C-2 EMOTION

Romance Completed 92061

"Sebenarnya Deah lumpuh ingatan akibat koma terlalu lama. Tapi disebabkan lumpuh ingatan juga , emosi dia boleh berubah ubah. Mungkin ambik masa yang lama untuk dia kembali ingat siapa dan apa yang berlaku 2 tahun yang lalu"

"Tentang parut parut yang ada di muka Deah boleh buat pembedahan plastik untuk tukar kulit baru saja. Wajahnya akan kekal"

"Kalau mcm tu, tlglah buat pembedahan untuk anak ibu. Kesian Deah, mesti dia sedih kalau dapat tau muka dia buruk mcm tu" kata Datin Azura sambil mengenggam tangan Dr.Hila tanda meminta pertolongan.

"Tapi pembedahan plastik tu perlukan persetujuan dari Deah, selagi Deah takmahu. Selagi tu pembedahan ni tak dapat di jalankan sebab takut bermain dengan emosi Deah ketika itu" balas Dr.Hila dengan penuh hemah.

"Tadi masa Hila masuk, Deah langsung tak kenal ke siapa Hila?" Tanya Tuan Hendrick pula.

Dr.Hila mengeleng sebelum dia menerbitkan wajah suram, dia kesiankan Deah juga padahal dulu Deah adalah teman yang paling rapat dengannya.

"Buat masa ni, jangan tanya apa apa tentang kemalangan yang berlaku 2 tahun yang lalu. Takut dia takdapat kawal emosi dia.lps buat pemeriksaan tadi, pihak kami dapati Deah ada masalah emosi yang tidak boleh dikawal malah boleh menyebabkan kesan stress ataupun kemurungan. Malah lumpuh ingatan juga blh menyebabkan dia memaksa dirinya untuk mengingat sesuatu yang lepas akhirnya dia boleh pengsan bila bila masa saja"

"Saya harap tuan dgn datin faham dengan maksud saya"

"Tolong jangan bagi penekanan kepada Deah buat masa ni, kesan nye dia blh sampai tahap nak bunuh diri kerana terlalu stress" terang Dr.Hila lagi manakala Tuan Hendrick, Datin Azura dan Noah abang sulung Deah masih setia mendengar.

"Macam mana ni u? Kesiannya Deah. Dia masih muda knp dia kena lalui macam macam penyakit mcm ni?" Rintih Datin Azura yang berduka mengingatkan nasib anak perempuannya.

"Sabar ye sayang, nanti kita usaha untuk sembuhkan dia semula" pujuk Tuan Hendrick sambil mengusap ngusap belakang isterinya.

"Datin dengan Tuan jangan risau, untuk redakan emosi Deah. Tuan dan Datin boleh bawak Deah berjumpa dengan pembimbing kaunseling yang berkemahiran, ni kad perniagaaan kawan saya iaitu Puan Helen lebih terkenal lagi pembimbing kaunseling yang berkemahiran" satu kad perniagaan di berikan kepada Datin Azura.

"Terima kasih Hila" balas Datin Azura sambil tersenyum kelat.

"Kalau takde apa apa lagi, Tuan dan Datin boleh menjenguk Deah semula"

"Saya minta diri dulu ye.." minta Dr.Hila namun langkahnya mati saat namanya dipanggil oleh Tuan Hendrick.

Hila menghela nafas panjang sebelum dia menoleh ke belakang memandang Tuan Hendrick.

"Ye Tuan?"

"Macam mana dgn ibu? Ibu okay ke Hila?"

Hila tersenyum nipis, dah tinggalkan ibu pun masih sibuk bertanya khabar ibu.

"Tuan takperlu pedulikan ibu saya, ibu saya sentiasa okay. Saya boleh jaga ibu saya sendiri tanpa bantuan orang lain"

"Maafkan ayah Hila, ayah tau ayah salah. Tapi ayah nak tau yang ayah tetapkan Hila sebagai anak kandung ayah"

"Sudahlah Tuan Hendrick, lebih elok Tuan Hendrick luangkan masa tuan dengan anak tuan yang baru sedar sebentar tadi. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai doktor disini dan saya tiada masa untuk borak tentang hal peribadi di tempat kerja. Terima kasih" balas Hila sambil tersenyum tenang sebelum dia pergi dari situ.

Tuan Hendrick meraup wajah dengan kasar, kenapa benci sangat Hila terhadap dia? Sedangkan dia dan ibu Hila berpisah secara baik baik malah setiap bulan dia takhenti memberi nafkah kepada ibu Hila dan Hila.

Dengan Datin Azura isterinya juga sangat memahami dan tidak membenci Hila dan bekas isterinya sikit pun. Malah isterinya sekarang berkawan dengan bekas isterinya walaupun dia tau siapa Hila dan ibu Hila dalam hidup Tuan Hendrick.

[]

"Makcik, boleh tak bagi saya makan? Saya nak makanlah. Rasa mcm nak mati dah tau tak" rungut Deah kepada datin Azura, sampai ke malam inilah Deah masih bergelar Datin Azura itu makcik sedangkan itu ibunya

"Takboleh lagi sayang, tunggu 30 minit lagi eh? Ni semua untuk kesihatan Deah juga" balas Datin Azura sambil mengusap kepala Deah. Deah di suruh berpuasa untuk beberapa jam tapi dia hanya boleh minum air putih saja.

Disebabkan terlalu lama sudah organ di tubuh Deah tidak mencerna makanan, kerana itulah Deah disuruh minum air putih dahulu agar organ dalamnya tidak terkejut ketika Deah mula makan makanan berat nanti.

"Mummy bagilah Deah makan mummy, kesianlah Deah tu dari tadi minta makan" celah Brian , kesian pula tengok adik kesayangannya itu merayu meminta makan dari tadi.

Deah mengangguk angguk di depan Datin Azura.

"Please lah makcik, beza 30 minit je pn. Takkan lah tu pn tak blh kan?" Tambah Deah sambil bermain jarinya.

"Deah jangan macam ni sayang? Mummy buat semua ni supaya tak jejaskan kesihatan Deah.kalau ikutkan mummy, mmg mummy nak bagi anak mummy ni makan puas puas. Tapi ni atas faktor kesihatan Deah, mummy taknak apa apa jadi dgn Deah lagi. Mummy dah serik"

Deah menunjukkan reaksi muka monyok.

"Bagilah mummy, ksian adik Brian" pujuk Brian di sebelah sambil memeluk lengan ibunya Datin Azura.

"Kau jangan degil sangat boleh tak? Ikut ckp doktor sikit, jangan nak ikut perut kau je" tegas Noah sampaikan dahinya berkerut memandang Deah.

Deah menjeling.

"Please mummy.." pujuk Brian lagi sekali sambil mengelip matanya berkali kali. Sempat dia menjeling Noah selepas itu.

"Betul tu makcik.." celah Deah yang turut menyokong Brian.

Datin Azura melepaskan keluhan kecil sebelum dia tersenyum kecil

"yela yela"

Tiba tiba bibir Deah tersenyum panjang

"Tapi ada satu syarat" senyuman Deah tadi kian berubah melihat senyuman Datin Azura yang penuh dengan rahsia itu.

"Deah kena panggil makcik ni mummy. Sbb ni ibu Deah tau, takbaik panggil mummy dgn gelaran orang luar"

Deah mengetap bibir mendengar syarat Datin Azura, sejujurnya dia tidak biasa lagi memanggil Datin Azura dengan panggilan mummy. Itu terlalu asing baginya.

"Boleh tak?" Celah daddy iaitu Tuan Hendrick.

"Cepatlah jawab woi, taknak makan ke kau ni. Baik mati je kalau mcm tu" perli Austin iaitu merupakan abang ketiga Deah. Yang sulung ialah Noah yang kedua pula Brian.

"Austin!" Tegas daddy sambil menyiku lengan anak lelakinya. Mulut celupar sangat sebelum Deah koma pun memang gemar lelaki itu mengusik Deah dengan ayat ayat yang kasar.

"Cakap je pn" gumam Austin , bibirnya mencebik seperti itik. Brian mengeleng kepala.

"Aku sekeh juga kepala kau ni, berani kau ckp mcm tu dgn adik kesayangan aku" kata Brian sambil tangannya acah acah mahu menyekeh kepala Austin. Dari dulu lagi Brian satu satunya abang yang sangat menyayangi Deah walaupun Deah yang salah dia tetap pertahankan Deah.

Noah pula seorang yang tegas , lebih tepat lagi garang. Sangat berdisiplin , jika antara adik beradiknya bersikap kurang ajar pasti dia akan ajr secukup cukupnya terutamanya Austin yang dari dulu sampai sekarang tak ubah ubah dengan mulutnya yang selalu berkata jahat.

"Bolehlah mu--mummy" balas Deah tersangkut sangkut. Ahhh sumpah rasa janggalnya membuatkan Deah tak henti tersenyum kelat.

"Okay kalau macam tu anak mummy yang cantik ni nak makan apa? Cakap je apa Deah nak mummy akan tunaikan"

Mata Deah membesar, mulutnya turut membesar. Tak menyesal juga dia setuju.

"Apa apa je pn blh ke mummy?"

"Boleh sangat, cakap je" balas Datin Azura sambil mengenggam tangan Deah dengan erat sebelah tangannya pula tak henti mengusap rambut Deah.

[]

"Wahh, selamat menjamu selera!" Semangat Deah sebelum dia membuka mulutnya sebesar yang mungkin untuk dimasukkan suapan demi suapan ke mulutnya.

Brian tersenyum senyum melihat Deah kembali ceria dengan makanan di depannya manakala Noah pula menyampah. Anak bongsu lah sangat sebabtu minta apa pun dapat.

"Datin, kan saya dah ingatkan. Belum masanya Deah boleh makan ni Puan, kenapa tak dengar arahan dari doktor?" Kata Dr.Hila perlahan kepada Datin Azura, makanan yang diminta oleg Deah bukannya satu dua menu ni sampai 6 menu dan semuanya makanan berat.

"Takpela Hila, makcik kesiankan Deah tu. Dia terlalu lapar"

"Datin, risikonya sangat tinggi tau. Nanti apa apa jadi , terpaksa Deah di tahan dengan lebih lama"

"Hila--"

"Haih yela yela" Dr.Hila mengalah, kepala di geleng sedikit melihat gelagat Deah yang begitu gelojoh.

POINT OF VIEW DEAH

Aku mengucap dalam hati saat semua menu makanan yang aku minta semuanya menepati citarasaku.

Terakhir dessert kek coklat aku suapkan ke mulutku manakala Brian pula senyum senyum melihatku. Brian memang abang yang paling aku sayang aku rasa setakat ni walaupun baru kenal tadi.

'Ahh buka muluttt'

Dahiku berkerut memandang kiri ke kanan, suara dari mana pula tadi tu?

'Sedap tak? Kalau sedap cakap tau nanti aku buatkan lagi untuk kau'

Aku berhenti dari makan, kek coklat di depan aku skrg aku renungnya dengan pelik.

Tadi tu suara hati aku, bukannya suara orang di sekeliling aku.

"Deah, kenapa ni?" Aku terhinjut bahu saat Brian menepuk bahuku.

"Mana dia?" Soalan itu keluar dari mulutku. Entah kenapa tiba tiba fikiran aku memaksa aku mencari seseorang tapi aku tak pasti siapa yang aku mahu cari.

"Dia sapa ni?" Tanya Brian kepadaku semula.

Aku mengeleng kepala berkali kali sebelum mataku berair dengan sendiri.

"Mana dia, aku tanya mana dia!" Jerit Deah hingga kesemua mereka mula fokus kepadanya.

"Kenapa ni Hila?" Tanya Datin kepada Dr.Hila.

Dr.Hila mengangguk angguk seperti dia faham apa yang dirasai oleh Deah.

"Cari dia! Cari skrg!!!!!" Jerit Deah dengan nyaring. Brian di tolak dengan kuat saat Brian cuba untuk memujuknya.

"Emosi Deah mula menyerang, Noah tlg tutup pintu. Austin kunci tingkap skrg" arah Dr.Hila sebelum dia menghampiri Deah. Antara kenapa Hila menyuruh mengunci pintu dan tingkap ialah apabila Deah terlampau stress dia akan memuaskan dirinya dengan cara mencederakan anggota badannya sendiri.

[]

Langit malam yang kosong tanpa bintang dan bulan aku tatap dengan lama. Sesekali aku melepaskan keluhan berkali kali.

'Dia dah kembali' getusku di hati. Perempuan yang selama ini aku tunggu, sudah hadir semula.

Tapi bagaimana aku nak berdepan dengan dia? Kalau dia ingat apa yang aku dah buat dengan dia dulu mesti dia bencikan aku sangat sangat.

Susah untuk aku tipu yang aku memang cintakan dia, cuma aku yang menafikannya dulu hingga dia menghilang dariku malah dia cedera depan aku pun aku masih tak mampu lakukan apa apa kecuali saksikan apa yang terjadi.

'Alana sini!'

'Eh tadi kata dah balik. Macam mana boleh ada dekat sini?' Tanya dia kepadaku.

'Sebenarnya aku ikut kau dari belakang tadi' balasku sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Rasa macam memalukan pula kejar anak dara orang sampai depan rumah.

'Ada apa kau ikut aku?'

Aku menghulurkan bungkusan yang berisi kek coklat kepadanya.

'Ni kek coklat untuk kau, kau kata kau suka kan smlm. So aku buatkan untuk kau malam tadi, masih elok tu. Makanlah' terpaksa aku menebalkan muka memberikan dia kek coklat buatanku kepadanya.

Dia mengangguk angguk sambil tersenyum manis kepadaku.

'Okay, nanti aku makan. Thanks tau' balasnya sebelum dia masuk ke kawasan perumahannya semula. Sempat dia melambai lambai kearahku sebelum dia menutup pintu rumahnya.

Memori aku dengannya 2 tahun yang lalu terus bermain di fikiranku. Sejujurnya, aku gembira bila dapat tau yang dia dah kembali.

Namun aku masih seperti dulu, aku takboleh nak buat apa apa untuk dapatkan dia semula kecuali perhatikan dia dari jauh untuk melepaskan segala rinduku kepadanya.

"Deah Alana Calista" nama penuh panjang gadis itu aku sebut perlahan sebelum aku tersenyum nipis.

"Macam mana aku nak dapatkan kau balik" tanyaku kepada diriku sendiri. Agak mustahil untuk Deah terima aku semula, aku yang tinggalkan dia bukannya dia yang menghilang tinggalkan aku.

Pucuk rokok aku lenyekkan di bekas kaca.

Itulah hakikat yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience