Bab 1

Horror & Thriller Completed 7874

Tajuk: Kuntilanak
Penulis: Gayath

BAB 1

"Ain, siapkan meja cepat. Kejap lagi mungkin Papa sampai!" tegas mak apabila melihat aku masih berlenggang menyiapkan hidangan di meja makan.

"Ok bos! Sabarrr," jawabku dengan mangkuk berisi sup ayam yang masih panas, baru dicedok dari dalam periuk di dapur.

Siang tadi mama ada memberitahu bahawa papa ada berita gembira untuk disampaikan. Justeru, papa telah telefon ke rumah dan mahu kami semua bersiap untuk makan malam bersama. Mama tiba-tiba sahaja jadi kelam kabut.

Dari petang tadi, mama sudah berfikir mahu masak apa dan bertungkus lumus menyiapkan menu yang dipilihnya. Aku hanya membantu mana yang patut. Maklumlah aku bukannya tahu masak pun. Setakat hiris bawang tu tak ada masalah lah.

Aku juga nervous menantikan berita gembira dari papa. Tidak sabar mahu mengetahuinya. Hingga mama begitu teruja dan asyik tersenyum saat menyiapkan makan malam yang sedap-sedap.

Tepat jam 7.45 malam papa sudah sampai di hadapan rumah. Aku dan adik sudah menanti di muka pintu. Tersenyum saja papa melihat kami sudah menunggunya pulang. Beg bimbit ditarik dan kotnya dilipat di tangan kiri. Ayah segera mendapatkan adik dan memeluknya. Bahu ku juga dipeluk selepas itu dan kami menuju ke meja makan bersama. Mama juga keluar dari dapur sambil memebawa semangkuk penuh berisi nasi dan senduk.

Sebaik sahaja melihat kelibat papa, mama tersenyum. Begitulah gembiranya kami sekeluarga.

"Semua dah ada ni, mari kita makan dulu. Papa ada sesuatu nak kongsi dengan semua malam ni." kata papa dengan riang. Mama dah siap menyendukkan nasi ke pinggan kami dan duduk makan. Setelah membaca doa makan, masing-masing mengambil lauk.

"Baiklah, semua dah makan ni, papa nak bagi tahu yang papa naik pangkat mulai hari ini!" ujar papa teruja.

"Yeay... papa naik pangkat. Adik nak mainan lagi la kalau macam tu," kata adik spontan.

"Alhamdulillah. Kalau papa dah naik pangkat, Ain pun nak minta duit belanja lebih lah. Boleh tak papa?" kataku sengaja mengusik. Papa yang sdari tadi mendengar bermacam permintaan kekal tersenyum. Memang beginilah anak-anaknya apabila ada berita gembira yang disampaikan.

"Semua pun bisa diatur ya anak-anak. Ibuk nggakmahu minta apa-apa seperti anak kecil ini?" kata papa mengajuk bahasa Indonesia. Tergelak kami semuanya mendengar.

"Apa lah abang ni... Tak faham saya. Tapi kalau boleh minta saya minta. Tapi jangan abang kata tak mampu nak beli pula sudahlah," jawab mama smabil memberikan jelingan manja kepada papa.

"Iya, bisa diatur tu buk..." kata papa memuncungkan mulutnya. Kami ketawa lagi melihat adegan usik-mengusik mama dan papa.

"Sebenarnya adalah sebab papa cakap Indon tadi. Kali ini disebabkan kenaikan pangkat papa, kita semua akan berhijrah ke Indonesia." kata papa memandang aku. Terlopong aku mendengarnya. Mama juga berhenti menyuap makanan.

"Betul ke ni abang?" Mama bersuara. Aku dan adik menanti jawapan kepastian dari papa.

"Betullah... kita akan ke Yogjakarta!!!" kata papa.

"Hoorayyyy... Ain akan pindah sekolah... kita akan duduk sana!" kataku gembira kerana ini adalah pengalaman yang menarik ada pendapatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience