Pagi itu, Rizal terjaga terlebih dahulu. Bukan kerana ada cahaya matahari yang menerobos masuk tetapi pergerakan kecil disebelahnya buat dia tersedar. Dia menopang siku, melihat keindahan di depan matanya. Seharusnga, dia sudah memiliki momen sebegini dari dulu lagi, dari awal perkahwinan mereka berdua namun dia tegar menyakiti isterinya. Dia mengusap pipi Rian dengan belakang tapak tangannya. Semakin berseri , semakin montel pipinya itu sejak hamil. Tidak dapat menahan diri, dia mengucup dahi Rian, turun ke mata, hidung, pipi dan akhir sekali bibir yang membuatkan Rian menguman lirih. “ Janganlah kacau…” Rengekan Rian hanya buat Rizal mengetatkan pelukannya. Dia mencium bahu yang terdedah ...