BAB 9

Romance Series 81452

Sebaik sahaja kereta diberhenti, Inara Adelia membuka pintu mahu keluar namun ditahan oleh Ammar Hafiy.

"Kau jangan nak beritahu pada sesiapa pun pasal ni. Lagi-lagi Mia tu" Ammar Hafiy memberi amaran.

"Baiklah Ammar. Saya beritahu pada Mia sekali pun, tak ada guna juga. Semuanya dah jadi" lantas Inara Adelia keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama.

Belum sempat dia ingin memulas tombol, pintu sudah dibuka dari dalam. Dia senyum nipis pada Mia Aleesya.

"Amboi, lewat betul kau balik. Sampai malam korang dating ya" Mia Aleesya menyakat Inara Adelia.

"Mia, aku masuk dulu. Penat" kata Inara Adelia.

"Inara sekejap!" halang Mia Aleesya. Dia melihat hujung bibir gadis itu lebam.

"Kenapa dengan bibir kau tu? Abang? Kau buat apa ni?" soal Mia Aleesya.

"Mana ada aku buat apa-apa dekat dia. Yang lebam tu dia, bukan aku" balas Ammar Hafiy selamba.

"Inara?"

"Tak adalah, Mia. Aku jatuh masa dalam tandas tadi. Jangan risau okay" balas Inara Adelia pula.

"Tak. Aku tak percaya. Mesti ada apa-"

"Mia! Kau tahu tak aku penat sekarang ni? Kau jangan masuk campur boleh tak!" tengking Inara Adelia lantang.

Penat! Itu dirasai olehnya sekarang ini.

Mereka berdua terkedu seketika. Sejak bila gadis itu berubah macam tu?

"Aku minta maaf" kata Mia Aleesya.

Inara Adelia terus mendaki anak tangga dengan laju.

Pintu bilik ditutup rapat dan mengunci. Dia mencampak handbag ke atas katil dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia duduk ke atas lantai. Air dari pancuran shower mengalir membasahi dirinya.

"Kenapa mesti aku? Kenapa aku yang harus jadi pemuas nafsu mereka? Aku manusia bukan patung. Tak akan sedikit pun tiada peluang untuk aku bahagia? Selepas Izz, Ammar pula yang buat macam tu pada aku. Kenapa mesti kau muncul balik selepas apa yang berlaku. Aku benci kau Izz! Kau manusia tak ada hati dan perasaan langsung!" luah Inara Adelia bersama tangisan.

"Aku kena keluar daripada sini. Itu adalah pilihan sangat tepat. Hana... Aku harap dia boleh tolong aku" Inara Adelia berdiri semula dan membersihkan diri.

•••

Pagi itu, Inara Adelia menuruni perlahan anak tangga. Rasa bersalah pada Mia Aleesya menguasi diri. Dia memberikan senyuman nipis pada mereka semua dan melabuhkan punggung di situ.

Mia Aleesya membalas senyuman itu. Dia lupakan sahaja hal semalam. Walaupun agak terasa dengan Inara Adelia, tapi dia fikir mungkin sedang datang bulan. Sebab itu mood selalu berubah.

Makanan dihadapan dipandang kosong. Ragu-ragu dia mahu memberitahu pasal pindah. Takut keluarga itu terasa hati ke apa. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

"Ma Pa. Inara ada perkara penting nak beritahu" Inara Adelia memulakan bicara.

Ammar Hafiy mendengar itu cuak. Takut kalau gadis itu memberitahu tentang apa dilakukan selama ini padanya. Kalau tidak, matilah dia.

"Apa tu Inara? Duit tak cukup ke apa? Beritahu sahajalah" tanya Datin Zizah. Dia sudah menganggap Inara Adelia seperti anak sendiri.

"Inara nak pindah" kata Inara Adelia.

Semua terdiam. Mia Aleesya menyentuh bahunya.

"Kau okay tak tinggal dalam rumah ni?" tanya Mia Aleesya pula.

"Aku okay sahaja. Aku nak pindah rumah Hana. Sebab dekat sikit aku nak ulang-alik ke Kolej"

"Ma Pa, Inara berterima kasih sangat pada keluarga korang. Terima kasih sudi tolong Inara masa susah. Inara janji akan balas budi baik korang" ujar Inara Adelia.

Ammar Hafiy tidak berpuas hati. Ditendang kaki Inara Adelia bawah meja. Dia berdecit halus bila Inara Adelia hanya buat bodoh sahaja.

"Tapi Inara kena selalu datang sini. Kami pasti rindu kamu. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu, Inara" kata Dato'Norman.

"Bila Inara nak pindah?" soal Datin Zizah.

"Petang nanti" balas Inara Adelia.

Dalam hati menghembus nafas lega. Akhirnya dia dapat keluar juga daripada rumah ini.

•••

"Ni rumah aku. Tapi tak besar macam rumah Mia lah" kata Hana Aqeela.

"Tak apa. Kecil atau besar, aku langsung tak kisah. Terima kasih Hana, sudi tolong aku" kata Inara Adelia.

"Sama-sama. Aku suka sangat kau pindah dekat sini. Sekurangnya ada juga teman aku. Ni tak, seorang diri sahaja" balas Hana Aqeela.

Mereka tertawa kecil. Matanya melirik pada sebuah kereta berhenti di hadapannya. Dikecilkan matanya sedikit untuk mengecam siapakah pemilik kereta itu. Jantung mula mengempang laju tatkala Izz Lutfil yang keluar dari perut kereta itu.

"Eh Sir  Izz! Sir  buat apa dekat sini?" soal Hana Aqeela hairan.

Tiba-tiba datang rumah.

"Saya nak berjumpa dengan Delia sekejap. Ikut saya sebentar Delia" balas Izz Lutfil.

Diam.

Hana Aqeela menyiku lengan Inara Adelia sambil membuat isyarat mata. Secara perlahan dia membuntuti Izz Lutfil ke taman tidak jauh daripada rumah Hana Aqeela.

"Delia dah keluar ke dari rumah Mia? Abang suka sangat Delia keluar dari rumah tu. Kenapa tak balik rumah abang?" ujar Izz Lutfil. Dia cuba untuk meraih tangan, namun ditepis kasar oleh gadis itu.

"Delia keluar ke tak, bukan urusan abang. Jangan nak masuk campur dalam hal Delia, abang" balas Inara Adelia. Dia memusing ke belakang untuk pergi, namun dihalangi oleh Izz Lutfil.

"Delia! Kenapa buat abang macam ni?" Izz Lutfil tidak berpuas hati bila Inara Adelia kelakuan seperti itu.

Dia tergelak buat-buat.

"Kenapa? Apa Delia dah buat pada abang ni? Bukan ke abang yang dah buat sesuatu pada Delia?" soalan dibalas soalan.

"Abang buat macam tu sebab abang cintakan Delia! Delia faham tak, huh?" balas Izz Lutfil. Lengan Inara Adelia dicengkam kuat.

"Lepaslah! Abang dengan binatang sama sahajalah! Boleh pergi mati dengan cinta abang tu! Semua harapan Delia dah musnah gara-gara abang. Disebabkan abang, Delia tak boleh banggakan Umi dengan Abah!"

PANG!

"Kau saja nak bangkit kemarahan aku kan! Jangan sampai perkara lama terbangkit! Kau bercakap pasal Pak Ngah dengan Mak Ngah? Kalau dia orang izinkan aku kahwin dengan kau, semua ni tak akan terjadi!" herdik Izz Lutfil.

Matanya menikam tajam pada anak mata Inara Adelia.

"Umi dengan Abah izinkan Delia kahwin dengan abang sekali pun, Delia tak naklah! Abang tu gila!" bentak Inara Adelia.

Dia pejamkan mata seketika dan sambil berdecit geram.

Begitu senang gadis itu menolak cintanya.

"Ingat kata aku ni, Delia. Aku tak akan benarkan sesiapa pun miliki kau selain aku. Lambat atau cepat, kau tetap akan jadi milik aku sepenuhnya" kata Izz Lutfil dan berlalu pergi.

Inara Adelia menekup wajah dengan menghamburkan segala tangisan di situ.

"Kau dah buat aku macam-macam Izz. Boleh pula kau cakap aku milik kau? Kau memang gila... Sangat gila" ujar Inara Adelia.

Ammar Hafiy menyorok dipohon rendang tidak jauh dari situ mengerut dahi tidak faham.

"Apa maksud dia orang? Pak Ngah Mak Ngah? Ah lantaklah! Aku cintakan Inara, tak mungkin aku serahkan dia pada lelaki tu sesenang macam tu je" Ammar Hafiy bicara seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience