronok sangat. Dia kahwin dengan kau pun bersebab Intan. Jangan satu masa nanti kau pulak yang merana.

Tersentak Intan dengan kata hati sendiri. Hm.. Baru sahaja ingin rasa kebahagiaan tapi itulah realitinya.

Jaga hati jangan sampai tersasar.

Intan bangun dari katil lalu melangkah ke menuju ke closet, mahu mengambil pakaiannya yang digantung di situ.

Selendang di kepala dibuka berhati-hati bimbang takut rosak. Nanti jenuh pulak nak ganti. Sebaik selendang dibuka, tinggal anak tudung dan anak tudung juga dibuka.

Terserlah lah rambut hitam lebat milik Intan. Getah rambut dicapai lalu rambut ditocangkan.

Intan membuka zip bajunya tapi separuh sahaja, hendak dicapai sudah tak sampai.

Adoi.. Siapa la yang reka baju ni. Tak ada ciri-ciri mesra alam langsung. Tadi tak apa la Kak Nani yang bantu. Ni siapa nak bantu.

Terkial-kial Intan cuba capai zip. Sedang sibuk berusaha membukanya tiba-tiba ada tangan lain yang menolong. Terus terlondeh baju dari badannya dan melurut jatuh ke lantai menampakkan belakang badannya yang putih licin serta leher yang jinjang.

Tertelan liur jadinya Caden. Niatnya cuma ingin membantu tetapi lain pula jadinya. Tambahan pula, yang ada di hadapannya sekarang, isteri yang halal buatnya.

Intan yang menyedari kehadiran Caden terus terdiam kaku.

Share this novel

Haura_96
2020-05-10 08:51:02 


NovelPlus Premium

The best ads free experience