Rate

UNTUK TERAKHIR KALI

Short Story Completed 34458

BUNYI deringan telefon bimbit di atas meja solek mengejutkan Tiara yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.Dengan malas,dia bangun menuju ke meja soleknya.Punat hijau segera ditekan.

Tiara Evia,gadis kacukan Melayu-Perancis yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dalam kalangan keluarga berada.Kulitnya putih dan rambut lurus semula jadi berwarna coklat keperang-perangan dan panjang separas bahu dibiar lepas.Wajah bujur sirih yang dimilikinya dihiasi dengan sepasang mata berwarna hijau kebiru-biruan.Alis mata berbentuk bulan dan bulu mata yang lentik menjadi penyeri mata gadis itu. Hidungnya sedikit mancung dan mempunyai bibir yang semula jadi terukir cantik berwarna kemerah-merahan.

“Bonjour(Hai),”Tiara menyapa dalam bahasa Perancis.

“Bonjour.Comment allez-vous?(Hai.Awak sihat?)”sapa Evan juga dalam bahasa Perancis.

“Non.Je ne vais pas très bien(Tak.Saya tak berapa sihatlah),” jawab Tiara acuh tak acuh.Dia menguap kecil.

Evan Adryan,pemuda kacukan Melayu-Eropah yang pulang semula ke Malaysia selepas tamat pengajian di Belanda merangkap teman baik Tiara Evia.Tahun ini,genap sudah setahun Tiara menjadi teman baiknya dan dia bercadang untuk mengahwini Tiara dalam masa terdekat tetapi belum mengutarakan soal perkahwinan kepada gadis itu. Bahasa Perancis yang dituturkan adalah hasil daripada apa yang dipelajarinya dengan Tiara.Selama keberadaannya di Malaysia, Tiaralah yang mengajarkannya tentang penggunaan bahasa Perancis disebabkan dia yang beria-ia ingin mempelajari bahasa asing itu.

“Pourquoi?(Kenapa?)”soal Evan.

“Tak tahulah.Saya rasa macam tak sedap badan.Ini pun baru bangun tidur.Malam tadi saya rasa mengantuk sangat tau,”adu Tiara sambil menarik cadar putih yang tadinya terlorot sedikit ke lantai.

“Jangan risaulah.Mungkin awak penat agaknya sampai badan pun naik sakit waktu tidur,”jawab Evan prihatin.Tiara mengangguk walaupun dia tahu Evan tak dapat melihat anggukannya.Tiara ketawa kecil.

“Apapun,kenapa awak telefon saya ni?”Tiara mengubah topik perbualan.

“Oh ya!Sebenarnya,saya nak ajak awak keluar makan malam ni. Saya ada benda nak cakap dengan awak.Kira macam temu janji istimewalah ni.Boleh?”tanya Evan.Dia mengukir senyum sumbing di hujung talian.

“Oui. Aucun problème(Ok.Tak ada masalah),”balas Tiara seraya mematikan talian.

“Vous voir ce soir(Jumpa malam ni),”gumam Evan perlahan sejurus selepas Tiara mematikan talian.

Evan melirik jam Casio yang terletak elok di pergelangan tangannya.Jarum jam menunjukkan baru pukul 11.30 pagi.Evan meraup muka kacukannya.Dia menghela nafas berat.Lama lagi!

TIARA kelihatan anggun dalam pakaian yang dipakainya.Solekan yang nipis sudah cukup memadai untuk membuatkan wajah gadis itu kelihatan cantik.Baju berwarna krim bercorak polkadot yang dipadankan dengan seluar jeans biru amat sesuai apabila digayakannya.Rambut lurus separas bahunya disanggul tinggi dan dihiasi dengan cekak rambut bereben berwarna merah.Tiara kelihatan sangat cantik dan comel pada malam itu.Evan sendiri tak dapat menafikannya. Dia hanya menunduk merenung jari-jemarinya yang runcing tanpa memandang ke arah Evan di hadapannya.Bagaimana boleh dia memandang Evan jika dari tadi lelaki itu asyik memerhati setiap perlakuannya?Evan berdehem untuk cuba mematikan suasana sunyi di antara mereka berdua.

“Vous est si belle ce soir(Awak nampak sungguh cantik pada malam ni),”puji Evan.Tiara mengangkat wajahnya.

“Merci.Vous aussi(Terima kasih.Awak pun sama),”jawab Tiara.

Dia memandang Evan seketika sambil memerhati segenap inci ruang wajah lelaki itu serta penampilannya pada malam itu.

Evan kelihatan tampan dan segak dalam sut hitam yang dikenakannya.Pertama kali Tiara melihat Evan berpakaian seperti itu.Wajah Evan ditelaah.Rambut Evan yang hitam dan lebat digayakan mengikut gaya rambut quiff.Evan mempunyai anak mata berwarna coklat muda dan alis mata berbentuk bulan.Hidung Evan mancung dan bibirnya nipis.

Apa yang istimewa sangat pada malam ni?

Irama muzik genre Pop-Balada bergema di segenap ruang restoran.Selepas mengambil pesanan makanan,Tiara dan Evan mendiamkan diri.

“Hal apa yang awak nak beritahu saya sebenarnya?”Tiara bertanya terlebih dahulu.Evan dilihatnya menarik nafas panjang.

“Sebelum tu,biar saya tanya awak dulu.Kalau awak jadi saya,awak perlukan perempuan yang macam mana untuk jadi teman hidup awak?”soal Evan.Tiara mendiamkan diri seketika seolah-olah sedang berfikir.Dia memandang tepat ke anak mata Evan sambil tersenyum.

“Kalau saya jadi awak,saya nakkan perempuan yang tak sempurna lebih dari saya.”

“Kenapa,Tiara?”soal Evan ingin tahu.

“Awak nak tahu kenapa?Sebab saya perlukan kelebihan dia untuk mengisi kekurangan saya dan begitu juga sebaliknya.Saya nak jaga,bantu dan bimbing dia supaya ruang kosong dalam diri dia yang tak sempurna dapat saya isi.Saya juga tak perlukan perempuan yang hipokrit dan tak jujur sebab itu punca utama sesuatu hubungan yang dibina retak.Saya cuma inginkan seseorang yang mampu memberi saya kebahagian dan orang itu mestilah mencintai saya dan saya juga mencintai dia,”jujur dan yakin Tiara menyatakan pendapatnya.

Evan merenung dalam-dalam wajah gadis di hadapannya itu. Tiara Evia,gadis yang cukup unik dan menarik di mata Evan Adryan.Kenyataan yang jujur dan telus daripada mulut gadis itu cukup membuatkan Evan kagum.

“Dan gadis itu adalah awak,Tiara Evia..,”bisik Evan perlahan. Cukup sekadar sampai pada pendengaran Tiara.Tiara tergamam seketika.

Satu saat..Dua saat..Tiga saat..Empat saat..

“Adakah ini sebuah lamaran perkahwinan?”tebak Tiara.Evan tersenyum.Tiara faham maksud senyuman itu.

PAGI Ahad itu,Tiara bercadang untuk bersiar-siar di sekitar bandar Johor Bahru dengan ditemani kakaknya,Trisya Eryna.Tiara mengambil masa selama 30 minit untuk bersiap.

“Betulkah keputusan yang aku buat?Mengahwini teman baik aku sendiri dan menjadi teman hidupnya sepanjang hayat?Tapi, bukankah dia juga sukakan Evan?”Tiara bertanya pada dirinya sendiri di hadapan cermin.

“Evia,cepatlah sikit!”panggilan Trisya mematikan lamunannya.

Tiara keluar dari perut kereta perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat.Baru beberapa langkah berjalan,Tiara pengsan.Semuanya jadi kelam.Hanya kedengaran suara halus Trisya sayup-sayup memanggil namanya.

Trisya segera menelefon Evan.Dia tidak tahu ingin meminta tolong pada siapa lagi.Hanya Evan yang difikirkannya pada masa ini.

“Evan!Au secours!Aidez-moi!(Tolong!Tolong saya!)”Trisya memanggil-manggil Evan dalam talian.

“Porquoi?”soal Evan risau apabila mendengar suara cemas Trisya.

“Evia pengsan!Tolong kakak!Kakak dah tak tahu nak minta tolong pada siapa lagi ni!”Trisya memangku tubuh adiknya.

“Tiara faible?(Tiara pengsan?).Ok,kakak tunggu sekejap!Lagi lima minit Evan sampai,”terus Evan mematikan talian dan bergegas mencapai kunci kereta.Saat ini,hanya Tiara yang bermain-main di fikirannya.

Tubuh Tiara diletakkan di atas Hospital Stretcher dan diusung ke dalam wad.Trisya dan Evan menunggu di luar bilik wad dengan harapan tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas diri Tiara.

Selang beberapa minit kemudian,seorang doktor lelaki yang memakai tag nama “Haikal” keluar dari bilik wad di mana Tiara ditempatkan.Trisya terus meluru ke arah doktor tersebut dan diikuti oleh Evan.

“Cik ini ahli keluarga pesakit ke?”soal Doktor Haikal.Trisya pantas mengangguk.

“Ya.Saya Trisya Eryna,kakak kepada pesakit bernama Tiara Evia.Bagaimana keadaan adik saya,doktor?Dia tak apa-apa,bukan?” Doktor Haikal menghela nafas berat.

“Susah saya nak jelaskan.Tapi,boleh Cik Trisya ikut saya sebentar?”Trisya hanya mengangguk lalu membuntuti Doktor Haikal ke bilik rawatan.

TRISYA memandang sebak adiknya yang terlantar di atas katil hospital.Seakan-akan tidak percaya Tiara disahkan menghidap penyakit kanser darah yang dinamakan sebagai leukimia.Adiknya itu tidak pernah pula menunjukkan tanda-tanda bahawa dia sedang menderita sakit kanser darah yang serius.Trisya tiba-tiba teringat akan perbualannya dengan Doktor Haikal sebentar tadi.

“Apa yang sebenarnya berlaku ke atas adik saya,doktor?”Trisya terus menyoal Doktor Haikal sebaik sahaja dia dipelawa untuk duduk.Evan yang duduk di sisi Trisya juga kelihatan risau.

“Cik Tiara sebenarnya sedang menghidap penyakit kanser darah yang sangat serius iaitu leukimia,”jawab Doktor Haikal.Evan dan Trisya masing-masing terkejut.

“Apa maksud doktor?”celah Evan.Sungguh dia tak menyangka bahawa gadis kesayangannya adalah antara salah seorang daripada pesakit leukimia.

“Cik Tiara disahkan menghidap leukimia jenis Limfoid Kronik.Ia kini berada di tahap paling serius.Jika tidak dirawat segera,ia boleh menyebabkan maut.Meskipun selepas rawatan,perlu sentiasa diawasi kerana leukemia menyebabkan sistem imunisasi pesakit lemah dan tidak normal, malah mudah terkena jangkitan kuman, misalnya fungus,”Doktor Haikal menjelaskan satu persatu.

“Tapi,adik saya tak pernah pula menunjukkan tanda-tanda bahawa dia diserang penyakit leukimia?”Trisya seolah-olah tidak mahu menerima hakikat.Doktor Haikal menggelengkan kepalanya.

“Biasanya,pesakit yang menghidap leukimia jenis Limfoid Kronik seperti ini tidak akan mengalami sebarang gejala di peringkat awal.Hal ini disebabkan oleh,penyakit ini berkembang dalam kadar yang perlahan dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun kerana sel darah normal tidak terhimpit dan ditolak keluar dengan cepat berbanding leukimia jenis Limfoid Akut,”terang Doktor Haikal lagi.

Tanpa sedar,air jernih yang tadinya bertakung di kelopak matanya mula menitik.Dia menyeka air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.Evan menghampiri Trisya perlahan-lahan. Dia berdiri di sisi gadis itu sambil melemparkan pandangannya ke arah Tiara yang terlantar sakit di atas katil hospital.Hatinya turut merasa sebak melihat Tiara dalam keadaan sebegitu.

“Evan tahu tak apa yang Tiara selalu cakap pada kakak sejak kebelakangan ni?”Trisya tiba-tiba bersuara.Matanya masih tak beralih daripada memandang Tiara.

“Apa yang Tiara cakap pada kakak?”soal Evan diselubungi perasaan ingin tahu.Trisya tersenyum tawar.

“Adik kakak tu,suka sangat bila Evan melamar dia pada hari itu. Dia sanggup berjalan dari satu butik ke satu butik yang lain semata-mata nak mancari baju pengantin yang sesuai untuk dipakai masa hari perkahwinannya nanti.Dia nak berikan Evan kejutan.Kakak tak pernah tengok Tiara seceria itu,”Trisya berhenti sejenak untuk menyeka air matanya yang mula mengalir deras.

“Lagipun,Tiara pernah cakap pada kakak tentang satu perkara.”

“Apa dia,kak?”soal Evan.Trisya mengalihkan pandangannya ke wajah Evan.Tepat pada mata Evan.Trisya cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata adiknya dalam anak mata milik lelaki yang sangat disayangi Tiara itu.

“Tiara pernah cakap pada kakak,Evan adalah lelaki pertama yang dia lihat dan hadir dalam hidup dia dan dia berharap agar Evan jugalah yang akan menjadi lelaki pertama yang akan dia lihat dan hadir sewaktu saat susah dan dukanya.Kakak tahu,walaupun Evan ni kawan baik dia,tapi Tiara memang tak banyak cerita pada Evan tentang diri dia,kan?”

Evan mengangguk tanda membenarkan kata-kata Trisya.

“Kalau Evan nak tahu,selama ini Tiara selalu gagal dalam perhubungannya. Sejak itu,Tiara sudah serik untuk menjalinkan hubungan kekasih dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya sebab dia tahu,mereka cuma nakkan harta keluarga kami.Lagipun,Tiara sudah tak percaya pada mana-mana lelaki yang cuba mendekati dia sebab Tiara tak nampak keikhlasan mereka dalam menjalinkan hubungan. Mereka hanya nampak kecantikan dan inginkan kesempurnaan semata-mata!”

“Tapi,Tiara merasakan Evan tak sama dengan lelaki lain di luar sana. Tiara sukakan Evan.Dia cintakan Evan.Tiara tahu,Evan seorang lelaki yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan.Tiara selalu cerita pada kakak, dia suka mancari sinar keikhlasan cinta Evan padanya melalui sinaran anak mata Evan.Mungkin Evan tak perasan tetapi itulah perkara yang Tiara suka lakukan setiap kali dia bertemu dengan Evan.”

“Hari ini,kakak sendiri telah dapat melihatnya.Kakak dapat lihat sinar yang diperkatakan Tiara dalam anak mata Evan.Sinar mata manusia memang tak mampu berbohong,Evan.Kakak tahu,Evan pun cintakan Tiara seperti mana dia cintakan Evan,”di akhir kata-katanya,Trisya ketawa kecil sambil mengesat air matanya.Sebak rasanya di dada tak dapat diselindungi lagi selepas segala-galanya diluahkan kepada Evan.Evan turut sebak mendengar bicara Trisya. Dia sungguh tak menyangka begitu dalam cinta Tiara terhadapnya.

Tapi kenapa?Kenapa baru pada saat dan ketika ini Trisya meluahkan isi hati Tiara yang selama ini terpendam dek kerana terhalang oleh sebuah ikatan persahabatan yang disangkanya cuma akan kekal sebagai ikatan persahabatan sahaja buat selama-lamanya?

KINI,sudah hampir sebulan Tiara terlantar sakit di hospital. Selama sebulan ini jugalah dia terpaksa menjalani pelbagai pemeriksaan dan rawatan terutamanya rawatan radioterapi dan kemoterapi yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat di dalam tubuh badannya.Dalam masa sebulan ini,Evanlah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjaganya siang dan malam.

Tiara tiba-tiba tersedar daripada lena apabila menyedari sesuatu menimpa tangannya.Dia meraba-raba benda yang menimpa tangannya.Evan!

Evan bergerak-gerak.Nampak sangat baru bangun tidur!

“Awak dah sedar?”Evan bertanya dalam keadaan mamai.Dia menggosok-gosok matanya yang terasa pedih.Evan menggeliat kecil.

Tiara sekadar tersenyum dan mengangguk.Sayu hati Evan melihat keadaan kekasihnya.Walaupun ketika sakit,Tiara masih mampu untuk tersenyum manis.

“Awak nak makan?Saya belikan makanan untuk awak,”Evan sudah berkira-kira untuk bangun namun sempat ditahan oleh Tiara. Evan faham maksud Tiara.Dia kembali duduk.

“Saya tak nak susahkan awak.Awak pun dah banyak tolong saya dan kakak saya.Awak jaga saya sepanjang saya berada di hospital ni. Saya dah banyak terhutang budi pada awak,Evan,”ujar Tiara. Matanya dilihat berkaca-kaca.Tiara cuba menahan air matanya daripada mengalir.Dia hanya ingin menghadiahi Evan senyuman manis pada saat-saat akhir dirinya,bukannya tangisan kesedihan yang ingin diberikan.

Evan pantas menggelengkan kepalanya.

“Janganlah cakap macam tu.Saya tak pernah rasa awak ni menyusahkan saya.Saya tak kisah kalau terpaksa jaga awak asalkan saya sentiasa dapat bersama awak,”balas Evan.Dia menggenggam erat tangan mulus Tiara.Sejuk sekali dirasakannya.

“Evan..”

“Oui(Ya?)”

“Apa yang akan awak buat andai saya dah tak ada lagi di muka bumi ni?”tanya Tiara.

“Kenapa ni?Awak janganlah takutkan saya macam ni,”Evan takut untuk memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku andai Tiara tiada lagi di sisinya.

Tiara mengusap rambutnya perlahan.Jelas kelihatan rambutnya yang gugur melekat di celah-celah jari-jemari runcingnya.Evan hanya memerhatikan tingkah-laku gadis itu.Kemudian,Tiara meletakkan helaian rambut kesayangannya di atas telapak tangan lelaki itu.Evan cuba mentafsir perlakuan gadis yang berada di hadapannya ini.

“Awak faham maksud saya,bukan?”soal Tiara kepada Evan. Evan geleng kepala.Tiara menghela nafas berat.Tak sanggup rasanya ingin mengecewakan Evan.Dia tak mahu Evan bersedih.Dia mahu agar Evan bahagia tanpa berduka walaupun tiada dia di sisi lelaki itu.Air mata hangat jatuh ke pipi.

“Saya harap,awak tak menyesal selama awak berada dengan saya.Saya sangat-sangat gembira dan selesa bila bersama awak.Saya takut untuk kehilangan awak tapi kali ni,saya rasa takut untuk meninggalkan awak.Saya tak nak awak menyesal mempunyai teman baik yang bakal meninggalkan awak tak lama lagi.Teman baik yang hanya bersama awak untuk sementara waktu dan akan pergi jauh dari awak buat selama-lamanya,”ujar Tiara dalam tangisan.

“Tidak,Tiara!Awak tak boleh cakap macam tu!Awak tak boleh tinggalkan saya!Saya tak benarkan!”Evan bagai orang sedang meracau.Tiara cuba menenangkan Evan.Dia memegang kedua-dua belah pipi lelaki itu.

“Evan!Evan!Hei,dengar sini!Dengar cakap saya!”Tiara memanggil-manggil nama Evan beberapa kali.

“Awak tak boleh pergi jauh dari saya,Tiara..”Evan merenung Tiara dalam-dalam.Tiara menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Evan,awak kena terima hakikat!Saya tak akan dapat hidup lama lagi di muka bumi ini!Saya akan pergi jauh,Evan!Awak kena terima tu!”ujar Tiara separuh jerit.

“Walau banyak mana usaha yang awak lakukan pun,awak tetap akan kehilangan saya!Itu takdir saya!Takdir yang telah Tuhan tetapkan untuk saya!Tapi,saya cuma nak awak tahu dan ingat satu perkara.Saya sangat-sangat hargai masa yang saya lalui bersama awak.Evan,maafkan semua kesalahan saya,ya?Lafaz terakhir saya, saya cintakan awak,Evan Adryan,”ucap Tiara,mungkin untuk kali yang terakhir.Hati Evan tersentuh.Terus dia memeluk erat gadis itu.Tiara menitiskan air mata terakhir dalam dakapan lelaki itu.

Selang beberapa saat,tubuhnya mulai kaku.Jantung dan nadinya berhenti berdenyut.Seluruh anggota tubuhnya sudah tidak bergerak lagi.Evan menangis semahu-mahunya.Jam 5.30 petang hari Khamis, Tiara Evia binti Tan Sri Kamal telah disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser darah,leukimia.

TANAH perkuburan Mount Austin yang sunyi dan sepi menjadi tatapan Evan.Kemudian,dia membuang pandangannya ke arah pusara kekasihnya.Sudah hampir tiga bulan Tiara meninggal dunia.Evan duduk bersila di atas tikar mengkuang yang dibentangnya sambil merenung tulisan nama,Almarhumah Tiara Evia binti Tan Sri Kamal yang terukir cantik di atas pemukaan batu nisan berwarna putih di hadapannya.

“Assalamualaikum,Tiara.Awak,saya datang ni.Saya datang nak ziarah awak.Saya sangat rindukan awak.Saya datang nak beri awak hadiah macam biasa sebab dah lama saya tak beri awak hadiah,kan? Saya tahu,awak mesti ternanti-nanti kedatangan saya,”ujar Evan seolah-olah sedang berbicara dengan kekasihnya,Tiara.Dia tersenyum sendiri apabila teringatkan raut wajah Tiara yang sedang tersenyum manis ke arahnya.Dia sangat rindukan saat itu.Senyuman Tiara,gelak tawa Tiara dan suara merdu Tiara yang memanggil-manggil namanya,semuanya membuatkan Evan semakin merindui gadis itu.Terngiang-ngiang di telinga Evan suara Tiara memarahinya apabila dia mengusik gadis itu.

“Evan,kenapa awak ambil ayam saya!Tak adillah macam ni!”

“Awak!Basahlah baju saya kalau awak siram air tu pada saya!”

“Evan,janganlah kacau saya nak buat kerja!Sibuklah awak ni!”

“Ambillah air sendiri!Pemalas betullah!”

Evan mengesat air matanya yang mula menitis di atas tanah pusara Tiara.Dia mula menyelak helaian muka surat pertama kitabYaasin dan mengalunkan ayat suci itu dengan penuh khusyuk. Memang itulah tujuan utamanya menziarahi Tiara di tanah perkuburan itu, iaitu untuk menghadiahi Tiara dengan bacaan dan alunan Surah Yaasin di samping menceritakan kepada Tiara tentang kehidupan sehariannya.

Tiara Evia,walaupun awak tak sempurna,tetapi awak tak pernah meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginan.Walau awak tak suka,awak tetap terima apa yang diberi seadanya.Walau awak sedang sakit,awak tak pernah ungkapkan sebab awak tak nak susahkan orang yang berada di sekeliling awak.

Tiara Evia,awaklah teman yang setia bagi saya,awaklah adik yang manja bagi saya,awaklah ibu yang penyayang bagi saya, awaklah kakak yang sentiasa jujur pada saya,awaklah guru yang prihatin terhadap saya,dan awaklah kekasih yang abadi untuk saya.

Tiara,walaupun awak sudah tiada lagi di sisi,kenangan dan memori kita akan sentiasa saya semat di hati ini.Saya reda dengan ketentuan Ilahi,andai ini yang terbaik bagi kita berdua.Saya percaya,pasti ada hikmah di sebalik pemergian awak ini.

Tiara,saya nak awak tahu yang saya tak pernah menyesal bila berada bersama awak.Malah,saya akan rasa lebih menyesal andai saya mengabaikan awak di waktu awak susah dan berduka.Saya juga minta maaf andai ada kekurangan dalam layanan saya terhadap awak selama ini.Saya akan sentiasa mendoakan awak aman dan tenteram di alam sana.

Evan menutup dan mencium kitab Yaasinnya seraya bangun dan melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan yang kembali sunyi. “Assalamulaikum,Tiara..”Evan memberi salam sebelum melangkah pergi.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience