BAB 13

Family Series 2595

"Fadzil ? Apa yang kau nak cakap nih ? Kenapa kau diam nih ? Dengar kau menangis je nih" kata Puan Yusnita dengan penuh kehairanan.

"Mama...Fadzil dah ceraikan Lina mama !!" raung Fadzil kepada ibunya.

Puan Yusnita terdiam. Hanya mampu mengucap panjang sahaja.

"Mama ? Kenapa mama diam je nih" tanya Fadzil. Talian belum diputuskan lagi.

"Kenapa...kenapa kau buat macam nih Fadzil ? Apa lagi yang Lina dah buat dengan kau ? Cuba fikir sebelum kau buat benda nih. Cerai ni bukan benda buat main-main Fadzil !" kata Puan Yusnita.

"Fadzil terpaksa mama. Lina dah melampau sangat dengan Fadzil nih. Tak tahan dah semua nih !" kata Fadzil.

"Kenapa nih Fadzil ? Cuba cerita. Ni kau kat mana ? Nak balik Damansara ke nih?" tanya Puan Yusnita.

"Iya. Fadzil dari Seremban nih. Mama. Balik nanti lah Fadzil cerita. Assalamualaikum" kata Fadzil lalu menutup panggilannya. Fadzil menghidupkan enjin keretanya lalu keluar dari kawasan rehat menuju ke lebuhraya.

"Eh bertuah punya anak. Aku tanya dia pergi tutup pulak si Fadzil nih. Aduh lepas satu-satu jadi ni haih" kata Puan Yusnita seorang diri lalu duduk di atas kerusi rehat.

"Kenapa ni mama bebel je nih. Ada apa-apa ke ?" tanya Faridah yang kebetulan sedang turun tangga ke tingkat bawah.

"Kau ni dah solat Isyak ke belum ?" tanya Puan Yusnita.

"Eh mama nih. Tak nampak ke Ida dengan bertelekung nih. Ida kan selalu lepas solat Ida turun bawah jap nak minum sebelum nak solat terawih jap lagi. Mama okay tak nih ?" kata Faridah.

"Oh ya ke. Aduh Ida mama mintak maaf. Mama dah pening fikir pasal abang kau tuh. Haih lepas satu satu dah nih. Haritu ayah kau darah tinggi. Harini ermmm...." Puan Yusnita tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila loceng pintunya berbunyi.

"Assalamualaikum" Encik Shuhaimi memberi salam. Dia baru pulang dari tempat kerja. Hari ini Encik Shuhaimi memulakan kerja setelah sehari bercuti kerana sakit pada Isnin lepas.

"Walaikumussalam. Ayah baru balik ? Ayah okay tak tuh ?" tanya Faridah kepada ayahnya yang sedang membuka stokinnya.

"Okay je. Ni mama kau kenapa sedih je muka nih ?" tanya Encik Shuhaimi.

"Entah mama. Dia nak cakap kat Ida tadi pastu tergantung pulak" kata Faridah.

"Kenapa nih sayang ? Cuba cerita" kata Encik Shuhaimi lalu duduk di sebelah Puan Yusnita. Faridah membuka telekungnya dan melipat. Tidak jadi untuk menunaikan solat sunat Terawih.

"Fadzil dah ceraikan Lina. Dia baru call saya" kata Puan Yusnita. Suaminya terdiam sahaja.

"What mama ? Fadzil dah bercerai dengan Lina ?" tanya Faridah sambil menepuk dahinya dan menggelengkan kepalanya.

Puan Yusnita menganggukkan kepalanya.

"Abang kau dah ceraikan Lina. Menangis dia ceritakan kat mama tadi. Abang kenapa diam nih ?" tanya Puan Yusnita,risau sekiranya peristiwa tempoh hari berulang lagi pada Encik Shuhaimi.

"Ya Rabbi. Kenapa dia ceraikan Lina ? Apa yang Lina dah buat dengan Fadzil tuh ? Kenapa tak bincang elok-elok dengan Lina tuh. Main gasak je ceraikan Lina suka hati" kata Encik Shuhaimi.

"Sabar abang. Mesti ada sebab Fadzil bercerai dengan Lina tuh. Awak sabar lah. Abang baru balik kerja nih" kata Puan Yusnita sambil menepuk-nepuk belakang suaminya itu.

Faridah menelefon Fadzil dan Azralina banyak kali,namun tidak diangkat juga.

"Kau call sape pulak tuh Ida ?" tanya Puan Yusnita kepada Faridah.

"Fadzil dengan Lina lah. Kenapa diorang senyap je tak angkat call nih" kata Faridah.

"Tak payah call diorang. Kalau Fadzil matikan call lagi tadi,apatah lagi si Lina tuh. Dah kena cerai senyap pulak dia. Apa lagi perangai si Lina tuh" kata Puan Yusnita.

"Habis macam mana sekarang nih ? Fadzil kat mana tuh ?" tanya Encik Shuhaimi.

"Dia on the way dari Seremban nak balik rumah kita. Tunggu jelah dia. Abang pergi la mandi dulu bersihkan diri dulu. Abang baru balik nih" kata Puan Yusnita.

"Yelah yelah. Ida kalau Fadzil sampai bagitau ayah. Ayah rindukan dia Ida...." kata Encik Shuhaimi dengan penuh sayu.

"Alahai abang nih. Jap lagi dia sampai la tuh. Sementara tunggu Fadzil nih,awak mandi la dulu. Barulah tak hilang penat okay ?" kata Puan Yusnita dengan senyuman yang manis. Faridah mengiakan sahaja.

Sementara Encik Shuhaimi menaiki tangga menuju ke biliknya,Puan Yusnita berbual dengan anak bongsunya.

"Mama rasa serba salah la dengan Ad nih. Dia tak pernah tanya khabar mama selama nih. Ida ada ke dapat whatsapp ke call ke dari Ad tu ke ?" tanya Puan Yusnita.

"Takde mama. Dia macam merajuk dengan kita semua. Kenapa mama serba salah pulak ?" kata Faridah.

"Alah mama. Mama nak serba salah dengan dia tuh. Yang mama tampar dia kenapa. Ad tu memang keras kepala. Degil tak nak maafakn Fadzil kenapa pulak" kata Faridah.

"Hm tapi mama bila fikir balik lepas Ad cakap pasal nanti Fadzil cerai...mama rasa sedih. Yelah sampai hati cakap benda yang tak sepatutnya berlaku. Sekarang benda nih dah berlaku. Fadzil ceraikan Lina tahu tak. Lancang betul mulut Ad tuh" kata Puan Yusnita.

"Mama...mama macam nih. Jangan terus salahkan Ad dalam hal nih. Yelah Ad tu mana tahu berdendam lagi dengan Fadzil. Yelah bila orang berdendam kan macam-macam benda yang di luar fikiran kita bole buat tau mama. Fadzil mesti ada sebab kenapa dia bercerai dengan Lina" kata Faridah.

"Ayah tu. Takut dia ingat kata-kata Ad yang dia cakap dengan mama nih. Takut ayah cari je dia tuh. Masalahnya Ad pun tak pernah bagitau kita langsung mana tempat kerja dia rumah sewa dia kat mana. Mama jadi hairan kat Ad tuh. Apa yang Ad nak sembunyikan sebenarnya ?" kata Puan Yusnita.

"Tak tahu lah kenapa. Busy sangat ke Ad tuh hm. Err mama Ida nak mintak tolong boleh tak hehehe" kata Faridah sambil tersengih.

"Hah nak apa pulak nih ? Kau bagitau jangan nak tergantung pulak" kata Puan Yusnita.

"Alahh mama. Ida nak duit sikit boleh. Dalam 20 ringgit je. Nak bayar yuran kelas" kata Faridah tersengih kelat.

"Yuran kelas ? Yuran tu bukan dah bayar ke masa awal tahun dulu masa nak masuk form 5 ?" tanya Puan Yusnita.

Faridah terdiam sahaja.

"Err...Ida nak bayar yuran seminar SPM kat luar sekolah lepas raya nanti. Yelah SPM kan nak dekat. Jadi Ida kena lah berkorban untuk pelajaran kalau nak cemerlang dalam SPM. Math kan Ida lemah. Boleh tak mama...hihi" kata Faridah sambil menunjukkan giginya yang putih berseri.

"Betul nih nak buat bayar seminar SPM nanti ?" tanya Puan Yusnita.

"Aduh mama aku nih. Bagi jela duit tuh" kata Faridah dalam hati. Faridah ada sesuatu benda yang hendak dirancang pada hari esok.

"Yaa mama. Boleh tau mama. Hihihi" kata Faridah tersengih lagi.

"Nanti mama bagi esok pagi. Elok lah ada seminar. Boleh bantu Ida belajar mana mata pelajaran yang lemah ke" kata Puan Yusnita sambil tersenyum.

"Yeayyyyy thank you mama. I love you mama" kata Faridah dengan gembira sambil memeluk ibunya.

"Eh kau nih. Nak sweet lak kat sini. Nih esok balik sekolah pukul berapa. Balik naik Syira ke ?" tanya Puan Yusnita.

"Haah mama. Esok petang lepas sekolah ada kelas tambahan. Balik naik mak ayah Syira la nanti" kata Faridah.

"Okay la tuh. Kau dah kemas belum buku apa semua esok ? Kerja rumah dah siap ke ?" tanya Puan Yusnita.

"Kerja rumah siapp. Kemas je belum heheheh" kata Faridah.

"Pergi kemas sana. Trial SPM dah habis kan. Macam mana exam kau ? Boleh buat tak kau ?" tanya Puan Yusnita.

"Boleh je mama. Hihihi cuma...math,ekonomi dengan sejarah je susah sikit. Tapi boleh jawap jugak la" kata Puan Yusnita.

"Hmm. Mama nak tahu result berapa. Dah dapat ke result trial tu. Lulus ke gagal ?" tanya Puan Yusnita.

"Cikgu tak umumkan lagi kat satu kelas. Tak tahu lagi bila nak bagitau" kata Faridah.

"Betul nih Ida ?" kata Puan Yusnita.

"Iya mama. Bye mama Ida naik atas tau" kata Faridah lalu naik ke biliknya dengan pantas.

"Okay takperlah. Kemas buku pastu iron baju sekolah kau !" laung Puan Yusnita.

"Okay mama ! Ida dengar !" jerit Faridah.

Puan Yusnita duduk menghadap televisyen yang terpasang. Dia masih memikirkan tentang anak-anaknya yang masih belum berbaik semula. Dan yang terbaru,Fadzil telah berpisah dengan Azralina. Puan Yusnita menjadi runsing memikirkan anak-anaknya yang berada dalam masalah.

Sementara itu Fadzil sedang memandu keretanya dan sudah melepasi simpang keluar ke KLIA. Handphone Fadzil tidak berhenti berdering. Fadzil tidak mempedulikannya dan dia tetap meneruskan pemanduannya.

"Haih ni mesti betina tadi tuh. Aku dah menyemak dengan perangai dia. Nampak je aku ni lembut okay je kan. Sekali aku bagi kat lelaki tadi tuh baru tahu langit tinggi rendah" kata Fadzil seorang diri.

Fadzil mengimbau kembali selepas tiba di Shah Alam selepas bertengkar dengan Encik Shuhaimi serta adik beradiknya pada tiga bulan lepas.

"Kenapa nih b. Jomlah masuk rumah kita dulu. Rehat kejap" kata Azralina.

"Aduh apa yang aku dah buat nih...." kata Fadzil sambil memicit kepalanya.

"Hmm awak ni tak lain tak bukan ni mesti pasal tadi kan ? Dah dah la tu. Dari rumah ayah dengan mama tadi awak diam je tak cakap apa-apa. Pasal dengan adik beradik awak ke ?" tanya Azralina.

"Nothing la Lina. Ermm jom lah masuk. Saya pergi angkat beg baju nih. Awak pergi bukak kan kunci pintu rumah tau. Nah kuncinya" kata Fadzil sambil menyerahkan kunci rumahnya kepada Azralina.

Azralina mengangguk lalu mengambil kunci dari Fadzil dan keluar dari kereta. Fadzil asyik memikirkan tentang pertengkaran antara adik beradik sehingga adiknya Farhad cedera akibat tangan Fadzil sendiri. Fadzil mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Fadzil membuka bonet dan mengeluarkan beg pakaian.

Fadzil dan Azralina masuk ke dalam rumah. Sejak Fadzil bekerja menjadi akauntan di bank dia mempunyai rumah sendiri di Shah Alam.

"Wah cantik rumah awak. Awka decorate sendiri ke rumah nih ?" tanya Azralina.

"Haah. Dah setahun saya kerja. Alhamdulillah la simpan duit beli la rumah sebiji. Kita dah kahwin ada la peneman. Sebelum ni saya sorang je kat rumah nih. Sekarang ni saya dah ada sayang" kata Fadzil sambil tersenyum.

"Alaa sweetnya b nih. Dah angkat ke semua beg baju kita ?" tanya Azralina.

"Dah pun. Alaaa b pun kuat je angkat beg tu. Alah setakat dua beg je. B kan sado hahahah" kata Fadzil.

"Okay okay sayang tahu hahaha. Awak duduk sini sorang-sorang awak reti masak ke ?" tanya Azralina.

"Saya tahu je. Tapi saya selalu makan kat luar. Kalau tak pun saya makan maggi je. Saya masak pun sambal ikan bilis je. Hahaha tu jela saya tahu. Saya jarang berbunyi kat dapur" kata Fadzil sambil tersengih.

"Ouhh alaaa normal la tuh b. Esok kita pergi Shah Alam. Kita shopping pastu beli barang dapur" kata Azralina.

"Selalunya perempuan macam tak minat laki yang jarang masak. Awak lak yang minat. Lain sangat tuh." kata Fadzil.

"Eh ada je perempuan macam tuh. Siapa cakap camtuh haa ?" kata Azralina.

"Siapa perempuan tuh ?" tanya Fadzil.

"Siapa lagi ? Sayang yang tengah duduk sebelah awak la hahahaha" kata Azralina.

"Amboi awak nih. Cubit kang. Esok nak beli apa ?" kata Fadzil.

"Alaaa beli je barang untuk masak esok. Esok saya masak makanan paling sedap. Nanti cari barang jugak untuk hias rumah ni ke. Rumah ni cantik tapi macam kosong je. Kita kasi meriah sikit kan" kata Azralina sambil tersengih.

"Ohh yela. Saya pun dah lama tak hias rumah nih. Okay sayang sempena perkahwinan kita yang baru nih,saya belanja awak. Awak nak makan apa beli apa beli je. Saya belanja awak untuk esok" kata Fadzil.

"Eh awak nak belanja saya ? Awak betul ke ni tak main-main nih ?" tanya Azralina.

"Ya sayangku. Awak kan cinta hati b. Sempena perkahwinan baru kita. I love you Lina" kata Fadzil sambil mencium dahi isterinya.

"Love you too Fadzil. So sweet you nih hihihi. Saya janji saya akan jadi isteri yang paling terbaik untuk b" kata Azralina sambil mengangkat tangan seperti membaca ikrar.

"Amboi ingat ni sekolah ke baca ikrar. Insyaallah Lina kalau awak ada dekat sisi saya. Baru boleh jadi isteri yang baik" kata Fadzil sambil memeluk Azralina.

Sekarang....

"Kau memang perempuan tak guna ! Mana janji kau selama nih ? Tak guna berjanji dengan aku nak jadi bini paling baik untuk aku kalau kau dah curang dengan kawan baik aku sendiri !" kata Fadzil seorang diri. Dia menangis bersendirian

Fadzil teringatkan rakan sekerjanya yang juga rakan baiknya,Reza yang selama ini membantu Fadzil apabila dalam keadaan yang susah. Di tempat kerja dan di luar kerja Reza banyak membantu Fadzil. Fadzil tidak menyangka rakan baik selama ini mengkhianati diri Fadzil sendiri.

"Takper Reza. Kau boleh happy happy dengan bekas bini aku. Tunggu pembalasan kau Reza. Kau tunggu..." kata Fadzil dalam hati.

Fadzil memasuki persimpangan ke Kota Damansara dan menuju ke taman perumahan tempat ibu bapanya tinggal. Jam di tangannya menunjukkan pukul 10.30 malam.

20 minit kemudian

Fadzil tiba di hadapan rumah Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita. Dia mematikan enjin keretanya dan duduk sebentar di dalam kereta. Dia membuka handphonennya dan memeriksa.

"12 missed call...eh mama dengan Ida ? Syaa pun call aku ke ? Hmmm malas la aku cakap dengan Syaa. Nanti-nanti jela aku jumpa dia" kata Fadzil seorang diri.

Fadzil duduk bersandar di atas kusyen kereta sambil memikirkan benda yang sudah berlaku tadi. Dia memandang tangannya. Tangannya lebam dan kemerahan akibat tumbukan kepada rakan baiknya,Reza.

Fadzil merindukan ayahnya,Encik Shuhaimi. Dia pernah berjumpa dengan ayahnya,itupun apabila ayahnya terlantar sakit akibat serangan jantung. Dia bersyukur apabila ayahnya sudah berubah dan boleh menerima dirinya semula.

Fadzil sudah nekad dan akan memberitahu ahli keluarganya tentang hubungan Fadzil dan Azralina yang sudah berpisah. Dia keluar dari keretanya dan memasuki pagar rumah.

"Assalamualaikumm" kata Fadzil sambil memberi salam dan menekan loceng pintu rumahnya. Beberapa saat kemudian pintu rumah dibuka. Ibunya,Puan Yusnita terpacul di depan Fadzil.

"Waalaikumussalam" Puan Yusnita menjawab salam.

"Mama. Fadzil dah balik. Fadzil mintak maaf sebab semua nih" kata Fadzil sambil memeluk ibunya dan menangis.

"Sabar Fadzil. Mama,ayah dengan Ida dah tahu semua nih. Kitorang nak dengar explain dari kau dulu. Marilah masuk" kata Puan Yusnita lalu mereka masuk ke dalam rumah.

Fadzil berjumpa dengan ayahnya,Encik Shuhaimi yang sedang duduk di atas sofa sambil meminum air kopi.

"Ayah. Fadzil dah balik. Fadzil rindukan ayah sangat-sangat. Fadzil nak mintak maaf dengan ayah pasal dulu tuh" kata Fadzil lalu bersalaman dan berpelukan dengan ayahnya.

Puan Yusnita tersenyum melihat Fadzil dan suaminya telah berbaik semula.

"Alhamdulillah jumpa jugak ayah kau Fadzil" kata Puan Yusnita dalam hati.

"Ya Allah Fadzil. Ayah rindukan kau. Takper Fadzil ayah maafkan kau. Benda dah berlalu kan. Lama ayah tak jumpa kau. Ayah pun nak mintak maaf sebab ayah tak pedulikan kau masa awal puasa dulu. Ibu cakap yang kau nak berubah. Sekarang kau betul-betul dah berubah. Alhamdulillah" kata Encik Shuhaimi.

"Takper ayah. Fadzil tak ambik hati pun. Ayah sihat tak ? Ada sakit-sakit lagi ke nih ?" tanya Fadzil kepada ayahnya.

"Sihat je. Tapi ada sakit-sakit sikit. Alah Fadzil sakit tua je. Duduklah dulu" kata Encik Shuhaimi. Fadzil duduk di atas sofa. Puan Yusnita duduk bersebelahan dengan suaminya.

"Laaa tak sihat jugak lah tuh. Ayah buat kerja stres macam mana nak sihat. Sepatutnya ayah kerja kena relaks je kan. Jangan ada pressure apa semua" kata Fadzil.

"Hmmm pandai pulak kau ajar ayah ya. Ayah okay jela. Kerja takde stres mana pun. Office je bukannya buruh binaan" kata Encik Shuhaimi.

"Ouh hehehe. Fadzil tahulah. Oh Ida mana ? Tak ajak turun sekali ?" tanya Fadzil.

"Ida ada kat atas tengah kemas-kemas buku pastu study. Esok kan sekolah lagi" kata Puan Yusnita.

Faridah turun dari tangga dan terdengar suara abang sulungnya,Fadzil sedang berbual dengan ayah dan ibunya. Faridah menghendap di sebalik dinding tersebut untuk mendengar perbincangan mereka

"Hmm Fadzil. Ayah dengar benda tak elok nih dari mama kau. Kenapa boleh bercerai dengan Lina tuh ?" tanya Encik Shuhaimi. Muka Fadzil berubah menjadi sedih dan muram.

"Ayah. Fadzil memang sayangkan Lina dan Lina memang sayangkan saya. Lina tak tepati janji dengan saya sebagai isteri. Tiga bulan saya kahwin dengan dia tapi dia dah berubah sangat sejak sebelum puasa haritu" kata Fadzil.

"Berubah macam mana pulak ? Lina ada buat benda tak baik dengan kau ke ? Ataupun kau ada buat hal dengan Lina ?" tanya Puan Yusnita.

"Takdelah mama. Mama ingat tak yang Fadzil cerita pasal Lina tuh yang keluar dengan laki.lain tuh. Benda tu memang betul. Lina main kayu tiga belakang Fadzil" kata Fadzil.

"Astaghfirullah. Fadzil tahu ke siapa lelaki yang keluar dengan Lina tuh ?" tanya Encik Shuhaimi.

"Ya tahu ayah. Reza. Kawan baik Fadzil sendiri. Dia khianat Fadzil. Saya kawan dengan dia sejak saya baru kerja kat bank tuh. Tak sangka dia buat macam nih kat saya. Reza dengan Lina siap duduk sebumbung. Bila saya datang kat rumah dia,Lina macam tak kenal saya. Saya ni laki dia kot" kata Fadzil.

Fadzil menceritakan kejadian yang berlaku apabila Fadzil terjumpa dengan Azralina dan Reza di Seremban sehinggalah Fadzil melafazkan cerai di hadapan isterinya.

Selepas Fadzil bercerita,dia menangis semahunya di hadapan ibu dan ayahnya.

"Laaa Fadzil jangan la menangis. Sabar ya. Mama tahu Fadzil kuat. Jangan macam nih Fadzil" kata Puan Yusnita memujuk Fadzil.

"Ya Allah sampai kau pukul dia ? Habis dia macam mana ? Teruk ke kau belasah dia. Aduh kau nih. Kenapa sampai kau nak tumbuk dia ?" kata Encik Shuhaimi

"Fadzil mintak maaf. Fadzil tak boleh nak control diri sendiri. Fadzil dah bengang sangat dekat dia. Azralina curang dengan kawan baik Fadzil sendiri. Mana tak geram mama. Fadzil memang dah bencikan Lina tuh. Biarlah Lina nak buat apa dengan si Reza tuh" kata Fadzil.

"Kau pasti ke dengan keputusan kau nih Fadzil. Cerai ni bukan benda main-main. Kalau mak ayah Azralina tahu macam mana ?" tanya Encik Shuhaimi.

"Ya Fadzil tetap dengan keputusan Fadzil ayah. Mak ayah Lina tak boleh harap ayah. Fadzil call diorang tak angkat pun. Ayah lupa ke diorang kerja overseas kat Australia sana. Tak tahu lah apa nak jadi dengan diorang" kata Fadzil.

"Hmn Lina Lina. Apa la yang dia dah buat dengan Fadzil nih. Tak hormat suami kau nih. Biar ayah jumpa dia esok" kata Encik Shuhaimi.

"Abang. Tak payah. Biarkan Lina tuh. Biar Lina hidup dengan lelaki gatal macam tuh. Tengok Lina macam mana nanti. Boleh ke tak bertahan dengan lelaki tuh" kata Puan Yusnita.

"Ya ayah. Tak payah la jumpa dia. Yang penting Fadzil dah balik sini" kata Fadzil.

"Kalau kau tetap dengan keputusan kau...lepas raya kita pergi mahkamah syariah. Tuntut cerai dengan Lina. Ayah tak suka kalau ada sebahagian dari keluarga kita curang dengan orang lain walaupun Lina dah jadi anak menantu kita" kata Encik Shuhaimi. Puan Yusnita mengangguk. Air mata Fadzil sudah kering.

"Sabar Fadzil. Ni semua ujian Allah. Kau kena kuat. Anak ayah dengan mama kena kuat" kata Puan Yusnita sambik menepuk-nepuk belakang Fadzil dan memeluk Fadzil.

Faridah yang telah mendengar perbincangan mereka terus naik semula ke biliknya dan mengambil handphonenya yang terletak di atas katil.

"Mana number kau Lina. Tak guna kau curang dengan abang aku. Siap kau...mana ek...haa jumpa pun" kata Faridah. Faridah menelefon Azralina. Tidak dijawab. Faridah menjadi bengang apabila panggilannya tidak diangkat.

"Ayah,mama. Nanti raya nak balik rumah nenek kan ? Jadi ke ?" tanya Fadzil kepada ibu dan ayahnya.

"Ouhh rumah nenek..jadi je. Sabtu kita gerak. Kau ada cuti ke nanti ?" tanya Encik Shuhaimi.

"Sama lah ayah. Fadzil cuti seminggu. Start hari Sabtu" jawab Fadzil.

"Lamanya. Baik betul boss kau. Ke kau nak mintak cuti raya lama nih..." kata Encik Shuhaimi memandang sinis kepada Fadzil.

"Eh takdelah ayah. Manager suruh Fadzil cuti seminggu sebab dia suruh Fadzil release tension. Yelah raya kan nak bagi semua orang seronok" kata Fadzil.

"Ouh okay la tuh boss kau bagi cuti. Kau balik kampung nanti kau rehat lah kat sana. Bagi lepaskan stres kau apa semua" kata Encik Shuhaimi

"Faridah punya cuti sekolah Sabtu nih. So Sabtu ni kita start balik kampung nenek" kata Puan Yusnita.

"Mama...erm Farhad macam mana ? Dia pun ikut sekali ke ?" tanya Fadzil. Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita terdiam sahaja.

"Farhad kata dia nak balik sendiri nanti. Biarlah dia tuh" kata Encik Shuhaimi. Fadzil mengangguk.

"Kau tak payah nak pikir sangat pasal adik kau. Adik kau pandai lah jaga diri. Dia dah besar bukannya budak-budak lagi. Esok kau kerja tak ?" kata Puan Yusnita.

"Ermmm Fadzil tak kerja esok. Kalau boleh Fadzil tak nak jumpa si Reza pun. Nanti lusa Fadzil masuk kerja balik" kata Fadzil.

"Kau nak tidur sini ke ? Ni kau bawak baju tak nih. Balik rumah sehelai sepinggang je" tanya Encik Shuhaimi.

"Haah ayah. Sehari je. Esok dalam lepas berbuka baru balik Shah Alam. Lagipun ada baju seluar Fadzil dalam bilik Fadzil" kata Fadzil.

"Nak makan tak ? Kalau belum makan kau mandi dulu baru makan. Kau berbuka dengan Syaa ke tadi ?" tanya Puan Yusnita.

"Haah. Fadzil memang sehari tak mandi. Kan kerja pastu balik terus ke bazar. Tu yang terjumpa Syaa kat bazar tuh. Jangan risau mama. Fadzil berbuka kat luar je. Lagipun tempat tu ramai orang" kata Fadzil.

"Okay lah kalau macam tuh. Pergilah mandi dulu. Busuk dah kau nih" kata Puan Yusnita.

Fadzil mengangguk lalu naik ke atas dan menuju ke biliknya untuk mandi dan menyiapkan diri.

"Abang. Kan saya dah cakap yang Fadzil memang betul-betul dah berubah. Saya tak tipu kan ?" kata Puan Yusnita.

"Abang tahu lah. Takperlah kalau dia dah berubah. Kita tengok pulak perangai si Farhad tu berubah ke tak. Anak apa la langsung tak tanya khabar kita" kata Encik Shuhaimi.

Puan Yusnita terdiam sahaja apabila mendengar kata-katanya suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience