Bab Akhir

Drama Completed 35637

Sudah menjadi lumrah kehidupan sesiapa yang berada di dalam masjid akan berasa tenang. Ditambah pula dengan kehadiran pendingin hawa yang menyamankan suasana.

Tetapi bukan Tiara Adriana. Jantungnya berdebar daripada tadi sejak kakinya menjejak perkarangan masjid.

Dia melihat hantaran pernikahan yang digubah sendiri oleh kakak iparnya tersusun cantik berdekatan dengannya.

Sudah 15 minit dia berada di situ tetapi pihak pengantin lelaki masih belum tiba. Semakin lambat pengantin lelaki tiba, semakin bertambah debaran yang dirasai oleh nya.

Tiara melihat kakak iparnya, Nur Zahirah yang berada di sebelahnya kemudian dia melihat abangnya yang duduk bertentangan dengannya.

Dia hairan melihat abangnya hanya tenang sahaja walaupun pihak pengantin lelaki masih belum muncul. Kalau diikutkan logik akalnya, abangnya pantang dengan orang yang tidak tepati masa ini. Tetapi abangnya siap boleh memberikan senyuman pada dia.

Tiara membisik sesuatu pada Hadirah yang berada di belakangnya.

"Hadirah, aku takut lah. Tangan aku dah basah dah ni" kata Tiara sambil menunjukkan tapak tangan nya kepada Hadirah.

"Kau ni. Yang nak salam dengan tok kadi nanti pengantin lelaki, bukannya kau. Yang tangan kau pulak basah dah kenapa?"

"Kau gila aku tak takut? Berapa minit je lagi aku nak nikah ni, pengantin lelaki pun aku 'still' tak tengok muka. Ke dia suami orang?"

Hadirah memandang Tiara dengan pandangan tajam.

"Hah, dah mula lah tu imaginasi dia. Mulut kau tu tak pasal-pasal kena cepuk dengan aku nanti. Takkan lah abang kau carikan suami orang untuk kau pulak! Dah lah Tiara, daripada kau merapu tak tentu pasal ni, baik lah kau berzikir ke apa ke sementara tunggu diaorang ni" Hadirah melihat semula telefon pintar nya daripada melayan Tiara.

Tiara mencebik. Dia memandang ke hadapan semula. Hadirah tidak berada di tempatnya boleh lah cakap macam itu.

Tiba-tiba ada satu notifikasi masuk di telefon pintar Tiara. Lantas, Tiara membuka telefon pintar dan melihat notifikasi mesej itu daripada Hadi.

Kening Tiara berkerut. Apa yang membuatkan Hadi menghantarkan mesej kepada dia di waktu-waktu begini?

Tiara menekan mesej yang diberikan oleh Hadi.

Hadi : Jumpa aku dekat luar masjid sekejap. Aku tunggu dekat luar.

Secara spontan Tiara menoleh kepalanya dan melihat ke kawasan luar masjid.

"Apa kena dengan Hadi ni?" bisik hati Tiara.

Tiara menggigit bibirnya. Dia ingin keluar berjumpa dengan Hadi tetapi bagaimana kalau tiba-tiba sahaja pihak pengantin lelaki sampai?

"Ah! Keluar sekejap je"

Sebelum keluar, Tiara memberitahu Zahirah alasan yang dia ingin ke tandas. Tanpa banyak soal, Zahirah hanya mengangguk.

Sebaik sahaja Tiara keluar dari tempat solat masjid, matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh yang kelihatan sedang menunggu nya. Lalu, Tiara menuju ke arahnya.

"Hadi" tegur Tiara.

Hadi menoleh kepalanya memandang Tiara. Dia menghadiahkan satu senyuman buat Tiara.

"Kau buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya kau pun nikah hari ni jugak ke? Kenapa kau nak jumpa aku?" Jujur, fikirannya celaru ketika itu. Tidak cukup dengan itu, Hadi juga siap berpakaian baju melayu putih dan bersongkok hitam. Seperti pakaian nikah.

"Aku nak jumpa dengan kau buat kali terakhir sebelum kita jadi suami dengan isteri orang" kata Hadi dengan tenang.

"Ouh, kau pun nikah dekat masjid ni jugak ke?" tanya Tiara.

Memandangkan Hadi juga berbaju melayu putih, Tiara menganggap Hadi juga akan bernikah di situ.

"Haah"

Tiara melihat-lihat di sekeliling mereka. Dia berharap dia dapat berjumpa dengan apa yang dia ingin lihat.

"Mana bakal isteri kau? Daripada haritu aku nak tengok dia tapi tak dapat-dapat. Dia dah sampai ke belum?" Tiara memandang Hadi yang berada di hadapannya semula.

Hadi berdiam diri seketika dalam kira-kira 10 saat sebelum menjawab pertanyaan Tiara.

"Dia ada dekat depan aku sekarang ni" jawab Hadi dengan senyuman.

Berderau darah Tiara saat mendengar kata-kata Hadi. Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibuat main.

Tiara ketawa janggal.

"Apa yang kau cakap ni Hadi? Jangan lah bergurau macam ni" kata Tiara dengan gugup.

"Tak, Tiara. Aku tak bergurau. Bakal isteri aku yang kau nak sangat jumpa selama ni, kau orangnya"

Nafas Tiara turun naik. Dia hampir menangis kerana tidak percaya dengan semua yang Hadi katakan. Mana mungkin hari itu dia akan berkahwin dengan Hadi. Hadi mencintai orang lain dan bukan dirinya.

"Hadi. Benda ni tak kelakar kau tahu tak" kata Tiara dengan sedikit tegas.

Tiba-tiba kedengaran ada satu suara mencelah perbualan mereka berdua.

"Apa yang Hadi cakap tu betul, Ara. Ini lah dia lelaki ketiga yang meminang Ara hari tu" Luqman yang muncul daripada belakang Tiara berdiri di sebelahnya.

Tiara tidak dapat menahan air mata lagi. Dia memandang wajah abangnya yang tenang.

"Abang. Abang janganlah main-main. Abang cakap apa ni?" kata Tiara dengan air mata mengalir di pipi. Dia tidak pernah terfikir ini yang akan terjadi semasa hari pernikahan nya.

Luqman Muaz mencapai tangan Tiara. Dia memandang tepat ke arah anak mata Tiara. Tiara sahajalah adik yang dia ada dan dia mahukan yang terbaik untuk adik kesayangan nya itu.

"Abang tak main-main adik. Hadi jumpa dengan abang hari tu. Dia cakap dia nak jadikan Ara isteri dia sebab dia sayang lagi dekat Ara. Dan abang juga dapat rasakan yang Ara juga sebenarnya masih lagi tak boleh lupakan Hadi. Sebab tu abang berkeras nak Ara terima pinangan ni hari tu sebab abang tahu Hadi lah yang baik untuk Ara" Lembut sahaja Luqman menutur katanya.

"Abang..." Air mata Tiara bercucuran membasahi pipinya. Tiada kata yang dapat dia katakan ketika itu.

"Dah. Jangan menangis lagi. Nanti 'make-up' Ara rosak, dah tak cantik nanti" Luqman menyapu air mata Tiara dengan ibu jarinya.

Tanpa menunggu lama, Tiara memeluk abangnya dengan erat sambil menangis.

"Ara sayang abang" bisik Tiara di telinga Luqman.

Hadi yang melihat mereka berdua hanya tersenyum.
Luqman melepaskan pelukan itu dan memandang Tiara.

"Abang pun sayang Ara. Dah, abang masuk dulu. Abang rasa Hadi ada benda yang nak cakap dengan Ara. Tapi jangan lama sangat berbual tu. Nanti tak sedar tok kadi dah sampai, tak kahwin kau orang berdua nanti" Sempat pula Luqman mengusik Tiara dan Hadi sebelum dia membuka kasutnya dan masuk semula ke dalam kawasan masjid.

Sebaik sahaja Luqman hilang daripada pandangan, Tiara memandang Hadi dengan pandangan tajam. Air matanya masih lagi basah di pipi.

"Kau jahat" kata Tiara sambil memandang Hadi.

Ayat yang Tiara katakan itu mencetuskan ketawa Hadi. Melihat Hadi ketawa membuatkan Tiara bertambah geram

"Boleh pulak dia gelak! Hadi! Kau ni kan!" kata Tiara sambil menghadiahkan satu pukulan di bahu Hadi.

"Aduh. Okey okey, tak gelak. Sebelum apa-apa, rasanya kita dah boleh kot tukar panggilan 'aku' 'kau' kepada 'saya' 'awak'. Takkan dah nak nikah pun ber 'aku' 'kau' lagi"

Kata-kata Hadi itu membuatkan Tiara malu. Dia mengetap kuat giginya kerana menahan malu.

"Okey, 'fine'. Awak jahat! Kenapa tipu saya macam tu? Tak baik lah!"

Tersenyum Hadi mendengar Tiara menggelarkan dirinya 'saya'. Tidak pernah walau sekali sebelum ini dia mendengar Tiara ber 'awak' dengannya.

"Haih. Nasib baiklah saya dapat agak yang nanti ada adegan keluar air mata. Nah, tisu. Lap air mata tu" kata Hadi sambil menghulurkan plastik tisu kepada Tiara.

Tiara hanya mengambil tisu itu tanpa menjawab apa-apa. Kemudian Hadi menyambung kata-katanya.

"Mana ada saya tipu. Saya cuma buat kejutan untuk awak macam mana awak buat kejutan dekat saya masa awak tiba-tiba je nak pindah belajar dekat 'overseas'. Jadi kita seri lah sekarang. Awak 'surprise' saya, saya 'surprise' awak"

Tiara terkedu. Hadi masih terasa hati ke dengan hal itu?

"Kan saya dah mintak maaf hari tu. 'Sorry' lah. Masa tu saya-"

"Saya bergurau je lah. Awak ni. Serius sangat" potong Hadi sebelum Tiara panjang berjela meminta maaf kepada dia.

"Awak cakap awak kahwin dengan orang yang awak sayang. Saya ingat awak ada 'girlfriend' baru. Mula-mula saya ingat Nia bakal isteri awak"

"Awak kena tahu satu benda. Selama bertahun-tahun awak jauh daripada saya tu, tak ada seorang pun yang boleh ganti tempat awak dekat hati saya. Saya tak tahu kenapa tapi cuma tak boleh. Saya cuba, cuba untuk lupakan awak sebab saya fikir mungkin awak dah jumpa orang lain ke tapi tak boleh. Saya selalu tanya Abang Luqman pasal perkembangan awak sebab saya tahu saya tak boleh nak tanya awak. Sampailah sekarang. 5 tahun. Bila kes ayah saya dah selesai, abang awak dah kahwin, awak pun dah berjaya, hampir capai cita-cita awak dan alhamdulillah saya dah ada kerja tetap. Saya tahu ini lah masanya. Saya jumpa dengan Abang Luqman masa awak pergi kerja hari tu. Kebetulan Abang Luqman cuti hari tu. Saya bagitahu hasrat hati saya. Saya ikhlas nak awak"

Kata-kata yang lahir daripada hati Hadi menyebabkan Tiara hampir menangis buat kali kedua. Dia tidak sangka perjalanan takdir dia dan Hadi seperti ini.

Melihatkan Tiara menangis lagi membuatkan Hadi sengaja mengeluh.

"Ala, janganlah menangis lagi. Awak ni. Baru sikit je saya cakap, awak dah banjir. Ini belum lagi saya cerita hidup saya masa awak tak ada dulu"

Tiara sekali lagi mengelap air matanya dan memandang Hadi. Bukan dia sengaja untuk menangis tetapi hatinya tersentuh dengan keikhlasan Hadi.

"Terima kasih, awak"

Tersipu-sipu malu Hadi apabila mendengar Tiara mengucapkan terima kasih.

"Saya ikhlas nak kahwin dengan awak. Awak nak tak kahwin dengan saya ni?" Sengaja Hadi mengusik Tiara.

"Kalau tak nak macam mana?"

"Kalau tak nak, saya mintak balik awak duit sebab banyak duit saya keluar untuk kahwin ni tau"

Tiara ketawa kecil mendengar kata-kata Hadi. Inilah dia kalau dua-dua tidak serius.

"Ya lah! Nak lah. Tak kan tak nak" kata Tiara perlahan sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, jom masuk masjid"

Belum sempat mereka berdua memijak lantai masjid, kedengaran suara-suara dia belakang mereka.

"Wah wah wah. Nak pergi mana tu?"

Hadi dan Tiara menoleh ke belakang dan melihat Akmal, Hafiz dan Hadirah yang berada di situ.

"Hadirah? Bila masa kau keluar?" tanya Tiara, pelik.

Tiba-tiba sahaja Tiara berada di luar masjid sedangkan semasa dia keluar tadi Hadirah masih di dalam.

"Aku keluar tadi masa kau bersembang dengan Cik Bakal Suami kau" usik Hadirah.

"Tahniah lah Di. Dapat jugak kau kahwin dengan Tiara. Memang kuat lah jodoh kau orang berdua ni walaupun dah terpisah nak dekat 5 tahun" kata Akmal.

Hadi dan Tiara hanya tersenyum. Mereka juga tidak sangka akan hal ini. Maklumlah, dahulu mereka masih mentah lagi.

"Dah lah tu. Nanti nanti lah sembang. Kita masuk dalam dulu. Kau ingat ni majlis hari jadi? Hadi ni nak nikah ni" kata Hafiz pula.

Semasa Hadi, Akmal dan Hafiz masuk ke dalam masjid bertiga, Tiara menarik tangan Hadirah.

"Sampai hati kau ek tak bagitahu aku pasal Hadi? Rupanya diam-diam kau tahu" kata Tiara.

"Mestilah aku tahu. 'Boyfriend' aku kawan dengan suami kau kot. Tapi, kau tahu lah. Hadi kan nak 'surprise' kan kau. Dah lah! Jom lah kita masuk!"

Hadirah menarik tangan Tiara masuk ke dalam tempat solat masjid. Di situ Tiara melihat ramai orang sudah berada di situ. Termasuk pihak pengantin lelaki. Atau kini lebih kepada keluarga Ikhwan Hadi.

Tiara berjalan menunduk apabila melalui di hadapan ramai orang. Dia nampak Hawa dan Puan Balqis juga berada di situ.

Sebaik sahaja Tiara duduk, Hawa menegurnya.

"Akak Tiara!"

"Hawa! Kenapa Hawa tak bagitahu akak pasal abang Hawa masa akak datang rumah hari tu?"

"Semua sebab abang lah. Kalau ikutkan Hawa, memang Hawa nak bagitahu je akak. Tapi sebelum akak datang rumah hari tu, hampir 50 kali jugaklah abang ingatkan Hawa supaya jangan bagitahu akak apa-apa. Jadi, apa yang Hawa boleh buat?" kata Hawa. Tiara tersenyum kecil mendengar kata-kata Hawa.

Kemudian Tiara beralih kepada Puan Balqis pula.

Puan Balqis memandang Tiara dengan senyuman yang paling manis.

"Mak cik" kata Tiara.

"Apa mak cik pulak. Umi" Puan Balqis membetulkan ayat Tiara.

"Oh, okey. Umi cakap haritu yang perempuan yang Hadi pilih tu baik sangat. Tiara ni biasa je umi. Tak ada apa yang istimewa pun" kata Tiara, merendah diri.

"Tiara cakap Tiara tak ada yang istimewa? Ada, Tiara. Ada. Tiara ni istimewa sangat sampai buat anak umi tu sayang sangat dekat Tiara. Dia bersungguh nak kan Tiara. Umi harap, anak umi dapat bahagiakan Tiara"

Satu senyuman meniti di bibir Tiara.

"Insyaallah, umi"

Dia memeluk Puan Balqis sebelum dia beralih kepada kakak iparnya, Nur Zahirah.

"Ara dah jumpa Hadi dah?" tanya Zahirah sambil tersenyum nakal.

Tiara mencebik di hadapan Zahirah. Dia teringat tempoh hari yang dia menangis di hadapan Zahirah dan mengatakan yang Hadi akan berkahwin.

"Akak! Malu lah Ara"

"Siapalah yang menangis hari tu sebab Hadi nak kahwin"

Terkekeh-kekeh Zahirah ketawa apabila mengenangkan peristiwa itu.

Tiara memukul perlahan tangan Zahirah.

"Akak, dah la tu"

"Ara. Tok kadi dah sampai" kata Zahirah.

Kepala Tiara dengan pantas menoleh ke arah pintu masuk masjid. Benar kata Zahirah. Tok kadi sudah tiba.

Selepas 10 minit tok kadi menguruskan borang-borang yang ada, dia menumpukan perhatian kepada Hadi yang sedikit gugup di hadapannya.

Tok kadi itu ada meminta Hadi untuk selawat beberapa kali sebelum dia menghulurkan tangan kepada Hadi. Hadi menyambut tangan tok kadi itu.

"Ikhwan Hadi bin Mohd Irwan"

"Saya" balas Hadi.

"Aku nikahkan dikau dengan Tiara Adriana binti Kamarul dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Tiara Adriana binti Kamarul dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai" sambung Hadi.

Kemudian tok kadi memandang Luqman, Encik Irwan dan yang berada berdekatan di situ.

"Alhamdulillah"

Hadi menghela nafas lega manakala Tiara memandang Hadi dengan perasaan tidak percaya.

"Tidak aku sangka cinta pertama yang aku sangka hilang, aku beroleh kembali disebabkan oleh kesetiaan dan kesabaran dia" bisik hati gembira milik Tiara Adriana.
//
Tiara memandang Hadi yang berada berdiri di hadapannya.

Dahulu dialah musuhnya, orang yang paling dia tidak mahu untuk bertemu. Jikalau boleh dalam sehari, Hadi lah manusia yang paling dia ingin elak.

Kemudian perlahan-lahan Hadi bertukar menjadi temannya. Setiap kali dia ditimpa kesusahan, Hadi pasti ada bersama dengannya. Dia makin selesa berkawan dengan Hadi.

Percaya atau tidak, mereka semakin lama semakin rapat sehingga mereka tidak sedar ada satu perasaan yang menyelinap masuk ke dalam hati mereka.

Dan kini. Ikhwan Hadi yang berada di hadapannya itu ialah suaminya. Teman karibnya sehingga ke hari tua.

"Sebenarnya saya ada benda nak bagi awak. Dah lama saya simpan benda ni sejak daripada awak pindah universiti hari tu" kata Hadi sambil tangannya menyeluk ke dalam saku baju melayu nya.

Di tangannya ada sepucuk surat yang elok berlipat lalu dihulurkan surat itu kepada Tiara.

"Surat apa ni?" tanya Tiara. Tanpa menunggu jawapan daripada Hadi, dia membuka lipatan surat itu dan membaca isi kandungan nya.

Kaulah yang aku rindu
Hanya kaulah yang aku cinta
Selalu bertakhta
Di dalam jiwaku, sayang
Merentas detik waktu
Senyummu mewarna dunia
Ingin ku sentiasa
Bersama-samamu, sayang
And I know without you
I can easily surrender
Don't you ever go
Would you love me forever
Kau bagaikan suria
Kaulah yang menyinari
Hari-hari sepiku
Engkaulah segalanya
Give me your hand
Open your heart
Let's forget the past
And have a good time
And I will never
Never ever let you cry

Sambil membaca bait-bait ayat yang tertulis di surat itu, buat kali yang entah ke berapa kali air mata Tiara menitis sekali lagi.

Hatinya tersentuh dengan kesungguhan Hadi menulis ayat-ayat itu untuk dirinya. Tetapi Hadi tidak tahu Tiara tahu satu perkara.

Tiara memandang Hadi dengan senyuman.

"Awak. Awak ingat saya tak tahu ke semua ni lirik lagu? Lagu Takhta Cinta kan?"

Kata-kata Tiara mematikan senyuman Hadi. Belum apa-apa sudah kantoi.

"Lah! Awak tahu? Macam mana awak boleh tahu? Potong betul lah" jawab Hadi.

Tiara tergelak kecil sebelum membalas.

"Lagu ni memang saya tahu lah. Tapi, apa pun terima kasih sebab bagi saya ayat-ayat ni. Penuh dengan makna. Kejap, macam mana awak tahu lagu ni?"

Satu senyuman kecil meniti di bibir Hadi.

"Hari yang sama masa saya tahu awak pindah universiti, saya dengar lagu ni dalam kereta masa 'on the way' balik rumah. Waktu tu saya memang 'frust' gila. Saya tak pernah rasa kecewa macam tu sebelum ni. Lepas tu, saya sengaja lah buka radio sebab tak nak layan sangat perasaan dan lagu ni keluar. Daripada first lirik lagu dia, saya dah ingat awak. Jadi saya dengarlah sampai habis dan memang lirik dia mengingatkan saya kepada awak. Sejak daripada tu, saya tekad nak bagi surat yang ada lirik lagu ni dekat awak. Walau apa segala cara sekalipun saya nak bagi dekat awak. Dan alhamdulillah, akhirnya impian saya tercapai. Awak baca surat ni dekat depan saya. Allah je tahu macam mana saya bahagia sekarang ni"

Tiara tersenyum mendengar luahan hati Hadi. Hari itu sungguh banyak kejutan yang dia dapat dan banyak luahan hati yang dia dengar.

Semestinya semua yang terjadi itu tidak pernah terlintas di benak fikiran nya.

Tiara memeluk Hadi kerana tiada kata-kata yang dia boleh ucapkan. Hadi terkejut dengan perbuatan Tiara itu tetapi dia hanya tersenyum.

Rupanya Tiara ini mudah tersentuh orangnya. Nampak sahaja kental tetapi hati tisu.

Hadi membisikkan sesuatu di telinga Tiara.

"I love you, Tiara Adriana"
"I love you too, Ikhwan Hadi" bisik Tiara pula.

Terkadang kita dekat seperti dua tangan yang saling menggenggam, tetapi terkadang juga teramat jauh seperti dua tangan yang tak pernah menyentuh. Tetapi kini kita akan menjadi seperti dua tangan yang memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Walau beribu-ribu kata yang keluar daripada mulutku, tetap saja cinta aku padamu tidak akan sesekali dapat diungkap dengan kata-kata kerana Cinta Tak Terungkap.

untuk kali yang terakhir for this novel, thankyouuuuu kepada semuaa yg sudi baca novel ni daripada bab 1 sampailah bab 66 ni!! i'm really appreciate it (ノ^_^)ノ sorry atas kekurangan yang ada dan sorry jugak kadang-kadang lambat update :(:( akhirnya siap jugak novel pertama Dina ni. mmg tak sangka dah siap! harap selama korng baca cerita ni , korng enjoy walaupun taklah best mana pun : ') . lastly, harap korng dpt support novel Dina yang akan menyusul nanti. once again, thank you!!! (。•̀ᴗ-)✧

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience