28

Romance Completed 95763

Suasana dimeja makan sunyi. Tiada seorang pun yang berani mencemarkan suasana tersebut taktala melihat renungan tajam Anggun Dahlia. Brasier sudah berdehem beberapa kali sebagai petunjuk buat Ikram Benjamin.

"Tak apa, biar saya yang cedokkan lauk untuk suami saya." Dia merampas sudu ditangan Meena Nelson.

Sup ayam kampung dicedok ke dalam mangkuk kaca. Kemudian, mangkuk disorong ke hadapan Ikram Benjamin.

"Lauk untuk abang. Lepas ni abang nak makan lauk apa bagi tahu Dahlia ya. Dahlia boleh jadi tangan untuk abang." Dia senyum meleret sambil mamandang Meena Nelson. Manakala, Brasier sudah menahan gelak dari terhambur. Belum pernah lagi dia nampak sisi cemburu majikannya.

"Betul boleh jadi tangan untuk abang?" Ikram Benjamin menarik sengih. Dia memusingkan badannya 90 darjah menghadap Anggun Dahlia.

Laju saja dia mengangguk dengan pertanyaan Ikram Benjamin. Dia sudi jadi tangan untuk lelaki itu. Malah, jika lelaki itu mahu dia jadi kaki dan mata untuknya juga boleh. Boleh sangat! Yang penting lkram Benjamin tidak menerima bantuan dari Meena Nelson.

"Kalau macam tu..." Ikram Benjamin menjatuhkan pandangannya pada nasi dipinggan. Kemudian, dia memandang Anggun Dahlia semula sambil tersenyum. Badannya dirapatkan sedikit.

"....suapkan abang." Keningya dimainkan berkali-kali. Dia sudah bersiap sedia menerima suapan dari Anggun Dahlia.

"Err..." Satu-persatu muka yang berada disitu dipandang kekok. Betul ke didepan mereka dia harus menyuap Ikram Benjamin?

"Cepatlah....aaa. Penat abang nganga dari tadi." Mulut dibuka luas. Matanya tidak lekang memandang Anggun Dahlia. Manakala, Meena Nelson dan Brasier sudah menahan tawa dengan adegan mereka.

"Okey...em Dahlia suapkan." Dia menyua sudu yang berisi nasi ke mulut Ikram Benjamin. Sejujurnya, ini kali pertama dia menyuap lelaki itu. Masa kenduri kahwin dulu mana ada sesi makan berdamai. Jadi belum pernah wujud lagi aksi suap-menyuap. Ketika itu tangannya ditahan.

"Jangan pakai sudu. Suap abang guna tangan sayang." Mata dikenyit buat Anggun Dahlia. Ikram Benjamin memerhati perlakuannya. Dia meletakkan semula sudu dipinggan. Nasi dikaut menggunakan lima jarinya dan disua perlahan ke mulut Ikram Benjamin. Suapan diterima dengan senyuman meleret.

"E-hemmm...rasanya elok kita makan sambil pejam mata, Kak Meen." Brasier yang duduk bertentangan Anggun Dahlia tersengih nakal.

"Penyibuk!" Anggun Dahlia merenung tajam Brasier. Terus saja dia senyap.

--------
Tiba saja dipenthouse, Anggun Dahlia terus menyerbu ke pintu. Meninggalkan Ikram Benjamin yang masih dikereta. Dia mahu baring.

"Penatnya!" Kakinya melangkah longlai menuju ke tangga. Malasnya mahu naik ke bilik. Bagaikan terasa kejauhan mahu menapak ke bilik. Walhal, hanya perlu mendaki beberap anak tangga saja. Kemudian, sampai ke bilik.

Ikram Benjamin memandang pelik. Kelihatannya Anggun Dahlia sedang menempel pada dinding tangga. Dia mendekati perempuan itu.

"Kenapa tak naik? Tadi cakap penat. Macam dia aje yang buat kerja hari ni." Pipi lembut itu ditarik geram.

"Penatlah nak naik tangga. Dukung." Pintanya manja. Mukanya juga ditayang riak simpati. Dia sudah siap mendepangkan kedua-dua tangannya. Terjungkit kening Ikram Benjamin mendengar permintaan itu. Matanya terkebil-kebil.

"Dukung? Sayang abang ni demam ke?" Dahi licin Anggun Dahlia dipegang sekejap. Suhu yang dirasakan biasa saja. Kemudian, dia tersengih. Sekarang dia sudah tahu. Perempuan itu mahu menarik perhatiannya. Dia bertinggung didepan tangga. Bersiap sedia mahu membawa Anggun Dahlia ke atas.

"Come, princess. Abang bawa bidadari abang sampai ke atas. Kesian dia. Penat ya. Tsk...tsk...tsk..." Kepala digeleng kecil sambil bahu terhinjut menahan ketawa.

Pap!

Bahunya ditepuk kuat dari belakang. Dia menoleh. Anggun Dahlia sedang merenung tajam ke arahnya. Alahai, tidak boleh bergurau sedikit. Merajuk kononnya. Dia berdiri menghadap perempuan itu. Badannya dibongkokkan sedikit menyamai paras Anggun Dahlia. Kepalanya diusap perlahan.

"Okey...okey. Abang minta maaf. Abang gurau je. Itupun nak merajuk. Haa, kan dah kena." Hidung Anggun Dahlia ditarik geram. Sehingga timbul kemerahan. Bibirnya menarik sengih puas. Tangannya ditepis.

"Tak nak bawa Dahlia ke atas tak apalah. Biar Dahlia naik sendiri. Dahlia dahlah penat. Lepas tu abang tak nak tolong pun. Nanti kalau Daia tergolek jatuh tangga macam mana? Bukannya Dahlia minta rasa penat. Dahlia...." Belum sempat bebelannya habis. Satu gigitan lembut mengena pada bahagian bibir bawahnya. Terus mati suaranya tadi. Matanya terkebil-kebil memandang Ikram Benjamin yang sedang tersengih. Bibir bawahnya disentuh. Kemudian, dikemam sekejap. Mukanya panas.

"Abang dah minta maaf kan? Yang nak membebel macam orang tua kenapa?" Mukanya dirapatkan. Dengan pantas dia mencium pipi kiri Anggun Dahlia.

"Sekarang ni nak naik ke tak?" Sambungnya lagi apabila melihat perempuan itu diam membisu dari tadi.

Anggun Dahlia menggangguk laju.

"Dah tak ada suara ke nak bercakap? Hm?" Dia tersengih nakal. Sengaja badannya merapati Anggun Dahlia.

"Hah? Errr...nak! Nak naik." Dia menggigit bibir bawahnya. Dia jatuh cinta lagi? Mungkin. Lelaki itu pandai membelai jiwanya.

Tanpa banyak bicara, tubuh kecil itu dicempung mendaki tangga. Lehernya dirangkul kemas.

"Muka sayang merah." Dia memainkan kening sambil tersengih.

Laju saja Anggun Dahlia menyembunyikan mukanya ke dada bidang itu.

Sampai saja dibilik, dia menurunkan Anggun Dahlia.

"Terima kasih. Dahlia nak mandi dulu." Dia melangkah menuju ke bilik air. Tetapi tangannya sempat ditahan Ikram Benjamin.

"Abang boleh tolong mandikan sayang." Dia menahan senyum. Cepat saja tangannya ditepis. Anggun Dahlia membuka langkah besar. Mengelak lelaki itu. Dia selamat memboloskan dirinya ke dalam bilik air.

"Hm...kalau macam ni perangai sayang, seribu kali pun abang sanggup jatuh cinta lagi. Yang penting orangnya adalah sayang." Dia bersandar ditepi pintu bilik air sambil tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience