BAB 3

Romance Completed 2488

“Abang tak tahu pulak nak makan kuih ni kena buat sampai macam tu sekali. Apa-apa soalan abang boleh tanya?” Fattah seakan tak percaya dengan tuah yang hadir. Namun dia cuba mengikut rentak isterinya.

“Yes. Tanyalah. Lagi cepat abang tanya, lagi cepat abang dapat makan,” Elliza senyum persis kanak-kanak baru dapat gula-gula percuma.

“Okay… Sayang masih cintakan abang?” Dalam banyak-banyak soalan yang Elliza rasa bakal keluar dari mulut Fattah, Elliza tak terfikir pun soalan itu yang akan ditanya.

“Kenapa abang tanya macam tu?” Itu sahaja yang mampu Elliza balas. Sekurang-kurangnya Elliza masih mampu bersuara.

“Dulu sayang selalu masakkan makanan tengah hari untuk abang. Abang suka tengok bekal warna biru dalam kereta abang. Tapi sekarang sayang dah tak buat macam tu lagi dah,” perlahan Fattah bersuara. Seperti orang merajuk lagaknya. Tangan kirinya menguis lantai.

Elliza berbelah-bagi. Bagitahu perkara sebenar atau bagi tahu apa yang Fattah nak dengar.

“Sayang… Tak ada masa nak siapkan bekal abang pagi-pagi. Abang selalu keluar awal. Kadang-kadang sarapan pun tak. Tu yang sayang rasa macam tak nak siapkan bekal untuk abang lagi,” Elliza rasa jawapannya berasas. Fattah cuba buka mulut, meningkah jawapan Elliza. Namun dibatalkan hasratnya lantas membuka mulut, merasa sedikit kuih bulan di tangan mereka.

“Sedap tak?” tanya Elliza.

“Rasanya promoter tu sembang je lebih. Abang tak rasa apa-apa pun. Tawar je…”

“Tu maknanya abang tak puas hati dengan jawapan sayang,” kali ini Elliza pula yang bernada sedih.

“Takdelah. Abang pelik sebab sebelum ni walaupun abang tak sarapan, abang sentiasa bawak bekal tengah hari pergi office. Takkanlah sebab abang tak sarapan buat sayang tawar hati nak masak untuk abang? Bunyi macam tak logik je…” Kata-kata Fattah buat Elliza berfikir lagi. Elliza, sila terus terang, hatinya berbisik sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience