BAB 1 - JBTAA - ANAS AIDAN

Romance Completed 124211

"Tapi, Anas tak nak papa aturkan kehidupan Anas lepas tu... Lagipun, macam yang Anas cakap, Anas dah ada pilihan Anas sendiri."

"Anas ingat papa tak tahu ke trick Anas?"

"Papa... Tolonglah, pa. Kenapa Anas pulak yang kena ganti tempat papa ni?"

"Anas... Papa buat ni, untuk Anas, tau..."

"Tapi, papa yang nak kahwinkan?"

"Jangan buat gila, Anas... Papa dah ada tiga isteri... Nak buat apa ramai-ramai..."

"Lar... Baru sekarang papa sedar ke?" Sindir Anas.

"Anas Aidan... Papa aturkan perkahwinan ni, sebab papa tak nak kamu membujang sampai ke mati. Lagipun, budak yang bakal jadi isteri kamu ni, baik orangnya... Lemah lembut, rajin ke dapur. Sesuai sangat dengan kamu."

"Ah! Itu tak menjamin kebahagiaan hidup, pa..."

"Anas... Papa dah penat tengok kamu menghabiskan duit tanpa hala tuju. Ke sana ke sini, berfoya-foya dengan perempuan tanpa ikatan yang sah. Papa malulah, Anas... Orang sekeliling dah bercakap pasal kamu... Mana papa nak letak muka, Anas? Anak Datuk Abbas, kaki perempuan..."

"Pa... Relaxlah... Anas muda lagi..."

"Tapi, mati tak tunggu tua tau... Anas kena ingat tu..."

"Papa ni... Tak payahlah sebut pasal mati. Anas belum nak mati lagi..."

"Tulah kamu... Kamu ingat, mati tu tunggu kamu ke? Malaikat maut nak datang, dia tak tunggu kamu, Anas..."

"Ish, papa ni..." Anas melangkah pergi.

"Anas... Jangan cuba cabar papa. Kalau Anas tolak permintaan papa, papa akan tarik segala keistimewaan Anas. Papa akan keluarkan nama Anas dari senarai penerima wasiat papa."

"Papa, kejamnya!"

"Keputusan di tangan kamu. Terima tawaran papa atau kamu kehilangan keistimewaan yang kamu terima selama ini..."

"Papa cabar Anas?"

"Ya. Papa cabar kamu."

"Baik... Anas terima. Anas terima cabaran papa."

"Tapi, ada syaratnya..."

"Syarat apa pulak ni, pa...?"

"Syaratnya, tempoh perkahwinan selama enam bulan sebelum kamu layak menerima wasiat dari papa..."

"Enam bulan?"

"Ya, enam bulan atau kamu nak papa naikkan pada setahun?"

"Pa, jangan, pa. Anas ikut cakap papa... Anas terima..."

"Jadi, Anas setuju dengan tawaran papa?"

"Anas setuju..."

"Good... Inilah anak Datuk Abbas..." Bahu Anas ditepuk perlahan.

"Cuma, satu je pa..."

"Apa dia?"

"Anas tak nak papa letakkan harapan yang tinggi untuk perkahwinan yang tidak pernah Anas harapkan..."

"Terpulang pada kamu... Asalkan perkahwinan ini mampu bertahan selama enam bulan..."

"Baik. Anas setuju sangat."

"Tapi, dengar cakap papa dulu, Anas... Kahwin, kenali gadis pilihan papa... Papa percaya, Rina mampu jadi isteri yang baik buat Anas."

"Siapa, pa? Rina?"

"Nama gadis tu, Marina Medina. Anak pekerja bawahan papa."

"Dah kenapa pulak dia nak kahwinkan anak perempuan dia?"

"Dia banyak hutang dengan papa..."

"Jadi?"

"Sepatutnya hutang dia yang berjumlah sepuluh ribu ringgit, perlu diselesaikan tahun ini. Papa dah bagi dia tempoh dua tahun, tapi, masih belum berbayar walau sesen pun."

"Kenapa papa tak report polis je?"

"Untuk apa?"

"Yelah. Sekurang-kurangnya kita bagi dia pengajaran. Dah berhutang, kenalah pandai selesaikan."

"Tak perlu, Anas. Orang bawahan papa tu, rupanya kaki judi... Duit yang dia pinjam tu digunakan untuk berjudi. Dia kata dia perlukan duit ni untuk pendidikan anak-anak dia. Rupanya, dia menipu."

"Habis tu, papa bagi dia peluang?"

"Papa belum cakap apa-apa, tapi dia sanggup gunakan anak perempuan dia untuk langsaikan hutang dia..."

"Gila ke apa? Anak sendiri jadi bahan ujikaji ke?"

"Entahlah Nas... Papa tak tahu. Tapi, dia sendiri yang janji dengan papa untuk jadikan anak dia sebagai pelangsai hutang."

"Dia memang gila!"

"Papa tak sangka dia senekad itu..."

"Kesian budak tu, pa... Muda lagi ke anak dia tu?"

"Kalau tak silap papa, dalam dua puluh tahun, macam tu..."

"Hah? Dua puluh tahun? Budak sangat lagi, pa... Jadi, papa setuju ke?"

"Anas... Papa rasa, mungkin ini jalan terbaik untuk kita. Papa rasa, dia dah terdesak sangat."

"Tapi, pa... Budak tu tentu masih belajar lagi..."

"Ya... Dia nak sambung belajar ke universiti."

"Kesian dia, pa. Taknaklah Anas, pa... Budak tu, tentu dah ada impian nak sambung belajar."

"Entahlah Anas. Tapi, papa rasa, ada baiknya Anas kenali dulu budak perempuan tu. Kalau Anas rasa dia okay, kita teruskan rancangan kita."

"Kalau sebaliknya?"

"Papa rasa, kita tolong budak tu sambung belajar. Tiba masanya, Anas lepaskan dia, boleh?"

"Papa ni sihat ke tidak?"

"Kenapa Anas cakap papa macam tu?"

"Papa nak Anas kahwin dengan budak tu lepas tu lepaskan dia? Anas tak fahamlah." Datuk Abbas melepaskan keluhan

"Sebenarnya, ikutkan hati memang budak tu nak dijadikan isteri keempat papa. Tapi, bila si Shakir tunjukkan papa gambar anak dia, papa terus tolak idea dia."

"Sebab budak tu, muda sangat?"

"Ya, Anas. Dah pangkat cucu, rasanya..."

"Gila ke?"

"Tulah sebab papa tolak tawaran dia dan papa rasa, dia sesuai dengan Anas. Kesian pulak papa nak jadikan dia isteri papa, Anas... Tu yang papa nak Anas kahwin dengan Rina..."

"Rina?"

"Ya, Anas. Cantik budaknya. Tapi, papa tak sampai hati... Dia budak pandai, kata si Shakir..."

"Dah tu, bagi jelah dia sambung belajar. Habis cerita..."

"Masalahnya, Shakir dah cakap, yang anak dia dah setuju nak kahwin."

"Ala, pa... Tak bestlah macam ni... Anas sendiri dengar pun macam tak best je..."

"Anas... Umur Anas dah hampir tiga puluhan, kan? Sesuailah dengan Rina tu..."

"Emm... Anas tak tahulah nak cakap apa lagi."

"Anas, papa bagi cadangan. Kalau Anas rasa Rina sesuai dijadikan isteri, teruskan je dan dalam masa yang sama, Anas boleh benarkan Rina untuk sambung belajar di universiti."

"Dan kalau Anas tak nak?"

"Macam perjanjian kita. Enam bulan sebelum Anas boleh lepaskan dia..."

"Fine! Anas setuju dengan papa."

"Baik... Papa setuju. Enam bulan perkahwinan. Tak jadi, lepaskan dengan baik."

"Deal!"

Anas tidak lena tidur malam tu. Gila nak berkahwin dengan budak muda sepuluh tahun darinya. Tapi, bila memikirkan keadaan budak tu yang perlu menanggung kesilapan si ayah, Anas mula mengatur rancangannya. Bagi Anas, tak salah kalau dia sama-sama membantu Rina melepaskan diri dari cengkaman si ayah.

Anas sanggup meminta bantuan beberapa pekerja di ladang dan bertanyakan hal si ayah, bakal mertuanya. Shakir, memang kaki judi. Dah banyak kali dia pinjam duit dari kawan-kawan. Namun, sehingga ke saat ini, satu sen pun belum dibayar lantaran ketiadaan duit akibat berjudi.

Dan kali ini, Shakir menggunakan alasan anak untuk melangsaikan hutang judinya. Sampai hati si ayah. Anak yang sepatutnya sambung belajar, dipaksa berkahwin dengan orang yang lebih tua. Jauh lebih tua dari dirinya.

Nasiblah Anas mempunyai seorang ayah yang amat memahami dan sekaligus membuatkan Anas beruntung dilahirkan dalam keluarga yang senang-lenang.

"Papa... Anas dah fikir masak-masak. Anas setuju dengan papa..." Ujar Anas keesokan harinya.

"Maksud Anas?"

"Anas setuju nak kahwin dengan Rina, anak si Shakir tu..."

"Boleh papa tanya Anas sesuatu?"

"Papa nak tanya apa?"

"Apa sebenarnya niat Anas?"

"Kenapa papa tanya macam tu?"

"Yelah. Papa nak tahu apa niat Anas..." Anas menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya semula. Punggung dihenyak ke kerusi.

"Macam ni, pa... Anas rasa Anad nak tolong Rina untuk sambung belajar."

"Tapi, Anas... Sambung je tak memadai, Anas..."

"Anas faham maksud papa. Apa yang Anas nak cakap ni..." Anas cuba mencuri angin. Bukan mudah nak meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiya. Bimbang ditertawakan papa.

"Cuba terus-terang dengan papa..."

"Begini, pa... Anas nak bantu Rina keluar dari kepompong si Shakir tu. Bagi Anas, hanya dengan cara ini, Shakir takkan cari Rina lagi untuk digunakan sebagai alasan meminjam wang." Datuk Ababs mengerutkan dahinya.

"Apa maksud Anas, ni? Papa kurang mengerti..."

"Dan dari apa yang Anas tahu, Shakir banyak meminjam wang dari pekerja yang lain dan menggunakan Rina sebagai alasan. Kononnya, Rina nak belajar..." Datuk Abbas cuba menghadam kata-kata Anas.

"Dan...?"

"Anas nak bantu Rina. Anas akan kahwin dengan Rina dan dalam masa yang sama, Anas nak Rina sambung belajar sekaligus keluarkan Rina dari diburu Shakir. Anas tak nak, Shakir cari Rina dan mempergunakan Rina lagi. Anas percaya... Shakir tentu akan minta duit dari Rina lepas Rina berkahwin nanti..."

"Macamana Anas boleh yakin sangat?"

"Pa... Shakir tu kaki judi... Dia tentu akan cari Rina dan minta duit dari Rina nanti... Lagipun, dia tentu tahu yang menantu dia ni, anak orang kaya dan berharta... Tentu Rina jadi bank bergerak dia nanti."

"Jadi, apa yang Anas nak buat?"

"Anas akan nikahi Rina."

"Kemudian?"

"Anas takkan usik Rina selagi Rina belum bersedia. Yang penting sekarang ni, Anas nak Rina sambung belajar."

"Lepas enam bulan?"

"Depends... Kalau ada keserasian antara kami, in shaa Allah, Anas akan cuba pertahankan perkahwinan kami..."

"Jika sebaliknya?" Anas mengangkat kedua-dua bahunya.

"Tengoklah macamana... Anas tak nak janji apa-apa..."

"Anas... Papa tak minta banyak. Kalau Anas berniat nak bantu Rina, baguslah. Tapi, kalau sebaliknya, papa tak nak Anas lukakan hati Rina tu. Kesian dia, Anas. Dia dah berkorban untuk keluarga dia sampai terpaksa lupakan hasrat nak sambung belajar. Kesian dia, Anas."

"Anas tak boleh janji. Anas tak nak letak apa-apa harapan pun dan dalam masa yang sama, Anas tak nak kecewakan papa... Tapi, Anas bimbang, penerimaan Rina..."

"Anas dengar cakap papa... Apapun yang berlaku selepas ni, papa nak Anas bertahan selagi boleh. Tak lama Anas... Enam bulan je... Andai kata, ada perkara positif, Alhamdulillah..."

"Bagaimana kalau kami tidak serasi?"

"Terpulang pada Anas... Macam yang papa katakan sebelum ni, enam bulan paling sekejap."

"Baiklah, papa... Papa tetapkan tarikhnya semua... Anas akan ikut cakap papa."

"Alhamdulillah. Papa gembira dengan keputusan Anas." Ujar papa sambil menepuk-nepuk bahu Anas. Anas bimbang dengan penerimaan Rina. Sejujurnya, dia belum bersedia mahu berkahwin. Tapi, andai dengan berkahwin dengan Rina, dapat menyelamatkan Rina dari Shakir, kenapa tidak? Anas rasa, mungkin ini yang terbaik buat Rina.

Tiba masanya hari yang dinantikan. Seperti yang telah dirancang, Rina dan Anas bernikah dengan berwalikan ayah Rina, Shakir. Dan seperti yang telah dijanjikan tiada wang hantaran akan diberikan pada Rina memandangkan wang hantaran itu merupakan duit yang diganti Shakir pada Datuk Abbas.

"Eh, mana wang hantarannya, Rina? Mak cik tengok, hantaran yang lain, ada je..."

"Wang hantaran tu ayah dah ambil..." Ujar Rina selamba. Rina kelihatan sangat anggun dengan sepersalinan songket ketika majlis persandingan yang diadakan di rumah pihak perempuan.

Majlis pernikahan diadakan pada waktu pagi sebelum persandingan dilangsungkan pada pukul dua belas tengahari pada hari yang sama. Semua ini permintaan pihak lelaki dan segala perbelanjaan perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki sendiri.

"Ayah kamu ambil?"

"Ya, makcik."

"Ibu kamu takkan diam je, Rina?"

"Nak cakap apa lagi, makcik? Ayah tu, bukannya boleh ditegur. Lagipun, takpelah... Rina tak hamak pun dengan wang hantaran tu."

"Tak boleh macam tu, Rina. Duit hantaran tu untuk kamu." Rina melepaskan keluhan. Satu persatu hiasan dikepalanya, ditanggalkan sambil menghadap cermin meja solek.

"Makcik, sudahlah. Rina tak kisah pun. Biarlah ayah yang ambil duit tu."

"Rina... Makcik bukan apa, Rina. Kamu biarkan ayah kamu ambil duit itu, bermakna kamu mengggalakkan ayah kamu gunakan duit kamu untuk berjudi." Rina melepaskan keluhan.

"Rina terpaksa, makcik. Rina terpaksa. Apa lagi yang boleh Rina lakukan, makcik. Perkahwinan ni pun, ayah yang aturkan. Rina tak boleh mengelak lagi, makcik."

"Kesian kamu, Rina... Banyak betul kamu mengalah dengan ayah kamu..."

"Nak buat macamana, makcik. Mungkin ini ujian buat Rina..."

"Suami kamu tu, kamu pernah jumpa ke Rina?"

"Tak, makcik. Masa nikah tadi tulah, kali pertama Rina jumpa dia."

"Boleh tahan juga dia Rina. Hemsem orangnya..."

"Rina tak perasan pula, makcik."

"Ish, kamu ni. Rina... Tadi masa batal air sembahyang tu tadi, takkan kamu tak pandang si hemsem tu..."

"Tak perasan, makcik." Wajah Rina berubah riak. Bukan dia tidak perasan wajah Anas. Tapi, Rina tidak mampu mendongakkan kepalanya tatkala pandangannya yang pertama, tertumpu pada sang kekasih hati yang turut hadir meluangkan masa menghadirkan diri ketika majlis pernikahan Rina tadi.

Sugul wajah Azmeer dan tanpa Rina sedari air matanya bergenang di tubir mata. Rina perasan, Azmeer turut mengesat air matanya.

'Maafkan Rina, Meer... Rina tak berdaya, Meer... Moga Meer bertemu dengan insan yang lebih sempurna dari Rina... Maafkan Rina...'

"Hei, kenapa menangis ni? Tak baiklah, menangis di hari yang gembira ni... Awak tu raja sehari..." Tegur Makcik Mun, selaku wakil dari pihak Rina. Rina mengusap air matanya dengan tisu yang diserahkan makcik.

"Maaf, makcik... Rina cuma letih je..."

"Rina dah makan?"

"Dah tadi..."

"Itu tadi... Sekarang?"

"Belum, makcik. Rina letih sikit. Rina ingat nak rehat dalam bilik ni je..."

"Tak boleh macam tu, Rina. Rina tak kesiankan suami Rina ke? Dia seorang diri kat luar tu."

"Suami?"

"Ya Allah, budak bertuah ni... Kat sini, rupanya, Rina. Ni hah, suami Rina ni. Kesian dia..." Ibu tiba-tiba muncul dari luar sambil menarik lengan Anas.

"Ma...af ibu... Rina keletihan tadi..."

"Masuk Anas..."

"Terima kasih, bu..."

"Rina, makcik keluar dulu, ya." Rina anggukkan kepala. Makcik Mun meminta diri untuk beransur pulang.

"Ya, ibu tahu. Tapi, awak tu dah bersuami. Tak baik biarkan suami seorang-seorang kat luar ni..."

"Takpe, bu. Anas okay je..."

"Bukan macam tu, Anas. Anas dan Rina dah jadi suami isteri. Isteri kena selalu ada disamping suami." Rina mengalihkan pandangan matanya tatkala mata mereka bertentangan.

"Terima kasih, ibu."

"Sama-sama, Anas. Nanti, nak mandi, makan, minum, minta dengan Rina, ya?"

"Baik, bu."

"Rina...?"

"Ya, Rina faham." Ujar Rina sebelum menemani ibu keluar dari bilik. Sebelum majlis mereka, si ayah beria-ia menyiapkan bilik Rina. Penghawa dingin dipasang khas untuk bakal menantu yang berstatuskan anak datuk. Dari mana datangnya wang itu, dah tentu dari pihak lelaki.

"Maafkan Rina. Rina keletihan tadi. Kepala sakit." Ujar Rina tanpa memandang wajah Anas.

"Takpe... Saya faham... Lagipun, perkahwinan ini bukan impian Rinakan?" Terdongak Rina tatkala mendengar bicara Anas yang lemah lembut. Bergenang air mata Rina.

"Rina, boleh kita berbicara sebentar?" Rina mengangguk sambil mengesat air matanya.

"Duduk sini. Ada perkara yang ingin saya perkatakan." Tilam Vono bersaiz king, ditepuk perlahan oleh Anas. Rina mengikut segala kemahuan Anas memandangkan Anas kini bergelar suaminya.

"Saya faham situasi Rina. Saya tahu apa yang Rina rasakan. Perkahwinan yang dipaksa. Betulkan?" Rina anggukkan kepalanya perlahan.

"Rina nak sambung belajar, betul?" Rina angguk kepala lagi.

"Rina buat semua ini, untuk ayah dan ibu Rina?" Rina angguk buat kesekian kalinya. Anas simpan senyum. Kasihan pula Anas dengan Rina. Wajah sayu Rina, direnung seketika.

'Kenapa jantung aku berdegup kencang?' Getus hati Anas. Sejujurnya, dia mula jatuh suka pada Rina ketika kali pertama dia melihat Rina saat berjabat tangan dengan tok kadi pagi tadi. Tetapi, bila mengingatkan tujuan dan niat Anas mengahwini Rina, Anas campak perasaan suka itu jauh-jauh.

"Saya tahu, Rina punya kekasih bernama Azmeer, kan?" Rina menelan air liurnya mendengar bicara Anas.

"Jangan takut. Saya tahu dan saya faham apa yang berlaku pada Rina. Begini Rina. Niat saya baik. Saya nikahi Rina kerana nak jauhkan Rina dari ayah Rina."

"A...apa maksud tuan?"

"Rina, please... Saya, suami Rina. Jangan bertuan-tuan dengan saya. Apa pula kata ibu dan ayah nantikan?" Tiada reaksi dari Rina.

"Rina, saya kahwini Rina sebab nak elakkan Rina dari diganggu ayah Rina yang sentiasa mengharapkan wang ringgit dari Rina..."

"Tuan tahu pasal ayah saya?"

"Hurm... Dan, kenapa perkahwinan ini berlaku, saya turut tahu dan saya faham situasi Rina. Maafkan saya."

"Saya yang sepatutnya minta maaf dari tuan dan keluarga tuan. Ayah pinjam duit hanya untuk berjudi. Saya malu... Saya tak sangka ayah sanggup buat semua ini tanpa memikirkan hati saya dan ibu." Anas menghela nafas.

"Rina, sebab itu saya cakap, saya nak bantu Rina."

"Apa maksud tuan sebenarnya?" Anas melepaskan keluhan bila Rina masih bertuan dengannya.

"Saya berkahwin dengan Rina untuk membantu Rina lari jauh dari ayah Rina. Saya izinkan Rina sambung belajar dan saya akan biayai sepenuhnya pembelajaran Rina."

"Be...betul ke, tuan? Tuan tak tipu saya?" Anas simpul senyum melihat wajah Rina berubah riak.

"Niat saya baik, Rina... Apa yang saya katakan, akan saya kotakan."

"Nanti, Rina berikan nombor akaun Rina pada saya. Saya akan masukkan wang hantaran ke akaun Rina berserta dengan wang nafkah."

"Tapi, tuan..."

"Rina jangan risau. Saya tahu apa yang saya perlu lakukan. Saya tahu nanti ayah Rina akan ambil semua wang Rina dan sebab itu saya tidak letakkan wang hantaran bersama dengan hadiah yang lain." Rina mengalah akhirnya.

"Tuan... Bagaimana dengan perkahwinan ini? Maksud saya... Hurm..." Rina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Rina nak kata pasal tanggungjawab Rina sebagai isteri?" Wajah Rina merona dengan kata-kata Anas. Perlahan-lahan Rina anggukkan kepalanya.

"Saya nak Rina jujur dengan saya."

"Apa yang tuan cuba maksudkan?"

"Rina ikhlas terima saya sebagai suami?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience