Bab 2

Romance Series 4001

Bunga membuka matanya walaupun samar-samar. Perutnya yang terasa berat membuatkan dia menoleh sebelah. Eijaz atau lebih tepat, suaminya yang baru saja mereka berkahwin semalam. Lelaki itu sedang memeluknya.

Baru dia menggerakkan tubuhnya sedikit makin erat pelukkan dari Eijaz.

"5 minutes. Biar aku peluk kau."

Bunga terkaku. Akhirnya dia membiarkan saja Eijaz memeluk tubuhnya.

"Eijaz.. saya nak mandi." tergagap-gagap Bunga mengeluarkan suara. Takut.

Perlahan-lahan Eijaz membuka matanya. Memandang wajah sang isteri yang sedang berada di dalam pelukkannya. Mata mereka bertaut. Berkedip-kedip Bunga membalas pandangan itu. Dari apa yang dia lihat, lelaki itu sempurna. Tiada cacat cela di wajah lelaki itu berbanding adik kembarnya. Eskandar mempunyai parut di kening. Cukup untuk membezakan mereka berdua.

Kening lelaki itu lebat. Mata yang berwarna coklat membuatkan Bunga tersenyum sendiri. Bibir yang sedikit kemerahan membuatkan Bunga menelan liur. Senang cerita, cukup pakej.

"Aku tahu aku handsome Bunga. Tak perlu kau tenung aku macam tu."

"Awak handsome macam ni mesti ada girlfriend kan?" Spontan pertanyaan itu keluar dari bibir Bunga. Dia cepat-cepat menutup mulutnya. Dari pandangan tajam Eijaz cukup faham apa yang bakal dia jawab.

"Kenapa kalau aku dah ada girlfriend?"

"Sa..saya okay aje."

"Lucky you, aku pilih untuk berkahwin dengan kau bukan dengan dia." jawab Eijaz dingin. Bunga menelan liur.

"Jadi betul awak ada girlfriend?"

"Ada. Tapi sekarang dia ada dekat Korea. Sambung belajar dekat sana. Lepas 2 tahun dia akan balik ke Malaysia." beritahu Eijaz biasa. Tangan masih lagi memeluk tubuh isterinya.

"Beruntung girlfriend awak."

"Beruntung? Aku rasa dia akan terkejut bila dapat tahu aku dah berkahwin dengan kau. Dan mungkin, kau akan makan penampar sulong dari dia. Sebab dia akan fikir kau yang rampas aku Bunga."

Sekali lagi Bunga menelan liur. Macam mana kalau perkara itu benar-benar terjadi?

"Kau jangan risau, aku ada." 

"Awak mesti sayang sangat dekat dia kan?"

"Very. Aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri. Kau nak tahu siapa dia?"

Laju Bunga mengangguk.

"Suraya. She's kind. She's beautiful."

Bunga hanya mendengar. Entah kenapa jauh dari sudut hatinya agak terkesan dengan apa yang keluar dari mulut suaminya. Namun cepat-cepat dia kembali sedar. Perkahwinan mereka hanya diatas kertas. Dan tak mungkin lelaki itu akan mencintai dirinya.

"Kau? Tak mungkin tak ada boyfriend."

Bunga tersenyum. Eijaz sendiri terpaku dengan senyuman isterinya. Manis. Lesung pipit dua belah membuatkan aura kecantikan Bunga Athalia semakin jelas kelihatan. Laju jantung Eijaz berdetak.

"Saya tak ada boyfriend tapi saya ada suami. Dan suami saya adalah awak."

Eijaz terdiam.

"Saya faham awak dah ada kekasih hati. Tapi jangan risau, saya tak akan susahkan awak. Saya tahu limit saya sebagai isteri awak Eijaz. Perkahwinan kita pun hanya kerana awak rasa serba salah dengan saya. Status isteri saya hanya pada kertas."

Eijaz hanya diam. Perlahan-lahan Bunga menolak lengan suaminya lalu turun dari katil. Bilik mandi menjadi tujuan. Entah kenapa masuk saja ke dalam bilik mandi, air mata mengalir secara tiba-tiba. Pedih hati.

Eijaz bangun dari lenanya. Terkesan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh isterinya. Fikirannya serabut! Sudahlah berkahwin tanpa ada rasa cinta bahkan dia langsung tidak mengenali isterinya siapa. Siapa keluarga isterinya? Mana isterinya tinggal? Dia sendiri tidak tahu.

Telefon bimbit yang berada di atas meja di capai. Google dibuka.

"Ciri-ciri menjadi suami yang baik."

Kesemua ciri-ciri yang terpapar di google membuat Eijaz naik bosan! Namun ada satu ciri yang membuatkan dia tersenyum sendiri.

No 7. Memberi nafkah zahir dan batin pada isteri.

Eijaz membenamkan kepalanya di bantal peluk. Aduh! Dia betul-betul tidak tahu bagaimana cara untuk menjadi suami yang baik! Nak tanya Eskandar? Lelaki itu sendiri pun belum berkahwin. Macam mana ni?

"Awak?" Panggil Bunga. Terkejut dia apabila mendengar jeritan kecil dari Eijaz. Cepat-cepat dia keluar dari bilik mandi bersama tuala di badan. Eijaz mengangkat wajahnya.

Damn! She's hot!

"Awak okay? Saya dengar awak jerit tadi?"

"Bunga... aku nak tanya kau satu soalan."

"Kau tahu macam mana nak jadi seorang suami yang baik? Kau kan isteri solehah."

Bunga tersentak. Soalan apa yang keluar dari suaminya ini?

"Maksud awak?"

"Entahlah, aku cuba cari. Tapi tak ada yang menarik. Setakat tolong masak, kemas rumah, sidai baju tu aku boleh upah pembantu untuk tolong kau. Tapi ada satu yang menarik. Cuma aku je boleh tolong kau."

"Apa?"

"Beri nafkah zahir dan batin. Setakat zahir tu, kau cakap je nak berapa. Atau apa keperluan kau aku akan sediakan. Cuma batin tu..."

"Batin tu jangan risau, kalau kau nak hari-hari aku boleh bagi." usik Eijaz nakal. Merah padam wajah Bunga dia rasakan sekarang.

"Awak tak kerja ke Eijaz?"

"Kerja? Aku tengah cuti panjang."

"Cuti? Awak kerja apa?"

"Kau tak perlulah tahu. Ni berapa lama kau nak berkemban depan aku? Nak aku ikut kau mandi sekali ke? Boleh juga dah alang-alang aku pun belum mandi."

"Awak nak ke?"

"Kan aku dah cakap Bunga, kalau kau nak hari-hari pun aku sanggup bagi."

Bunga menelan liur.

"Relax sweetheart, aku hanya bergurau. Kau pergilah mandi dulu. Aku tunggu sampai kau habis mandi."

Bunga mengangguk. Terus dia melangkah masuk semula ke dalam bilik mandi. Eijaz hanya tersenyum senget. Dia kembali menyambung melihat telefon bimbitnya.

Satu pesanan yang masuk membuatkan Eijaz berkerut. Laju dia membuka masej itu.

*Selamat atas perkahwinan kau Wolf.

Eijaz terus bangun dari katil pergi ke arah sliding door biliknya. Seluruh kawasan perumahan di pandang tajam. Mencari seseorang yang menghantar pesanan itu kepadanya. Dia tahu orang itu ada di sini.

*Kau tengah cari aku?

Satu lagi pesanan masuk. Dingin saja Eijaz membaca. Bunga yang baru saja habis membersihkan diri memandang pelik ke arah suaminya. Kenapa?

"Eijaz? Awak kenapa?"

"Jangan keluar dari sliding door ni." amaran keras diberikan oleh Eijaz. Bunga terkaku.

"Tapi kenapa?"

"Ada orang tengah perhatikan kita. Kau, jangan sesuka hati keluar dari rumah ni tanpa pengetahuan aku." pesan Eijaz dingin. Mata masih lagi memandang sekeliling kawasan perumahannya.

"Kau dengar tak Bunga Athalia?"

Laju kepala mengangguk. Melihat wajah dingin suaminya membuatkan Bunga terdiam seketika. Takut bercampur gerun dengan wajah itu.

"Aku nak mandi. Lepastu aku nak keluar."

"Awak nak pergi mana?"

"Jumpa nenek. Aku nak terangkan semuanya semula."

"Saya nak ikut awak Eijaz."

"Tak payah Bunga. Aku tak nak keruhkan lagi keadaan. Cukup Es saja yang tahu kita dah berkahwin. Kau tahu aku sayangkan nenek lebih dari nyawa aku sendiri. Aku tak nak dia mati terkejut pula."

Bunga terdiam.

"Duduk rumah. Kalau kau rasa bosan, kau keluar lah pergi mana-mana tapi mana kau pergi bagitahu aku dulu. Faham?"

Sekali lagi Bunga mengangguk. Eijaz terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

———————————————————

Dari pagi sehingga ke petang Bunga menunggu kepulangan suaminya. Walaupun Eijaz membenarkan untuk dia keluar kemana yang dia mahu, tapi dia tak ada rasa untuk keluar. Lelaki itu juga meninggalkan wang untuk dirinya.

Nafas keluhan panjang diambil. Apa dia nak buat sekarang? Keluar? Berjalan-jalan?

Tanpa berfikir panjang, Bunga naik ke atas menukar baju. Rambutnya di biar lepas saja. Baru saja membuka pintu rumah untuk keluar, seorang lelaki datang menghampiri dirinya.

"Puan Athalia, saya diarahkan untuk ikut kemana Puan ingin pergi. Puan nak pergi mana biar saya bawakkan?"

Bunga terdiam.

"Saya nak pergi mall saja. Nak jalan-jalan dekat sana." jawab Bunga lembut.

Lelaki itu mengangguk. Lantas dia membuka pintu kereta di bahagian belakang sehingga Bunga masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang diberi oleh suaminya. Menghantar pesanan ringkas mengatakan dia keluar dari rumah.

Namun balasan Eijaz hanya bluetick saja. Bunga menutup telefon bimbitnya.

Perjalanan hanya memakan masa sebanyak 30 minit saja, tak adalah jauh mana mall itu dari rumah Eijaz. Hanya mengambil masa 30 minit saja.

"Terima kasih sebab sudi hantarkan saya."

"Sama-sama Puan Athalia. Lagi pun ini amanah yang Tuan Eijaz berikan pada saya. Kalau Puan dah habis, bagitahu saya ya? Saya datang ambil."

"Eh tak perlu! Saya boleh balik sendiri."

"Tak apa Puan, saya rela ambik Puan dari saya relakan kepala saya dipancung oleh Tuan Eijaz." gurau lelaki itu. Bunga tersentak. Pancung? Melihat wajah pucat dari isteri majikannya membuatkan dia menutup mulutnya rapat.

Ini kalau Tuan Eijaz dengar, betul-betul dia mati! Mati di pancung!

"Saya cuma bergurau Puan, jangan risau. Tuan Eijaz baik."

Bunga tersenyum kelat. Terus dia keluar dari kereta. Langkah diatur masuk ke dalam mall. Sekeliling mall di pandang. Tak tahu nak mula dari mana. Lagipun niatnya datang ke sini hanya mahu berjalan. Bukan membeli belah.

"Athalia! Is that you?"

Bunga menoleh ke belakang. Bibir terus menguntum senyuman manis.

"Jeffry!"

"Omg Bunga Athalia! Dah lama aku tak jumpa kau." kata Jeffry. Dia menghampiri Bunga yang tersenyum ke arahnya.

"Aku dah lama juga tak jumpa kau Jeffry!"

"Mana kau pergi Athalia? Kau tahu tak semua orang tertanya-tanya mana kau menghilang. Satu universiti kecoh pasal kau sekarang."

Bunga hanya tersenyum.

"Kenapa kau menghilang macam tu aje Athalia? Kau ada masalah ke?"

"Tak adalah, saja aku ambil mood nak bercuti sekejap."

Jeffry mengangguk. Dia cuba untuk memahami gadis itu.

"Ni kau nak pergi mana? Kau sibuk ke?"

"Tak adalah, saja aku datang sini ambil angin. Kau nak pergi mana?" Tanya Bunga semula.

"Aku? Aku nak pergi kedai buku. Nak beli buku rujukan untuk maths. Macam lah kau tak kenal Prof Liyana tu. Ada saja soalan exam yang keluar dari dia buat aku pecah kepala!" Bebel Jeffry. Bunga hanya ketawa.

"Kau dengan Prof Liyana tu memang tak boleh berbaik ke Jeffry?"

Jeffry menjeling.

"Memang tak nak lah aku berbaik dengan dia. Kau pun tahu Athalia, Prof Liyana tu cukup anti dengan aku."

"Macam mana kalau dia jodoh kau?"

Lagi kuat ketawa Jeffry.

"Kalau kau nak tengok rumah aku tu hari-hari kena baling pinggan mangkuk kau doa-doakan lah supaya dia jodoh aku. Tapi kalau kau tanya aku? Sorry la Athalia! Aku tak nak!"

Mengkekek Bunga ketawa.

"Kau? Tak akan tak ada yang mengorat? Kau cantik tahu tak."

Tersedak Bunga kerana pertanyaan itu keluar dari Jeffry. Macam mana kalau lelaki itu tahu bahawa dia sudah berkahwin? Semalam? Argh pasti dia akan dipandang jijik oleh lelaki dihadapannya sekarang.

Akhirnya Bunga hanya tersenyum. Tak tahu apa jawapan yang ingin dia berikan.

"Eleh senyum-senyum macam tu adalah kan? Kau dah ada boyfriend Athalia? Omg! Ini kalau si Zaim tu dengar mahu tercekik tulang ikan tahu tak?"

Zaim. Bekas kekasihnya yang meninggalkan dirinya tanpa sebab.

"Handsome tak boyfriend kau yang sekarang ni Athalia? Aku syak! Dia mesti lagi handsome dari Zaim kan?"

Bunga hanya diam. Tak tahu nak jawab apa.

"Tak sabar pula aku nak tengok boyfriend kau tu Athalia. Lelaki tu sumpah beruntung gila dapat kau. Dah la cantik! Top student pula tu! Nanti kau kenal-kenalkan lah dengan aku."

"Inshallah kalau jodoh panjang." itu saja yang keluar dari bibir Bunga. Dia tak berani jamin apa-apa. Lagipun perkawinan antara dia dan Eijaz hanya di atas kertas semata-mata.

"Tak apalah kau macam tu, aku pergi kedai buku dulu. Berborak dengan kau sampai terlupa aku pasal buku tu. Apa-apa nanti kau contact la aku balik."

Bunga mengangguk laju.

Dia kembali meneruskan langkahnya berjalan-jalan di dalam mall. Seronok! Memang seronok! Tapi itulah tak ada rasa mahu membeli apa-apa. Duit yang diberi oleh Eijaz kepadanya pun di tinggal di rumah.

Eijaz membuka pinta rumahnya. Senyap. Sunyi. Tiada penghuni di dalam rumah itu. Jadi bermaksud, Bunga masih lagi belum pulang. Dahi berkerut. Jam tangan pula dikerling. 7:30 malam. Masih lagi belum pulang?

Telefon bimbit dikeluarkan. Pesanan masej dari Bunga hanya dibiar bluetick. Tidak menjawab. Terus dia mendail nombor wanita itu. Voicemail. Hanya kotak pesanan yang menjawab panggilannya.

Dia cuba berlagak tenang. Biarlah kemana pun wanita itu mahu pergi. Tak ada kaitan dengan dirinya. Lagipun hubungan mereka hanya sebatas suami isteri di atas kertas. Jadi kenapa dia perlu risaukan wanita itu?

Jaket kulit hitam di campak ke atas sofa. Punggung dilabuhkan. Tangan menongkat memicit dahi. Serabut! Dia cuba untuk menjelaskan semuanya kepada Nek Jah. Wanita tua itu menghalau dirinya keluar dari rumah itu. Atok! Atok pula tidak mampu berkata apa-apa.

Hanya seorang yang mempercayai dirinya sekarang. Ehsan Eskandar. Hanya lelaki itu. Kepala terus disandarkan pada kepala sofa.

"Argh! Siapa yang cuba perangkap aku sebenarnya? Apa yang dia nak!" Jerit Eijaz seorang diri. Sungguh! Sungguh dia marah! Marah bercampur dendam. Penumbuk dikepal.

Dia akan mencari siapa yang sudah mencari pasal dengan dirinya. Ini Eijaz Rafael. I'm a wolf and i'm stronger than fear. Bibir terus tersenyum senget. Dia akan cari siapa yang perangkap dirinya sehingga ke lubang cacing. Just wait and see.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience