BAB 1

Drama Completed 5869

“Kau memang anak yang tak sedar diuntung! Tergamak kamu menconteng arang kemuka kami? Mulai dari hari ini terputuslah hubungan kita sebagai anak beranak, kami tidak ada anak perempuan bernama Laila Issabella,’’ lancang sahaja kata-kata itu terpacul dari lelaki berusia 50an itu, dia nekad memutuskan hubungan dengan anak perempuannya lantaran sebuah insiden yang menjadikan sebuah keluarga yang hidup penuh harmoni kini kacau bilau.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketuka itu mematikan lamunan Laila yang berlaku dua belas tahun tahun dahulu. Muncul Lily dari balik pintu sambil melemparkan senyuman kepada Laila.

“ Cik Laila, Encik Haziq datang,”

“ Bagi dia masuk,”

Lily berlalu sambil menutup pintu. Kalaulah Fezrol ada mesti dia sama umur dengan Lily. Tapi Fezrol dah tak ada. Laila hanya mampu mengeluh dengan segala yang berlaku. Laila memandang kearah pintu apabila mendengar bunyi ketukan.

“ hai si manisku Laila,” ujar Haziq sambil melabuhkan diri dikerusi dihadapan meja Laila. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis dihadapannya.

Laila tersenyum mendengar kata-kata Haziq sebentar tadi,” Stop it Haziq,kalau Kak Nurul dengar macam mana,”

Haziq hanya ketawa mendengar kata-kata Laila sebentar tadi. Dia tahu gadis tersebut hanya bergurau dengan kata-katanya sebentar tadi. Pengalaman dua belas tahun tahun membuatkan dia kenal perangai sebenar Laila. Laila tahu Nurul tidak akan cemburu dengan sesuatu tanpa sebab.

“ So,macam mana hidup my sweet MLaila sekarang? Ada apa-apa yang menarik,” tanya Haziq selepas ketawanya reda.

“Everthing good. Kecuali… Datuk Badlyshah,” menyebut nama tersebut menyebabkan wajah Laila berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience