BAB 18

Romance Completed 67139

         NEK Kalsum mengambil tempat di sebelah Adara yang sedang sibuk memotong bawang. Sisi wajah cucunya dipandang sebelum dia turut membantu memotong barang kering yang lain untuk dijadikan juadah mereka pada hari itu.

“Ara.” Panggil Nek Kalsum cuba menarik perhatian cucunya yang asyik memotong bawang sejak dari tadi. Adara menolehkan kepalanya sekilas apabila tersedar dirinya dipanggil.

“Ya nek. Kenapa? Nak Ara potongkan apa-apa lagi ke? Nek duduklah rehat dekat depan. Biar Ara yang masak.”

Kata Adara sambil tangannya masih tangkas mengupas kulit bawang yang lain pula. Halia dan lengkuas yang berada pada tangan Nek Kalsum diambil oleh Adara. Tak membenarkan neneknya itu melakukan apa-apa kerja rumah.

“Office baru kamu tu elok ke?” Tanya Nek Kalsum ingin tahu. Adara mempamerkan riak muka sedang berfikir sejenak. Lalu, bahunya diangkat.

“Okay je Nek. Tak ada apa pun yang menarik. Sama macam office lama. Cuma tulah bos dia je yang lain. Kenapa?”

Giliran Adara pula yang bertanya. Seraya itu, dia meletakkan semua bahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk untuk ditumis nanti. Tangannya dibasuh di singki.

“Tak ada apalah. Kamu tak ada sesiapa ke?”

Laju saja soalan cepumas itu dilontarkan oleh Nek Kalsum membuatkan Adara menolehkan badannya dengan pantas. Dia segera mengambil tempat di hadapan neneknya semula.

“Kenapa nenek tanya macam tu?”

Balas Adara mengeleng kepala. Nampak macam dia dah ada sesiapa ke sekarang? Inilah yang ditakutkan Adara. Apabila nenek dia mula bertanya itu ini. Penat dia nak menjawab semuanya.

Mengalahkan Adila si makcik bawang tu. Elok sangatlah kalau Nek Kalsum dengan Adila bergabung. Boleh jadi persatuan makcik-makcik bawang bersatu. Yang tak adanya bawang yang dah dipotong oleh Adara tadi untuk dimasak.

“Lah nenek tanya je. Mana tahu kalau ada.”

Kata Nek Kalsum bersahaja. Adara hanya tayang riak muka selamba. Tahu yang sebenarnya ada sesuatu yang neneknya itu mahukan daripada dia. Cuma dia sengaja tak mahu bertanya. Adara menuangkan segelas air untuk dirinya mahu minum.

“Ara, memang tak ada sesiapa.”

“Kalau tak ada, nenek ada calon.”

Uhuk.

Tersedak Adara mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut neneknya itu.  Kan dah kata, mesti ada sesuatu yang nenek dia rancang. Cuma dia saja yang tak tahu.

“Janganlah nek. Ara tak nak.”

Bantah Adara cuba mengubah fikiran Nek Kalsum. Kepalanya digelengkan beberapa kali tanda tak mahu. Dia tak nak kahwin paksa. Lagi satu, perjanjian dia dengan Aiden macam mana?

“Oh jadi betullah kamu dah ada orang ni?”

Tebak Nek Kalsum apabila melihat cucunya terdesak sangat tak mahu berkahwin dengan pilihannya. Adara masih mengeleng menafikan.

Dia ada siapa? Aiden.

“Ish nenek ni. Mana ada.”

Adara masih menolak sekeras-kerasnya tuduhan Nek Kalsum pada dirinya. Tak mahu membincangkan hal ini lagi. Walaupun pada akhirnya dia tetap perlu membincangkan perkara ini dengan Nek Kalsum tentang Aiden pula. Haih.

“Iqbal, apa khabar?”

Tanya Nek Kalsum tiba-tiba. Tenang sahaja nada yang digunakan oleh dia walaupun setelah apa yang dilakukan oleh Iqbal terhadap Adara melukakan hati dia. Hati siapa saja yang tak sakit melihat anak yang dibesarkan dari kecil di kecewakan sebegitu sekali?

Adara terdiam apabila neneknya mula membangkitkan tentang bekas tunangnya Iqbal kerana Nek Kalsum tak pernah cuba mengungkit hal itu sebelum ini.

Lagipun, bekas tunang? Bertunang pun tidak. Adara tersenyum hambar. Perlahan-perlahan, dia mengambil tangan Nek Kalsum.

“Sebenarnya, Ara pun tak tahu Iqbal dekat mana sekarang Nek. Tapi Ara harap dia okay.”

Ara tersenyum manis pada Nek Kalsum. Tak mahu melihat Nek Kalsum bersedih kerana benda yang lepas. Dia sendiri sudah menerima kenyataan selepas mengetahui sebab sebenar Iqbal tinggalkan dia. Untuk keselamatan dia. Dia harap dia dapat berjumpa Iqbal semula untuk berterima kasih atas segalanya.

“Nenek dah lama maafkan dia. Nenek tahu Iqbal tu baik budaknya. Tapi itulah, mungkin tak ada jodoh kamu berdua.”

Nek Kalsum membalas kembali senyuman Adara. Terasa lega hatinya apabila melihat Adara yang dapat menerima semuanya dengan baik.

“Tapi ingat Ara, jangan disebabkan Iqbal, kamu tak nampak yang lain. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Kita tak tahu  takdir tuhan. Apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik untuk kita. Ingat tu.”

Pesan Nek Kalsum cuba mengingatkan Adara. Tak mahu Adara bertindak sesuka hati. Adara mengangguk kecil tanda faham erti yang ingin disampaikan oleh neneknya.

Tak dapat dinafikan, pesanan Nek Kalsum menyakinkan Adara bahwa dia memilih pilihan yang betul untuk menerima tawaran Aiden. Walaupun pada mulanya dia sendiri rasa berbelah bahagi.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menamatkan lamunan Adara untuk serta-merta. Nek Kalsum mengerutkan wajah. Dia berdiri mahu membuka pintu.

“Siapa pulak yang datang ni?”

Soal Nek Kalsum pelik. Adara pantas mengerling jam dinding. Dia menepuk dahi apabila teringat Adila yang mahu datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama dia dan Nek Kalsum.

“Nek! Itu Dila. Biar Ara bukakkan. Telefon rumah berbunyi. Mak Cik Timah yang call. Nak cakap pasal gotong-royong masjid katanya.”

Panggil Adara usai mengangkat panggilan  telefon rumah yang berdering pada masa yang sama. Dia mengatur langkah ke pintu rumah sementara Nek Kalsum berbual di telefon.

Tombol pintu dipulas. Daun pintu yang dikuak ke dalam menyerlahkan gerangan yang berada di luar. Adara mempamerkan senyuman lebar pada Adila.

Namun perkara yang sama terjadi seperti dalam mimpinya sebelum ini. Kerana yang disangka Adila ialah Aiden. Senyuman lebar tadi kini mati serta-merta apabila melihat susuk tubuh tegap Aiden yang lengkap berpakaian hitam dihadapannya.

Sepasang kaca mata hitam yang menghiasi  wajah tampan itu membuatkan Adara ingin menampar wajahnya sendiri. Dia bermimpi lagi ke?

“ Surprise ? ”

         

 

          “BAM!” Bunyi pintu dihentam kuat membuatkan Nek Kalsum mendapatkan Adara dengan segera. Wajah cemas jelas terpamer pada wajah wanita tua itu pada ketika ini. Terkejut kepalang dibuatnya apabila mendengar hentaman pintu itu tadi. Nasib tak pecah.

“Kenapa tutup pintu tu kuat sangat Ara? Ya Allah terkejut nenek. Kamu okay tak ni? Dah kenapa pucat sangat muka kamu?”

Tanya Nek Kalsum hairan. Tak silap dia tadi sihat sahaja cucu dia. Ni dah kenapa pucat lesi macam nampak hantu?

“T-tak ada apalah nek. Bukan tadi, Mak Timah call ke? Dah habis sembang dah?”

Adara cuba menukar topik. Pintu rumah dikunci segera. Tak tahu sekiranya Aiden masih berada di luar atau itu cuma khayalannya sahaja. Tiba-tiba, kedengaran pintu diketuk lagi membuatkan Adara berdiri tegak.

“Siapa datang? Tadi lepas Mak Timah call, Dila ada call cakap dia tak jadi nak datang hari ni. Dah tu siapa dekat keluar, Ara?”

Tanya Nek Kalsum lagi. Dia sudah melangkah mahu membuka pintu tetapi ditahan Adara.

“Tak ada siapalah, Nek. Bangla jual karpet je.”

Bohong Adara tak mahu berterus-terang bahawa Aiden yang berada di luar. Dia cuba kelihatan menyakinkan. Lalu, menarik neneknya ke dapur. Matanya menjeling pintu rumah yang masih tak henti diketuk Aiden.

Sabarlah! Marah Adara di dalam hati. Nek Kalsum melepaskan pegangan Adara yang dari tadi cuba menarik dia ke dapur. Wajahnya kelihatan teruja mendengar kata-kata Adara.

“Lah ye ke? Nenek dah lama nak beli karpet baru. Dah lusuh sangat karpet depan ruang tamu tu. Biar nenek cakap dengan dia.”

Adara mula panik. Lain pulak yang jadinya. Itulah Ara, menipu lagi! Kan dah kena.

“Tak boleh!”

Nek Kalsum menghentikan langkah. Dah kenapa tak boleh pulak? Sihat ke tidak cucu dia?

“Kamu ni-”

“Maksud Ara, boleh! Nenek pergilah sambung masak dulu. Biar Ara yang belikan. Ara belanja nenek. Ha...”

Adara memberi alasan. Nek Kalsum teragak-agak mahu pergi atau tidak. Dia sempat merasa suhu badan Adara sebelum pergi. Risau kalau demam ke apa. Apa nak jadilah cucu dia sorang tu.

Selepas memastikan Nek Kalsum sudah ke dapur, Adara pantas masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tudung. Baru teringat dia tak memakai tudung di hadapan Aiden tadi.

Dia sempat menarik nafas lega apabila berjaya memujuk neneknya ke dapur. Mujur juga dia yang pergi buka pintu ni tadi. Mahunya Nek Kalsum yang buka? Mampus dia nak kelentong apa lagi?

Malang betul nasib dia hari ini.

Ketukan pintu yang semakin kuat itu membingitkan telinga Adara. Tak reti menyabar betul. Rungut Adara geram. Dia sempat menjeling Nek Kalsum yang masih memasak di dapur.

Pintu dibuka menyerlahkan wajah tak puas hati Aiden yang terpamer untuk tatapan Adara. Dia pulak yang tak puas hati? Hati aku yang hampir tercabut sebab dia datang rumah aku sesuka hati dia macam mana pulak? Bisik hati Adara.

“Kau buat apa dekat sini?”

Bisik Adara dengan nada yang perlahan. Tak mahu perbualan mereka didengari Nek Kalsum. Namun Aiden masih dapat menangkap nada geram gadis itu di dalam ayatnya.

“Kau pekak ke?”

Selamba Aiden menuturkan ayat itu tanpa mengendahkan Adara yang geram pada dirinya. Suara maskulinnya itu langsung tak diperlahankan. Malah semakin kuat ingin menyakitkan telinga Adara yang sudah sedia sakit itu.

“Aku yang pekak? Kau tu yang pekak. Suara tu janganlah kuat sangat. Aku tak pekak lagi. Buat apa datang sini, Aiden?”

Tanya Adara menahan suaranya daripada memarahi lelaki di hadapannya. Tak faham bahasa agaknya sampai kena ulang dua tiga kali soalannya yang sama.

“Let me in. It's rude to keep your guest outside for 30 minutes straight don't you think so, Adara?”

Sarkastik saja nada yang digunakan oleh Aiden cuba memerli gadis itu. Lebih kurang setengah jam dia menunggu Adara di luar membuka pintu dan kini Adara mahu menyoal siasat dia?

No one ever makes him waiting that long, for god sake.

Kalau bukan Adara yang berada di hadapannya sekarang, mungkin tiada siapa akan menjumpai mayat  yang membuatkan dia  menunggu selama itu.

Yes, he hates waiting that much.

“No! Tak boleh. Kau fikir kau siapa boleh masuk rumah aku sesuka hati? Pergi balik, Aiden. ”

Halau Adara langsung tak terasa dengan perlian Aiden sebentar. Siapa suruh datang tak bagitahu dulu.

“Siapa aku? I'm your future husband, Adara Qalyssa. Now, move aside let me in.”

Arah Aiden tak mahu mendengar lagi alasan daripada mulut Adara sejak dari tadi. Adara cuba menutup pintu tetapi Aiden sempat menahan dengan kakinya. Dengan mudah, dia menolak pintu itu untuk membenarkan dirinya masuk ke dalam.

“Gila ke? Keluar! Cepat! Aiden, please keluar.”

Marah Adara menolak tubuh Aiden keluar daripada rumahnya. Nada suaranya diperlahankan takut Nek Kalsum terdengar. Lehernya dipanjangkan mahu memastikan Nek Kalsum masih di dapur. Namun tubuh Aiden sedikit pun tidak bergerak.

“What are you trying to do, woman?”

“Nak buat kau keluar dari rumah aku. Buta ke? Keluarlah, Aiden.”

Marah Adara lagi cuba menolak tubuh Aiden sekuat hatinya. Aiden menundukkan badannya cuba menyamai ketinggiannya dengan Adara yang hanya paras bahunya saja.

“For what? I'm here not for nothing. Aku nak kahwin dengan kau. That's why I'm here, Adara,

Aku nak jumpa family kau. I'm not joking but serious. Kau sendiri yang dah setuju, remember?”

Jelas Aiden menerangkan tujuannya berada di situ. Dia menjauhkan semula jarak mereka. Sementara, Adara menghentikan tindakannya daripada terus menolak lelaki itu.

“Tapi aku tak bagitahu family aku lagi.”

“Then, let me tell them. I'm the one that want to marry you. Biar aku uruskan semuanya. Just be ready to be my wife, that's it. Simple.”

Aiden hanya kelihatan bersahaja. Adara sendiri tak faham bagaimana lelaki itu boleh kelihatan tenang. Lagipun ingat senang ke apa yang Aiden cakap tu? Kalau nenek dia tak setuju macam mana?

Easier said than done.

“Aku tak janji kalau family aku tak suka kau. Jangan kata aku tak bagi amaran bila aku kata family member aku cerewet.”

Sengaja Adara cuba menakut-nakutkan Aiden. Bukan itu ke ketakutan semua lelaki bila tak diterima keluarga mertua? Walaupun keluarga Adara hanya tinggal Nek Kalsum. Dia tetap mahukan restu Nek Kalsum dalam hubungan dia dan Aiden yang hanya kontrak semata.

Aiden menjongketkan sebelah keningnya. Tahu niat Adara yang sengaja mahu mengenakan dia. Dia langsung tak termakan dengan kata-kata Adara. Malah sedikit pun tidak tergugat.

“You sure? Wanna bet?”

Ucap Aiden dengan yakin. Adara menjeling Aiden tanda menyampah. Kembang kempis hidung mancungnya menahan geram apabila Aiden tidak termakan dengan kata-katanya.

“Oh, berlagak.”

“No, I'm not. It's just my confidence. Trust me, Adara. Your grandmother will loves me more than you.”

Adara pura-pura tidak mendengar kata-kata Aiden. Cuma dia menyedari satu perkara. Hanya Aiden sahaja yang selalu memanggil nama penuhnya iaitu Adara. Iqbal sendiripun tak pernah panggil nama penuhnya sebegitu.

“Kejap, mana kau tahu aku tinggal dengan nenek aku-”

Belum sempat Adara menanyakan perkara itu, suara Nek Kalsum menyentakkan merkea berdua. Masing-masing menoleh ke arah Nek Kalsum yang kini memandang ke arah mereka.

“Ara?”

           “NEK...” Meleret suara Adara kedengaran cuba menarik perhatian Nek Kalsum yang sedari tadi memandang Aiden di sebelahnya.

“Aiden?” Panggil Nek Kalsum masih tak mengalihkan pandangannya daripada Aiden. Adara mengerutkan dahi tak faham apa yang berlaku. Dia memandang Nek Kalsum dan Aiden silih berganti.

Mereka berdua saling mengenali satu sama lain? Tapi bagaimana? Bila?

Adara menjatuhkan pandangan pada wajah Aiden yang kini mengukir senyuman manis kepada neneknya. Terpegun Adara dibuatnya  apabila melihat senyuman ikhlas yang terukir di bibir Aiden sekarang.

Dia tak pernah melihat Aiden senyum sebelum ini. Sekalipun tidak. Kalau ada pun, semuanya hanya senyuman mengejek dan sinis. Tapi senyuman lelaki itu sekarang lain dari lain. Kelihatan ikhlas dan jujur.

“Ara, kenapa tak cakap Aiden datang? Ada pulak dikatanya Aiden ni bangla jual karpet? Haih.”

Tegur Nek Kalsum menyedarkan Adara semula. Adara mempamerkan riak muka keliru. Masalahnya bila pula nenek dia kenal Aiden?

Aiden sudah memberikan pandangan tajam kepada Adara selepas mendengar kata-kata Nek Kalsum. Senyumannya tadi hilang sekelip mata. Diganti dengan muka ketat yang selalu menghiasi wajah tampan miliknya.

Bangla jual karpet?

This woman must be crazy.

“Tapi nek, mana Ara tahu Nek kenal Aiden. Macam mana nenek boleh kenal bangla ni?”

Adara menjeling wajah Aiden dengan berani. Dia menahan senyuman yang ingin terukir di bibir apabila melihat wajah Aiden yang sudah seperti singa ingin menyambar mangsanya apabila mendengar gelaran Adara kepada dirinya.

Abang bangla. Aum!

“Ara! Apa cakap macam tu? Minta maaf cepat. Nenek tak pernah ajar Ara cakap macam tu kan?”

Tegur Nek Kalsum tegas. Tak suka melihat Adara yang tidak menghormati Aiden sebagai tetamu mereka pada hari ini. Adara pandang mata Nek Kalsum tanda tak mahu. Malu!

Nek Kalsum menjegilkan mata. Masih bertegas menyuruh Adara meminta maaf kepada Aiden.  Adara mengigit hujung bibirnya tanda geram. Hujung matanya melihat Aiden yang kini sudah  tersenyum mengejek. Smirk.

“Hmmm, sorry. Sengaja, eh tak sengaja. Orang gurau je. Janganlah ambik hati.”

Ucap Adara mengagahkan diri cuba melontarkan perkataan maaf itu dihadapan Aiden. Nek Kalsum tersenyum puas hati. Tahu Adara sekadar bergurau. Aiden hanya diam tak membalas. Dia lebih suka menilik muka Adara yang memerah menahan malu.

“Good girl.”

Perlahan saja, kata-kata itu keluar daripada mulut Aiden tanpa sedar tetapi didengari oleh Adara. Adara pantas memandang wajah Aiden. Riak muka lelaki itu tiada perasaan. Dia salah dengar ke?

“Dah pergi buat air. Kesian Aiden tunggu lama dekat luar. ”

“Baik nek. Kalau air masak je boleh ke?”

“Ara!”

“Eh tersilap. Fresh oren boleh ke, Aiden?”

Aiden mengangguk kecil. Tahu niat Adara yang sengaja berkelakukan begitu dihadapannya. Nek Kalsum sudah mengeleng kepala. Entah apalah yang merasuk cucunya Adara hari ini. Lain macam sungguh kerenahnya.

“But, not too sweet okay.”

Bisik Aiden pada telinga Adara sebelum Adara berlalu pergi dari situ. Mujurlah Nek Kalsum tak perasan. Naik meremang bulu roma Adara setiap kali Aiden mendekatkan jarak mereka.

Adara memincingkan mata ke arah Aiden tanda tak puas hati dengan lelaki itu. Dahlah kerana Aiden dia dimarah Nek Kalsum. Tahu salah dia tapi... Ah dia tak suka Aiden. Tak suka!

“Benci kau!”

       

       
           “JEMPUTLAH minum.” Pelawa Adara penuh sopan. Dia menghidangkan segelas air fresh oren sejuk khas untuk Aiden. Manakala, segelas lagi untuk Nek Kalsum. Dia mengukirkan senyuman penuh makna.

“Aiden, jemputlah minum. Mesti penat kan? Panas cuaca hari ini.” Pelawa Nek Kalsum pula. Aiden mengangguk kecil. Dia mengerling ke arah Adara yang tersenyum lebar kepada dia. Menandakan ada sesuatu yang tak kena.

Air fresh oren itu diambil oleh Aiden. Muncung gelas itu didekatkan pada bibirnya ingin menghirup sedikit demi sedikit air tersebut. Tak lama kemudian, hampir separuh air oren itu diteguk oleh Aiden dengan sekali teguk.

Manis. Sangat.

And Aiden hates sweet things.

Tapi Aiden hanya berdiam diri tak berkata apa-apa. Walaupun dia tahu, Adara sengaja berbuat demikian. Dia tetap menghabiskan air itu. Kerana apa?

Kerana Adara.

“Lupa pulak nenek nak cakap. Ara, nenek kenal Aiden sejak nenek masuk hospital masa hari pertunangan kamu dengan Iqbal. Aidenlah yang jaga dengan tolong nenek bila kamu dengan Dila kerja. Nenek nak bagitahu kamu tapi Aiden yang tak bagi. Kamu berdua dah kenal lama ke?”

Terang Nek Kalsum menceritakan bagaimana dia boleh mengenali Aiden. Adara hanya terdiam mendengar cerita Nek Kalsum. Dia langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. Wajah Aiden dipandang mahukan penjelasan. Tetapi Aiden hanya beriak biasa.

“Ara kenal. Aiden lah boss baru tempat kerja Ara.”

Cerita Adara pula kepada Nek Kalsum. Aiden mengiyakan kata-kata Aiden dengan anggukan.

“Sebab tu ke Aiden datang? Nenek ingatkan dah tak dapat jumpa Aiden sebab Aiden sibuk. Tak sangka dapat jumpa Aiden hari ini.”

“Sebenarnya, Aiden datang nak jadikan Adara isteri Aiden. Kalau Puan Kalsum izinkan, minggu depan Aiden nak teruskan majlis.”

Jujur Aiden menjelaskan hajatnya datang ke situ. Nek Kalsum tersentak tak menyangka perkara itu yang akan dikatakan oleh Aiden.

“Tapi Aiden-”

“Puan, saya tahu Puan sayangkan cucu Puan macam anak Puan sendiri. Saya tahu terlukanya perasaan Puan bila Adara kena tinggal masa hari pertunangan dia. Tapi saya  janji saya akan jaga Adara dengan baik sebagai seorang suami untuk dia. Saya mengaku saya bukan orang yang baik. Tapi saya cuba jadi suami yang terbaik untuk Adara.”

Itu janji Aiden kepada Nek Kalsum yang dia takkan mungkiri. Walaupun perkahwinan dia dan Adara hanya kontrak semata, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Adara.
Nek Kalsum tak memberikan reaksi.

Secara tiba-tiba, tubuh Aiden ditarik ke dalam pelukan Nek Kalsum. Aiden kaku tak tahu mahu membuat apa.

“Terima kasih... Terima kasih sebab sudi ambil Adara jadi isteri Aiden. Jangan panggil Puan, panggil je nenek.”

Tutur Nek Kalsum, dia menepuk belakang badan Aiden. Aiden perlahan-perlahan membalas pelukan tersebut. Adara tersenyum sendiri melihat keadaan itu. Pandangan dia dan Aiden bertembung.

“Thank you.”

Ucap Adara perlahan kepada Aiden. Benar-benar berterima kasih kerana membuatkan neneknya tersenyum sebegitu setelah sekian lama. Aiden melemparkan senyuman kecil. Tetapi sudah mampu membuatkan hati Adara bergetar hebat.

               “I win the bet. So, where's my prize? I told you before, Adara. Your grandma loves me.” 

Ucap Aiden dengan bangga. Dia menyandarkan diri pada pintu. Wajah Adara yang masam mencuka ditatap Aiden penuh perhatian.

“So? Aku tak janji nak bagi apa-apa pun kan. Baliklah cepat. Jiran tengoklah.”

Halau Adara apabila menyedari beberapa jiran rumahnya memerhatikan perbualan antara dia dan Aiden. Menyibuk betul. Tak boleh tengok orang senang.

“I don't care. I only care about you. You're my future wife not them.”

Aiden menjeling tajam kepada beberapa jiran Adara yang masih sibuk menjaga tepi kain orang. Laju sahaja salah satu antara jiran Adara masuk ke dalam rumah sebaik melihat pandangan maut daripada Aiden.

“Hek eleh. Kisahkan aku la konon. I'm not your type, remember?”

Adara mengungkit kembali kata-kata Aiden dahulu. Aiden tayang muka annoyed. Tak suka dengan sikap Adara yang suka menjawab.

“Can you just shut up your smart mouth for once, Adara?”

“Tak. Nak.”

“Kau benci aku sampai macam tu sekali ke?”

“Ya. Benci! Tak suka kau! Pergi balik cepat.”

Adara menyilangkan tangan ke dada. Wajahnya sengaja ditegangkan tanda serius. Kepalanya mendongak melawan pandangan mata Aiden pada diri dia yang pendek.

“You don't know me yet, but you hate me. How cute.”

Aiden mendekati Adara, mengepung Adara dari bergerak ke mana-mana. Adara cuba mengerakkan kakinya ingin memijak kaki Aiden untuk melepaskan diri. Tetapi Aiden terlebih dahulu menahan kaki Adara.

“Ei, apa dekat-dekat ni? Pergi sana!”

Marah Adara, wajahnya dipalingkan ke arah lain apabila wajah Aiden terlalu dekat dengan wajahnya. Aiden smirk.

“Tahu takut.”

Aiden segera melepaskan Adara dari pegangannya tadi. Dia merenung ke dalam mata Adara lama sebelum beredar dari situ seolah tiada apa yang berlaku. Sempat dia membisikkan sesuatu pada telinga Adara sebentar tadi.

“Just you wait until our wedding, Adara. I'll make you scream my name till the world know you're mine, sweetheart.”

Sorry for not updating daily! and deeply sorry buat reader tertungguuu I'll try my best to update more okay? Meloveyou !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience