BAB 10

Humor Completed 25256

Tok tok!

Dian mengetuk pintu bilik Tuan Jamal.

“Ini failnya Tuan.” Dian meletakkan di atas meja Tuan Jamal.
“Good job. Walaupun lambat sikit tapi awak Berjaya cari fail ini. Bagus.” Tersenyum Tuan Jamal.

‘Laa… nak duga aku rupanya. Eee… geramnya!”

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu tuan.” Pinta Dian
“Baiklah. Oh ya. Dah jumpa dengan Hanif?”
“Hanif?”
“Anak saya, Hanif. Dian kena jadi pembantu dia juga.”

Dian hanya mengangguk.
“Saya belum jumpa.”
“Mesti dating lambat lagi ke pejabat tu. Takpe, nanti Dian jumpa dia dan belajatr juga darinya.” Tuan Jamal sudah tersengih penuh makna. Rencana sudah berjalan. Harapnya menjadilah.

“Baik, Tuan. Saya keluar dulu.

*********************

“Kenapa datang lambat? Ada awek cun jadi staf kita.” Adu Kamal sebaik sahaja dia bertembung dengan Hanif Daniel yang baru masuk ke pejabat.
“oh yeke? Cantik macam Lisa ke?’ tanya Hanif dengan wajah ceria.
“Ish kau ni. Tak habis-habis Lisa. Dia lagi lawalah. Ni memang paling cun dalam pejabat ni.” Jawab Kamal dengan muka tak puas hati. Perempuan yang tinggalkan kawannya itu juga yang dicari.

“Iyelah. Aku melawak je. Aku dah lupakan dia pun.” Hanif menepuk bahu Kamal untuk menenangkan emosi kawannya itu. Hehe

“Oh ya, mana yang kau cakap cun sangat tadi tu?”
“Ada dalam bilik ayah kau. Dia jadi pembantu.”

“Kalau macam tu pembantu aku juga lah jawabnya. Lagi senang nak tackle macam ni.”

Berderaian ketawa kedua-dua kawan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience