'Hujung minggu ni balik rumah mama ye.'
Aku telan air liur melihat skrin telefon. Whatsapp yang masih lagi belum dibalas.
Arahan mandatori daripada Puan Mawardah aka ibu mentuaku. Balik rumah Emir? Patutlah aku rasa macam serba tak kena beberapa hari ini. Entah kenapa hatiku berdegup-degup, menandakan sesuatu bakal berlaku. Nah, sekarang sudah terjawap. Arahan untuk bermalam di rumah mentua.
Sejak peristiwa aku berkahwin dengan Emir, tidak pernah lagi aku jejakkan kaki ke rumah berkenaan. Entah apa persepsi mereka ketika aku meninggalkan rumah berkenaan tanpa sebarang perkataan. Aku sendiri juga bersalah sebenarnya. Tiada langsung menghubungi mereka setelah berkahwin dengan Emir.
"Kau kenapa?"
Aku angkat kepala memandang Emir yang sedang meneguk Spritz. Mataku dipincing melihat Emir. Dia angkat kening sebelah apabila melihat reaksi mukaku.
"Kenapa?" Soalan kedua keluar dari mulut Emir.
"Puan Mawardah suruh balik hujung minggu ini."
"Hmmmm..." dan itu sahajalah reaksi yang diterimaku.
Dia hanya diam dan kemudian melangkah ke arah bilik. Aku garu kepala sambal kerut kening. Dia sebenarnya memang ada masalah dengan famili dia sendiri, itu yang aku dapat putuskan. Masih teringat lagi akan drama sebabak di hospital dan kata-kata Pengetua. Terpahat kukuh dalam ingatan.
You know, curiousity kills the cat? Macam itulah perasaan aku sekarang. Tidak pulak dia mengamuk atau komen lebih-lebih apabila mendengar ayat aku. Hairan bin ajaib. Nak korek lebih – lebih, ada baiknya aku tunggu masa yang sesuai. Sekurang-kurannya selepas STPM habis. Tidaklah membingungkan kepalaku.
Easy, one by one. Dahulukan mana yang penting.
"Emir, awak nak balik tak ni?" Aku mengekori langkah Emir.
Emir toleh sebentar ke arahku.
"Balik mana?"
Aku ketap bibir. Buat – buat lupa la pulak.
"Balik rumah awaklah."
Mungkin ada baiknya Emir balik ke rumahnya sendiri. Daripada seminggu sudah melarat dua minggu Emir menginap di rumahku. Nasib baik rumahku jauh sedikit daripada kejiranan yang padat dan jiran yang kepochi. kalau tidak nahaslah aku. Buatnya ternampak baju seluar lelaki. Itu boleh lagi kelentong. Ni kalau ternampak 'adik' si Emir ni macam mana? 'adik' atau bahasa senangnya seluar dalam Emir.
Aku nak jawap apa? Dah buang tebiat cakap tiba-tiba teringin nak pakai seluar lelaki? Kalau saiz sama takpelah. Ini, saiz yang berbeza? Terasa mahu saat itu juga ditelan bumi.
"Balik rumah? Buat apa?"
"Tangkap anai-anai." Jawapan luar silibus bercampur sarkastik aku hadiahkan untuk Emir. Dia angkat kening.
Aku geram. Boleh tak masa ni dia jangan berlagak seperti cool guy ala-ala model tengah jalan?
"Balik jumpa family awaklah," aku sambung lagi dengan perasaan yang membuku geram. Boleh tak dia ni jangan buat perasaan aku bertukar sekejap umpama iguana bertukar bertukar warna kulit. Rasanya ketika ini boleh sahaja aku bertukar warna merah. Tanda marah dan geram.
"Ohh..." jawapan pendek yang dihadiahi dengan balingan bantal segi empat kecil di mukanya. Tsk! Nak balik rumah dia sendiri macam nak bergaduh. Ini belum lagi kes balik rumah siapa raya nant. Mahunya perang dunia keempat bakal tercetus.
"Ish, apa ni?"
Emir mendengus geram. Botol yang mengandungi air terjatuh di atas lantai. Basah.
"Dah saya tanya awak tak jawab." Aku peluk tubuh. Geram.
