BAB 13

Romance Series 10150

"WAN... Kau jangan pergi ke mana-mana pulak, tunggu aku, tau!" Aryan yang membersihkan tubuhnya yang sudah lencun akibat terkena muntahnya sendiri itu berkata kepada Izwan yang berada di bilik air bersebelahan dengannya.

Izwan tidak membalas kata-kata sepupunya itu, sebaliknya dia menapak keluar semula semata-mata untuk pergi membeli shower cream. Dengan hanya mengenakan seluar slack berwarna hitam dan tidak mengenakan baju, dia berjalan kaki ke arah deretan kedai yang bersebelahan dengan jeti itu. "Ha... jumpa pun kedai yang aku cari." Satu botol shower cream diambil seraya menapak ke arah kaunter juruwang untuk membayar shower creamnya.

Gadis juruwang di kaunter itu agak tersipu malu di hadapan Izwan yang berkeadaan tidak berbaju dan terserlah bentuk pahatan otot tubuhnya dengan six pack yang kelihatan agak basah dan berkilat, pasti akan mencuri pandangan sesiapa sahaja yang menghampirinya. "Err... encik baru sampai ke?"

"Err... ye," balas Izwan ringkas. Wang sejumlah lima belas ringgit dikeluarkan dari dompetnya seraya diserahkan kepada gadis itu seraya mengatur langkah kembali semula ke arah toilet jeti di mana sepupunya, Aryan berada.

Pada masa yang sama, Hana Nadira yang baru sahaja keluar dari lot kedai yang bersebelahan dengan kedai yang disinggahi oleh Izwan tadi turut menapak keluar. Hanna Nadira perasan satu susuk tidak berbaju berselisih dengannya namun dia tidak perasan akan wajah lelaki yang baru sahaja berjalan melintasi dirinya itu dek kerana dia terleka merenung skrin telefon bimbitnya. Hanna Nadira khusyuk merenung gambar-gambar arwah suaminya, Azwan yang disimpan di dalam galeri telefon bimbitnya itu.

"Hanna, kita nak ke mana pulak lepas ni?" Farisya, sepupunya yang menemaninya itu bertanya. Beg plastik yang berada di tangan Hanna Nadira itu dirampas.

"Balik rumah peninggalan arwah atok ajelah."

"Okey..."

????????

"BRO, sorry... Aku pergi ke kedai cari shower cream untuk mandi." Izwan menghampiri sepupunya, Aryan yang sudahpun berdiri sambil berpeluk tubuh dan bibirnya dimuncungkan seraya matanya mencerlung ke arahnya. Izwan tahu sepupunya itu berang terhadapnya. Silapnya juga pergi ke kedai tanpa memaklumkan kepada sepupunya itu terlebih dahulu. Haha, Aryan... Aryan, merajuk la tu. Memang tak padan dengan rupa paras. Hati tisu betullah. Ditinggal sekejap aje pun dah merajuk.

Cepat-cepat Aryan merampas beg plastik yang berisi satu botol shower cream itu dari tangan Izwan. "Pergi tak nak bagitahu. Aku dah macam orang bodoh bercakap seorang diri kat dalam ni... Ini aje yang kau beli? Habis tu... baju tak beli?"

Izwan bagaikan baru tersedar dengan keadaan dirinya yang tidak mengenakan baju sebaik sahaja kata-kata yang diucap oleh Aryan menumbuk gegendang telinganya.

Pap!!

Sepantas kilat tapak tangannya hinggap di dahi. "Kenapalah aku boleh terlupa pasal ni?" Izwan mengerling Aryan yang kembali meloloskan dirinya ke dalam bilik air. "Beb, aku pergi kedai sekejap tau."

"Nak beli apa lagi?"

"Baju."

"Alah... tunggulah sekejap lagi... kita pergi sama-sama," ujar Aryan dari dalam. "Aku dah nak siap ni..." beberapa saat selepas itu Aryan keluar dari bilik itu dengan berseluar jeans biru. Manik-manik air masih jelas kelihatan mengalir di seluruh tubuhnya.

Izwan tergelak sambil mengerling sepupunya itu.

"Apa gelak-gelak? Ini kau punya pasallah ni... Pergi ke pulau ni tak bawa apa-apa. Kain tuala pun tak ada ni!" bebel Aryan tidak puas hati.

"Eleh... Apa pulak kena-mengenanya dengan aku? Kalau kau tak termuntah tadi, tak adanya situasi kita akan jadi macam ni," bangkang Izwan pula seraya mengatur langkahnya untuk keluar.

"Aku mabuk laut la bongok!" Aryan segera mengejar Izwan yang sudahpun berjalan meninggalkan dirinya di belakang.

??????

"WAN, kita nak bermalam kat mana ni?" Aryan bertanya. "Aku dah lapar ni."

Izwan yang sedang memandu kereta yang disewanya itu mengerling sepupunya yang kini sudahpun lengkap berbaju T-shirt berwarna biru muda itu sambil tersenyum. Kemudian dia merenung T-shirt yang disarungkan pada tubuhnya sendiri. Izwan mengenakan T-shirt berwarna biru tua dan tertulis perkataan Pulau Pangkor, juga sama dengan sepupunya, Aryan. "Sebelum aku bawa kau pergi membedal, kita pergi chalet dulu."

"Chalet mana? Kau dah booking ke belum?"

"Dah..."

"Bila?"

"Tadilah... masa dalam feri. Kau apa tahu? Membuta aje sepanjang perjalanan."

"Alah... Sorry. Ni kereta sewa ni kau booking masa aku tidur dalam feri tadi jugak ke?" soal Aryan.

Izwan tidak menjawab. "Kau buka Waze, aku tak jumpa la resort yang aku booking tu..."

Aryan terlopong sebaik kata-kata Izwan menampar telinganya. Kemudian dia tersengih mengerling sepupunya yang sedang khusyuk memandu di sebelahnya itu. "Hehehe, tak payah buka Waze pun takpe..."

Izwan segera menoleh ke arah sepupunya yang kini sedang menayangkan barisan giginya yang putih kepadanya. "Wey... Kau ingat muka kau kacak ke buat macam tu? Tersengih-sengih macam kerang nak kena bakar aje aku tengok. Kena ingat, aku ni lagi handsome daripada kau."

Aryan mencebik sambil memeluk tubuhnya. "Tak habis-habis nak angkat bakul."

"Dah tu? Bukalah cepat Waze tu... selagi kita tak jumpa resort tu, jangan harap aku nak bawak kau pergi makan."

"Kau dah lupa ke? Aku ni kerap datang ke pulau ni..."

"Dah tu?" soal Izwan sambil ketawa. "Kau hafal ke jalan-jalan dekat pulau ni?"

"Pulau ni kecil aje bro... kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur tu... dah tentulah aku hafal. Ini dia Waze hidup untuk kau. Cakap aje ke mana kau nak pergi."

Nasib baik ada si Aryan ni... kalau tidak, susahlah aku nak kejar si Hanna ni...

"Coral Beach Resort," jawab Izwan ringkas.

Aryan terlopong.

Izwan mengerling sepupunya itu. Dia pelik melihat tingkah sepupunya itu. "Hoi! Kau ni dah kenapa?"

"Coral Beach Resort tu la tempat arwah Azwan dan Hanna ditangkap dan dituduh berkhalwat dua tahun lepas, Wan!"

"Hah? Ye ke? Jadi, kau tahulah di mana tempatnya?" soal Izwan terkejut.

"Mestilah aku tahu. Aku selalu menginap di situ." Aryan membuang pandangan matanya ke arah luar tingkap. Tiba-tiba sahaja hatinya berasa pilu. "Wan... Sebenarnya arwah Azwan ada menceritakan segala-galanya kepada aku... Dia dan Hanna kena perangkap oleh seseorang."

"Apa?! Kena perangkap?" Izwan baru sahaja mengetahui rahsia yang disimpan oleh arwah abangnya selama dua tahun ini. Jadi... arwah Abang Azwan dituduh berkhalwat dan dipaksa kahwin? Patutlah Abang Azwan tak dapat dihubungi masa tu... getus hati Izwan. Dia sangat mengenali saudara kembarnya itu. Abang... maafkan Wan. Kenapa abang tak nak ceritakan semuanya pada Wan? Kenapa abang?!

"HANNA, betul Hanna nak makan malam dekat sini?" Farisya yang sedang berjalan mengiringi Hanna Nadira itu bertanya.

"Ye la... Habis tu kau ingat aku ajak kau datang ke sini untuk buat apa?" sahut Hanna Nadira seraya melabuhkan duduknya di kerusi.

Tidak jauh dari situ juga, dua jejaka yang sedang menjamu selera, Izwan dan Aryan juga turut berada di restoran yang sama di mana Hanna Nadira dan Farisya datang untuk menjamu selera. Aryan perasan akan kehadiran figura balu kepada arwah Azwan juga turut berada di situ. "Wan! Nampaknya kerja kita dekat pulau ni dah nak selesai dah ni..."

Izwan yang sedang khusyuk mengunyah nasi dengan ikan siakap tiga rasa itu mengerling sepupunya yang berhadapan dengannya. "Apa?"

Aryan menjuihkan bibirnya ke arah dua figura wanita yang sedang duduk tidak jauh dari meja mereka berdua. "Tu... orang yang kau nak sangat jumpa ada dekat situ... Hanna Nadira Binti Dato' Arshad. Balu kepada arwah Azwan."

Izwan segera menoleh ke arah di mana Hanna Nadira berada. "It... itu Hanna?"

"Eh, hai Izwan? What a surprise! Tak sangka I boleh jumpa You dekat sini!" Intan Rashima tiba-tiba sahaja menegur Izwan seraya melabuhkan duduknya di kerusi yang bersebelahan dengan Izwan. Gadis itu tanpa segan silu memeluk erat bahu Izwan seraya mencium pipi kiri Izwan.

Izwan terpempan. "Shima? Kau buat apa dekat sini?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience