Rate

BAB 31- HOTEL

Romance Completed 455388

Naimi menerjah masuk kedalam rumah Arman.. Panas hatinya masih belum reda.. Amalina yang sedang makan di meja makan tersentak bila pintu utama rumahnya di kuak luas sehingga pintu itu bertemu dengan dinding rumahnya.. Menghasilkan bunyi dentuman yang kuat.

'orang tua ni datang nak apa? Dah la masuk rumah ak bagi salam! Aku yang baru nak makan pun tak senang!' keluh Amalina tak puas hati.. Dia terus bangun dari kerusi yang dia duduk tadi.

''mana Arman ! '' tanya Naimi kasar , tidak ada sedikitpun nada lembut dalam setiap bait katanya..

'hmm.. Kenapa lah susah sangat dia nak cakap elok-elok.. Tak habis-habis datang sini memekak! Menjerit..!'

''kau tunggu apa lagi! Suami kau mana? Anak aku mana?!'' tempik Naimi.. Bila melihat, Amalina berdiri kaku tak membalas kepadanya.

''kejap amalina panggilkan..'' berlari-lari anak Amalina ke bilik hujung yang selalunya tempat Arman mengurungkan dirinya.

Tok!tok!tok!.. Pintu bilik itu diketuk..

''Arman! Ibu datang ni! Ibu ada di depan tu... Keluar lah cepat..'' laung amalina di hadapan pintu bilik itu .. Dia kemudiannya mengetuk pintu lagi.. Semakin lama semakin kuat ketukannya.

''ha! Kejap!'' kedengaran suara Arman menjawap dari dalam sana..

Amalina kemudiannnya berjalan semula ke hadapan, dia melihat Naimi sedang berdiri di tepi meja makan.. Sedang melihat kepada makanan yang ada di atas meja makan..

''amalina! Kau masak ni je?..'' Naimi menunjuk kepada lauk yang ada dia atas meja.

''ya ibu... Ini je yang ada..'' balas Amalina dengan nada sayu.

''ape kau ni! pemalas sangat..! Dah la goreng ayam pun sampai hitam... Kau reti masak ke tak ni..?'' kata Naimi menghentak pinggan yang terisi beberapa ketul ayam didalamnya.

'kenapa kau nak hentak-hentak makanan aku.. Aku reti masak ke tak.. Ada kaitan dengan kau ke! Janji perut aku kenyang, sudah!' Amalina sekadar menarik bibirnya sebaris..

''apalah nak jadi! Arman ni memang tak pandai cari isteri ke apa.. semua yang dia cari semuanya aku tak berkenan..! Seorang kampung.. Sekarang ni, apa pula? Tak satu apa pun kau tau buat! Masak hangit.. Rumah tak kemas.. Berselerak! ... '' bebel Naimi..

''Ibu.. Kenapa ni?'' tanya Arman yang baru sampai.. Dari dalam sana dia dapat mendengar bebelan ibunya..

''kenapa, kau tanya? Tengok lah perempua yang kau pilih nak dijadikan isteri.. Semuanya buat ibu sakit mata.. Tak ada ke yang elok sikit..'' rungut Naimi.. Arman yang sudah tahu perangai ibunya itu sekadar berjalan melepasi ibunya dan duduk di sofa..

''ibu ni kenapa? Sudah-sudah la marahkan amalina.. Dia pun sedang belajar nak jadi menantu idaman ibu..'' Kata Arman, sekadar untuk menyedapkan hati ibunya.

''menantu idaman? Huh!'' Naimi membawa wajahnya bepaling kearah lain.

'sombong! Kau ingat aku nak sangat jadi menantu kau! Kalau lah aku tahu macam ni, hidup aku... Aku pun tak hingin tau! Aku bertahan ni pun sebab Arman masih menghantar duit setiap bulan ke kampung.. Kalau tak... Dah lama aku cabut tau tak..!!' Amalina sekadar menjeling melihat Naimi yang sudah berpaling pergi ke sofa dan duduk disana.

''dari Inas... Sampai ke yang ini.. Teruk sungguh pilihan kamu!'' kata Naimi.. Tangannya menunding kearah Amalina yang kembali duduk di meja makan..

'tengok.. Dia boleh sambung makan! Kurang asam punya menantu!'

''ibu.. Kenapa perlu sebut nama Inas pula..'' keluh Arman tak puas hati.. Tak suka bila mendengar nama Inas disebut oleh Naimi.. Inas pasti akan dikutuk kalau nama itu keluar dari bibir Naimi.

''kenapa? Tak suka..'' Naimi yang sedang duduk di sofa bercekak pingang menatap tajam kepada Arman yang ada di hadapannya.

''bukan macam tu...''

''bercakap tentang dia.. Tadi Ibu jumpa dia di mall..'' Arman yang sedang melihat dengan mata yang sayu kepada ibunya.. Terus membulatkan matanya..

'ibu jumpa Inas? Betul ke ni?'

''Dalam butik.. Dengan seorang lelaki.. Lelaki tu mengaku, yang dia tu suami perempuan kampung.. Tu.. ''

'suami? Lelaki yang tumbuk aku hari tu ke?'

'' kaya pulak lelaki tu.. Siap belikan sampai enam pasang baju untuk perempuan kampung miskin tu..'' perli Naimi

Tersedak Amalina yang sedang menelan makanannya.. Tangannya menepuk-nepuk dadanya dengan kuat.. Tangannya kemudian mencapai segelas air putih lalu meminumnya dengan rakus sekali..

'gila! Apa tadi.. Lelaki kaya.. Enam pasang baju??'

''kau dah kenapa? Buang tebiat! '' sindir Naimi dengan kasar kepada Amalina yang sedang mengurut dadanya perlahan-lahan.. sambil termenung jauh.

''ibu pasti ke? Salah orang kot!'' kata Arman.. Dia masih tak boleh percaya yang Inas sudah berkahwin dengan lelaki lain ..

''mana boleh salah orang.. Ibu ni memang dah berumur... Tapi belum nyanyuk lagi tau! Mata ni masih nampak dengan jelas! Terang lagi.. Elok lah.. Seorang miskin.. Seorang tak ada adab..'' bebel Naimi masih tak puas hati..

'kata orang sedap mulut dia je.. Cakap orang miskin lah.. Tak ada adap lah.. Nasib sedar diri yang dah tua.. Tapi tulah perangai dia..tak ubah-ubah.. Kalau cari salah orang.. Memang kau nombor satu.. ' Amalina mengutuk mertuanya didalam hati.

''ibu sudah la.. Kenapa nak sibuk hal orang.. Biar ajelah.. Mereka.. Nak kahwin ke apa..'' kata Arman.. Tidak ada mood untuk melayan ibunya.. Rasa sakit hatinya mendengar cerita yang dibawa oleh ibunya.

''ibu datang ni nak beritahu kamu.. Jangan sesekali nak patah balik kepada perempuan miskin tu.. Dia tu dah khawin! Buka mata kamu tu sikit.. !'' Naimi memberi amaran..

''hah! Kau tu!'' Naimi kini bangun lalu menunjuk kearah Amalina.

''cepat bagi aku cucu! Kalau kau lambat - lambat.. Nanti aku minta Arman khawin lagi satu.. Biar kau putih mata..!'' kata Naimi.. Mengugut Amalina.. Kemudian dia berlalu pergi keluar dari rumah itu..

''apa tadi! Khawin lagi satu?'' tanya Amalina.. Dia yang sedang makan terus bangun dan berjalan ke arah Arman.

''berani awak nak khawin lagi satu!'' marah Amalina yang berdiri tegak di hadapan Arman yang sedang duduk bersandar di sofa.

''jangan merepek lah!'' Arman bangun lalu menolak Amalina ke tepi..

''jangan nak ikut idea ibu kamu tu Arman! Kamu tu tak layak nak khawin lagi satu.. Rumah tangga kita pun tak terurus..tunggang langgang.. Serba tak cukup itu ini.. ada hati nak tambah lagi.. Itu tambah bala namanya..'' bebel Amalina.

''sudah la! Tadi ibu berleter .. Ibu dah balik.. Kamu sambung berleter kenapa? Boleh tak, nak duduk di rumah ni aman sikit.. Stress lah!'' rungut Arman.

BAM! pintu bilik ditutup dengan kasar. Arman kembali menguncikan dirinya didalam bilik kecil itu..

''tak habis-habis duduk dalam bilik tu.. Apalah yang ada sangat dalam bilik tu.. sampai seharian duduk dalam tu.. Siap kunci pintu lagi..'' Amalina berjalan semula ke hadapan..

''yang orang tua ni pun satu! Datang serang rumah orang semata-mata nak cerita benda tu je.. Ingat apalah sangat tadi.. Masuk rumah orang tak bagi salam..main rempuh macam tu je..'' Pintu utama rumah itu ditutup semula.. kali ini pintu itu dikunci

''nak makan pun tak senang!'' rungut Amalina lagi kemudian berjalan ke meja makan. Dia melihat lauk yang dimakannya tadi.. Hilang sudah seleranya untuk menyambung makan makanan hasil tangannya itu.

Kereta Audi silver itu masuk kedalam tempat parkir kereta.. Inas dari tadi melihat saja bangunan hotel tersebut.. Hotel yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan Arman..

'kenapa dalam banyak-banyak hotel di bandaraya ni! Hotel yang ada kenangan buruk ni jugak yang akan aku kembali..' keluh Inas.

''kenapa mengeluh?'' tanya Raif sebaik kereta dipakir ke dalam petaknya.. Break tangan ditariknya.. Kemudian dia melepaskan tali pinggang yang mengikat tubuhnya..

''kenapa manja pilih Hotel ni?'' tanya Inas.. Berpaling melihat kepada Raif.

''tak boleh ekkk.. hotel ni?'' Raif melihat ke arah kiri dan kanan..

''bukan tak boleh, cuma tak berapa suka.. Tu je..'' balas Inas.. Lambat-lambat tangannya melepaskan tali pinggang yang mengikat tubuhnya..

''abang sedang review hotel ni.. Dalam proses untuk ambil alih.. So? Manja ingat nak lah singgah tengok facility yang ada disini.. Boleh kan?'' terang Raif..

'' boleh jom lah... Manis nak mandi.. Melekit dan badan ni..'' kata Inas..

''ok.. Sayangku manis.. Kita ambik suite yea..'' kata Raif mengenyitkan sebelah matanya.. Tersengih nakal kepada Inas.

''jangan ganggu manis.. Malam ni manis nak tidur..!'' kata Inas dengan nada yang tegas..

''eleh! Yea lah tu.. Tak apalah.. Tengok nanti malam macam mana.. Boleh tidur ke takk..'' pipi Inas dicubit lembut oleh Raif..

Mereka masuk kedalam suite yang telah diminta oleh Raif.. Baju yang mereka beli tadi sudah raif berikan kepada bellboy untuk urusan mendobi..

'senang kan ada duit.. Semuanya orang buat.. Janji duit..' inas melihat Raif yang sedang menghulurkan duit tip kepada bellboy itu..

''kita bermalam disini berapa malam?'' tanya Inas..

''kenapa? Manis tak nak balik? Nak honeymoon terus?'' kata Raif mengusik Inas.

''amboi sekarang ni dah tak boleh tanya apa pun kan.. Semuanya kena cantas..'' rungut Inas..

''hmm.. Manis tak suka? Atau nak manja yang dulu?'' tanya Raif. Memeluk belakang tubuh Inas. Dagunya diletakkan diatas bahu inas..

''Manis.. Suka kedua-duanya..'' Inas memegang tangan Raif yang melilit pingangnya..

''are you sure? Tak menyesal?'' tanya Raif.. Leher Inas diciumnya sekilas.

'menyesal apa pulak?!' bibir Inas yang tersenyum lebar terus mengecut.

''kenapa nak menyesal..?''

''aarrghh...'' inas terus diangkat oleh raif.. diletakkan di atas bahu Raif..

''sebab kita nak berendam dalam jakuzi sama-sama..'' balas Raif sambil membawa Inas kedalam bilik air yang luas dilengkapi dengan jakuzi..

'dia mula dah!' inas menutup mukanya dengan tangan.. Sudah terlambat untuk dia tarik balik kata-katanya tadi..

Jom sambung - - - > Tq.. Sayang hampa semua (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience