“Kau bayar dengan nyawa kau!!!!!!!! Khalil ..aku ingat cakap kau sampai mati..” Tangan Furqon mencengkam tenggorok Cikgu Khalil . Tersekat-sekat nafas lelaki itu meminta nyawa.
Anas cuba membantu dengan menendang belakang Furqon , namun dia yang tercampak ke belakang.
Cikgu Badrul pula mengundur hingga ke muka pintu.
Bunyi ayat-ayat al-quran berkumandang dari arah koridor. Ustaz Ismail tiba dengan dua orang lelaki lagi.
Furqon menyeringai marah.
“Tak habis-habis nak ganggu anak Adam” Laung Ustaz Ismail. Kedua-dua orang rakannya masih meneruskan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Tangan Furqon yang mencengkam leher Cikgu Khalil mulai longgar. Cikgu Khalil termengah-mengah menarik nafas. Titisan peluh membasahi dahi dan baju yang dipakainya.
“Aku mintak maaf Syamel” Luah Cikgu Khalil dengan suara yang tersekat-sekat.
“Itu bukan Razmi Cikgu. Syaitan tu nak kita rasa bersalah. Bertaubat dengan Allah, bukan dengan makhluk” Tingkah Ustaz Ismail. Dia mengarahkan Cikgu Badrul dan Anas memapah Cikgu Khalil keluar dari bilik itu.
“Apa kita nak buat sekarang ustaz?” Lelaki yang di sebelah kanan bersuara.
“Kita tengok gerak dia dulu. Kalau melampau kita sembelih sahaja” Ustaz Ismail memberi arahan. Mulutnya terkumat-kamit meneruskan bacaan.
“Arrrghhhhh……..kamu semua memang suka membuli sesama makhluk Allah” Suara menengking keluar dari mulut Furqon .
“Kami tak memulakan semua ni. Kamu yang memilih untuk merasuk anak Adam tu. Selagi kamu tak keluar, selagi tu aku akan memahat kamu didalam tubuh budak ni”
Share this novel