"Kau nak balik ke?" soalan Emir membuatkan dahiku mengerut. Tanya aku balik?
"Saya mana-mana pun okey." Aku jongket bahu sebelum kembali duduk di atas sofa dan menyambung semula kerjaku yang terbengkalai akibat Whatsapp Puan Mawardah.
"Boleh aje pergi."
Entah kenapa aku detect seperti ada tetapi di hujungnya.
"Kiss aku dulu."
Nah, sudahku jangka. Dengan perasaan geram, aku baling bantas segi empat berwarna hitam tepat ke mukanya. Minta yang pelik-pelik lagi. Sah, Emir versi lain sudah wujud.
"You are just to cute.. sweetheart." Dia ketawa sebelum menghilang di balik pintu.
Petang jumaat, aku tegak berdiri di hadapan pagar rumah Puan Mawardah. Mulanya aku hanya mahu menggunakan motosikal sahaja tetapi Emir mendesak untuk menggunakan keretanya. Amira pula seperti biasa, penyokong kuat Emir.
Bercakap tentang kereta sehingga sekarang aku masih lai tertanya-tanta tentang kereta tersebut. Bila dia pergi ke sekolah selamba sahaja dia hendak menumpangku. Ohh, memang tidaklah aku bagi. Boleh pengsan guru disiplin yang bertugas di pintu masuk sekolah nanti. Yang aku tahu, pagi-pagi dia akan guna motosikal. Motosikal siapa dia culik aku sendiri pun tak tahu.
Memanglah seperti kata Emir, tentang dia semuanya aku tak tahu. Biarkan dulu, aku tak mahu memberatkan kepala tentang harta benda Emir. Yang penting misiku untuk membuatkan Emir tidak repeat paper STPM untuk kali ketiga harus dilaksanakan. Misi itu amat penting daripada perkara lain.
Selepas Emir selesai STPM, baru aku korek semuanya sehingga ke lobang cacing sekalipun. Selepas itu barulah hidupku akan aman damai jika Emir tidak repeat balik STPM. Kalau tidak tahun depan aku akan apply mohon bertukar ke sekolah pedalaman.
Sis kenot brain kalau Emir dengan selamba cicaknya datang mendaftar untuk Tingkatan Enam tahun depan. Mahu pengsan aku ketika itu.
"Haa, kenapa tercegat lagi tu? Nak aku hampar karpert merah ke?" Suara sinis Emir sudah cukup untuk mengembalikan aku ke realiti. Aku kerut dahi.
Dasar Emir si bipolar. Elok je angin, sesaat boleh berubah macam putting beliung. Tak faham aku dengan suami aku seorang ni.
"Cakap elok-elok tak boleh ke?" Gerutuku perlahan.
"Cakap elok? Boleh aje. Dalam bilik." Dia senyum senget.
"Emir Hafiz!" tajam suaraku. Faham dengan sikapnya yang satu ini. Gatal tak bertempat. Miang tak ikut masa. Aku panggil orang utan karang tolong garukan Emir nantu baru nak insaf agaknya.
"Eh, Thea, jemputlah masuk. Apa lagi tercegat kat situ?"
Aku menoleh kea rah depan. Kejung sebentar urat sarafku apabila melihat Puan Mawardah sudah tersenyum di depan pintu. Emir hanya diam tanpa sebarang reaksi. Sempat aku menjeling sebentar ke arahnya. Mukanya kosong.
"Puan tak marah dengan saya ke?"
Puan Mawardah kerut dahi. "Marah? Marah kenapa?"
Soalanku dibalas dengan soalan. Aku ketap bibir. Teringat lagi peristiwa aku menarik babah dan mama keluar dari rumah ini tanpa sebarang pamitan dengan Puan Mawardah mahupun Dr. Awal. malah, tiada sebarang whatsapp atau psnggilan yang aku buat sepanjang aku berkahwin dengan Emir Hafiz.
Mungkin pada mulanya aku ingin menolak kenyataan bahawa aku telah selamat berkahwin dengan Emir maka aku keraskan hati untuk tidak menghubungi Puan Mawardah mahupun Dr. Awal. Lama-kelamaan aku menjadi tidak berani dan segan serta diselangi dengan perasaan serba salah. Tidak tahu untuk berkata apa-apa dengan Puan Mawardah.
Kelu lidahku. Ayat yang ingin dituturkan tersekat di kerongkong. Aku tunduk menekur lantai. Nafas ditarik perlahan, mengumpul kekuatan.
"Sebab malam tu saya balik tanpa sebarang kata dengan Puan dengan Dr. Awal."
"Ummi faham." Dua patah kata yang keluar menyebabkan kepala aku dipasakkan ke wajah Puan Mawardah yang sedang tersenyum. Wajahnya lembut penuh keibuaan.
"Tapi Puan.."
"hush.. apa puan-puan ni. Ummi. Ummi dan jadi mother untuk Thea." Cepat sahaja Puan Mawardah memotong percakapanku.
Aku diam. Mataku menjeling ke tepi, mencari kelibat Emir, namun tiada.
"Cari Emir ke? Dia dah masuk. Jom masuk."
Puan Mawardah terus tarik tanganku masuk ke dalam rumah. Seperti yang dikatakannya, Emir sudahpun selamat landing di atas sofa dan di atas pahanya ada seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel.
Seperti pernah ku nampak sahaja... tapi di mana ya?
"Bang... abang janji dengan Ain abang bawak hadiah. Mana hadiah Ain?"
Emir ketawa sambil kepalanya mengusap-usap kanak-kanak perempuan yang sedang memuncung mulutnya sambil berpeluk tubuh. Sesekali kepalanya dilarikan dari kepala Emir yang galak mengusap kepalanya. Mungkin geram.
"Abang bawak dah."
"Mana?" Pantas kepalanya menoleh ke berpusing ke serata arah, mencari hadiah yang dimaksudkan Emir.
Aku kerut dahi. Bila masa pulak Emir beli hadiah? Tak nampak pun dia bawak kotak yang berbalut kertas hadiah. Dia balik ke rumah sini pun lenggang kangkung sehelai sepinggang. Aku seorang sahaja yang berat membawa beg untuk bermalam. Dia sorok tang mana hadiah? Pelik bin ajaib ni.
Dan bila mata kanak-kanak perempuan tersebut tepat ke arahku, mulutnya terbuka sedikit. Matanya membulat.
"Abang, tu siapa?"
Emir menoleh. Dia senyum senget. Oh, semacam aje senyuman dia ni. jangan cakap...
"Ni lah hadiah abang untuk Ain. Lepas ni jangan kompelin dengan abang, dengan Abang Aisy, Abang Aathif sebab tak teman Ain main gegurl." Emir tarik manja hidung kanak-kanak perempuan itu. Comel sahaja mereka berdua ni.
Dan tiba-tiba mentol dalam kepalaku bercahaya. Ini adalah adik Emir. Kanak-kanak perempuan yang aku pernah nampak dalam gambar keluarga Emir. Rupa inilah dia. Comel sehaja.
Kalaulah Emir ada anak, mungkin ini cara dia melayan anaknya kot. Aduh, jauh benar imaginasiku. Teruk sangat ke aku sampai dah tersampuk dengan kata-kata Emir dua hari yang lepas.
Anak – anak kita.
Meremang bulu roma.
"Ni robot gegurl yang abang janji aritu ke? Besarnyaa..."
Emir sudah terbahak-bahak ketawa. Puan Mawardah tahan senyum. Aku? buat muka redha wa pasrah sebab disamakan dengan robot. Wahai adik ipar kesayangan, demimu aku sanggup disamakan dengan robot.
Tanpa membuang masa, kanak-kanak perempuan yang bernama Ain itu terus menerpa ke arahku dan memeluk pinggangku. Disebabkan aku ini jenis orang yang pendek dan ketinggian aku hanyalah separas dada Emir, maka aku tabahkan hatiku apabila disamakan dengan robot dan Emir pulak masih tengah seronok mentertawakan aku.
Tidak apa. Ada ubi ada batas, ada lari ada bas, ada hari aku balas. Siap kau nanti Emir.
"Abang kenapa robot ni pendek aje?" Soalan kedua yang terbit dari mulutnya membuatkan aku terasa mahu facepalm muka sendiri. Tadi kata besar, sekarang kata pendek. Mana satu yang betul ni?
Sabau ajelah. Dan Emir masih seronok ketawa mengekek sehingga terkeluar air matanya. Puan Mawardah tidak dapat menahan ketawanya akhirnya tergelak sama. Dan aku?
Hanya dengan muka pasrah.
"Eh, Abang Emir betul-betul belikan robot untuk Ain ke?" suara yang datang dari arah dapur membuatkan aku berpaling.
Berkaca mata dan rendah daripada Emir. Mukanya bersih sahaja dengan rambut yang masih basah. Mungkin baru selesai mandi. Aathif atau Aisy?
"Tapi seriuslah gila kaya abang beli robot untuk Ain. Siap tudung pulak tu."
Ya Allah dik, tak nampak aku ni manusia dengan mata dah hampir nak terjatuh ke bawah? Seseorang please muncul, katakan bahawasanya aku ni manusia.
Dan Emir being Emir, masih lagi dengan ketawanya malah semakin kuat. Suaranya bagaikan sudah disekat untuk mengeluarkan kenyataan sebenar. Ain masih lagi erat memeluk pinggangku.
"Betullah, aritu abang janji dengan Ain nak beli robot teman Ain main gegurl. Kan, Abang Mir?"
Emir angkat kepalanya. Tangannya mengelap air matanya yang sedang meleleh akibat ketawa. This is not funny okey.
"You made my day sweetheart."
Aku buat rolling eye sambil menoleh kea rah tepi. Seronoklah selepas bahankan aku. Bukannya pergi betulkan kenyataan adiknya malah siap terguling dan tergolek-golek mentertawakan aku. Dasar suami repeat paper STPM dua kali! Sel- sel otak tak bersambung.
"Eh, sweetheart?" Budak lelaki berkaca mata tersebut kerut dahi sebelum reaksinya berubah. Dia pandang dengan aku muka tidak percaya. Mulutnya melopong.
"Abang... don't say that she is your..."
"Yep, she is." Tidak sempat budak lelaki berkenaan menghabiskan ayat sudah dipotong oleh Emir. Emir dasar suka potong stim.
" Aisy... looks who is coming." laung budak lelaki tersebut.
Oh, inilah Aathif. Aisy dan Aathif. Si kembar yang serupa. Derap langkah yang menuruni tangga menyebabkan mataku beralih fokus.
"Abang Aisy! Look, Abang Emir bawak robot untuk Ain."
Derap kaki tersebut terus terhenti. Wajah yang sama seperti Aisy, cuma bezanya tidak berkaca mata dan rambutnya ikal. Dan sekali mulutnya melopong dan mata terbeliak.
Don't say that word again.
"What?" Dia terkejut. Aisy pandang muka Aathif yang terkedu dan Emir yang sedang menahan ketawanya daripada meletus.
"Eh, dia bukan ke isteri Abang Mir?"
Aku terasa bagaikan beban yang berat terlepas dari pundakku. Entah drama sebabak apa yang tengah bermain sekarang ini. Aku terasa ingin menjerit dan mengucapkan terima kasih kepada Aisy kerana tidak mengeluarkan perkataan robot. Kebenaran akhirnya terbongkar. At last, ada juga makhluk Allah yang sudi menceritakan hal sebenar, berbanding dengan makhluk Allah yang satu lagi, sedang meletuskan ketawanya buat kali kedua.
Nanti kau Emir ye. Siap kau nanti. Mataku menjeling tajam ke arah Emir.
"Isteri? Apa tu isteri?" soalan Ain menyebabkan semua terdiam. Emir yang galak ketawa senyap. Wajah semua kelu untuk menerangkan kepada Ain apa itu isteri.
Dan aku hanya tersenyum sinis.
"Apa kata tanya Abang Emir apa itu isteri."
Aku memulangkan paku buah keras. Kening diangkat beberapa kali kea rah Emir yang ternyata dengan riak terkejutnya. Bibirnya diketap sambil kepalanya digaru. Ain sudah berlari mendapatkan Emir yang bagaikan tergagap untuk mencari jawapan yang sesuai, untuk diterangkan kepada kanak-kanak 5 tahun itu. Padan muka kau Emir.
"Dah, jom ikut ummi. Biarkan Emir layan Ain. Aathif, tolong ummi bawak beg Thea."
Aathif berjalan mendekati aku sambil tersenyum.
"Ummi, cute je isteri abang Emir kan."
Aku senyum. Tidak tahu hendak berkata apa. Cute yang bermaksud aku ni pendek. Petit.
"Letak mana ummi?"
"Letak dalam bilik Emir."
Mulutku mahu terbuka untuk membantah arahan ummi. Nak tidur sebilik dengan Emir? Sekali lagi? Aku ingatkan bila balik sini, kotlah ummi akan bagi bilik lain dengan aku. Sudahlah di rumah sewa Emir dengan selamba conquer tilam aku. Akhirnya aku membawa diri tidur beralaskan toto di ruang tamu. Walaupun pada mulanya aku mengharapkan dia yang tidur di luar akhirnya aku juga yang terpaksa mengalah.
Terpaksa mengalah disebabkan Emir yang semakin miang. Sejak hari pertama aku berdua dengan Emir boleh membuatkan jantungku bekerja lebih masa. kelak semakin teruk jadinya nanti. Lebih baik elak.
"Ohh, lupa umi kenalkan. Masa Thea kahwin dulu, mereka bertiga ni takde. Ini Aathif Hazran, yang kat tangga tu Aisy Harraz. Dan si kecik tu Ainnur Humaira."
Akhirnya aku mengenali adik –beradik Emir. Kelihatan hampir sama muka mereka kecuali Ainnur yang lebih mewarisi muka Puan Mawardah. Tertanya – tanya aku, adakah mereka bertiga ini sama ibu dengan Emir atau anak Puan Mawardah? Aku segan untuk bertanya dengan Puan Mawardah.
Lidahku masih kekok untuk menyebut perkataan ummi. Dan, janganlah ada lepas ni panggil Emir dengan abang pulak. Yuck! Muda daripada aku kot. Nak berbelit lidah aku nanti panggil dia abang. Boleh muntah hijau biru nanti.
"Dah, jom ikut ummi ke dapur."
Aku melangkah mengikuti langkah Puan Mawardah, meninggalkan Emir yang masih terkulat-kulat untuk menerangkan maksud isteri kepada Ain. Aathif sudah berlalu pergi membawa begku ke tingkat atas untuk diletakkan di dalam bilik Emir. Entah bagaimana keadaan bilik Emir agaknya.
Eh, kemain kau Althea ye.
"So, how life dengan Emir?"
Rasanya itu kali kedua pertanyaan yang sama pernah keluar. Bezanya di hadapanku adalah ibu mentuaku, yang tahu perkara sebenar di sebalik perkahwinanku dengan Emir manakala Cikgu Ilham yang kecewa cintanya ditolak disebabkan aku berstatus isteri Emir, serta tidak mengetahui situasi aku berkahwin dengan Emir.
Aku diam. Kelu untuk menuturkan ayat. Janggal kerana tidak pernah aku berdua dengan Puan Mawardah, lebih-lebih melibatkan aku bertukar status daripada guru ke menantu. Kekok kerana tidak tahu untuk bersuara.
"Thea, ummi tahu kadang-kadang Emir ni dia sukar tapi dia baik. Dia anak yang baik."
Sayu sahaja suara Puan Mawardah, namun bibirnya menguntum senyuman sambil pandangannya dilemparkan sebentar ke arah Emir yang berada di ruang tamu.
Aku senyap. Tidak tahu memberikan reaksi. Selagi kebenaran tidak terungkap di depan mata, siapa aku untuk menghakimi keluarga ini. Aku diamkan sahaja.
"Dia okey aje ummi," jawapku.
Puan Mawardah pandang muka aku." Betul ke?"
Reaksi tidak percaya. Aku tarik nafas. Aku pandang sekejap wajah Emir yang sudah ketawa bersama Ain. Aathif dan Aisy tidak tahu menghilang ke mana. Dr. Awal rasanya mungkin tengah bertugas di hospital.
"Sejak akhir ni, takdelah dia buat hal, pua.. err.. ummi. Pergi balai polis pun jarang dah. Cikgu sekolah pun perasan Emir tak buat hal sangat dah."
Rasanya last aku menjejakkan kaki ke balai polis bulan lepas agaknya. Aku lihat ummi menarik nafas lega. Mungkin perangai bad boy yang semakin kurang tetapi ummi tak tahu yang sekarang ni Emir tengah develop satu perangai baru.
Perangai gatal miang buluh betung dia. Kiss bibir akulah, pipi akulah.
"betul ke?"
Aku angguk kepala. Itulah kenyataan yang sedang berlaku sekarang. Sekali sekali ada jugalah aku mengintai Emir di dalam bilik. Rasa ingin tahu yang menebal untuk melihat aktiviti Emir di dalam bilik, tapi apabila aku melihat aku hanya tergamam sebelum tersenyum. Aku biarkan sahaja dia menguasai bilikku sebagai hadiah untuk dia yang sedang belajar. Tidak apalah aku korbankan bilik untuk dijadikan tempat Emir belajar. Apa salahnya?
Mungkin masa yang tepat apabila keinsafan mula mengetuk-ngetuk hatinya. Dan mungkin salah satu hikmahnya Emir dan aku berkahwin adalah Emir mula menjadi matang. Akalnya sudah mula berfikir untuk masa hadapan.
"Kalau macam tu, syukur Alhamdulillah. Dia balik menjadi yang asal. Emir yang asal."
Aku pandang wajah ummi. Tanda tanya bermain dalam fikiranku. Emir yang asal? Maksudnya Emir yang sekarang lain daripada Emir yang dulu ke? Emir yang dulu macam mana? Aku ingatkan Emir yang sekarang adalah Emir yang semula jadinya dari kecil perangainya sehinggalah sekarang.
"Maksud ummi?"
Aku lihat ummi bagaikan tergamam. Mungkin terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulutnya. Wah, aku tidak menyangka dari satu persatu rahsia tentang Emir mula terbongkar di depanku. Mulanya tentang umur Emir. Selepas itu tentang Emir dan keluarganya. Kemudian kereta Emir. Dan sekarang? Emir yang dulu.
Emir yang dulu tu macam mana?
"Ummi..."
Ummi melemparkan pandangannya ke arah lain. Aku diam. Terlalu banyak kemungkinan yang bermain di otakku. Selaku penulis yang sudah bersedia dengan konflik-konflik dalam garapan plot novelnya, otakku sudah bersedia menggariskan beberapa hipotesis-hipotesis awal berdasarkan ayat dan reaksi muka ummi.
Tetapi yang pastinya mungkin ada cerita duka di sebalik semua yang berlaku. Setiap perjalanan hidup seseorang berlainan. Mungkin ada kisah yang sama tetapi berbeza laluan dan situasi. Berbeza keadaan dan watak. Berbeza masa dan latar belakang.
"Maaf.. bukan ummi tak nak cerita kat Thea... tapi..."
Aku terus pegang tangan ummi. Aku senyum. Menahan ummi terus menceritakan hal sebenar. Ummi tak bersedia lagi dan seharusnya aku tidak memaksa. Walaupun hati aku menjerit-jerit untuk mengetahu perkara sebenar namun ada hati yang perlu aku jaga. Ada perasaan yang aku perlu pertimbangkan.
"Takpe, Thea faham."
"Terima kasih Thea. Ummi nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab walaupun keadaan yang memaksa Thea untuk kahwin dengan Emir, Thea tetap terima Emir."
Aku senyum. Cuba menyembunyikan hakikat sebenar yang aku banyak kali berdoa agar ini semua hanyalah mimpi ngeri sahaja. Acap kali juga babah dan mama menasihati aku tentang Emir dan juga doa yang aku titipkan setiap kali selepas solat, doa agar aku diperkuatkan hati dan ditunjukkan hikmah semua benda yang terjadi serta jadikan aku sentiasa redha atas apa yang berlaku.
Allah sentiasa menguji orang yang beriman.
"Thea sepatutnya minta maaf dekat ummi sebab lepas kahwin Thea pergi tanpa kata-kata apa."
"Takpe ummi faham. Sebab tu ummi dan abah reda Thea balik malam tu juga bawa mak ayah Thea."
Aku serba salah. Ikutkan rasa hati mati, ikut rasa akal hidup, kot?
"Thea, jangan risau. Emir suami yang baik."
Suami yang baik? I doubt that. Namun sepanjang aku mengenali dia adalah juga sifat dia yang baik, tetapi nak cakap suami yang baik, mungkin aku tak jumpa lagi asbabnya. Cuma satu, part menggatal merenyamnya tak payah cakap. Naik satu level setiap hari.
"Sekarang, Thea mungkin tak jumpa lagi. But, learn to love him, please Thea. His hurt enough."
Sekali lagi aku diasak dengat ayat pencetus rasa ingin tahu tahap langit ketujuh. Hendak bertanya aku takut air mata ummi jatuh lagi dan akhirnya aku diam sahaja. Biarkan masa menentu segalanya atau mungkin tidak. Aku akan pastikan aku korek semuanya nanti.
"InshaaAllah ummi."
Ummi senyum. Dia mengelap air matanya. Sayu bertandang dalam hatiku. Mungkin ada peristiwa duka yang melanda keluarga ini. Bila orang cakap rasa ingin tahu menyebabkan hati tidak tenang, percayalah aku dengan perasaan yang penuh keperimanusiaan terpaksa menanam semua rasa ingin tahu sedalam-dalam yang mungkin. Aku takut mulut aku boleh derhaka dengan tuannya semata-mata ingin mengetahui hal sebenar.
Nak tanya dengan Dr. Awal aku tak berani. Nak tanya dengan Emir macam tempah first class tiket to maut sahaja. Dengan penuh takzimnya aku tanam rasa ingin tahu yang sedang ligat mengasak ketenangan hatiku.
"Terima kasih Thea."
Aku senyum. Learn to love Emir? Sesungguhnya aku tak pasti.
"Dah, jom tolong umi. Thea nak makan apa-apa tak? Ummi masak."
Ummi bangun daripada kerusi.
"Thea makan apa sahaja ummi." Aku tak memilih. Asalkan boleh makan sahaja.
"Ohh, baguslah. Emir ni cerewet sikit. Dia suka makanan pedas. Feveret dia kari itik dengan sayur midin."
Pedas? Aku tak gemarkan makanan pedas walaupun aku bedal sahaja semua makanan. Cuma makanan pedas tu aku kurang sikitlah.
"sSayur midin? Thea suka ummi."
Ummi pandang aku. " Yeke? Nasib baik takde pantang makan sayur midin kan?"
Aku ketawa. Nasib baik aku bukan dalam keluarga yang pantang makan sayur midin, kalau tidak habislah sayur feveret aku. Kebanyakan orang Melayu di perkampungan Melayu yang sekitar di kawasan Betong, terutamanya di kawasan pinggir laut masih lagi mengamalkan adat dan pantang orang lama. Antaranya pantang makanan-makanan tertentu. Dalam sesetangah keluarga, ada yang pantang makan ikan patin, makan sayur midin dan beberapa pantang yang lain. Malah, pantang ini diwarisi secara turun temurun dan masih diamalkan sehingga sekarang.
Mungkin ada yang bakal menyatakan bahawa ini semua adalah karut atau apa bagiku ini adalah lambang kebudayaan dan adat sesetengah tempat yang harus dibanggakan. Jangan kerana dek arus pemodenan semua harus dimodenkan termasuklah membuang adat-adat atau kebudayaan yang menjadi susur galur kepada siapa kita hari ini. Mungkin yang bercanggah dengan agama bolehlah dimansuhkan, bagiku asalkan tidak bertentangan dengan agama Islam.
Proses asimilasi yang berlaku dalam adat dengan syariat Islam juga telah berlaku sekian lama. Jadi tidak hairanlah jika ada yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.
"Jauh termenung. Teringatkan Emir ke?"
Usikan ummi membuatkan aku tersengih. rindu Emir? Err... kenapa telingaku seakan berbulu-bulu? Memang tidaklah aku nak rindu dengan mamat dua kali repeat STPM dan mohon jangan ketiga kali. Aku sumpah jadi ikan patin baru tahu.
"Mana ada ummi."
Ummi ketawa. "Yelah tu."
Aku sengih. Baguslah ummi dan senyum. Tidaklah mendung seperti tadi.
"Masak apa tu?"
Speaks of the devil. Suara Emir terasa dekat di hujung telingaku. Apabila aku pandang kea rah tepi aku menjerit kecil. Hampir luruh jantungku apabila wajah Emir terpacul di sebelah kananku. Terangkat sekejap pisau panjang aku sedang gunakan untuk menyiang ikan.
"Nak bunuh aku ke apa?"
Aku buat rolled eye.
"Dah awak tu kat tepi macam cik pon siapa tak terkejut. Ni,nasib baik tak melayang pisau kat awak tau. Orang tengah pegang pisau-pisau ni jangan sergah. Karang melayang kat orang lain baru tahu. Tak pasal-pasal kena dakwa kat mahkamah lagi," aku mula membebel seraya mengangkat pisau berkenaan.
Dahi Emir berlapis. Matanya turun naik mengikut arah pisauku.
"Sweetheart, pisau please..."
"Apa?" Geram mengetuk hatiku. Boleh pulak dia main sergah macam tu. Eloknya nasib baik pisau ni dipegang kukuh. Buatnya melayang kena kat orang macam mana? Aku juga yang kena.
"Pisau please..."
"Apa?" Aku mendengus geram. Apa kena dengan pisau pulak ni?
"Bagi pisau tu." Aku juling mata ke atas. Dengan perasaan sakit hati aku serahkan pisau kepada Emir dengan cara yang kasar.
Emir hanya geleng kepala. "Seriau tengok kau pegang pisau siang ikan. Aku takut ikan boleh hidup balik kau siang nanti."
Gila! Ikan mati mana boleh hidup balik? Ingat ni cerita anime ke apa? Yang boleh hidupkan yang sudah mati? Ataupun nak buat macam Fullmetal Alchemist tu? Pertukaran sama nilai merupakan prinsip alkemi. Alkemi yang terlarang untuk menghidupi yang sudah mati dan akhirnya memakan diri sendiri.
"Apa pulak seriau? Ingat tak reti nak siang ikan ke?"
Geram menguasai diriku apabila dia dengan selamba mengambil alih tugasku menyiang ikan. Aku lihat ummi sudah tiada di dapur. Mana pergi ummi?
"Sebab kau kidal."
Aku melopong. Takkan sebab aku kidal Emir tak percaya aku boleh siang ikan? Habis tu yang selama ni masak untuk dia siapa? rama-rama? Tak logik.
"Habis tu saya kidal mendatangkan masalah ke?" Terasa ingin membaling Emir dengan sesuatu. Mataku sempat memerhati apabila dia cekap sahaja menyiang ikan. Seperti sudah terbiasa melakukan kerja di dapur.
"Tak pun but part of me like doing something like this." Dan serentak itu pipiku dilumuri dengan darah ikan.
Aku pejam mata sambil tarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan dan keberanian. Kedua-dua belah tangannku digenggam erat. Biarlah di rumah mentua sekalipun aku tidak kisah. Biarlah apa yang bakal terjadi pun aku tidak kisah. Aku tak peduli.
"Emir Hafizzzzzzzz!!" jeritan yang cukup kuat untuk menggegarkan sebuah rumah dan Emir hanya ketawa sahaja.
"My, my, my cute sweetheart with fish blood in her check. Lovely."
Serentak itu kaki sudah berlari mendapatkan Emir yang sudah angkat kaki. Gelak ketawanya tidak payah digambarkan lagi. Semakin menyakitkah hatiku saja. Umpama bagai mencurah minyak di dalam api yang marak.
"Apa yang sedang berlaku ni?"
Kakiku yang tadi laju berlari brek mengejut. Emir sudah hilang kelibatnya. Cheesecake Emir.
"Ya Allah, kenapa dengan pipi kamu Althea?!"
Sungguh sekarang ni aku tak tahu nak jawap apa.
Share this novel