Tiga Puluh Lapan

Other Completed 44787

Luthfi menapak di Villanya. Sarah dan Rissa kini tidak bersamanya kerana Layla telah balik.

"Baru sekejap Sayang tak ada, Abang dah rindukan Sayang." Kata Luthfi.

Dia mula menapak naik kebiliknya. Bauan isterinya cukup membuatkan dia gila.

"Ya Allah kau lindungilah Isteriku disaat aku tak boleh melindunginya. Kau kuatkanlah perasaan kami." Doa Luthfi.

Dia membuka Balkoni dan berdiri diluar memandang awan biru.

"Abang rindukan Sayang." Kata Luthfi.

Deringan phone diatas katil membuatkan Luthfi masuk semula dan menjawab panggilan itu.

"Bang, Mahkamah Sabah meminta Abang Luth kesana sekarang kerana ada kes yang melibatkan seorang remaja lelaki yang dituduh membunuh Bapa tirinya." Kata Aidil dalam panggilan.

"Baiklah. kejap lagi Abang akan bergerak ke Airport." Kata Luthfi.

"Ok Nombor tiket Aidil dah sent dekat Abang." Kata Aidil.

Panggilan diputuskan. Luthfi mengemas beberapa pasang baju dan tak lupa perfume isterinya. Jika rindu hanya itu pelepas hang Luthfi ada.

Disisi Lain, Layla yang duduk disofa ruang tamu merenung anaknya Sarah.

"Apa yang Sarah nak sebenarnya." Tanya Layla.

"Sarah tak kesiankan Mama Cinta ke?" Tanya Layla lagi.

"Dia bukan Mama Sarah lagi. Sarah dah anggap Mama Sarah dah mati." Kata Sarah membuatkan Fakhrul tidak dapat lagi menahan emosinya.

"Sarah!!!" Tengkingnya.

"Kenapa semua nak salahkan Sarah. Sedangkan dia yang mungkir janjinya." Kata Sarah dalam tangisan.

"Sarah tahu apa kerja Mama Cinta. Dan siapa Sarah nak menghalang kerjaya Mama Cinta." Kata Fakhrul.

"Sarah tak fikir, Mama Cinta dah banyak berkorban untuk Sarah. Budi yang Mama Cinta bagi, Tak dapat Mommy dan Daddy balas. Darah Sarah. Darah yang diberikan Mama Cinta. Dalam badan Sarah kini mengalirnya darah Mama Cinta. Sarah tahu tak." Kata Layla panjang lebar.

Fakhrul menerima oangglan dari Luthfi yang mengatakan dia akan terbang ke Sabah hari ni.

Selesai berbicara Fakhrul memberitahu kepada Layla.

"Takpe. Biar Luth pergi sana. Tak juga dia rindu pada Cinta." Kata Layla pada suaminya.

"Luth bagitahu tadi Cinta dah book ticket untuk kita bawa Sarah ke Legoland." Kata Fakhrul.

"Bila?" Tanya Layla.

"Hujung minggu ni." Balas Fakhrul.

"Ermm ok. Petang sikit Dy bawa Mommy dan anak-anak jalan. Terus jenguk Villa Luth." Kata Fakhrul.

"Ok Dy." Balas Layla.

Dikala waktu yang sama, tanpa pengetahuan, Allah meniupkan satu nyawa didalam rahim Cinta.

3 hari berada dalam misi. Emosi Cinta tidak begitu stabil, keadaannya sangat lemah. Namun demi menghabiskan misi ni dia ketepikan rasa sakit yang dialami di perutnya.

"Jasmin kau ok tak?" Tanya Umairah.

"Aku ok. Cuma aku tak tahulah salah makan kot." Kata Cinta.

"Berawas!!! Kawasan dikepung. Pecah 3 bahagian!! Dengar apa aku cakap, Jasmin Umairah dan Al, pergi sebelah barat. Manakala kamu bertiga pergi arah bertentangan. Dan aku kau dan kau akan ikut laluan timur.. Faham skuad!!!" Kata Eddie.

"Faham Tuan!!" Serentak mereka menjawab.

"Move!! Move!!" Kata Eddie lagi.

"Jumpa dekat Jambatan besar!!" Teriak Al.

Hampir nak menghabiskan misi, mereka diburu oleh beberapa orang pengebom berani mati.

Sampai disatu sudut, keadaan memaksa Cinta untuk berhenti. Sakitnya tak dapat dibendung lagi.

"Kamu pergi. Tinggalkan aku kat sini." Kata Cinta.

"Jasmin." Kata Umairah.

"Pergi!!" Teriak Cinta.

Al menghampiri Cinta lalu mengangkat tubuh Cinta dan dinaikkan kebelakangnya.

"Aku dah janji pada Thariq kalau aku akan lindungi Love dia." Kata Al.

"Aku taknak sebab aku kau orang akan terkorban sama." Lemah suara Cinta.

"Misi takkan berjaya jika salah seorang dari kita semua gugur dimedan perang." Balas Al.

Mereka kumpulan pertama yang sampai dijambatan besar.

"Kau rehat kat sini." Kata Al lalu meletakkan Cinta ditepi jambatan.

"Kamu nak lari kemana?" Kata lelaki yang mendekati mereka.

Al dan Umairah menghalakan senapang kearah lelaki itu namun apabila dia membuka pakaiannya, Hampir seluruh tubuhnya dipenuhi bahan letupan.

"Stop. Jangan tembak. Kalau tak kita sekali mati disini." Kata Cinta.

Cinta bangun dari duduknya. Berjalan kedepan. Melihat lelaki itu.

"Kau tergamak ke nak letupkan diri kau. Kau takde Family, Anak, Isteri?" Tanya Cinta.

"Aku ada semua tu. Anak, Isteri Family. Tapi apa guna kalau mereka semua dalam tahanan Cobra." Kata lelaki itu menangis.

"Kami bantu kau." Kata Cinta lagi.

"Tak boleh. Kalau aku tak lakukan benda ni mereka semua akan mati ditangan Cobra." Kata Lelaki itu.

"Kami janji akan selamatkan family kau." Kata Al.

"Tapi bagaimana? Cobra hingga kini masih tak tahu dimana?" Kata Lelaki itu.

"Team kami akan handle Cobra. Yang penting sekarang kami bantu awak untuk lepaskan letupan tu dari badan kau." Kata Umairah.

"Tak boleh. Benda ni akan meletup dalam masa kurang dari 7 minit." Kata lelaki itu lagi.

"Kau dekat kesini agar kau tak boleh terlihat oleh mana mana cctv." Kata Al.

Lelaki itu mendekat kearah mereka dan duduk bercangkung agar Cinta dan Umairah dapat melepaskan bahan letupan itu.

Al melihat sekeliling, takut takut ada musuh mendekat.

"Al letupan ni tak dapat nak dihentikan. Mereka dah Set. Sebab hanya tinggal satu wayar yang Jasmin tak potong." Kata Umairah.

"Berdiri. Saya akan potong baju awak ni." Saran Cinta.

"Tapi Jasmin." Umairah ingin membantah.

"Percaya pada aku. Kita akan selamat." Kata Cinta.

Mereka serentak menganggukkan kepala. Cinta perlahan dan secara perlahan memotong pakaian itu agar lepas dari badan lelaki itu.

Umairah memegang baju itu apabila telah terlepas dari badan lelaki itu.

"1 Minit Jasmin." Kata Umairah panik.

"Panjat!!" Herdik Cinta.

Mereka memanjat penghadang Jambatan itu. Lelaki itu dicampakkan kelaut.

"Aku kira sampai 3 kau buang baju tu ketengah." Kata Al.

"10 saat!!" Kata Umairah.

"Lempar!!!!" Tengking Cinta.

Umairah melempar ketengah jambatan dan mereka bertiga terjun kedalam lautan.

Letupan terjadi apabila Team Eddie baru ingin menapak kesana bersama Team yang lagi satu.

"Sorok!!!!" Teriak Eddie apabila letupan tadi menghancurkan Jambatan besar itu.

Eddie tak mampu berkata, Hanya satu team tidak bersama mereka.

"Team Saka Biru! Team Saka Biru!!" Panggil Eddie melalui walker tokey.

"Al!! Umairah!! Cinta!!" Panggil Eddie lagi.

Team temtera lait yang bersiap siaga dilautan melihat letupan itu. Mereka mendekat dan mendapati 4 orang menerjuni kelautan lepas.

"Tentera laut yang terdiri dari Hilal dan teamnya terjun untuk menyelamatkan mangsa."

Hampir setengah jam mereka menaikkan team Al. Alangkah terkejutnya Hilal bila mendapati salah seorang dari mangsa yang dibawa naik adalah Kakaknya.

"Akak?? Akak!!!!" Panggil Hilal.

Team Tentera Laut memberikan pertolongan cemas kepada 4 mangsa yang terjun dari atas jambatan.

Eddie masih memanggil Team Al, Namun masih tak ada jawapan.

"Hubungi Markas. Minta bantuan misi mencari mereka bertiga." Kata Eddie cemas.

"Baik Kapten." Kata pegawai dalam teamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience