Bab 42

Drama Completed 5973

“Assalamualaikum, Mak Minah… Mak Minah..,” panggil Afrina cemas.

“Waalaikumsalam. Eh, Afrina. Sejak bila kamu balik ni?” tanya Mak Minah mesra sebelum menjemputnya masuk ke dalam rumah namun ditolak olehnya.

“Af baru je balik. Af nak tanya Mak Minah sikit ni,” kegelisahan jelas terpancar di wajah wanita itu.

“Tanya apa ni, Afrina? Nampak macam risau semacam aje,” Mak Minah mengerutkan dahi.

“Memang Af risau sangat-sangat ni. Ibu, ayah dan adik-adik Af takde kat rumah. Maklang pun takde. Rumah bersepah sangat macam dah kena ceroboh. Ada apa-apa jadi ke, Mak Minah?”

“Eh? Tak tahu pulak Mak Minah, Af. Kali terakhir Mak Minah jumpa diorang semua masa Saraa masuk hospital,” jelas Mak Minah.

“Sa..Saraa?!” Afrina terjerit kecil. Dia bagai tidak percaya bahawa nama itu muncul semula selepas lima tahun. Saraa Airisha ke?

“Dia dah balik ke?” Afrina semakin cemas.

“Dah. Tapi sekarang ni dia dekat Sarawak. Ada urusan,” jawab Mak Minah ringkas namun jelas.

“Betul ke dia kat Sarawak? Entah-entah dia culik semua orang kat rumah tu,” Afrina mula menyerkap jarang.

“Kenapa kamu ni, Afrina? Datang-datang terus nak lempar tuduhan macam tu kat Saraa. Kamu ada bukti ke?” marah Pak Mail yang tiba-tiba memunculkan diri.

“Bukan nak tuduh, pak cik. Tapi ada kemungkinan kan kalau dia buat semua benda tu,”

“Gaya kamu bercakap ni macam kamu benci sangat kat Saraa tu. Apa salah dia kat kamu? Ke kamu ada buat salah kat dia sebab tu kamu panik sampai nak tuduh dia macam tu? Kalau betul ada kemungkinan pun, tak perlu nak tuduh melulu,” ujar Pak Mail untuk mempertahankan Saraa.

“Abang…,” panggil Mak Minah lembut untuk menghalang suaminya daripada bertikam lidah dengan Afrina.

“Afrina, apa kata kamu bertenang dulu. Mungkin rumah tu kena pecah masuk lepastu diorang sekarang ni tengah pergi balai untuk buat laporan,” Mak Minah cuba untuk berfikiran positif.

“Buat laporan apanya Mak Minah? Dah pukul tiga dah ni takkan belum balik lagi? Lagi satu, kenapa pintu tak berkunci?” Afrina sudah berpeluk tubuh memikirkan segala kemungkinan yang berlaku.

“Takpe, macam ni jelah. Kamu masuk dulu, petang nanti kalau Adam dah balik, kamu berdua periksa rumah tu mana tahu diorang dah balik. Kalau diorang takde jugak kat rumah, kamu bawaklah Adam buat laporan kehilangan diorang,” Mak Minah mengajaknya sekali lagi untuk masuk ke dalam rumah.

“Af nak buat laporan sekarang jugak,” tegasnya.

“Jangan buat keputusan terburu-buru. Afrina masuklah dulu,” nasihat Pak Mail sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Areena dan Shazrin tiba di rumah Syafiqa. Mereka berdua hairan melihat kehadiran wanita yang tidak dikenali duduk bersama mereka di ruang tamu.

“Kenapa panggil kami terburu-buru ni? Macam ada hal mustahak aje,” Areena memecah kesunyian.

“Memang ada hal mustahak,” Syafiqa mengangguk serius.

“Hal apa?”

“Saraa,” jawabnya ringkas.

“Hah? Kenapa dengan Saraa? Ada apa-apa berlaku kat dia ke?” Shazrin tiba-tiba gelabah tidak tentu pasal.

“Bukan tu maksud aku,” Syafiqa menidakkan.

“Habistu?” Areena mengerutkan dahi tidak mengerti.

Dia tidak terus menjawab soalan itu tetapi memperkenalkan gadis yang duduk di sebelahnya kepada mereka berdua.

“Kenalkan, ini Ayuni. Business partner Saraa,”

“Hai, assalamualaikum. Saya Ayuni. Boleh panggil Yuni je,” Ayuni memperkenalkan diri dengan mesra.

“Awak…. Business partner Saraa?” Areena hairan.

“Kenapa awak datang ni? Ada apa-apa jadi kat Saraa ke kat sana?” Shazrin masih lagi mengulang pertanyaan yang sama. Dia amat risau sekiranya ada perkara buruk yang berlaku kepada rakannya itu.

“Sebenarnya…,”

“Sebenarnya Saraa tak pergi Sarawak pun. Dan sejak dia balik sini, sekali pun dia tak pernah contact saya,” Ayuni memintas kata-kata Syafiqa yang masih teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar.

Terbeliak mata Areena dan Shazrin saat mendengar berita tersebut. Terperanjat. Mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.

“Kalau betul dia tak fly kat Sarawak, kat manalah dia sekarang ni?”

Syafiqa mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu.

“Saraa ada rahsiakan sesuatu ni,” tebak Areena.

“Dendam,” tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul keluar dari mulut Shazrin.

Tiga pasang mata tertumpu ke arahnya.

“Maksud kau…,” Syafiqa bagai sudah dapat mengagak apa yang bermain di fikiran Shazrin.

“Benda tu tak mustahil tapi kita tak boleh nak menyerkap jarang melulu macam ni,” Areena cuba untuk tidak memikirkan perkara tersebut.

“Tapi…,”

Kini giliran Ayuni pula yang hendak menyuarakan pendapat. Semua menumpukan perhatian kepadanya.

“…kalau yang korang maksudkan tu sebenarnya dia ada plan nak balas dendam, saya rasa itu betul,” nadanya yang lembut pada awalnya kini sudah berubah serius.

“Maksud awak?” Areena hairan.

“Sebulan sebelum dia balik sini, kelakuan dia pelik sangat. Dia selalu bercakap sorang-sorang, selalu jerit tak tentu pasal, jeling-jeling orang tanpa sebab lepastu ketawa sorang diri,” Ayuni mengingati kelakuan pelik Saraa satu demi satu.

“Hmm habistu apa kena mengena kelakuan pelik dia dengan plan balas dendam tu?” Shazrin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ada satu hari tu….,”

“Lalalalala…,” Saraa menyanyi kecil.

“Tak lama lagi aku nak balik, korang nantikanlah ketibaan aku, ya,” ujarnya riang sebelum bertepuk tangan.

“Oi! Nakpa diklaka kau sorang dirik sia?” teguran Ayuni mengejutkan Saraa.
(Oi! Kau kenapa bercakap seorang diri kat situ?)

“Eee gago,” Saraa menjeling Ayuni tajam.
(Eeee menyibuk)

“Aie bukan nak gago tapi dah kau klaka sorang dirik sia eran juak aku. Ada ‘dengan' ko sia ka?” Ayuni mula membebel.
(Aie bukan nak menyibuk tapi kalau dah kau bercakap seorang diri kat situ, aku hairanlah. Kau ada ‘peneman' ke kat situ?)

“Ish kau ni…. Tak dapat nak bagi aku luangkan masa dengan diri sendiri lah. Biarlah aku cakap sorang diri. Aku tak kacau kau pun,” marah Saraa sambil berpeluk tubuh.

“Me time ya boleh tapi sik pelulah nak klaka sorang dirik nak? Jong dipadah orang kelak kau ya sot,” Ayuni mendekati Saraa lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Saraa.
(Me time tu boleh tapi tak perlulah kau nak bercakap seorang diri. Nanti orang kata kau ni gila pulak)

“Kalau sot pun bukan kacau ketenteraman diorang,” Saraa memuncungkan bibirnya. Nafasnya mula turun naik dengan laju apabila mendengar kata-kata Ayuni yang selamba itu.

“Bah aoklah,” Ayuni malas hendak bersoal jawab dengan Saraa tentang perkara remeh tersebut.
(Hmm ye lah)

“Yuni,” panggil Saraa tiba-tiba.

“Nakpa?”
(Apa?)

“Kalau one day kan kau ada dengar berita tentang aku buat satu kerja gila, kau terkejut tak?” tanyanya dengan nada gurauan.

“Ermmm contoh keja gila nak dipolah kau?” tanya Ayuni juga dengan nada gurauan.
(Ermm contoh kerja gila yang kau nak buat?)

“Aku culik ahli keluarga aku sendiri lepastu aku seksa diorang,” jawabnya selamba namun serius.

“Aie dalam banyak-banyak manusia, pahal pelu nak seksa ahli keluarga dikpun oh?” Ayuni masih lagi dalam ‘mood' gurauan.
(Aie dalam banyak-banyak orang, kenapa nak seksa ahli keluarga sendiri?)

“Ish! Sik payahlah banyak tanya. Jawab je lah,” desaknya.

“Umm sik kot,” Ayuni tertawa.
(Umm tak kot)

“Kenapa?” Saraa teruja untuk mendengar jawapan dari mulut Ayuni.

“Camne nak tekejut, kau dah padah dolok. Lainlah mun kau sikda padah kakya alu tetiba aku bukak berita kol lapan nangga muka kau kat TV segal culik dan seksa ahli keluarga dikpun,” Ayuni ketawa geli hati.
(Macam mana nak terkejut, kau dah cakap dulu benda ni kat aku. Lainlah kalau kau takde cakap apa-apa lepastu tiba-tiba aku buka berita pukul lapan tengok muka kau terpapar kat TV sebab culik dan seksa ahli keluarga sendiri.)

“Ish kau ni!” Saraa menampar bahu Ayuni kuat.

“Aie betol lah nak?” Ayuni masih lagi tertawa sambil mengusap bahunya yang terasa pedas akibat tamparan Saraa.
(Aie betullah kan?)

“Dahla malaslah cakap dengan kau ni,” Saraa terus meninggalkan Ayuni yang masih ketawa dengan wajah yang masam. Marah.

“…..Ha macam tu lah kisah dia. Sebab tu saya setuju dengan pendapat yang mengatakan dia sekarang ni sedang rancang sesuatu untuk balas dendam,”

Areena mengeluh panjang.

“Kalau betullah, kita tak boleh biar benda ni berlaku,” ujarnya serius. Syafiqa, Shazrin dan Ayuni hanya mengangguk setuju.

“Ha! Apa kata kita bincang dengan Adam pasal benda ni,” cadang Shazrin.

“Sebab?” Syafiqa memandang wajahnya menanti jawapan.

“Sebab selain daripada kita, Saraa selalu share masalah dengan Adam jugak. Manalah tahu Adam tahu lokasi dia ke atau apa-apa maklumat yang kita tak tahu. Bagus, Shazrin! Aku setuju dengan cadangan kau!” puji Areena.

“Kalau macam tu, biar aku call Adam dulu. Kita ajak dia jumpa petang ni jugak,” Syafiqa terus mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Adam.

Ring! Ring!

“Assalamualaikum, mak. Kenapa call Adam ni?” tanya Adam sejurus menjawab panggilan telefon itu.

“Kamu kat mana ni?” tanya Mak Minah risau.

“Adam jumpa orang ni. Sekejap lagi Adam baliklah,” jawabnya.

“Balik cepat sikit Adam,”

“Kenapa ni mak?” risau Adam dibuatnya.

“Afrina ni ha. Nak kamu temankan dia pergi balai,” ujar Mak Minah.

“Af dah balik? Kenapa nak pergi balai pulak?” Adam hairan.

“Dia balik tadi, takde sesiapa kat rumah. Rumah tu pun berselerak aje macam dah kena ceroboh. Lepastu dia pergi lagi tengok rumah tu dengan ayah kamu, masih lagi takde sesiapa. Dia syak keluarga dia dah kena culik. Sebab tu dia nak ajak kamu buat laporan kat balai. Nak harapkan ayah kamu, mana dapat bawak motosikal tu jauh-jauh,” cerita Mak Minah panjang lebar.

“Ahhh tapi Adam lagi jumpa orang ni. Lepasni Adam balik Adam bawak dia ya, mak,” responnya.

“Baiklah kalau macam tu,”

“Siapa call tu, Adam?” tanya Areena sejurus Adam memutuskan panggilan.

“Mak aku,” jawab Adam ringkas.

“Kenapa? Ada hal ke?” tanya Shazrin pula.

“Afrina,”

Mereka berpandangan sesama sendiri. Betul ke Saraa dah jalankan rancangan dia?

“Kenapa dengan dia?” tanya Syafiqa ingin tahu.

“Dia balik tadi tapi takde orang kat rumah. Rumah berselerak. Hmm kena pecah masuk kut tapi Afrina mati-mati kata yang diorang kena culik,” ujar Adam tenang.

“Pecah masuk? Takde sesiapa kat rumah? Culik?” soal Areena perlahan.

“Korang fikir tak apa yang aku fikir?” dia memandang Shazrin, Syafiqa dan Ayuni meminta jawapan. Mereka bertiga mengangguk.

“Kau fikir apa? Kenapa nak jumpa aku ni?” tanya Adam kurang faham.

“Sebab Saraa,” jawab Syafiqa.

“Kenapa Saraa?”

“Saraa tak pergi Sarawak pun,” jawab Shazrin pula.

“Hah? Mana korang tahu ni?” Adam mengerutkan dahi.

“Dia memang takde kat Sarawak. Dia langsung takde contact kenalan kat Sarawak pun lepas dia balik sini,” Ayuni menjawab pertanyaannya.

“Awak ni siapa?”

“Business partner Saraa,”

“Habistu dia pergi mana?”

Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum menceritakan segalanya kepada Adam termasuk kemungkinan Saraa menjalankan rancangan balas dendamnya. Adam terkejut besar apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh mereka. Adakah benar kehilangan semua ahli keluarganya adalah berpunca daripada dirinya sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience