H11

Crime Series 45700

"Jah.. Fika masih tinggal dengan kau ke?"

"Ha ah.. kenapa?"

Hajah Salhah membetulkan kaca mata yang hampir melorot di tengah hidungnya.

Mata sempat melirik Rosmah yang duduk dihadapannya.

Dia tahu kalau Rosmah datang sini, tak lain nak 'membawang' je lah kerjanya.

"Takde.. Aku dengar orang cakap yang diorang berdua tu rapat sangat dah macam laki bini, tiap-tiap hari bersama kat kedai lepas tu bergurau-gurau kat pasar tepi jeti tu."

Adu Rosmah sambil ekor mata melirik kearah dapur kedai makan itu. Takut perbualannya didengar oleh Dafika atau Ezhar.

"Siapa yang cakap dengan kau?"

Soal Hajah Salhah kembali.

"Ade lah orang cakap.."

"Tahu lah yang cakap tu orang, tapi siapa?"

Tak puas hati, Salhah menyoal lagi.

"Mai.."

Teragak-agak Rosmah menjawab.


Hajah Salhah mengeluh sebentar..
Semenjak Jamaidah dihalau dari kedai ini, wanita itu langsung tidak menemuinya. Marah benar agaknya.

"Tapi betul juga apa yang Mai tu cakap Jah.. Tak elok diorang duduk sekali dalam satu rumah. macam-macam benda tak elok boleh terjadi."

Terherot-herot bibir Rosmah ketika mengumpat cucu Hajah Salhah.

"Rumah tu, bukan diorang berdua je yang duduk, aku ngan Haji ni masih hidup dan masih empunya rumah tu, lagipun kan ke ada Arsyad sekali. Kalau diorang nak buat yang tak elok, aku dulu yang tahu."

Terang Hajah Salhah.

"Jah.. mana kau tahu kalau diorang buat tak elok belakang kau, takkan diorang nak cerita kat kau, lagipun semua orang tahu apa yang terjadi pada Fika dulu. Ezhar pun bekas banduan, tak mustahil dia buat kerja lama tu balik."

"Ros.. Ezhar tu cucu aku, darah daging aku. Aku je yang tahu siapa sebenarnya dia. Dan Fika tu dah 7 tahun duduk dengan aku, aku dah anggap dia macam keluarga aku. Apa yang terjadi pada Fika, itu semua dah lepas. Aku taknak ambik tahu. Yang aku tahu Fika sekarang ni bukan Fika yang dulu."

Hajah Salhah terus berdebat, taknak kalah.

Kalau boleh memang Hajah Salhah dah buat adengan tarik rambut dengan si Rosmah ni! Suka-suka hati mengata Ezhar depan dia.

Sabar je laa..

"Itu aku tahu Jah, tapi memang tak elok la orang nampak kalau diorang tu berdua je.."

"Kau je nampak tak elok Ros, Aku tak pernah pulak pandang diorang berdua tak elok."

Sinis kata-kata Hajah Salhah menyebabkan Rosmah hanya mampu mencebikkan bibirnya.

"Wooi kau ni dah kenapa, terhendap-hendap macam polis paskal?"


Polis paskal?

Mengarut Ezhar ni!

"Tu.. Wan tengah beborak dengan Mak Cik Ros."

Jawab Dafika seraya mengurut dadanya yang sedikit sempit taktala dikejutkan oleh Ezhar ketika dia sedang memasang telinga mendengar Mak Cik Rosmah dan Wan sedang bercakap tentang dia.

"Biarlah diorang berborak, yang kau kecoh sangat apahal?"

Pelik. Bila masa Dafika suka ambik tahu hal orang lain?
Ezhar garu kepala yang tak gatal.


Dafika mendirikan badannya kembali tegak, wajah Ezhar yang tinggi darinya dipandang penuh.

"Har.. orang kampung dah mula bercakap pasal kita.."

Ujar Dafika seraya melepaskan keluhan.

"Pasal kita? Pasal apa?"

"Pasal kita la.. pasal kita selalu berdua je.."

Haish! buat-buat tak faham lah mamat ni. Dafika merengus seketika.

"Ooo.. jadi kau tengah mengintai Mak Cik Ros membawang pasal kita la?

Dafika angguk lemah. Faham pun..

"Celaka, meh aku sumbat mulut MakCik Ros tu dengan bawang holland!"

Ezhar menyumpah lantas menuju ke meja untuk mengambil sebiji bawang.


Dafika yang terpandang aksi Ezhar. terus menepis lengan lelaki itu.

"Har! Jangan mengarut lah!"

Marah Dafika..Geram!

"Dah tu nak sangat membawang kan?"

"Har...."
Keluh Dafika. Geram dengan sikap Ezhar yang terlalu kebudakan. Tak pernah berubah.

Ezhar mengherot bibir tika tingkahnya dihalang.
Setakat Mak Cik Rosmah tudung separuh tu, sekali penamparnya diangkat mahu berderai gigi jongang perempuan tu. Huh!

"Har.. Saya rasa saya kena pindah jugak lah.. Mulut orang kampung ni bukan boleh dibawa main-main."


Ezhar menoleh, selangkah kakinya merapati wanita itu. Kepala ditunduk sedikit menyamai ketinggian Dafika.
"Kau lupa apa aku cakap malam baru ni? kalau kau pindah jugak, aku akan bakar rumah kau Dafika..."

"Har!"

Dafika cuba menepis tubuh Ezhar tanda marahnya. Namun lelaki itu sempat menapak ke belakang.

Makin berkilometer lah muncung Dafika melihat tingkah Ezhar.

Uh!


Berterabur gelak Ezhar ketika melihat raup Dafika yang dah seiras mulut itik itu.

Abdomen kentalnya ditekan-tekan menahan gelak.


Sebentar kemudian, telefon bimbit milik Ezhar berbunyi lantang, membuatkan aksinya terhenti,


Telefon yang pernah diberi oleh adiknya itu diambil dari poket seluar lantas mata memandang skrin.

' Raykal'

"Hello.. "

"Kau kat jeti dah ke?"

"Tunggu jap aku sampai."


Dafika yang mengerut dahinya tak lepas memandang Ezhar.

Seusai lelaki itu mematikan panggilan, mata mereka bertemu.

"Fika...Aku keluar sekejap,"

Ujar Ezhar garau.

"Keluar pergi mana? Jumpa siapa?"

Soal Dafika bertalu, kening nipisnya masih bercantum erat.

"Aku keluar jumpa member kat jeti jap."

"Siapa member awak?"

Tanya Dafika lagi. Tak puas hati.


Kali ni Ezhar pula mengerutkan kening hitamnya, renungan tajam Dafika dilawan.

"Kau ni bertanya macam kau tu bini aku kan?"

Soal Ezhar pelik.

Bini?

Salah ke aku tanya?

Bibir Dafika dimuncungkan. Nak berbunyi lagi takut kena sindir balik.

"Dah lah, aku pergi sekejap je. Salwa ada kan, tolong kau.?"

Ujar Ezhar tanpa sedikit pun perasan akan perasaan Dafika.


Tanpa menoleh pada wanita itu, dia terus keluar dari ruang dapur dan melintasi Hajah Salhah dan Mak Cik Rosmah yang masih berborak.

"Har... nak kemana ni?"

Lembut soal Hajah Salhah ketika melihat kelibat cucunya.

"Har nak kemasjid Wan, nak dekat zohor dah ni, elok lah tolong bentang sejadah kat sana, dapat juga pahala dari membawang je kesini. Kumpul dosa."

Sinis kata-kata Ezhar lantas melirik kearah Mak Cik Rosmah.


Wanita itu dah membesarkan sepasang matanya.

Tahu lah Ezhar memerli kepadanya.

*****

"Lama dah kau sampai Karl? Sorry aku dari kedai tadi."

Ezhar turun dari motorsikal honda C70 dan mendekati Raykal yang sedang berdiri di tembok batu.

Huluran salam lelaki itu disambut mesra oleh Ezhar.

"Kenapa lambat? BINI kau tak lepas kan kau ke?"


Bini?

Wajah Ezhar berkerut bila Raykal menyoal sambil menjongket keningnya.

"Fika.."

Terang Raykal lagi. Faham dengan riak wajah Ezhar kepadanya.


Tersembur tawa Ezhar ketika mendengar nama Dafika disebut.

"Kalau Fika jadi bini aku, alamatnya cair tahi telinga aku kena bebel tiap-tiap hari."

Getus Raykal sambil menyambung gelaknya.

"Apahal kau nak jumpa aku sangat? Macam mustahak je?"

Soal Raykal kembali, setelah tawa mereka tiba di penghujung.


Ezhar berdehem sebelum bersuara.
"Karl.. aku nak tanya pasal kes Malik dipukul dulu, Kau ingat tak?"

"Kes Malik?"

Raykal mengurut tengah dagu memikirkan sesuatu.

"Lama dah kes tu kan? Sampai kau kena penjara sebab Malik mengaku memang kau pukul dia."

Soal Raykal kembali.

"Kau percaya aku yang pukul dia?"

Ezhar meneka.

"Nak kata aku percaya, sebenarnya tak jugak lah. Kalau aku percaya Kau pukul Malik. Memang aku tak berani juga nak jumpa kau macam ni."


Ezhar senyum..

Rasanya selepas dia keluar penjara, hanya Raykal sahaja yang dia jumpa. Kawan-kawan yang lain tak tahu kemana. Mungkin takut dengan Ezhar kot.

"Kita tak lah rapat sangat masa sekolah, tapi aku selalu tengok kau baik giler dengan Malik, sebab tu aku tak percaya yang kau tergamak boleh pukul dia."

Terang Raykal lagi.

"Aku tak pukul Malik, Karl. Demi Allah, aku tak buat benda macam tu kat Malik."


Raykal mengangguk faham, nampaknya dia tak salah menilai.
"So sekarang, kau jumpa aku nak mintak aku bukak balik kes kau ni?"

"Hah... tak payahlah.. Aku nak settle kan cara aku je, takde guna pakai undang-undang."


Raykal kembali ketawa besar.
" Kau perli aku ke Har?"

"Weii.. sorry, aku takde niat nak perli kau. Sorry bro.."

Kedua tangan Ezhar dirapatkan tanda meminta maaf. Sungguh dia pun tak sangka, mulutnya lancang bersuara, hingga lupa Raykal pun bekerja di bidang perundangan.

"Ala takde halnya.."

Raykal menepuk sisi bahu Ezhar lantas melebarkan senyum.


Ezhar turut mengukir senyum, 7 tahun dia dipenjara bukan kerana salahnya. Membuatkan diri ezhar tak percaya lagi akan sistem undang-undang di Malaysia.

"Karl... aku nak tanya. Masa kes pukul Malik tu kau ada sekali ke?"

Soal Ezhar seraya membakar sebatang rokok yang sudah tersemat dijarinya.

"Hah? nak buat apa aku ada sekali kat sana?"

Muka kerut Raykal, Ezhar pandang seraya nafas dihela pendek.
"Sorry Karl. aku cuma tanya je, Sebab tak tahu kenapa aku rasa macam nampak kelibat kau"

"Kalau betul aku ada kat sana, takkan aku nak biar je Malik kena pukul.."

Jawab Raykal sambil dibalas dengan tawa.

Sekali lagi Ezhar mengeluh, mukanya diraup dengan tapak tapak tangan. Rokok yang membara tadi dibiarkan terbakar..

Dia pasti penglihatannya salah ketika itu. Maksudnya harapan untuk mencari bukti kes pukul Malik makin sukar.


Raykal yang melihat tingkah Ezhar turut menghela nafas. Kedua tangannya disilang ke dada sebelum pandangan mata membuang ke tengah laut dihadapan mereka.

"Aku tahu kau kena tangkap pun bila orang kampung kecoh, Malik masuk ICU, Aku dengar cerita lagi, lepas Malik sedar dia pergi balai buat report yang kau memang pukul dia. Aku pun langsung tak pernah jumpa Malik lepas kes tu. 2 tahun lepas aku terkejut bila dapat tahu yang dia dah meninggal sebab lemas kat sungai."


Raykal melirik sebentar ke arah sisi Ezhar yang turut menghampar mata ke tengah laut. Tuturnya diteruskan lagi.
"Lepas habis sekolah, aku kan belajar kat U.. so aku jarang balik.. Sekarang pun jarang sangat aku masuk kampung sebab busy dengan kerja aku. Tapi macam-macam lah yang aku dengar lepas tu. Kes Nasir mintak putus tunang dengan Fika pun dah lambat aku tahu."


Hah?! Laju wajah Ezhar menoleh kepada rakannya. Kening tebal bercantum erat.

"Nasir putus tunang dengan Fika? Bukan diorang berkahwin ke?"

Soal Ezhar.

"Eh.. mana ada.. Nasir mintak putus, tak silap aku dalam dua tiga bulan lagi diorang nak kahwin, lepas tu aku dengar cerita Fika pregnant."

"Fika pregnant? Kalau dia tak kahwin dengan Nasir, Arsyad tu anak siapa?"

Makin berkerut muka petak Ezhar mendengar kenyataan Raykal.


Raykal angkat bahu.
"Itu aku tak tahu, macam-macam orang kampung cakap pasal bapak pada anak yang Fika kandung. Tapi aku rasa setakat ni Fika memang tak bagi tahu sesiapa pun. Orang kampung syak Nasir, sebab lepas kes tu dia terus lari ke bandar."

"Nasir pedajal Fika? Patutlah Fika macam nak sorok dengan aku pasal bapak Arsyad. Shit.."

Rahang petak Ezhar bergerak-gerak ketika nama NASIR meniti di bibirnya.

Dari dulu dia tak suka jantan tu. Berlagak. Mentang-mentanglah Nasir tu anak orang paling kaya kat kampung ni, selalu je nak kenakan Ezhar.

"Eh.. jap... Kau duduk dah lama dengan Fika, kau tak tahu cerita ke Har?"

Soal Raykal kembali, setelah agak lama mereka berdiam diri.

"Ada aku tanya, tapi Fika macam nak sorok."

Ujar Ezhar sambil melepas pandang kembali kehadapan.

"Faham.. perkara ni melibatkan maruah dia, mungkin Fika sendiri taknak cerita lagi. Orang kampung pun banyak yang dah lupa kisah dia. Aku rasa tak payahlah kau tanya Fika lagi.."


Ezhar mengangguk. Setuju dengan kata-kata Raykal.

Mungkin sebab tu juga, Dafika banyak mendiamkan diri.

"Err.. tapi betul ke Nasir tu bapak Arsyad?"

Masih tak puas hati. Ezhar bertanya lagi untuk kepastian.

"Entah lah Har, Nasir pun taknak cerita sangat."


Sekali lagi Ezhar mengangguk. Di benak fikirannya mula terbayang wajah sombong Nasir.

Ingin dia jumpa lelaki itu dan ingin Ezhar bertanya kenapa Nasir membiarkan Dafika seorang diri membesarkan Karsyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience