CHAPTER 14 DKM

Action Series 21400

Dua minggu berlalu...

Sudah dua minggu berlalu , Hana Dahlia kembali ke rumahnya di Johor Bahru.Luth Hanief tidak teringat akan kepulangan isterinya.Dia hanya meneliti kerjanya yang bertimbun.Niat dia hati ingin memberi kejutan kepada sang suami tetapi lain pula jadi apabila Luth Hanief tidak pulang ke rumah semenjak petang lagi.Akhirnya Hana Dahlia tertidur di sofa yang berada di ruang tamu.

"Assalammualaikum." ucap Luth Hanief sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Dia membuka lampu bahagian tengah untuk beri ruang cahaya.Terkejut Luth Hanief melihat sosok tubuh isterinya Hana Dahlia yang sedang lena di atas sofa tersebut.Beg dicampakkan ke atas sofa berdekatan dan segera mendekati isterinya.

"Bunga... ." leret Luth Hanief memanggil isterinya.Ubun wanita itu diusap.

"Ermmm ." nyahut Hana Dahlia lemah.Terpisat-pisat dia memandang suaminya yang telah berada di sisinya.

"Bila bunga abang ni balik ? Kenapa tak cakap dengan abang ?." soal Luth Hanief lembut walaupun rasa mahu bertegas itu tebal dihati.Dia tidak mahu Hana Dahlia membuat begini kepadanya.Dia sendiri sakit menanggung rindu.

"Tengahari tadi." jelas Hana Dahlia lemah.Luth Hanief mengerling jam tangannya.9 malam !

"Ya allah bunga.Kenapa tak beritahu abang ? Bunga boleh call abang kan ?." cakap Luth Hanief dalam nada agak keruh.Dia tidak mahu diperlakukan begitu.

"Abang ni , Dahlia balik bukannya happy tapi marah pula." ujar Hana Dahlia merajuk.Dia terus membawa langkahnya untuk menaiki anak tangga.Dadanya berombak hebat.Di anak tangga ketiga juga tangisnya pecah.Berlari anak Luth Hanief mendapatkan isterinya itu semula.

"Sayang... ." pujuk Luth Hanief.Dia memeluk tubuh isterinya dengan erat sekali.

"Abang tak marah bunga.Abang nasihatkan saja.Jangan buat lagi.Abang tak suka.Abang rindu bunga sangat-sangat.Penat abang tunggu bunga.Tapi ini pula bunga balas.Ya abang tahu bunga nak buat suprise tapi tak kena masa sayang.Dah tak dapat lagi nak tahan rindu.Abang minta maaf sebab terkasar dengan bunga.Abang takda niat lansung.Terima kasih tunggu abang balik kerja lewat macam ni sebab nak beri kejutan pada abang.Romantik lah isteri abang ni." puji Luth Hanief mengambil hati isterinya semula.Hana Dahlia tersenyum mendengar pujian suaminya itu.

"Dahlia pun minta maaf.Dahlia anggap semua boleh terima benda ni.Dahlia salah." ujar Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Sayang tak salah lansung.Abang yang salah sebab tak faham isteri abang.Takpalah kita lupakan benda ni.Abang gembira sayang dah ada di sisi abang." senyum Luth Hanief dalam kata-katanya.Dahi isterinya dikucup lama.

"Nanti kita balik rumah abah ya." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.Wajah isterinya berubah serta merta.

"Ibu nak jumpa sayang." ujar Luth Hanief.Berkaca mata Hana Dahlia saat mendengar ungkapan yang keluar dari mulut suaminya.

"Ke...kenapa ? Sayang ada buat salah dengan ibu ke ?." soal Hana Dahlia gerun.Dia takut jika Puan Suraya Hani bertindak di luar kawalannya.

"Tidak.Nanti sayang sendiri akan tahu.Lepastu abang nak bawa sayang balik kampung abang.Abang nak bawa sayang berurut sekali." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia itu.

"Okay." akur Hana Dahlia tanpa sebarang bantahan atau soalan.

"Abang dah makan ke ? Nak makan ? Sayang masak." ujar Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Taknak , abang nak sayang rehat saja.Jangan buat kerja berat-berat.Abang taknak sayang penat." ujar Luth Hanief lembut kepada isterinya Hana Dahlia.Ubun isterinya dikucup lembut.Hana Dahlia tersenyum dengan perbuatan suaminya itu.

............

Suasana di kediaman Tan Sri Luth Kamaruddin riuh rendah apabila seluruh ahli keluarganya berkumpul.Wajahnya tampak ceria.Dia juga sudah maafkan isterinya Puan Suraya Hani apabila isterinya itu sudah menerima anak-anaknya kembali.Luth Hanief membawa Hana Dahlia pulang kerumah orang tuanya.Puan Suraya Hani menyambut Hana Dahlia dengan penuh ramah mesra.Dia akur akan kesilapannya.

"Ibu minta maaf ya Dahlia.Ibu kejam.Ibu tak beri Dahlia dan Hanief peluang." jelas Puan Suraya Hani sebak.Airmatanya mengalir laju.

"Ibu , yang sudah tu sudah ya.Dahlia bersyukur sebab ibu masih terima Dahlia.Ibu masih sayangkan Dahlia.Maafkan Dahlia jika gagal jadi menantu yang baik buat ibu.Terima kasih ibu.Dahlia sayang ibu sangat-sangat." ucap Dahlia Hana sayu.

"Terima kasih sebab sudi jadi permaisuri hati anak ibu." ucap Puan Suraya Hani sayu.

"Sama-sama.Luth akan Dahlia jaga sampai Dahlia pejam mata , ibu jangan risau ya." ucap Hana Dahlia.

"Assalammualaikum." ucap satu suara dari luar pintu bilik.Tiga pasang mata itu memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar.Wajah Mikayla jelas terpempan.

"Waalaikummusalam , masuklah Mikayla." mesra Puan Suraya Hani.Laju sahaja kaki gadis itu melangkah mendekati Puan Suraya Hani.Manakala , Luth Hanief yang bersebelahan ibu tirinya segera bangkit dan berpindah ke sebelah isterinya Hana Dahlia.

"Ibu sihat ? Keadaan ibu macam mana ?." soal Mikayla mesra.Tetapi sesekali matanya menjeling ke arah dua pasangan merpati sejoli itu.

"Alhamdulillah , ibu sihat.Ibu bahagia bila tengok anak-anak bahagia sekarang ni." ucap Puan Suraya Hani yang meluah dari hatinya.

"Alhamdulillah." jawab Mikayla sepatah.Dia terpukul dengan kata-kata Puan Suraya Hani.Ya , anak perempuan itu bahagia tapi bukan bersamanya.Dia menanggung perasaan kini.

"Ibu nak makan ? Dahlia boleh suapkan ?." soal Luth Hanief kepada ibu tirinya.Dia sengaja bertanya begitu di hadapan Mikayla.

"Boleh juga.Tiba-tiba ibu rasa lapar." ujar Puan Suraya Hani kepada anak lelakinya Luth Hanief.

"Nanti , Hanief ambilkan bubur untuk ibu." ujar Luth Hanief.

"Takpalah abang , biar Mikayla ambilkan." ucap Mikayla mengada.Dia sengaja menggunakan perkataan 'abang' untuk menyakiti hati Hana Dahlia.Riak wajah wanita itu berubah sedikit kerana terkejut mendengar panggilan itu.

Luth Hanief mengumpul penumbuknya apabila riak wajah isterinya berubah.Dia tidak suka ada manusia yang menyakiti hati isterinya dengan dengan tidak sengaja apatah lagi Mikayla memang sengaja.

"Ibu rasa nak makan ramai-ramai.Kita turun ya." ujar Puan Suraya Hani dengan pantas.Dia dapat merasakan suasana yang kurang senang itu.

"Jom , Hanief dan Dahlia pimpin ibu ya." ucap Luth Hanief kepada ibu tirinya.Wanita itu ikutkan sahaja.Mikayla ? Dibiarkan sahaja melihat pergerakan mereka bertiga.Lansung tidak diendahkan sesiapa.

"Haa , kenapa turun ? Awak tak sihat lagi." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin yang merisaukan keadaan isterinya.Hana Dahlia tertawa kecil melihat gelagat bapa mertuanya yang risau akan tahap kesihatan isteri kesayangan.

"Duduk terperap dalam bilik lagi sakit lah abang.Biarlah Hani keluar tengok dunia ni." ujar Puan Suraya Hani lembut.Anak-anaknya yang lain tersenyum melihat gelagat orang tua mereka.

"Yalah , perempuan memang tak pernah kalah." usik Tan Sri Luth Kamaruddin.

"Sayang jom duduk." ajak Luth Hanief kepada isterinya yang masih setia berdiri di sisinya.Mikayla dibiarkan seketika.Dia sendiri yang menarik kerusi dan duduk.Tidak dilayan mesra oleh keluarga itu.

"Mikayla ? Kau datang sini , papa dan mama kau tahu tak ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin kepada gadis itu.

                                        ............

Luth Hanief dan Hana Dahlia diajak bermalam di kediaman ibu bapa mereka.Terpaksa akur bagi menjaga hati orang tua mereka.Luth Hanief sentiasa bersedia dengan beg pakaiannya.Isterinya punya juga telah dipersiapkan.Hana Dahlia baru selesai mandi dan melabuhkan punggung di hujung katil sebelah suaminya Luth Hanief.Dia mengelap rambutnya bagi separuh kering.Dia memukul kasar paha suaminya tiba-tiba.

"Aduh ! Kenapa pukul abang ni ?." soal Luth Hanief yang terkejut , menahan sakit serta dengan nada sedikit tegas.

"Kenapa dia panggil suami Dahlia , abang ?." soal Hana Dahlia yang mulakan bicara.Dia tidak berpuas hati dengan Mikayla kerana memanggil suaminya dengan panggilan 'abang'.

"Manalah abang tahu , tapi sayang dengar ke abang balas semua yang dia cakap dekat abang ? Tak kan ?." soal Luth Hanief mempertahankan dirinya.Dia agak tegang dengan sikap tomahan Hana Dahlia itu.

"Dia suka abang lagi , Hana tahu.Yalah , abang dengan dia pernah... ."

"Pernah apa ? Pernah bercinta ? So , boleh jadikan tiket untuk dia buat sesuka hati ? No !." tegas Luth Hanief berkata-kata.Dia hendak memberitahu kepada isterinya.Dia tidak akan terjebak dengan situasi bodoh itu.

"You will always be my wife.There will be no replacement in my life.You will remain until death.Understand , Bunga." ucap Luth Hanief dengan penuk makna kepada isterinya Hana Dahlia.Airmata wanita itu mengalir.Pantas sahaja ibu jarinya menyeka airmata Hana Dahlia.

"Jangan menangis bunga.Abang sentiasa akan cintakan bunga abang sampai mati.Abang takkan berpaling tadah.Susahnya abang nak petik sekuntum bunga , tidak mudah untuk abang leburkan setiap kuntum yang ada.Percayalah abang , sayangku." ucap Luth Hanief romantis kepada isterinya.

"Dahlia takut kalau allah ambil abang dari Dahlia.Macam mana Dahlia nak hidup tanpa abang ?." soal Hana Dahlia dalam sebaknya.

"Bunga boleh hidup tanpa abang.Sebab sebelum kahwin pun bunga hidup tanpa abang juga.Kita boleh." pujuk Luth Hanief lembut.Dia mengecup dahi isterinya penuh kasih.

"Boleh Dahlia minta sesuatu dengan abang ?." soal Hana Dahlia lembut.

"Apa dia sayang ?." soal Luth Hanief lembut.

"Bunga teringin nak baby.Boleh kita usahakan tak ? Bunga nak ada anak macam Hafiya." ujar Hana Dahlia dengan riak wajah comelnya.

"Boleh sayang.Nanti kita usaha okay.Lepastu kita jaga amanah allah tu sebaik mungkin." jelas Luth Hanief lembut dan romantis. 

"Ke sayang nak sekarang ?." soal Luth Hanief nakal.

PAP !

Paha ditampar kuat sekali lagi.Dia mengaduh sekali lagi.Sungguh sakit dipukul oleh tangan kecil Hana Dahlia.Kecil-kecil berapi !

"Sayang , nipislah kulit abang macam ni.Sakit." ujar Luth Hanief meluah kepada isterinya.Mahu menangis rasa.

"Dah kemas baju ? Esok kita gerak balik kampung.Tapi lepas makan tengahari lah.Pagi tu abang nak rest sikit sebab nanti nak drive." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Takpalah , kalau abang penat ke mengantuk... ."

"Tak ! Abang tak benarkan sayang penatkan diri.Rehat saja.Abang ada.Abang boleh buat semua." ujar Luth Hanief.

"Romantik lah abang ni.Untung kan Dahlia kahwin dengan abang." ujar Hana Dahlia memuji diri sendiri.

"Mestilah , bunga abang yang untung.Bunga abang yang terbaik." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Abang , misi yang kita buat ni macam pelik kan ?." soal Hana Dahlia tiba-tiba.

"Kenapa pula sayang tanya ni ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Sebab sayang macam tahu saja identiti penjenayah tu.Tapi entahlah." ujar Hana Dahlia mengalah.

"Biasalah , sayang kan tentera mesti lebih tahu." ujar Luth Hanief menamatkan prasangka isterinya itu.

okayy ini chapter 14 , enjoy your reading guyss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience