Bab 29

Romance Series 114022

Pagi tu seperti biasa. Selepas solat, Yus sediakan sarapan. Pagi ni Yus masak bihun goreng. Disebabkan hari ni adalah hari last cuti, Yus dan Aniq masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Yus sibuk dengan projek baru yang Amy emailkan detail tempoh hari, pembinaan kondominium mewah di kawasan Sepang, tender yang berjaya diperolehi dari Syarikat MOHA Holdings, syarikat terbesar di Asia milik anak melayu tapi tu lah macam yang pernah diceritakan oleh Kak Syikin, walaupun dia berjaya dalam bidang perniagaan tetapi tidak lari dari masalah keluarga seperti orang lain.

Menurut kata Kak Syikin, anak lelaki pertama Tan Sri dihalau rumah kerana enggan mengikut kehendaknya dan sekarang tidak pasti di mana anaknya berada kerana tak silap anaknya itu dihalau semasa usia masih muda. Hm.. Berjaya di sini, di situ pulak tidak.

"Ye la kan. Masing-masing ada kehendak masing-masing. Bukan boleh dipaksa tapi yang anak dia ni pun, dah kau tu lelaki, anak sulong pulak, kalau tak kau yang bantu bapa sendiri majukan syarikat, siapa yang nak bantu. Orang luar bantu bersebab, nakkan gaji. Kau patutnya bantu la teruskan legasi" dah bercakap sorang-sorang pulak kau Yus.

"Sayang bebel apa sorang-sorang kat sini?" tegur Aniq lantas melabuhkan ciuman di pipi kanan Yus sebelum turut sama duduk di gazebo di tepi rumahnya.

"Eh. Abang, sorry tak perasan. Tak, ni ha.. Cuba abang tengok gambar ni. Ni bekas majikan Yus dulu sebelum terpaksa berhenti selepas arwah abah meninggal. Sempat la juga dengar cerita pasal anaknya. Katanya anak lelaki CEO ni kena halau masa usia muda lagi sebab tak nak ikut cakap CEO ni untuk bantu majukan syarikat. Nak kerja sendiri" ucap Yus lalu menolak note book pada Aniq untuk menunjukkan gambar Tan Sri Mokthar.

Berubah wajah Aniq sebaik melihat wajah yang terpapar pada skrin not itu.

"Hm.. Kenapa la sampai boleh jadi macam tu kan. Eh, tapi kan bang, Tan Sri ni bukannya tak ada anak lelaki lain. Sekarang ni pun tak silap anak lelaki dia yang banyak chair metting, Tan Sri hanya turut sama kalau difikirkan perlu. Dah tu kenapa sampai nak halau anak sulong, bukan tak ada anak lain. Ke.. Anak sulong dia ni jenis kaki habiskan duit mak bapa je, pastu study pun dapat digree pun sebab bapa Tan Sri, kelayakan tak de. Tak pun.." belum sempat Yus meneruskan kata-katanya, laju Aniq menyampuk.

"Sayang, kalau tak tahu perkara sebenar, jangan pandai-pandai buat cerita, tak pasal-pasal dapat dosa kering" tegur Aniq.

"Tak la.. Cuma pelik. Sebab apa jadi macam tu." balas Yus.

"Sayang nak tau ke?" soal Aniq sambil menolak kembali note book pada Yus.

"Eh, abang tau ke?" soal Yus teruja. Wei.. Boleh membawang dengan Kak Syikin.

'Tap' dahi Yus diketuk dengan jari telunjuk Aniq.

Muncung bibir Yus sambil menggosok dahi.

"Sayang ingat abang ni makcik bawang? Mana la abang tau" jawab Aniq.

"Ish abang ni, cara cakap macam tau"

"Nanti-nanti sayang tau jugak" balas Aniq lalu bangun meninggalkan Yus di luar.

Tidak lama Yus masuk ke dalam rumah.

"Aik.. Senyap je. Pergi mana pulak abang ni. Tidur ke. Kaki Yus laju menujuk ke bilik tidur. Tak de pun. Pergi ke dapur pula. Pun tak de. Kat bilik kerja ke. Kaki diatur ke situ, daun pintu ditolak. Eh, tak de jugak. Biar betul, takkan nak main aci nyorok pulak petang-petang macam ni" bebel Yus seorang diri.

"Hm.. Tau kat mana..."

Kaki diatur ke bilik paling hujung. Kan.. Betul, dok work-out kat sini.

"Ye la, aku pun dah lama tak work-out, tranning apatah lagi"

Yus berdiri di pintu masuk, dapat dilihat Aniq berpeluh-peluh mengerjakan punchbag di depannya. Tengok sahaja lengannya yang berotot tu, kalau tumbuk muka orang, mau senget muka sebelah. Aish.. Dah la hendsome, sado, hot pulak tu.. Peluh-peluh gini, seksi. Auw.. Tersengih-sengih Yus bersandar di pintu masuk sambil berpeluk tubuh. Gatai ko kan.

Aniq yang dari tadi sudah sedar dengan kehadiran Yus, hanya tersenyum dengan tingkah Yus tah apa la yang difikirkan sampai tersengih-sengih macam tu.

Aniq kemudian, mengambil tuala dan mengelap peluh. Cukuplah rasanya untuk hari ini.

'Ting' tiba-tiba idea datang. Aniq mengambil tuala yang basah dengan peluhnya, digumpal-gumpal lalu di baling ke arah Yus. Tepat kena muka.

"Omak kau kain terbang"

Yus lihat Aniq dah ketawa mengekek di depannya.

Oo.. Main kasar ek. Boleh dia baling kain basah peluh kat muka aku. Kuang asam betul.

Yus tunduk lalu mengutip tuala yang basah tadi dan berjalan ke Aniq.

"Ee.. Sajakan nak kenakan sayang!" marah Yus lalu membaling semula tuala ke arah Aniq.

Ketawa lepas Aniq lihat muka Yus yang masam mencuka.

"Jangan la marah, abang tengok sayang berdiri kat celah pintu sambil tersengih-sengih dah macam apa dah. Risau jugak abang kot-kot sayang tersampuk mambang kat luar tadi. Tu sebab abang baling tuala pada Yus. Nak halau mambang.." usik Aniq lalu mengambil semual tuala yang jatuh.

"Banyak la abang punya mambang, malam ni abang tidur sorang-sorang, sayang nak tidur bilik lain. Huh" ucap Yus lalu berpusing untuk keluar. Alolo.. Merajuk.

Belum sempat Yus jauh, Aniq terlebih dahulu memegang tangan kiri Yus lalu ditarik rapat ke badannya.

"Omak hantu busuk"

"Abang! Dah la peluh, sibuk peluk orang." marah Yus sambil memukul dada Aniq.

"Hantu busuk sayang panggil abang"

Terus Yus digomol Aniq. Menjerit-jerit Yus geli dengan muka Aniq yang peluh dan juga bajunya yang basah.

"Okey okey.. Sayang surrender. Lepas la.. Geli tau" ucap Yus dengan suara yang mengah.

Tapi tangan Aniq tetap juga masih memeluk Yus.

"Dah la, sayang nak mandi. Habis bau tau badan ni" sambil Yus menolak dada Aniq.

"Mandi.. Okey juga tu, jomlah mandi sekali. Cepat sikit" laju je Aniq balas dengan pamir muka gatal.

"Tak de maknanya mandi dua orang lagi cepat. Lagi lama ada la." marah Yus.

Aniq tanpa mengendahkan kata-kata Yus pantas mencempung Yus dan dibawa ke bilik air di bilik tidur mereka. Menjerit-jerit Yus dengan ulah Aniq. Hai la.. Suami sapa la ni..

+++

Malam tu Aniq dan Yus makan simple sahaja, nasi goreng telur dadar. Yang penting kenyang. Malamnya Aniq minta Yus masuk tidur dahulu kerana dia ada kerja yang perlu disiapkan.

Tak pasti jam berapa Aniq masuk tidur di sebelah Yus. Bangun pagi tengok Aniq sudah ada baring di sebelahnya.

"Abang, hari ni sayang balik lewat sikit tau, dekat maghrib macam tu sebab hari ni banyak benda nak kena settel." kata Yus semasa mereka sarapan pagi.

"Okey, tapi kalau ada apa-apa, call abang terus okey" pesan Aniq.

"Baik. Tapi hari ni betul ye abang benarkan Yus guna kereta abang?" soal Yus. Ye lah, kereta dan motorsikalnya masih ada dirumah arwah abah. Tak sempat nak ambil.

"Ye, sayang naik kereta abang, abang naik motor. Tak ada masalah" jawab Aniq.

"Thanks abang"

"Thanks je?"

"Dah tu abang nak apa? Okey okey nanti sayang isi minyak kereta penuh." jawab Yus sambil tersenyum pada Aniq.

Aniq pula meletakkan jari telunjuknya pada bibir sambil mengetuk beberapa kali.

"Nak kiss" kata Aniq.

"Mengada tau" tutur Yus lantas mencium bibir Aniq sekilas.

"Dah-dah, nanti lambat pulak"

Yus kemudian, membawa pinggan kotor ke sinki dan mencuci. Meja pula telah dikemas oleh Aniq. Begitulah Aniq, ringan tulang menolong Yus membuat kerja rumah.

Sebelum Yus masuk ke dalam kereta, tangan Aniq disalam dan Aniq mencium dahi Yus.

+++

Sampai sahaja di pejabat, belum pun panas kerusinya, dah terjenggul Syam di muka pintu pejabatnya.

"Assalamualaikum pengantin baru" ucap Syam.

"Hm.. Waalaikumsalam. Ada apa pagi-pagi dah masuk pejabat aku ni?" soal Aniq sambil menekan keyboard komputernya.

"Amboi, semenjak dah kahwin ni, garang" usik Syam sambil ketawa.

"Tak, aku nak ingatkan kau pasal metting jam 1400hrs hari ni. Takut kau lupa" ucap Syam.

"Oo.. Pasal tu. Tapi metting tu mengenai apa ye?" soal Aniq.

"Aku pun tak pasti, ingatkan kau tau. Baru nak tanya" jawab Syam pulak.

"Aku pun tak dengar apa-apa info." balas Aniq.

"Eh, macam mana jadi pengantin semula? Best tak?" usik Syam tak habis-habis.

Menjeling sekilas Aniq pada Syam.

"Aku yang dah selamat ni kau tak payah tanya, yang kau ni, tak nak kawin ke? Umur dah 35tahun kot.

"Ye la kan.. Sikit lagi masuk 40 tahun. Kau pun dah dua kali kahwin. Aku juga tak kahwin-kahwin" ucap Syam

"Tak payah la sebut dua kali kahwin tu!" marah Aniq.

Terkekek Syam ketawa.

"Alah, itu pun nak marah"

"Syam, lupa pulak aku. Kejap lagi kau ada nak kemana-mana tak?" soal Aniq sambil mata masih fokus pada monitor.

"Tak kemana, kenapa?"

"Aku nak mintak tolong kau, tapi ajak Azman sekali. Kita naik kereta dia"

"Nak ke mana?" pelik pulak Aniq ni.

"Tak, nak ajak ambil kereta dan motor Afya kat rumah arwah abah. Nanti kau bawa kereta, aku bawa motor" terang Aniq.

"Oo.. Beres, no hal. Nak gerak nanti call" balas Syam lalu bangun nak meninggalkan pejabat Aniq.

+++

Selesai metting Aniq dan Syam masuk ke pejabat Aniq.

"Pasal projek tadi tu kau tak payah risau, aku akan monitor. Kalau tikus dah masuk perangkap, aku roger kau. Kalau ikut apa yang diterangkan tadi, biasanya kalau dah masuk sarang, tiga empat hari pulak baru keluar" terang Syam.

"Okey, apa-apa roger. Eh, okey lah dah lewat ni. Aku gerak dulu." kata Aniq sambil bersiap untuk pulang.

"Amboi. Tau la kat rumah ada bini. Laju nak balik" usik Syam.

"Sibuk lah kau" balas Aniq sambil bahu Syam ditumbuk.

+++

"Assalamualaikum abang.."

Terdengar suara Yus beri salam.

Nampak sahaja Aniq, laju kaki Yus dapatkan Aniq.

"Abang.. Abang dah ambilkan kereta sayang. Susah-susah je" ucap Yus sambil tersenyum.

"Bukan kereta je, motor pun ada kat garaj" tambah Aniq, tau sangat Yus sayangkan motor tu.

"Ye ke.. Thanks abang" menjerit Yus gembira lalu Aniq dipeluk dan bibir Aniq disapa sekilas. Belum sempat nak pusing ke belakang untuk melihat motorsikalnya, tangan Aniq dengan pantas memaut pinggang Yus.

"Tak cukup. Sekejap sangat" tutur Aniq.

Yus buat muka tak faham.

"Apa yang tak cukup?" soal Yus

Aniq kemudian memuncungkan bibirnya

"Ni, kejap sangat, tak sempat nak rasa apa-apa" Aniq balas sambil buat muka gatal.

"Mengada kan.. Nanti karang ek, sayang mandi pun belum, baru balik kerja ni" kata Yus.

"Janji?"

"Ye, janji"

Hai la suami oi..

+++

Selepas makan malam Aniq menonton tv manakala Yus pula datang membawa bersama mug air koko. Aniq katanya tidak mahu, jadinya Yus hanya bancuh satu.

Yus duduk di sebelah Aniq yang ralit menonton tv. Air koko disisip perlahan. Hm.. Sedapnya.

"Sayang..."

"Hm.. "

"Sayang....." panjang sikit Aniq panggil dari tadi.

"Abang nak apa? Nak air ke, sayang bancuhkan?" soal Yus.

"Mana janji sayang?"

"Hah, janji? Janji apa pulak?" soal Yus.

"Ha.. Tengok lupa la tu. Janji ni.." ucap Aniq sambil memuncungkan bibir pada Yus.

Terus ketawa Yus dengan perangai Aniq. Adoi.. Ingat janji apa la tadi.

Yus kemudian bangun pergi ke dapur.

"Eh, sayang nak ke mana?"

Tak lama, Aniq terasa lembut tangan mengelus rambutnya dari belakang. Apabila Aniq mendongak, Yus tunduk melabuhkan bibirnya pada bibir seksi Aniq. Lama.. Sebelum Aniq melepas bibir Yus perlahan.

"Sayang.. Jom tidur" kata Aniq dengan mata yang masih terpejam dengan nafas sedikit kasar.

"Ala.. Movie ni tak habis lagi, air koko sayang pun ada separuh lagi" ucap Yus. Dari air muka Aniq, Yus tau apa yang Aniq mahu. Tetapi sengaja mahu mengusiknya.

Aniq kemudian mengambil remote Astro lalu butang R ditekan untuk rekod movie yang sedang ditayangkan dan kemudian air koko dalam mug Yus habis diminum lalu dibawa ke dapur.

Terkebil-kebil mata Yus melihat tindakan Aniq. Tak lama Aniq muncul semula.

"Dah" kata Aniq lalu memegang tangan kak Yus dan dibawanya Yus ke bilik tidur.

Ish, dia ni kan, kalau nak tu, tak menyempat!

Masuk sahaja dalam bilik Aniq terus mengunci pintu dan lampu bilik ditutup, hanya tinggal lampu meja sisi katil sahaja. Yus pula masuk ke bilik air.

Sebaik Yus keluar dari bilik air, dilihat Aniq sudah berada di atas katil dengan tidak berbaju, menjadi kebiasaan Aniq tidur begitu.

Mata Aniq tak lepas memandang Yus yang berbaju tidur paras lutut itu. Bukan baju tidur jarang yang renda-renda tu ye, ni baju tidur hello kitty warna pink. Bukan Yus tak ada baju tidur yang seksi macam tu, ada je. Itu pun sebab si Amy belikan. Beli dua helai pulak tu, bila tanya apasal sampai dua, Amy jawab, kalau basuh satu, ada satu lagi. Sengal kan..

Yus terus melangkah ke atas katil dan berbaring, Aniq kemudian menarik Yus rapat ke pelukannya. Rambut Yus dibelai dan wajahnya disembamkan pada leher Yus yang terdedah. Haruman aroma dari situ dihidu. Perlahan bibir Aniq bermain di leher Yus. Tangan Aniq sudah bersedia menjalankan tugasnya. Dalam asyik mengulit leher putih Yus. Lagu crazy frog dari telefon Aniq berbunyi. Terhenti segala tindakan Aniq, terdengar bunyi dengusan yang kuat.

Aniq kemudian bingkas duduk di birai katil lalu mencapai telefon yang berada di meja sisi, butang hijau digesek.

Mesti Azman yang call, teka Yus.

“Ya Azman. Baik, 20 minit saya sampai” talian dimatikan.

Kan betul. Mesti ada kerja ni.

Aniq meletak telefon di atas meja sisi dan kembali pada Yus. Bibir Yus diusap perlahan dengan jari ibunya. Lantas bibir itu ditindih, dalam ciumannya.

Sebaik bibir Yus dilepas, Aniq berkata.
“Sayang, abang ada kerja. Nak kena gerak sekarang, sorry sayang. Nanti kita sambung” ucap Aniq lantas puncak hidung Yus dicuit.

“It’s okey abang.” Senyuman manis Yus berikan.

Aniq kemudian masuk ke bilik air, tidak lama keluar semula dan masuk ke bilik woredrob, tak sampai lima minit Aniq sudah lengkap berpakaian dan jaket kulit sudah tersarung pada badannya.

Aniq hampiri Yus dan duduk di birai katil sebelah Yus.

“Sayang tidur okey, abang tak pasti balik pukul berapa. Sayang just tidur. Tak perlu hantar abang di depan” pesan Aniq.

Yus kemudian salam tangan Aniq dan dahi Yus dicium Aniq, lama seakan tidak mahu lepaskan.

“Hati-hati abang” pesan Yus.

Aniq senyum dan terus bangun lalu menuju ke pintu dan terus keluar.

Share this novel

liyana
2021-02-11 18:48:37 

aniq anak Tan Sri Mokhtar

akma luhan83
2020-04-14 19:56:29 

hihihi,melting


NovelPlus Premium

The best ads free experience