"Abang nak gie mana?,"
Tanya Fazura bila melihat suaminya berpakaian kemas
"Abang nak pergi jumpa client, mungkin malam baru abang balik,"
"Lamanya Bang?,"
Farid Husin memeluk isterinya
"Client yang abang nak jumpa tu bukannya orang Malaysia, hari nie je dia ada masa untuk jumpa abang,"
"Perempuan ke lelaki?,"
"Perempuan, tapi client, boleh ke abang jumpa?,"
Fazura melemparkan senyuman manis pada suaminya sambil mengangguk
"Boleh, abang hati-hati bawa kereta Ya,"
Sebuah kucupan singgah di dahi Fazura, membuatkan Fazura tidak ingin melepaskan dakapan suaminya
"Abang dah terlewat nie, takut pulak client abang menunggu,"
Fazura mengeluh kecil, perlahan-lahan dia lepaskan pelukan, Farid Husin menoleh sebentar pada isterinya saat dia keluar dari rumah, hatinya merasa bersalah kerana menipu isteri tercinta, client yang ingin dia temui sebenarnya adalah Awaisha Laila
Fazura hanya memerhati kereta suaminya meninggalkan pekarangan rumah, entah mengapa dia tidak sedap hati, seperti ada sesuatu yang mecurigakan, dia selalu melihat suaminya berpakaian suit bila berjumpa dengan client namun tadi suaminya hanya memakai baju kemeja, berseluar jean
Fazura mengeleng-geleng cuba menghilang syak wangsaka dalam kepalanya
"Tak akanlah hari ahad pun nak pakai kot,"
Kata Fazura tersengih-sengih sendiri
**
Suasana sepi di dalam kereta, baik Farid Husin mahupun Awaisha Laila masing-masing tidak bercakap, Hanya Dj radio menjadi peneman mereka, pandangan Farid Husin tertumpu di jalan raya tanpa ada tanda-tanda untuk berbual dengan Awaisha Laila
Selepas Farid Husin mengambil Awaisha Laila, Awaisha Laila mengajak Farid Husin menemaninya untuk pergi ke kampung datuk keramat untuk melihat rumah lamanya, sebelum pergi melihat sekolah lamanya pula, Arwah ayah Awaisha Laila dulu mempunyai sebuah kedai di masjid jamek sebelum di ambil alih oleh pakciknya dari Pakistan tanpa memberi satu sen pun padanya
Kawasan perumahan kampung Datuk keramat begitu sibuk, sehingga sukar mencari parking, Awaisha Laila menunjuk pada Farid Husin sebuah rumah teres dua tingkat, rumah itulah tempat arwah ibunya melahirkannya dan membesarkanya, segala kasih sayang di curahkan oleh ayah tercinta, sekiranya arwah ayah dan ibunya masih hidup, hidupnya kini lebih bahagia dan pasti di kala ini dia sedang bergembira bersama keluarganya
"Sha nak turun ke?,"
Tanya Farid Husin
Awaisha Laila mengeleng
"marilah Farid kita pergi mana-mana je,"
"Sha kata nak tengok sekolah lama?,"
Awaisha Laila tersenyum paksa memandang Farid Husin
"Maafkan saya Farid, lain kali je saya pergi tengok,"
Farid Husin mengeluh perlahan sambil mengangguk
"Kalau gitu kita pergi makan dulu,"
Dalam perjalanan, Awaisha Laila seperti sedang memikirkan sesuatu, Farid Husin yang perasan dengan perubahan air muka Awaisha Laila terus bertanya
"Kenapa Sha?,"
Begitu sukar rasanya bagi Awaisha Laila untuk meluahkan pada Farid Husin di kala ini namun di gagahkan jua
"Farid tak rasa bersalah ke keluar dengan saya tanpa pengetahuan Fazura?,"
merah padam wajah Farid Husin bila di soal Awaisha Laila
"Sha, sebelum aku kahwin dengan Fazura, wanita yang aku cintai adalah Sha, kalau bukan di sebabkan Sha mengandung, bukan ke kita akan hidup bersama sekarang?,"
Berdetak laju jantung Awaisha Laila mendengar jawapan dari Farid Husin
"Tapi itu dulu Farid, sekarang Farid milik Fazura, bagi saya semua tu dah belalu, saya tak nak menjadi wanita yang merosakan kebahagian rumah tangga orang,"
Diam-diam Farid Husin menyeget bibirnya, benci betul dia mendengar alasan Awaisha Laila
"Merosakan kebahagian konon, kau tak sedar kau dah rosakan kebahagian aku dari dulu lagi, dasar perempuan tak guna,"
Getus hati Farid Husin, sebelum berpura-pura tenang memandang sekilas wajah Awaisha Laila
"Bagi aku Sha, dari dulu lagi kita patut bersama, andai kata jika pertemuan kita ini adalah jodoh, tiada alasan untuk mengatakan Sha merosakan kebahagian rumah tangga aku,"
Balas Farid Husin, seboleh-bolehnya dia mahu memujuk Awaisha Laila supaya berkahwin dengannya
Agak terkejut Awaisha Laila mendengar kata-kata Farid Husin
"Apa maksud Farid?,"
Farid Husin tidak terus menjawab, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan yang agak lengang
"Sha, selama nie Sha satu-satunya wanita yang kenal perangai aku, aku paling benci berkias-kias kalau bercakap,"
"Itu saya tahu Farid, tapi tolonglah jangan mengharapkan apa-apa lagi dari saya, saya tak sanggup Farid,"
Pinta Awaisha Laila seperti tahu apa yang di maksudkan Farid Husin
Farid Husin duduk menyandar, dia menarik nafas panjang,
"Mari kita kahwin Sha, jadilah isteri aku, bukan ke itu yang Sha inginkan dulu,"
"Ya Farid, saya mengaku, dulu saya inginkan perkahwinan dengan Farid, tapi Farid lupa ke, apa yang Farid dah buat pada saya, hanya kerana saya mengandung, Farid sanggup suruh saya mati, apa salah saya waktu tu Farid,"
Balas Awaisha Laila dengan tangis esak
Wajah Farid Husin merah padam seperti sedang menahan amarah, dia menoleh memandang Awaisha Laila, dendam yang dia pendam selama ini seperti sedang membuak-buak keluar
"Sha kenapa kau degil sangat, bukan ke aku dah cakap, jangan jumpa nenek aku, jangan pergi mengadu pada nenek aku, aku dah cakap banyak kali pada kau! jangan biarkan nenek aku tahu.. tapi kau degil!! kau pergi jugak jumpa nenek aku, padahal kau dah tahu, nenek aku tak boleh terkejut, kau dah tahu nenek aku ada masalah jantung, tapi kerana keinginan kau tu bodoh!! buatkan nenek aku mati,"
"Tak!! Farid.., saya dah cakap Nek ja yang paksa saya datang, saya tak nak jumpa dia Farid, tapi Nek ja ugut saya Farid, saya takut waktu tu,"
"Kau jangan bagi alasan bodoh, mengapa kau tak call aku waktu tu,"
"Saya dah call banyak kali Farid, tapi Farid tak jawab,"
"Tapi kau tetap pergi jumpa dengan nenek akukan, lepas tu kau sanggup larikan diri, sampai hati kau biarkan nenek aku terbaring dekat luar, Mengapa kau tak tolong dia,"
"Saya tak lari, sumpah saya tak lari, saya pergi minta bantuan Farid,"
Awaisha Laila masih ingat, dia bukannya lari, dia panik, saat itu tiada siapa di rumah Nek ja, dia sudah menjerit meminta tolong, oleh sebab kerana terlalu panik di lari mencari bantuan dari jiran yang terdekat
Farid Husin menanggal tali pinggang keledar, giginya di getap, tiada satu pun perkataan yang muntah dari mulut Awaisha Laila buatkan dia pecaya, dia memandang Awaisha Laila di penuhi dengan kemarahan dan dendam
"Apa guna kau ada telefon bodoh, kau boleh je telefon ambulan waktu tu sial!!,"
Pekik Farid Husin dengan berang sambil menghayunkan penumbuknya tepat mengenai muka Awaisha Laila
Awaisha Laila terjerit-jerit sambil cuba melindungi wajahnya, namun Farid Husin seperti di rasuk, terus menerus menghayunkan penumbuk ke arah kepalanya
"Sakit!!.. Sakit!!.. tolong Farid, sakit!!..,"
"jerit.. jerit!! memang dah lama aku nak ajar kau sial!! jerit!! tengok siapa yang boleh tolong kau,"
"Tolong!!.. Tolong!!.."
suara dari Jeritan Awaisha Laila begitu kuat namun tiada siapa yang mendengarnya, sehingga akhirnya suara jeritannya tidak lagi kedengaran
Berapa detik berlalu, Farid Husin keluar dari kereta, riak wajahnya tampak tenang, dia berdiri sambil menyandar pada keretanya, dia memandang skrin telefon pintar mencari sebuah nama
"Hello Hamdan,"
"Ya Farid,"
"Kau kena tolong aku,"
Hamdan diam seketika di hujung talian
"Nampaknya godaan kau tak menjadi, so apa yang aku boleh tolong,"
"Aku akan bawa Awaisha ke satu tempat, kau tunggu call aku, aku nak kau call pegawai agama islam, nanti aku call Zamri,"
"Zamri?, buat apa kau call Zamri, diakan wartawan,"
"Sebab dia wartawanlah, aku nak call dia,"
"Nanti, jangan cakap, kau nak satu Malaysia tahu kau kena tangkap basah,"
"Yes, memang aku nak satu Malaysia tahu aku kena tangkap basah, tapi yang membuatkan aku kena tangkap basah bukannya aku,"
"Maksud kau, Awaisha yang perangkap kau,"
"Betul, nanti?,"
Farid Husin mengosok-gosok dahinya, memikirkan sesuatu
"mungkin lebih baik, kau suruh girlfriend kau yang call pegawai agama islam,"
Hamdan tergelak di hujung talian seperti memahami maksud Farid Husin
"Hebat betul kau Farid, kalau memikirkan benda jahat, kaulah rajanya,"
Farid Husin dengan Hamdan sama-sama tergelak
"kau tunggu je call aku okay,"
"Beres boss,"
Share this novel